Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Unknown
Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama dah saya tak update blog saya ni. Saya tengok ramai juga yang cari info tentang czer ya.

Hari ni saya nak share tentang cara berpantang czer. Cara saya berpantang sempoi ja. Tapi alhamdulillah tak adalah jahitan terbuka ke, bernanah atau berair ke, kena infection ke, atau lepas 2 bulan pun duk sakit lagi dan sebagainya.

1. Berpantang makan betul-betul.

Bukan bermaksud berpantang makan cara orang tua-tua iaitu makan nasi sejemput dengan ikan masin atau ikan bakar saja sepanjang 44 hari, maaf saya sangat tak setuju dengan cara makan macam ni. Ikan masin akan menyebabkan darah lochia berbau busuk dan badan jadi lesu. 
Susu badan lama-kelamaan akan kering dek kurang zat makanan, kurang air dan pengambilan jamu-jamu serta air periuk yang panas pada badan. 

Berpantanglah dari makan makanan yang berbisa dan gatal2. Pelbagaikan lauk dan menu berpantang supaya kita berpantang dengan rasa seronok. Saya memang enjoy masa pantang sebab mak masakkan yang sedap2. Badan rasa kuat dan cergas, luka cepat sembuh sebab zat makanan cukup, susu badan pun berkhasiat dan banyak. 





Ayam saya dah mula makan lepas 2 minggu. Tu pun saya cuba sikit2 dulu untuk make sure parut luka tak gatal. Bila confirm ok, saya makan saja. Tak ada masalah. 

Cuma setiap orang lain badannya. Ikut kata bidan, kita orang perempuan ni ikut meriyan ibu kita. Kalau ibu kita jenis "sensitif pada makanan" dan kuat sangat berpantang, badan kita pun jadi begitu juga.  Kalau masa 1st pregnancy kita ajar badan berpantang terlalu ketat, ini tak boleh itu tak boleh, maka yg kedua dan seterusnya pun begitu juga. Badan kita jadi tak tahan bila kita makan benda lain.

Masa berpantang saya minum jus pegaga setiap hari. Makan buat ulam hari2 pun sangat baik jugak. Cuma bagi saya minum tu lebih mudah. Pegaga dapat bantu kecutkan rahim dan bersihkan darah dari toksin. Resultnya kita jadi lebih sihat, muka lebih berseri2 dan glowing. Kalau dibuat amalan Insya Allah awet muda dan sihat tubuh badan. 

2. Air

Air suku cawan? 

Ya hampun! Tak kering ke badan? Tak dahaga ke bila menyusu anak? 

Minumlah air sebanyak mungkin. Pengambilan air yang banyak menolong flush toksin dari badan melalui air kencing dan najis, menolong melembutkan najis (org berpantang ni selalu sembelit..kan), mempercepatkan penyembuhan dan memperbanyakkan susu. Kenapa sekat2 pulak nak minum air ni? 

Cumanya, sekali minum tu, janganlah berdeguk2. Elok diminum sikit demi sikit. (sip.. bukan tonggang minum hehe). 

3. Bertungku 

Ini amalan wajib semua wanita dalam pantang. Moden-moden jugak dekk, tapi bertungku tu wajib. 
Walaupun czer, saya tetap bertungku. Kalau bahagian perut saya tungku dekat bahagian atas, takderlah sampai kena kawasan bedah tu. Saya bertungku setiap hari selama 30 hari saya duduk dengan emak. Lepas tu bila balik rumah sendiri saya dah jarang bertungku sebab sibuk uruskan rumah tangga. 

Bila kita bertungku, darah dalam badan kita mengalir dengan lancar, maka oksigen dapat disampaikan dengan berkesan ke semua sel. Ini membantu proses penyembuhan badan. Kata badan nak pakai lama? Sila jangan mengelat ok! 

Selain dari tu, bertungku di kawasan peranakan akan ensure yang darah nifas yang beku dalam rahim pecah dan keluar dengan lancar, membantu kecutkan rahim, memecahkan lemak di bahagian perut dan anggota badan yang lain, dan mengempiskan perut. 

Badan jadi sedapp saja hangat2 gitu boleh tertidur lagi masa bertungku. Panaskan kaki, pelipat di bawah lutut, duduk di atas batu tungku untuk panaskan bahagian bawah tu, bawah ketiak, bawah tengkuk, perut dan sebagainya. 

Bila bertungku, darah nifas akan lambat kering. Lambat kering tu adalah sesuatu yang baik sebab darah kotor dalam rahim dapat keluar sepenuhnya. Tak adalah tertinggal di dalam menjadi toksin. 

4. Berbengkung

Banyak ibu lepas bersalin tak dapat turunkan berat badan, perut buncit macam mengandung 3 bulan. Cakap kat diri sendiri... kesian... 

Disiplin untuk bertungku dan berbengkung sangat penting. Berbengkung lah dengan apa jenis bengkung pun, baik yang tradisional lilit2 atau yang moden. 

Saya pakai yang moden saja.. seminggu pertama saya guna bengkung moden (khas untuk czer), kemudian saya bertukar pada girdle dan waist nipper PB (again.. pakailah apa pun asalkan pakai). Almaklumlah saya jenis lasak, senang nak bergerak dan melabur di toilet.

5. Jamu/ supplement 

Mak saya bukan jenis makan jamu. Even sampai sekarang. Alhamdulillah badan mak memang kuat, tak ada sakit2 badan, sakit2 lutut ke belakang ke macam dimomokkan oleh orang tua-tua. 

Saya pun inspired by mak, maka saya malas nak makan jamu. Bukan apa, badan jadi panas, effect anak nak menyusu badan lagi.. ada jamu yang ditambah steroid.. hmm..atas byk faktor saya ambil supplement saja. Supplement yang saya ambil ialah set berpantang Shaklee. 

Banyak sangat? Tak suka telan pil banyak2? 

Kata nak kurus? Kata nak susu banyak? Kata nak luka cepat kering dan sembuh? 

Apedehal dengan supplement banyak ni. Kan kan? 

 Antara semua set bersalin, set berpantang Shaklee ni memang terbaik. Serius! 

Orang kata kalau bersalin ambil epidural sakit belakang kan? Saya ambil Ostematrix memang langsung tak ada sakit belakang. 

Darah kurang sebab darah nifas keluar? Muka pucat? Dalam Vita-lea ada iron yang bantu banyakkan hemoglobin. 

Luka sakit2, bernanah, berair, lambat sembuh? Ada zinc dan vitamin C yang bantu cepat sembuhkan luka. 

Susu tak keluar? Susu sikit? Ada ESP yang bantu banyak dan pekatkan susu. 

Set berpantang Shaklee ni MESRA ibu & bayi tau. Saya berani cakap sebab saya dah cuba. Kawan-kawan pun patut cuba. Baru tau perbezaan dia. 

---> update tentang jamu. Sekarang lepas anak berumur 1 tahun 4 bulan baru saya start makan jamu. Saya makan Maajun Anggun Bestari (MAB) sebagai cara planning. Tak naklah makan pil perancang nanti huru hara badan. So far saya baru makan 4 hari dah rasa best pada badan. Memang tak nak tukar yang lain dah!  :D Maajun ni boleh dimakan selepas 44 hari berpantang. 

6. Banyakkan bergerak 

Haa.. ni kalau orang tua-tua baca kompem saya kena ni. hehehe 

Masa berpantang, janganlah asik berbaring saja sampai nak bangun pun takut2, nak jalan pun takut2. 
Kenapa mesti begitu?

Bila kita kurang bergerak, ditakuti akan menyebabkan darah beku yang akan block pengaliran darah dalam badan. Bahaya tau ni. Saya dah lupa apa istilah dia. 

Bila kurang bergerak, badan kurang cergas dan lemau. 

Bila kurang bergerak, pembakaran lemak berkurangan... maka camno nak kurus? 

Bila kurang bergerak... hmmm..tak boring ke duk asing baring je? 

Berjalanlah sikit. Dari depan rumah bawa ke belakang. Dari belakang rumah bawa ke depan. Baby pun boring jugak asik tidur ja. Masa baby berjaga cer bawa baby jalan2 keliling rumah. Ini adalah satu stimulation awal untuk baby yang sangat bagus untuk perkembangan baby kelak. Cuma naik tangga turun tangga tu jangan buat lagilah ya. Kedudukan rahim belum kuat lagi. Takut jatuh pula. 

7. Jangan membaca/ tengok smartphone sangat

Orang tua2 kata mata boleh jadi rabun. Ini memang benar. Saya banyak membaca buku dan layan forum di smartphone, lepas 2 minggu berpantang saya mula buka laptop bekerja (macam ni lah kalau bekerja sendiri).

Mata jadi letihhh dan kepala jadi sakitttt sangat. Telan panadol 2 hari baru baik tau. Alhamdulillah mata belum rabun (kalau rabun ambillah Caratomax.. Insya allah :)). Tapi sejak tu saya jadi seriklah nak baca. Jadi saya banyak lepak2 di ruang tamu sambil tengok tv. Tengok tv ok sikitlah.. takder pulak rasa sakit mata dan kepala. 

8. Berparam/ berpilis

Katanya untuk mata ya? 

Tapi saya tak buat. rimasssssss. hehe 

9. Stokin 

Pakailah. Badan cepat sejuk masa berpantang ni. Dengan berstokin badan kita jadi hangat2 selesa. Angin pun tak masuk. 

10. Mengurut 

Bagus untuk kecergasan badan dan menetapkan kedudukan rahim. Badan rasa sedap saja. 
Tapi tapi tapi... saya belum mengurut lagi ni! Baby Amna pun dah 8 bulan. hmm...

Itu sajalah kut cara saya berpantang czer. Sampai sekarang saya masih berdisiplin pakai girdle dan corset PB. Badan slim melim (sampai jadi kurus sangat pulak.. hehe), dan susu badan alhamdulillah masih maintain. 

Hari ke -5 berpantang czer saya dah tonyoh lantai bilik air sebab tak tahan tengok lantai kotor. Tapi tak beriya la.. nak mampus cuci beriya??! masuk hospital balik kang! haha 

Seminggu pantang dah mandikan sendiri baby. Memang diakui ada rasa sedikit letih kadang2 tapi hadap jer.. kalau manjakan diri sangat pun tak bagus juga. 

Minggu ke-4 saya dah start drive sebab ada hal emergency (ambik mak n abah balik dr kenduri. kereta diorang sangkut dalam selut)

Overall, good experience lah. Yang tak goodnya, saya tak suka berada dalam keadaan tak berdaya (masa awal2 keluar hospital), sebab saya ni lasak orangnya. Bila tak boleh buat apa2 sebab sakit ke rasa down sangat. Sebab tu saya pulun utk cepat2 sembuhkan diri masa berpantang supaya saya boleh buat kerja balik. 

Sekiann saja ceritera saya. 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Untuk berpantang kali kedua ni.. setelah dibuat post mortem kaedah berpantang semasa anak pertama, inilah barang2 yang saya nak gunakan nanti.

  1. Bengkung moden
Bengkung ni memang mabeles walopun reganya juga mabeles. Bengkung ni sebenarnya khas untuk orang yang kena czer, tapi untuk normal pun boleh juga. Masa anak pertama dulu, lepas seminggu beranak pegi KK checkup nurse puji pinggang ramping dan berbentuk. Jadi saya akan gunakan balik bengkung ni masa minggu2 pertama berpantang. Sangat selesa, tak panas dan tak rasa terseksa langsung.


  1. Korset PB.
Agak2 lepas perut dah kempis sikit, saya plan nak guna korset PB yang terperap dlm wardrobe tu untuk membentuk semula bahagian2 badan yang lembik, kendur dan londeh. Iaitu perut, breast dan punggung lah.

Pengalaman saya dan kawan2 yang memakai PB ni dulu, badan jadi berbentuk dan isi menjadi lebih pejal dan kejap.

Breast dulu agak lembik, bila ditekan2 memang kosong sekosong2nya (sebab saya menyusukan anak selama 2thn setengah). Bak kata hasben breast saya dah jadi mcm breast nenek dia *nangis*

Surprisingly, lepas pakai PB (saya pakai utk kurus balik badan yang agak berisi masa tu), breast mula berisi, kejap dan up. Yang ni saya tak expected sebab rasa macam tak boleh diterima akal mcm mana korset boleh mengejapkan balik breast. Tapi itulah hakikatnya.

Dengar2nya juga korset PB ni boleh membanyakkan susu badan. Kita tunggu dan lihat. Nanti saya hapdet lagi samada resultnya menggumbirakan atau mengecewakan.

  1. Nona Roguy
Untuk luaran, saya plan untuk pakai Lulur dan Minyak Herbanika. Dan mungkin juga minum teh herbanika selepas sebulan berpantang.

Dulu masa anak pertama tak beli pun set2 tradisional ni. Kali ni rasa nak mencuba Nona Roguy pulak since ramai yang beri testimonial bagus. Tapi beli loose saja.

  1. Set bersalin Shaklee
Ok. Yang ni wajib. Since anak pertama dulu pun saya pakai dan dah rasa kesannya, saya rasa sangat berbaloi untuk guna set ni juga untuk anak kedua.

Kita boleh makan vitamin ni sebaik saja lepas bersalin. Tak perlu noks nak risau anak jaundis ke apa macam jamu. Especially minggu pertama tu memang kritikal sebab luka masih sakit dan belum sembuh, badan masih lemah sebab kehilangan banyak darah masa bersalin, dan… kita perlukan tenaga kerana anak kita mungkin kena jaundis dan ditahan di hospital.

Makan set berpantang Shaklee ni, insyaa Allah luka cepat sembuh, badan bertenaga, susu banyak dan berat badan cepat turun (ESP membantu menurunkan berat badan jugak).

Tapi saya plan untuk tak nak ambil ESP dan alfalfa. Alfalfa ni dulu babyku allergik. ESP pula walaupun bagus tapi saya tak suka minum soya.

  1. Tangas herba dan mandian herba
Hmmm.. nak beli jenama apa belum pasti. Dulu bidan yang jaga saya yang bawakkan semua daun herba tu dari kampung. Kali ni berpantang dengan emak saja, mungkin petik2 sajalah keliling rumah. Tapi kesian pulak kat mak nak jerang atas dapur dalam periuk besar tu kemudian nak bawak ke bilik air.

Harga yang dah siap bungkus tu pun boleh tahan.. hmmmm..

  1. Pil sembelit
Dulu, doktor Koh tak bekalkan pun ubat sembelit. Saya sembelit 2 minggu noks! Seksa seksa… kali ni tak kira memang kena siap sedia satu kat rumah.

  1. Yang lain-lain tu barang yang dah sedia ada di rumah.
-         tungku besi
-         tungku moden  (dipakai di hospital)
-         pam susu Medela Freestyle (nak kena check dan cuci balik perkakas)
-         susu2 botol perahan (perlu dikeluarkan dan disteril sebagai persediaan)
-         nursing poncho, socks

  1. Nursing bra!
Yang dulu punya semua dah loose. Dah tak nak lagi dah beli brand F******. Tak tahan lama dan kurang support. Nak kena beli baru ni..

  1. Ibu Suri GoMilk atau GoChoc
Masih  duk fikir-fikir untuk gantikan ESP dengan susu kambing Ibu Suri ni. Selain makanan sunnah, susu ni juga boleh membantu banyakkan susu badan.

Buat masa sekarang… yang ni lah dulu kut.
Nanti kalau teringat boleh tambah lagi. 
Read more...