Unknown

Assalamualaikum,

Ya ampun! Saya sangat sangat sangat jarang mengalami cramp kaki atau tarik mengkarung ni.

Masa pregnant ni kalau nak jadi pun saya cepat2 tegakkan tapak kaki saya tu insya allah cramp tu terus hilang.

Tapi kali ni tak nak hilang pulak sakit dia.

Alkisahnya saya masa pregnant ni tak minum susu. Bukannya saja mengada-ngada tak nak minum, tapi bila minum saya akan jadi berkahak dan batuk2 yang teruk lepas tu. Baik susu utk ibu mengandung, susu lembu biasa, mahupun susu coklat. Sama ja semua.

Itulah kesannya kalau orang berdarah A minum susu. Haaa fakta ni bukan saya yang cakap, tapi Dr Peter J. D'Adamo penulis buku Eat Right For Your Blood Type yang cakap ye..

Orang berdarah A ni kurang tolerate dengan dairy product katanya. Fakta ini betul kena pada saya. Orang lain tak tahulah.

Oohh sudah menyimpang jauh cerita ini. Balik ke cerita asal ya.. akibat tarik mengkarung ni.. satu malam tu saya susah nak tidur sebab kaki kanan lenguh2 dan sakit dari betis naik ke peha.
Kisahnya bekalan kalsium ostematrix saya sudah seminggu kehabisan. Rasa malas pulak nak ke shaklee untuk restok bekalan jadi saya mengelat seminggu tak makan kalsium.

Kebetulan anak pula kena campak jadi saya dapatlah bercuti untuk jaga anak. Nasib baik di rumah parents masih ada bekalan oste. Tak tahan sangat saya terus telan 4 bijik dan hasilnya lenguh2 kaki dan sakit urat yang hazab tu beransur ansur hilang.

Hari ni badan kembali cargas alhamdulillah. Walaupun sakit hanya satu hari tuhan saja tau betapa azabnya. Tidur pun susah, nak jaga anak pun susah, nak memasak dan buat kerja rumah pun susah. Asyik melepeeekk saja.

Maka ini menjadi lesson learnt buat saya. Kalsium sangat sangat sangat penting semasa mengandung. Jangan sekali2 cuba ponteng minum susu or makan supplement sebab waktu ni bayi di dalam rahim sedang giat menarik kalsium dari seluruh badan kita.

Kalau ponteng juga, kesan yg paling cepat yang ni lah... cramp. Yg lambat, lama2 gigi kita jadi longgar dan cepat kena osteoperosis.

Hari ni terus saya restok semula bekalan osteomatrix shaklee saya. Moga tidak berulang kembali insiden ni.. insya allah.

0 Responses

Post a Comment