Unknown

Assalamualaikum,

Ya ampun! Saya sangat sangat sangat jarang mengalami cramp kaki atau tarik mengkarung ni.

Masa pregnant ni kalau nak jadi pun saya cepat2 tegakkan tapak kaki saya tu insya allah cramp tu terus hilang.

Tapi kali ni tak nak hilang pulak sakit dia.

Alkisahnya saya masa pregnant ni tak minum susu. Bukannya saja mengada-ngada tak nak minum, tapi bila minum saya akan jadi berkahak dan batuk2 yang teruk lepas tu. Baik susu utk ibu mengandung, susu lembu biasa, mahupun susu coklat. Sama ja semua.

Itulah kesannya kalau orang berdarah A minum susu. Haaa fakta ni bukan saya yang cakap, tapi Dr Peter J. D'Adamo penulis buku Eat Right For Your Blood Type yang cakap ye..

Orang berdarah A ni kurang tolerate dengan dairy product katanya. Fakta ini betul kena pada saya. Orang lain tak tahulah.

Oohh sudah menyimpang jauh cerita ini. Balik ke cerita asal ya.. akibat tarik mengkarung ni.. satu malam tu saya susah nak tidur sebab kaki kanan lenguh2 dan sakit dari betis naik ke peha.
Kisahnya bekalan kalsium ostematrix saya sudah seminggu kehabisan. Rasa malas pulak nak ke shaklee untuk restok bekalan jadi saya mengelat seminggu tak makan kalsium.

Kebetulan anak pula kena campak jadi saya dapatlah bercuti untuk jaga anak. Nasib baik di rumah parents masih ada bekalan oste. Tak tahan sangat saya terus telan 4 bijik dan hasilnya lenguh2 kaki dan sakit urat yang hazab tu beransur ansur hilang.

Hari ni badan kembali cargas alhamdulillah. Walaupun sakit hanya satu hari tuhan saja tau betapa azabnya. Tidur pun susah, nak jaga anak pun susah, nak memasak dan buat kerja rumah pun susah. Asyik melepeeekk saja.

Maka ini menjadi lesson learnt buat saya. Kalsium sangat sangat sangat penting semasa mengandung. Jangan sekali2 cuba ponteng minum susu or makan supplement sebab waktu ni bayi di dalam rahim sedang giat menarik kalsium dari seluruh badan kita.

Kalau ponteng juga, kesan yg paling cepat yang ni lah... cramp. Yg lambat, lama2 gigi kita jadi longgar dan cepat kena osteoperosis.

Hari ni terus saya restok semula bekalan osteomatrix shaklee saya. Moga tidak berulang kembali insiden ni.. insya allah.

Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Sedikit pop quiz untuk mengenali ketidakseimbangan hormon badan wanita :)

Adakah anda mempunyai 2 atau lebih simptom-simptom ini?

Kumpulan pertama
- PMS
- Keguguran
- Peningkatan berat badan yang tidak dapat di "explain"
- Kebimbangan
- Insomnia
- Breast yang sakit dan/atau "lumpy"
- Pening kepala
- Gagal hamil

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas, ini menunjukkan anda kekurangan hormon progesterone. Kekurangan hormon progesterone ni benda yang paling kerap berlaku pada kebanyakan wanita pada semua peringkat umur.

Jadi, apa yang perlu anda buat?
- tukar diet anda
- berhenti mengambil hormon sintetik (termasuk pil perancang)
- dan anda perlukan krim progesterone (yang natural)
- supplement shaklee seperti GLA complex boleh membantu mengimbangkan semula hormon di dalam badan. Hubungi saya untuk consultation percuma dan saya akan nasihatkan cara pengambilan yang khusus dan efektif untuk mengatasi masalah ini.  

Kumpulan kedua
- Kekeringan faraj
- Hubungan kelamin yang menyakitkan
- Jangkitan pundi kencing
- Kerap berpeluh pada waktu malam
- Masalah ingatan
- Keletihan dan kemurungan
- Hot flashes (panas tiba-tiba pada bahagian muka, leher dan dada)

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom dalam kumpulan kedua, ini bermakna anda mengalami kekurangan hormon estrogen. Simptom ini sangat biasa di kalangan wanita menopos. 

Apa yang perlu anda buat? 
- ubahsuai diet anda
- ambil herba-herba yang khusus untuk kesihatan wanita
- sedikit natural estrogen  (kira-kira 1/10 daripada dos yang biasa di"prescribe" oleh doktor)
- masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan vitamin shaklee yang khusus untuk masalah-masalah di atas. Hubungi saya untuk consultation percuma. Saya akan nasihatkan supplement yang sesuai dan cara pengambilan yang berkesan.

Kumpulan ketiga
- Muka sembab dan perut kembung 
- Peningkatan berat badan yang cepat 
- Mood swings 
- Kebimbangan dan kemurungan 
- Insomnia 
- Red flushes pada muka (muka menjadi panas dan merah tiba-tiba) 
- Weepines (saya tak tau dalam bahasa melayunya di panggil apa) 
- Breast tenderness
- Pendarahan yang banyak
- Migrain
- Fikiran yang berserabut 
- Masalah pundi kencing 

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas, ini bermakna anda mempunyai hormon estrogen yang berlebihan.    
Apa perlu anda buat?
Biasanya masalah ini selesai apabila anda menghentikan pengambilan hormon sintetik konvensional (HRT) yang selalu di"prescribe" oleh doktor untuk wanita menopos.

Kumpulan keempat
- Kombinasi dari kumpulan pertama dan kumpulan ketiga.

Jika anda ada 2 atau lebih kombinasi simptom dari kumpulan pertama dan ketiga, ini bermakna anda mengalami satu keadaan yang dipanggil "estrogen dominance".

Keadaan ini berlaku kerana badan anda tidak menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi untuk mengimbangi kesan hormon estrogen. Anda boleh mempunyai paras hormon estrogen yang rendah, tapi disebabkan paras hormon progesterone anda laaagi rendah, maka anda tetap mengalami simptom2 estrogen dominance ni. 

Apa yang perlu anda buat? 
- Hubungi saya untuk nasihat percuma tentang pengambilan vitamin Shaklee yang khusus untuk mengatasi masalah anda. 

Kumpulan kelima
- Acne
- Rambut berlebihan pada muka dan lengan 
- Rambut (di kepala) menipis 
- Cyst ovari 
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Hypoglycemia dan/atau bacaan gula dalam darah tidak stabil
- Tidak subur
- Mid cycle pain (kesakitan atau cramp ketika ovulasi) 

Jika anda mengalami 2 atau lebih simptom di atas, ini menunjukkan anda mempunyai hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan. Saya juga mempunyai banyak simptom-simptom di atas seperti PCOS, ovarian cyst, bulu roma yang tebal di kaki dan lengan, rambut nipis, dan tidak subur (dulu). 

Sekarang alhamdulillah anak dah nak masuk 2 orang..  jadi siapa kata orang yang tidak subur tidak boleh mengandung? Anda pasti boleh! Saya ambil masa 5 tahun untuk conceive anak pertama, dan 2 tahun setengah selepas kelahiran anak pertama saya berjaya mengandung anak kedua selepas mengambil 2  jenis vitamin Shaklee yang khusus untuk kesuburan.

Jangan putus asa!

Hormon androgen berlebihan ini biasanya disebabkan oleh terlalu banyak pengambilan gula dan simple carbohydrates (tepung putih, kek, kuih, nasi putih, roti putih, makanan manis, etc) . Keadaan ini banyak terdapat pada wanita yang mengalami PCOS.

Apa yang perlu anda buat?
- Tukar diet anda 180 darjah!
- Turunkan sedikit berat badan jika anda overweight.
- Senaman
- Kawal pengambilan gula. Lebihkan sayur dan buah-buahan serta makanan organik.
- Hubungi saya dan saya akan memberi consultation secara spesifik tentang vitamin Shaklee yang khusus untuk masalah anda serta nasihat dan tips mengembalikan kesuburan anda ke tahap optima.

Kumpulan keenam
- Keletihan melampau
- Fikiran berserabut
- Kulit nipis dan/atau kering
- Brown spots pada muka
- Paras gula dalam darah tidak stabil
- Tekanan darah rendah
- Exercise intolerance ( keadaan di mana seseorang itu tidak boleh melakukan senaman fizikal utk suatu jangka masa tertentu seperti yang sepatutnya. Atau mengalami kesakitan, keletihan, loya, muntah, atau kesan-kesan negatif yang lain selepas bersenam)

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas, ini menunjukkan badan anda kekurangan hormon kortisol.  

Ia disebabkan oleh adrenal fatigue (suatu sindrom yang diakibatkan oleh kalenjar adrenal yang berfungsi di bawah paras optimum seperti yang sepatutnya). Keadaan ini biasanya disebabkan oleh stress yang kronik. 

Kalau anda sedang juggle di antara kerjaya dan keluarga, besar kemungkinan anda akan mengalami adrenal fatigue.  
Apa yang perlu anda buat?
- Manage stress level anda.
- Kenal pasti punca dan ambil tindakan untuk buang jauh-jauh punca stress
- Amalan kerohanian juga boleh membantu mengurangkan tekanan
- Seperti biasa, terdapat juga vitamin Shaklee yang boleh membantu untuk  menenangkan saraf, menguatkan badan, meningkatkan tenaga dan mengurangkan kemurungan yang Insya Allah boleh membantu anda untuk menjalani hidup dengan lebih sihat. Anda boleh hubungi saya untuk nasihat percuma dan rundingan cara pemakanan vitamin yang berkesan. 


Hubungi saya untuk free consultation dan bagi setiap pembelian saya akan sertakan dengan nasihat pemakanan vitamin yang betul serta banyak tips untuk mengembalikan kesuburan anda ke paras optimum :)


Your Independent Distributor 

Liyana (Id: 1144949)

012-3818004 (sms/whatsapp) 

COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 

Juga penghantaran ke seluruh negara
   
   
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Nota ini saya nukilkan di sini sebagai rujukan saya kelak. Semoga ia juga dapat memberi manfaat yang berterusan kepada ibu2 yang menyusukan anak di luar sana.

Oleh Dr. Suriyakhatun (dari page FB beliau)

Boleh tak beritahu bagaimana nak tingkatkan MUTU susu badan?

Memang, susu badan berbeza mengikut nutrisi dan pemakanan ibu. Semua khasiat susu juga bergantung kepada kesihatan ibu dan mutu probiotics yang ada dalam susu ibu bergantung kepada kesihatanb usus ibu. Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh.

Bila saya rawat bayi yang mengidap eczema dimana anak itu menyusu badan, saya akan mengambil kira juga kesihatan usus ibu dan seringkali saya akan berikan rawatan kepada ibu untuk betulkan ususnya.

Sebenarnya saranan saya ini sama juga untuk sesiapa yang nakkan kesihatan yang optima cuma, dalam kes ibu yang menyusu dan juga ibu mengandung, kesihatan dirinya, tahap stress dan emosi dirinya kesemuanya mempengaruhi anak yang disusukan atau anak dalam kandungan.

Antara makanan yang merosakkan kesihatan usus bila diambil dengan kadar yang kerap dan diambil hari-hari adalah berikut.

Dalam pada itu tak perlu terlalu ketat berpantang, jika sekali sekala memakannya tidak menjadi masalah besar.

1. Gula putih dalam apa bentuk sekalipun, dalama minuman dan makanan. Setakat secawan waktu pagi dengan kadar sedikit dimaafkan.

2. Kek dan kuih (boleh makan tapi jarang-jarang) (tepung putih) jangan amalkan makan roti dengan kadar yang kerap.

3. Makanan berkimia termasuk mee segera, makanan dalam tin, sosej, burger dan lain-lain.

4. Serbuk perasa (MSG) dan pemanis tanpa zat, pewarna dan pengawet: Terdapat dalam banyak jenis makanan terutama yang dari restoran dan pasar raya serta peket-peket perencah.

5. Garam putih -salt table.

6. Jenis sayuran yang perlukan banyak racun serangga seperti kailan dan sayur daun kecuali kangkung dan ulaman. Kalau yang organic dibolehkan.

7. Jenis ikan bottom feeders sebab ikan-ikan di dasar laut ada lebih racun (cuba jangan makan ikan besar, lebih baik ikan kecil).

8. Kerang

9. Susu lembu dari lembu komersial, dibolehkan susu lembu kampung.

10. Transfat atau minyak rosak : margarine dan minyak gorengan yang diguna berkali-kali (semua gorengan yang dijual).

Apa yang perlu dimakan sebagai amalan?

1. Beras perang dan semua bijirin, lebih baik organik, kentang, ubi kayu ubi keledek sebagai sumber kabohidrat yang baik.

2. Lauk pauk, pastikan dapat 3 portion setiap hari. Contohnya pagi: telur, tengahari ikan kembung sederhana seekor, malam ayam sebahagian dari 8 bahagian atau daging saiz 2 kotak mancis, protein sayur termasuk tofu sekali sekala.

3. Sayur 2 mangkuk sehari, wajib ada sayur hijau, dan pelbagaikan warna sayur. Pastikan ada ulam untuk vitamin C.

4. Buah termasuklah banyak limau nipis dalam salad dan dibuat air.

5. Garam bukit.

6. Santan, minyak virgin coconut oil atau olive oil.

7. Untuk masak guna minyak kelapa sawit.

8. Kacang dhal, tahu, tempe (kalsium dan mineral lain)

9. Kimchi Saurkraut, tempe, tempoyak, pickles : boleh buat sendiri: 1 balang kaca 500ml, air mineral 300ml, garam bukit 2 sudu teh, fermented fruit enzyme (RIN atau Biogreen) 3 sudu teh.
Carrot, timun, tomato, bawang putih, kobis dipotong macam nak buat acar, masukkan semua dalam balang dan tutup, simpan dalam peti sejuk untuk seminggu sebelum makan.
Airnya jangan buang, masukkan lagi sayur, ia adalah makanan probiotic. Boleh ditambah bijan dan spices kalau nak.

10. Sup tulang (ikan masak pindang, sup ayam, sup tulang, ikan bilis tumbuk sebagai rencah sayur).

11. Guna gula perang organic, madu asli menggantikan gula putih.

12. Buah segar

13. Susu kambing organic (tak perlu kalau sudah amalkan sup tulang)

Makanan dan supplements untuk banyakkan susu

1. Halba, satu sudu teh dalam air mendidih segelas rendam 5 minit campur madu lebah asli, 2-3 kali sehari (memang peluh berbau)

2. Gum Arabic (Al Manna dan Tayebat)- prebiotic, immune booster, amino acids dan minerals.

3. Omega 3, 6, Udo's oil blend atau VCO campur ground flax seeds

4. Chlorella (detox bowels)

5. Aloe juice (detox bowels)

6. Enzymes (fermented fruits)

7. Mineral supplements: extra magneium Kordel Magnesium Amino acid chelate, Biogrow minerals

8. Immune system boosters : kunyit hidup, echinacea, Transfer Factor - banyak lagi.

9. Habbatussauda

10. Nuts and seeds, termasuk almonds, sunflower seeds dan pumpkin seeds

11. Buah kering cranberry, kurma, apricort, fig dan lain-lain.

Senarai ini sebagai panduan, banyak lagi yang baik yang tidak disebut. Tentang emosi ibu saya akan sentuh pada posting yang lain.

Jika ibu ada masalah kesihatan, ada kalanya memperbaiki pemakanan tidak cukup maka saya akan beri rawatan homeopathy dan kadangkala rawatan spiritual energy healing.

Nota kaki *** Nota ini disalin 100% menggunakan lenggok bahasa Doktor Suriyakhatun. Oleh kerana postingnya ini sangat bermanfaat maka saya pindahkan ke sini sebagai rujukan semua.
Read more...
Unknown


1) Isteri
      
- ESP
- Vitalea
- B complex
- Vitamin C
- Alfalfa (hanya option terutama yg sakit bila bersama)
- GLA jika period tak regular

2) Suami

- ESP
- Vitalea
- B com
- Vitamin C
- Vitamin E
- Zinc

** AWAS! VitaLea dan Alfalfa tidak sesuai untuk pesakit thalasemia dan apa sahaja alahan.

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?


Vitamin Asas

(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex

Vtamin asas, adalah tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan

(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5) Zinc
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(7) GLA Complex
Kebanyakan masalah kesuburan wanita berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon.
Pengambilan GLAcomplex bertindak untuk menstabilkan hormon estrogen dan progesteron dalam darah, seterusnya menjadikan haid lebih stabil dan mudah untuk mengandung.

Walau apa pun, ini hanyalah cadangan set kesuburan secara umum. Kita perlu tahu juga apa punca yang menyebabkan kita tak subur.

Biasanya jika sudah mencuba lebih dari setahun, kita boleh buat pemeriksaan dengan gynae utk tahu apa punca. Sebab hormon kah? rahim rendah atau terlalu tinggi kah? atau sebab period tak tetap, endometriosis, PCOS, kesilapan teknik, tak tahu tarikh subur,  etc etc ?

Kalau rahim rendah atau tinggi, kadang-kadang dengan berurut membetulkan rahim saja sudah memadai. Bila kedudukan rahim sudah dibetulkan, insya allah mudah untuk mengandung lepas tu.

Tapi jika ianya lebih kompleks, seperti masalah hormon, anda perlukan bantuan lain kerana berurut sudah tentu tidak akan membantu. Kalau nak tahu apa tanda-tanda anda ada masalah hormon tak seimbang ni, sila baca SINI.

Hubungi saya untuk dapatkan nasihat percuma tentang kesuburan. Dengan setiap pembelian saya akan sertakan nasihat pemakanan vitamin yang berkesan beserta tips-tips untuk mendapatkan haid yang teratur, cara mengenalpasti waktu subur, serta mengembalikan keseimbangan hormon badan anda.

Kita hanya mampu berusaha, akhirnya Allah lah yang menentukan segalanya.
Jangan berputus asa ya. Faito! faito!


Your Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 


Bulan ni promo GLA complex buy 6 free 1. 
Untuk dapatkan harga special yang lebih murah boleh hubungi saya ya.. :) 

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 

Kenapa hemoglobin rendah semasa mengandung?  

Keperluan zat besi meningkat dengan banyaknya semasa mengandung kerana zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin, sejenis protin di dalam darah yang membawa oksigen ke seluruh sel di dalam badan. Semasa mengandung, jumlah darah di dalam badan meningkat sehingga hampir 50% daripada biasa. Jadi kita memerlukan lebih zat besi untuk menghasilkan lebih hemoglobin untuk cater lebih banyak darah. Zat besi juga diperlukan untuk bayi dan placenta (uri).
Risiko kita untuk menjadi anemic lebih tinggi kalau kita mengalami alahan atau morning sickness yang teruk sehingga kerap muntah, 2 atau lebih kehamilan yang dekat, mengandung lebih dari satu baby (kembar), diet yang rendah zat besi, atau period yang terlalu heavy sebelum mengandung. 



Tanda-tanda anemic

Jika anda anemic,anda mungkin juga tidak menujukkan apa-apa simptom sama sekali, especially kalau keadaan anda tidak serius. Tapi antara simptom-simptom biasa adalah: 
  • Letih
  • Berasa lemah
  • Pening 
  • Pucat ( boleh dilihat pada kuku, dibawah mata, bibir) 
  • Denyutan jantung yang laju 
  • Tercungap-cungap (short of breath) 
  • Irritability 
  • Susah untuk fokus pada sesuatu 

Tahukah anda, mengidam untuk makan benda yang pelik-pelik seperti ais, kertas, atau tanah juga ada kaitan dengan kekurangan zat besi yang serius. 
Kalau anda mengidam benda yang pelik-pelik begini, jangan layan dan WAJIB bagitau doktor anda. 

Cara tinggikan paras hemoglobin dalam darah

Untuk tinggikan paras hemoglobin (hb) dalam darah, kita perlu memakan makanan yang seimbang dan melebihkan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C. 

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan kita.

Antara makanan yang tinggi zat besi: 
  • Kerang
  • Lala
  • Tiram
  • Ikan sardin
  • Ikan cencaru 
  • Hati ayam, lembu, dan daging 
  • Buah kurma
  • Buah tin
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C: 
  • Jambu batu 
  • Mata kucing
  • Betik 
  • Limau 
  • Durian belanda
  • Belimbing besi 
  • Kiwi 
  • Kedondong
  • Mangga 
Sayur-sayuran yang tinggi kandungan zat besi dan folic: 
  • Pegaga
  • Peria
  • Kangkung
  • Pucuk keledek 
  • Pucuk paku 
  • Ulam raja
  • Bayam
  • Pucuk gajus 
  • Daun pudina 
  • Cekur manis
  • Daun ramunggal

Untuk menambahkan zat besi dalam makanan, kita boleh memasak sayuran bersama perencah contohnya ikan bilis, kerang, bebola ikan, daging atau telur. 


Perah limau atas makanan contohnya sambal belacan. 

Elakkan memakan makanan kaya zat besi atau pil iron bersama teh, kopi atau susu kerana ia menghalang penyerapan zat besi, sebaliknya ambillah bersama air limau atau jus buah-buahan. 

Jika hendak lebih mudah, ambillah Iberet folic kerana iberet folic mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. 

Atau anda boleh juga ambil VitaLea Shaklee bersama Vitamin C. :)


Apakah manfaat utama VitaLea Shaklee?


  • Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, mempertingkatkan memori dan daya fokus
  • Pelengkap nutrisi, baik untuk yang anemik dan yang berpengamalan diet yang tak seimbang
  • Keupayaan sistem proaktif bagi remaja yang sedang membesar
  • Mempertingkatkan stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel, membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon 
  • Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati

** AWAS: Vita-lea mengandungi Alfalfa dan tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE.**


 

  Hubungi saya untuk consultation percuma :) 

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

 

Read more...