Unknown
Apa itu financial freedom? 



Artikel di bawah di petik daripada website Kim Kiyosaki. 

What is financial freedom?
Financial freedom is much more than having money. It’s the freedom to be who you really are and do what you really want in life. And many of us, especially women, lose site of this by putting others first and playing many different roles such as parent, spouse, employee, friend, and more.

If you want to be financially-free, you need to become a different person than you are today and let go of whatever has held you back in the past. It’s a process of growth, improvement and gaining spiritual and emotional strength to become the most powerful, happy, and successful “you” possible. That is the true reward of financial freedom.

Money Does Not Make You Rich.
Just because you have money does not mean you have financial freedom. In It’s Rising Time!, I talk about how people like Ed McMahon from The Tonight Show and Nicole Murphy, the ex-wife of actor Eddie Murphy, had millions of dollars and lost it all. Nicole Murphy spent her $15-million divorce settlement in less than four years. And towards the end of his life, Ed McMahon faced foreclosure on his Beverly Hills home and owed $747,000 in credit-card debt.

walau apa juga definasi pakar-pakar kewangan di luar sana, bagi saya financial freedom tu ialah bila saya berjaya bebaskan diri dari segala hutang, dan bebas daripada menjadi hamba dunia pekerjaan yang mengongkong.

Syukur ke hadrat Allah, tanggal 27/6/2014, ngam2 2 hari sebelum Ramadhan 2014 saya akhirnya berjaya selesaikan hutang kereta setelah 9 tahun bersabar. Sebelum loan kereta saya fokus untuk habiskan dulu segala hutang kad kredit dan personal loan. 

Insya Allah, setelah beristikharah beberapa lama, saya diizinkan Allah untuk berhenti kerja pula. Saya buat keputusan untuk tender surat resign pada bulan 10 atau awal bulan 11 ni, cantik-cantik sebelum maternity leave. Tapi sebab saya pekerja yang baik (mata ke atas), saya sudah pun memberi early notice pada bos-bos saya supaya senang saya pass down dan train engineer baru kelak. Siapa-siapa nak apply sebagai Reliability engineer di sebuah wafer foundry di utagha sila bagitau saya cepat2 naaaa.. haha

Apa-apa pun saya dah anggap diri saya officially resign dari jawatan saya sekarang. Too bad gaji sekarang memang bagus, tapi saya tak menyesal nak melepaskan semua demi bebaskan diri dari kerja 8 to 5.
No more berkejar-kejar ke ofis, no more membuang masa 2 jam pergi balik kerja dari KB-Kulim, Kulim-KB, no more terpaksa mengambil cuti dengan rasa bersalah bila anak sakit, no more biarkan anak di bawah asuhan nursery 7am-7pm, no more balik rumah malam-malam.

Di ofis pun senyum aja memanjang. Hilang segala beban di bahu dan otak. Hati tenang dan gumbira. yeehaa!

Tapi jangan salah anggap yea, saya bukanlah resign untuk menjadi fulltime housewife. Saya mengambil keputusan untuk work from home saja, dengan masa yang lebih flexible dan mempunyai lebih masa untuk anak-anak, dan mula polish balik bakat memasak. (yea kawan2, saya memasak hanya beberapa kali setahun.. kesian anak dan hasben.. huhu~)

Persediaan yang saya buat sebelum berhenti kerja:
1) Settlekan semua hutang.    (check!)
2) Simpanan melebihi 6 bulan gaji. (check!)
3) Backup income sementara bisnes di rumah nak naik. (check!)
4) Istikharah dan diizinkan Allah. (check!)
5) Izin suami.   (check!)
6) Mencari sifu dan bisnes team yang boleh push kita untuk berjaya. (check! saya bersama team Shaklee MFMS, team Shaklee paling happening di Malaysia :) )

Insya Allah, saya semakin menuju ke arah financial freedom. Tak apalah income sekarang belum sampai 5 angka, itu boleh diusahakan kemudian. :)

Apa-apa pun, syukur ya Allah, di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Kalau kawan-kawan nak tau mcm mana saya boleh dapat backup income yang kini menghampiri gaji saya bekerja saya sekarang, atau nak tau bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee, atau nak tau mcm mana saya settlekan hutang-hutang saya, jangan malu-malu silalah contact saya ya.

Saya suka membantu orang yang ingin membantu diri mereka sendiri.

YourShaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran di seluruh negara



Read more...
Unknown
Sambungan kisah berpantang ...

Semasa trimester terakhir, saya mula tercari-cari jamu bersalin yang sesuai untuk digunakan semasa berpantang. Saya teringin nak beli Nona Roguy, tapi ya ampun!! harganya mahal sangat!

Selepas bertanya en.Google, saya pun akhirnya terjumpa set berpantang yang ekonomi. Iaitu set berpantang loose pack Shaklee. Saya diberi Vit C, Zink, Alfalfa, Vitalea dan B-complex dengan harga RM90. Oklah tu kann... murahlah dari RM300. haha

Tapi saya terkejut, dalam masa seminggu luka di sinun sembuh, badan rasa kuat dan bertenaga walaupun kena bangun setiap 2 jam untuk menyusukan Amsyar, sambil duduk ok! Sebab saya tak reti lagi menyusukan sambil berbaring. Takut anak mati lemas kena hempap kalau saya tertidur! haha

Susu badan cuma datang dengan banyaknya 2-3 hari selepas balik dari klinik bersalin. Susu mencurah-curah. Secara jujurnya, saya langsung tak menghadapi masalah kekurangan susu semasa awal-awal berpantang. Syukur alhamdulillah. Semasa anak kena jaundis, dan dihantar check in semula ke klinik bersalin untuk diletak di bawah lampu, saya rileks-rileks di rumah sambil mengepam dan susu tu dibekalkan kepada anak setiap hari. (2 hari saja pun check in).

Cukup sebulan berpantang, saya mula mengepam untuk menyimpan stok. Pagi (9.00am), tengahari (12.30pm) dan petang (4.00pm). Jadual ni tetap saya ikut semasa di ofis. Mula-mula stok susu disimpan di freezer peti ais saja. Tapi lama-kelamaan bila dah melimpah-limpah sangat saya terpaksa beli freezer baru khas untuk simpan stok susu saja.
  

 Saya beli yang macam gini...

Selepas habis berpantang, saya terus buat keputusan untuk beli full pack set menyusu. Tak beza banyak sangat pun dengan set berpantang, cuma ditambah ESP dan Ostematrix (kalsium) saja. Seriously, sangat berbaloi-baloi dengan harga dan hasil yang saya dapat. Oh ya.. masa tu saya belum jadi ahli Shaklee pun.


Kawan-kawan, saya sangat-sangat-sangat rekemenkan set penyusuan Shaklee ni. Serious cakap, ini akan jadi investment terbaik anda untuk anakanda yang tersayang. Tiada yang lebih baik untuk dibekalkan kepada anak selain dari susu ibunya sendiri. Tiada apa pun di dunia yang dapat menandingi khasiat susu ibu. 

Saya bersedia untuk membantu anda jika anda nak mendapatkan set ni. 

Free consultation with no obligation. Insya allah.. :) 

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara




Read more...
| edit post
Unknown
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani,

Bila mengandungkan anak kedua, baru saya teringat untuk ceritakan tentang pengalaman berpantang anak pertama. Overall, boleh dikatakan tempoh berpantang anak pertama dulu sangat selesa,menggembirakan, dan syukur Alhamdulillah, terasa sungguh-sungguh yang Allah mempermudahkan semuanya.

Saya berpantang sendirian, bersama suami di rumah sendiri. Maklumlah, emak masih bekerja, berbaki beberapa bulan saja lagi untuk pencen. Mereka tinggal di kuarters guru, jadi masa saya bersalin tu rumah tu lintang pukang kerana mereka sedang membuat persediaan untuk berpindah.

Tetapi sendirian tu tidaklah totally bersendirian.. saya hire seorang confinement lady dari Alor Setar yang tinggal bersama saya selama sebulan. Beliau memasak, memandikan bayi, menyediakan air mandian saya, berurut dan bertungku (best!!) setiap hari, sehingga apabila lepas habis pantang saya bukan saja berjaya turun ke berat asal, tapi perut saya buat pertama kalinya dalam beberapa tahun, kempis macam model!!! haaaaaaa

memang best!

Bab menyusukan baby pula, alhamdulillah sangat mudah. Bila pulang saja dengan baby dari klinik bersalin, tak teringat pun nak sediakan botol susu dan susu formula. Naturally bila baby menangis saya terus menyusukan dia. Susu memang ada.

Walaupun belum datang secara banyak pada ketika tu. Sebelum bersalin, saya pastikan breast saya sudah mengandungi susu. Saya urut dengan sikat, dengan jari, dan melakukan teknik urutan tertentu pada breast untuk merangsang penghasilan susu.

Yuppp! saya urut sendiri jer.. berdasarkan pembacaan yang dilakukan. Cara latching, kedudukan bayi ketika menyusu, semuanya lah... sudah saya kuasai melalui pembacaan ketika sebelum bersalin. Jadi saya agak yakin untuk menyusukan baby, dan memang benar, tiada masalah pun.

Sebab itu bakal-bakal ibu, kita perlu banyak membaca dan belajar sebelum bersalin. Supaya mudah di kemudian hari. Melainkan kalau ibu-ibu memang sudah berniat untuk bagi susu formula dari awal... haa itu lain cerita lah.

Kalau nak menyusukan badan, kita pasanglah niat dari awal untuk menyusukan anak selama 2 tahun, insya Allah, boleh punya. Amsyar anak sulung saya, saya cuma hentikan penyusuan dia ketika disahkan mengandung anak kedua, semasa umur dia 2 tahun setengah.

Alhamdulillah..

Semoga anak kedua ini pun dipermudahkan segala-galanya..

Amiinn...


Read more...
| edit post
Unknown
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Zaman sekarang sangat mencabar minda dan fizikal kita. Ye lah, keluar bekerja seawal subuh dan balik hanya bila matahari dah tenggelam.

Balik rumah perlu pulak uruskan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh baju, sidai baju, lipat baju (!!), dan akhirnya entah pukul berapa baru kita boleh berehat.

Bila pergi kerja pula, kita menjadi mudah letih, stress dan moody. Day in day out, akhirnya kita jadi kurang sihat, hidup menjadi tidak berkualiti, balik rumah kita menjadi moody dan malas melayan anak-anak, stress dengan bebanan hidup dan kualiti kerja juga merudum.

Jika anda adalah salah seorang warga kota yang melalui hidup sedemikian setiap hari, saya mencadangkan anda cuba Shaklee B-complex.


Kenapa?
  • Menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. 
  • Melawan stress - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 
  • Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus. 
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan menguatkan antibodi, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau encegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut. 
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yangmengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit. 
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau. 
  • Detoksifikasi 
  • Meredakan alahan

Bagaimana memilih B-complex yang baik?
Anda boleh pilih apa jua jenama, tetapi vitamin B-complex yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri ini:
  1. Mengandungi 8 vitamin - B1,B2,B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. 
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar. 
  4. Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)   
Shaklee?




Anda pilih.. :)

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran di seluruh negara

Read more...
Labels: | edit post
Unknown
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,



Saya tidak pasti apakah kaitannya batuk dengan mengandung, tetapi itulah yang saya alami sendiri pada kedua-dua kehamilan yang lepas.

Setiap kali mengandung, saya pasti mengalami batuk yang sangat teruk  (sampai demam, sakit dada, berkahak, terkucil)  Lama pulak tu!  Malangnya apabila pergi ke klinik, doktor enggan memberikan saya ubat, malah hanya menasihatkan saya supaya bersabar kerana itulah dugaaaaannn~... *sigh*

Kemudian saya cuba pula petua-petua "home remedy" seperti minum madu, madu perah lemon/limau, dan minum air suam sebanyak-banyaknya, tapi degil pulak batuk tu tu nak pergi.

Kemudian saya cuba pula ubat batuk Prospan yang dikatakan herbal based dan tidak mengandungi alkohol. 

Tetapi, apabila berkunjung ke O&G, doktor menasihatkan saya untuk menghentikan pengambilan Prospan serta merta dan hanya dibenarkan mengambil benda-benda natural seperti madu sahaja.

Kerana tidak tahan lagi saya pun beralih kepada Shaklee.

Saya mengambil set asas ketika mengandung iaitu B-complex, Vit-c, Vitalea dan Ostematrix dan ditambah dengan Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan alahan dan alhamdulillah, dengan izin Allah, batuk saya berkurangan dengan sangat banyak.

Hanya apabila saya mengambil minuman berais barulah saya batuk semula, tapi tidaklah lama. 



Alhamdulillah, dengan mengambil set kehamilan Shaklee ini bukan saja batuk berkurangan, tetapi alahan saya juga berkurangan dengan banyaknya.

Perut yang asyik berangin menyebabkan mulut menjadi pahit, mual-mual dan muntah . Makan pun tidak begitu berselera. Tetapi semua itu hilang perlahan-lahan bila saya mengambil Peppermint Ginger Plus dan saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Badan yang sebelum ini letih lesu dan tidak bertenaga kerana batuk dan alahan juga menjadi sihat bertenaga. Hb (hemoglobin) juga kekal tinggi (bacaan 13) dan bacaan hb saya tidak pernah jatuh.

Syukur alhamdulillah..

Jika anda juga mengalami masalah seperti saya, saya sedia untuk membantu anda. Hubungi saya di 012-3818004 (sms/whatsapp) atau email saya di illyanalyn@gmail.com.


Read more...
Unknown
Harus diingatkan, bahawa apa yang saya nukilkan ini adalah apa yang saya amalkan sehari-hari, selama bertahun-tahun. Saya bukanlah penasihat kewangan yang bertauliah yang layak untuk menasihati sesiapa sahaja. Ini hanyalah perkongsian pengalaman saya sendiri yang saya harap dapat diambil sebagai ilmu bermanfaat untuk sesiapa sahaja di luar sana.

#3. Amalan untuk membebaskan diri dari hutang.
Hafal, dan lazimilah doa di bawah ini setiap selesai solat. Moga-moga Allah berkenan membantu kita melangsaikan segala hutang.






#4. Mulai sekarang, belajarlah mengawal hawa nafsu.
Ya, ya.. satu tahu itu susah. Saya mendidik diri saya bertahun-tahun untuk mengawal nafsu membeli. Perempuan dan shopping sangat-sangat susah untuk dipisahkan. Kalau tak dapat barang besar, barang kecil pun jadilah.. asalkan mendapat kepuasan.
Tambahan pula kegilaan saya pada beg tangan Coach dan set mencuci muka SKII..

Sila kekal dengan bajet yang sudah anda  tetapkan! 

Bersambung...



Read more...
| edit post
Unknown
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Saya ada banyak hutang. Dulu.

Tapi gaji saya cukup besar untuk membayar hutang setiap bulan tanpa masalah. Err.. boleh tahanlah.

Tapi saya tidak mempunyai kepuasan dalam kerjaya.
Maka saya mula menanam azam untuk bekerja dari rumah. Tapi sebelum itu saya mesti mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji, dan selesaikan segala hutang!

Apa yang saya buat?

#1. Pasang satu niat dan tekad yang kuat untuk langsaikan segala hutang anda!

Ketahuilah..

Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkannya"

Diriwayatkan dari Abu Hurairah. 

Percayalah. Dengan berniat saja pun, Allah akan membantu kita untuk selesaikan hutang kita. Tapi perlulah ada usaha. Usaha kita adalah asbab kepada bantuan Allah untuk turun kepada kita.

#2.  Bermuhasabahlah.

Fikirkan di mana kesilapan anda.
- adakah anda boros?
- suka membeli benda yang tidak perlu?
- terikut-ikut dengan cara hidup orang sekeliling yang "kononnya" berduit?
- ingin kelihatan sentiasa up-to-date? ingin dilihat sentiasa cantik?

List down semua pendapatan dan perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan bajet yang bersesuaian dengan gaji anda. Dan cuba untuk tidak melebihi bajet. Kalau perlu lebih extreme, sediakan satu buku kecil utk tulis perbelanjaan harian anda. Walaupun saya sendiri pun tak suka buat. Heh!

Untuk senarai pendapatan dan perbelanjaan ini, saya mempunyai template excel saya sendiri, yang mana saya juga kongsikan dengan kawan-kawan saya apabila mereka cemburu kerana saya sentiasa mempunyai duit yang mencukupi, malah berlebih-lebih lagi walau ketika saat yang paling kritikal. Hujung bulan!!

Bersambung... 







Read more...
| edit post
Unknown

Alhamdulillah.

Saya kini hampir bebas hutang.

Hutang credit card - selesai.
Personal loan - selesai.
Hutang kereta - habis bulan 8 ni.

Saya mempunyai positive cashflow.
Steady monthly income dari investment.
ASB? Tak mainlah. Apa barang dividen 7% saja setahun. heh.

Lepas ni bolehlah saya bantu suami untuk cepat-cepat habiskan loan rumah.
Itulah untungnya ambil daily rest loan.

Insya allah.

Tak lama lagi saya akan bebas pula dari rutin 8am-5pm.

Alhamdulillah..

Life is great.

Terima kasih Allah :)




Read more...
| edit post