Unknown
Assalamualaikum, 

Apa khabar? Saya doakan pembaca blog saya sihat dan ceria selalu. 

Hari ni suka saya nak berkongsi tentang breastfeeding, since saya berjaya menyusukan 2 anak tanpa masalah, diharapkan pengalaman saya dapat membantu ibu-ibu baru untuk breastfeed bayi sendiri pulak. 



Saya pun bukanlah pandai sangat. Tapi untuk berjaya bf bayi kita sepenuhnya, sokongan dan galakan dari SUAMI dan IBU/MERTUA tersangattttlah penting. In fact, TERRRPALINGG PENTINGG! (please excuse kesalahan grammar BM saya) . 

Sebab ... kebanyakan ibu gagal menyusukan anak bukan kerana tak ada susu, tapi kerana tak cukup kuat nak menghadapi kata2 yang menjatuhkan semangat dari orang terdekat mereka iaitu suami dan parents/PIL. 

Betul tak?? betul kan?! 

So.. ini 3 langkah basic untuk menjayakan penyusuan bayi anda

1. Susukan seawal mungkin 
- Within setengah jam selepas melahirkan anak dalam labour room
- Penyusuan kali pertama selama 10-20 minit
- Hari pertama baby menyusu sebanyak 5-6 kali sehari

2. Susukan dengan kerap 
- Room in dengan baby semasa di hospital 
- Pada hari kedua dan seterusnya, baby menyusu setiap 1.5, 2 atau 3 jam 
- Baby menyusu sebanyak 10-12 kali dalam tempoh 24 jam.
- Setiap penyusuan berlangsung antara 20 ke 40 minit 
- Tak ada limit pada tempoh atau kekerapan penyusuan 
- Susukan baby apabila baby lapar. Bukan ikut schedule. 
- Digalakkan co-sleep (tidur bersama) baby


3. Susukan dengan cara yang betul 
- Pegang baby pada level breast, dada ke dada. (pastikan dada baby mengadap ke arah badan ibu) 

- Stimulate rooting reflex baby dengan cara menyentuhkan puting pada bibir baby 


- Apabila mulut baby terbuka, suakan puting ke dalam mulut baby 
- Cara yang betul adalah puting dan areola berada di dalam mulut baby. Ini penting untuk elakkan sore nipple. 
- Biar baby hisap sehingga tertidur dan puting terlepas sendiri dari mulut baby 
- Jangan tarik puting semasa baby masih menghisap 
- Jika baby menangis bila puting terlepas, berikan semula puting pada baby dari breast yang sama 
- Biarkan baby kosongkan sebelah breast dulu sebelum bertukar 
- Kolostrum mencukupi untuk baby sehingga susu matang keluar 
- Tak perlu beri air, glukos atau susu formula 
- Elakkan pemberian botol dan pacifier kerana ini akan akibatkan kekeliruan pada baby. Nanti baby reject breast. 

Tanda baby menyusu dengan cukup 
- Baby kenyang selama 1- 2 jam selepas penyusuan 
- Baby kencing 5-6 kali sehari (clear dilute urine) 
- Baby buang air besar 6-8 kali sehari (yellow watery stool)
- Peningkatan berat badan at least 20gm sehari 

Untuk banyakkan susu ibu: 
1. Penyusuan yang kerap siang dan malam 
2. Allow unlimited breastfeeding to satisfy baby's suckling needs
3. Ibu mesti makan dan minum secukupnya (x mo berlapar dan berdahaga) 
4. Makan makanan yg boleh perbanyakkan susu  (Alfalfa, ESP, Ostematrix pun membantu banyakkan susu)  

Jika mengalami bengkak susu (breast engorgement),


- apply cold/hot wet compress pada breast. Kalau kritikal (breast jadi keras, panas dan sakit), boleh ambil daun kobis sejuk dan letak pada breast. Tukar daun kobis bila layu. Pelan-pelan susu akan keluar dan bengkak jadi surut. Selamat untuk telan 2 biji panadol. 



- agak2 dah mula rasa nak bengkak tu, boleh juga pam utk elakkan bengkak. Tapi jangan pam sampai kosong breast sebab bila breast kosong akan hantar signal pada otak untuk hasilkan lebih susu. Nanti bengkak lagi.. 

Ini hanya basic sahaja.. mungkin nanti kita boleh discuss topik yang lebih detail lagi. 

Selamat berjaya! 
Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
0 Responses

Post a Comment