Unknown
Harus diingatkan, bahawa apa yang saya nukilkan ini adalah apa yang saya amalkan sehari-hari, selama bertahun-tahun. Saya bukanlah penasihat kewangan yang bertauliah yang layak untuk menasihati sesiapa sahaja. Ini hanyalah perkongsian pengalaman saya sendiri yang saya harap dapat diambil sebagai ilmu bermanfaat untuk sesiapa sahaja di luar sana.

#3. Amalan untuk membebaskan diri dari hutang.
Hafal, dan lazimilah doa di bawah ini setiap selesai solat. Moga-moga Allah berkenan membantu kita melangsaikan segala hutang.






#4. Mulai sekarang, belajarlah mengawal hawa nafsu.
Ya, ya.. satu tahu itu susah. Saya mendidik diri saya bertahun-tahun untuk mengawal nafsu membeli. Perempuan dan shopping sangat-sangat susah untuk dipisahkan. Kalau tak dapat barang besar, barang kecil pun jadilah.. asalkan mendapat kepuasan.
Tambahan pula kegilaan saya pada beg tangan Coach dan set mencuci muka SKII..

Sila kekal dengan bajet yang sudah anda  tetapkan! 

Bersambung...