Unknown
Assalamualaikum,


2 minggu lepas masa regular checkup di K.Kesihatan Kepala Batas untuk minggu ke-35, saya mengalami pertambahan berat badan yang mendadak iaitu 4kg dalam masa sebulan.

Scan result pula menunjukkan air ketuban yang banyak, masih dalam normal range tapi on the high side.

Bila dah masuk 3rd trimester ni doktor memang akan sedikit concern dengan jumlah air ketuban memandangkan air ketuban yang banyak boleh menyebabkan:

1. Kedudukan bayi yang selalu bertukar-tukar. Baby bebas untuk buat summersault, akibatnya boleh sebabkan songsang atau melintang,

2. Perut jadi terlalu besar dan berat. Boleh sebabkan sakit pinggang dan belakang.

3. Berisiko bersalin awal (kelahiran pramatang) dan baby dimasukkan dalam inkubator.

4. Tali pusat baby melilit di leher dan terpaksa dilahirkan melalui C-zer.

Doktor suspect most probably culpritnya ialah Kencing Manis. Saya dah 2x minum air gula dan setakat ni semua normal. Tapi nampaknya doktor masih tak puas hati, jadi kenalahh minum air gula kali ketiga.

 Nasib...nasib...

Tapi saya lebih concern dengan air ketuban ni. Sebab memang saya perasan perut saya sangat besar, nak berjalan pun sakit di bahagian pinggul sampai terpaksa pakai pregnancy belt untuk support perut.

Maka saya pun start minum Japanese Green Tea dan Teh Misai Kucing (berselang hari).

Japanese Green Tea Sencha Tea Bags


Teh Misai Kucing Rainhill

Uncang teh tu saya masukkan dalam tumbler minum saya di ofis (minum dalam keadaan dilute- tak pekat), dan minum sikit2 sepanjang hari.

Makan pulak saya tak berapa kontrol. Nasi sepinggan penuh (kadang2 tambah 2 pinggan juga..). Hello?! Hujung2 macam ni macam mana mak buyung nak kontrol makan nasi setakat sejemput? tak cukup ok!

Kalau minum teh misai kucing pun macam tu. Tapi instead of masukkan uncang teh dalam tumbler minum, saya rendam dalam air panas di dalam mug saja. Biarkan pekat. Bila nak minum tuang sikit dalam cawan lain, dan tambahkan air biar dilute juga.

Teh misai kucing punyai kesan yang kuat dan cepat untuk turunkan paras gula dalam badan. Sesiapa yang ada paras gula yang sangat tinggi dalam darah boleh minum teh misai kucing ni untuk turunkan gula dengan cepat. Tapi kena berhati-hati, terlebih minum boleh sebabkan hypo pulak nanti (kurang gula). Sebab tu minum biar sikit2 dan dibancuh cair.

Saya amalkan teh hijau dan misai kucing selama seminggu dan pergi scan di Metro Specialist di Sg. Petani pulak (kebetulan memang tarikh checkup).

You know what?! Air ketuban saya berjaya turun dari 23 ke 16!

Alhamdulillah berjaya!

Jadi kawan-kawan, kalau ada masalah macam saya, sila try Japanese Green Tea atau teh misai kucing. Insya allah...  :)

Moga memberi manfaat!

Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Kita biasa sangat dengar salah satu petua murah rezeki dan menarik blessing yang bertimpa-timpa ke dalam hidup kita ialah sembahyang fardhu pada awal waktu.


Kedengaran cliche kan?

Well... saya pun mula-mula bila tahu petua ni, saya  buat tak kisah saja. At least aku sembahyang jugak, walau di tengah waktu atau akhir waktu. Teruk kan saya?

Untuk compensate sembahyang fardhu yg selalu tak berapa awal ni, saya pun amalkanlah amalan2 lain untuk menarik rezeki ni. Contohnya, istiqamah dhuha 4 rakaat setiap hari, zikir, bangun qiam (walaupun Isya pukul 5 pagi! astaghfirullahal'aziiiimmm!), sedekah, dan beberapa amalan lain lagi. Konon dah baguslah tu! Kononnn..

Berjaya juga istiqamah dengan amalan-amalan ni, dan alhamdulillah, banyak juga rezeki yang Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk.

Cumanya.. saya mempunyai target untuk mencapai sales sekian2 RM dalam masa sebulan, jadi untuk itu saya perlu at least buat sales hari-hari. Hari-hari KENA ADA orang yang datang membeli dari saya! Tapi itu yang saya tak dapat. Sedih~!

Pada masa yang sama saya masih teruskan "amalan" sembahyang fardhu ikut suka awal waktu tengah waktu mahupun 5 minit sebelum habis waktu. Sehinggalah...

Sehinggalah saya menjadi semakin kerap meringan-ringankan solat Isya, dan mula seronok untuk tertinggal dengan alasan tidur... (nak sedapkan hati sendiri). Yelah.. niat nak bangun pukul 5 pagi nak Isya, kunun nak sekali dengan qiam, last2 qiam dalam selimut saja. Astaghfirullahal'azim!

Bila beberapa kali jadi macam ni, saya insaf dan mula bertekad untuk solat awal waktu, supaya saya tak lagi tertinggal waktu solat yang susah (iaitu Isya'... letih blk rumah malam..kerja nak tido saja...).

Takut oihh kena sebat dalam kubur, sia-sia semua amalan.. penat berdoa setiap hari supaya dipelihara dari azab kubur dan api neraka, tapi pada masa yang sama meringankan solat.. Allah~

Maka dengan azam baru saya mula train diri untuk solat awal. 5 minit sebelum azan dah start alert, dan lepas azan saja terus bangun untuk solat.

Dugaan tu ada, biasalahhh.. dugaan fb, dugaan anak yang sibuk nak berak waktu tu jugak, dugaan TV, dugaan chatting di group whatsapp dan telegram, dugaan kerja banyak semasa di office... dan seribu satu dugaanlah.

Tapi dalam hati tetap berkata-kata dengan Allah, "aku nak solat awal waktu Ya Allah. Tolonglah aku."
Insya Allah semua dugaan tu jadi macam daki saja. Tak ada apa2.

Baru 2-3 hari mengamalkan solat fardhu awal waktu ni, saya dah mula dapat kesannya.

Subhanallah!

Janji Allah tu benar belaka.

Saya tak perlu pun iklankan, atau mencari-cari orang yang ingin membeli dari saya, Allah yang hantarkan mereka pada saya!

Setiap hari!

Masya Allah!

Begitulah dahsyatnya kesan solat awal waktu ni pada saya, pada rezeki yang Allah berkenan untuk kurniakan pada saya. Dan kesannya pada iman saya.

Saya baru buat sikit, Allah dah bagi banyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak Engkau dustakan?

Kawan-kawan yang baca post ni, inginku seru.

Kalau dah lama tinggalkan solat, mulalah berjinak2 untuk solat.

Kalau asyik ditimpa kesusahan, checklah solat.

Kalau hati masih berprasangka terhadap Allah, masih belum bulat keyakinan pada Dia, masih memohon-mohon pertolongan daripada manusia, periksalah solat.

Kalau apa yang dipohon2 masih tak dapat, sempurnakanlah, dan tambahlah lagi solat.

Insya Allah, blessing, nikmat dan rezeki akan datang bertimpa-timpa dalam hidup anda.

Wassalam..



Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

fatty liver

Saya tengok banyak juga perbahasan di internet tentang perlu atau tidak badan kita di detox.
Sedangkan filter dan paip air (baca: hati dan kolon) pun sekali sekala perlu dicuci, inikan pula sistem penghadaman dan perkumuhan badan kita.

Jadi perlu ke tak perlu detox badan kita? Sudah tentulah perlu! Orang barat banyak mencipta kaedah untuk detox dengan cara juice fasting dan sebagainya, di mana mereka detox sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kita orang Islam juga ada kaedah detox badan tersendiri, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. JIKA kita mengikut cara-cara pemakanan dan amalan yang BETUL pada bulan Ramadhan, sepatutnya badan kita jadi seperti enjin yang dah di overhaul, bersih serba serbi zahir dan batin. Malangnya... siang kita berpuasa, malam kita sumbat macam-macam. Amalan kerohanian pula ke laut. Camno?
Apa-apapun, kalau nak tahu apakah sudah tiba masa badan kita di detox atau tak.. cuba periksa tanda-tanda di bawah ni. Kalau ada tanda-tanda ni, maksudnya perlu detox lah tu.


1. Alergi kepada jenis makanan tertentu. Kalau dulu tak pernah alergi, sekarang tiba-tiba alergi, itu pun salah satu tanda badan penuh toksik.

2. Nafas berbau, kentut dan najis berbau busuk.

3. Sembelit, cirit-birit, susah untuk membuang, pembuangan air besar yang tak menentu


4. Kerap mengalami selesema, batuk dan jangkitan virus. Selalu bersin dan berhingus pada waktu pagi.

5. Angin

6. Kerap sakit kepala tanpa sebab.

7. Sakit-sakit badan yang berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat.

8. Tak bertenaga, lemah-lemah badan

9. Sakit-sakit bahagian bawah belakang

10. Senang dijangkiti penyakit.

11. Perlukan masa tidur yang panjang.

12. Kesakitan pada bahagian hati atau hempedu.

13. PMS, jangkitan pada vajayjay (vagina/faraj)


14. Masalah kulit - ruam, jerawat, acne.

15. Insomnia (susah tidur).

16. Susah fokus.

17. Kesakitan pada sendi atau otot yang kronik.

18. Penyakit auto-imun (seperti SLE)

Kalau dah ada salah satu tanda-tanda ni, janganlah berlengah2 lagi untuk detox. Ada 3 perkara yang kita perlu buat untuk "full overhaul" badan kita:
1. Detox usus
2. Detox darah
3. Detox hati
 
Untuk detox, ketiga-tiga item ni sangattt bagus!

set detox premium

Herb Lax
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
Herb lax sangat bagus untuk menyingkirkan segala lendir, lemak dan toksin yang melekat di dinding usus kita. Bila dah bersih dinding usus, barulah segala nutrien daripada makanan dan supplement yang kita ambil boleh diserap secara optimum.

Sebab tu lah, sesiapa yang ambil vitamin Shaklee, atau apa2 saja supplement dan kemudian claim yang vitamin tu tak berkesan dan sebagainya, perlu menjalani proses detox ni dulu supaya segala kotoran2 degil tadi dapat dibuang dan seterusnya membantu penyerapan vitamin tadi.

Barulah nampak kesan!

DTX Complex
  • Berfungsi untuk mendetox hati
  • Membantu pesakit hepatitis
  • Menghasilkan protein yang membantu dalam regenerasi sel hati
  • Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu
  • Membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati
  • Ekstrak biji benih mempunyai ciri-ciri antioksidan, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat merangsang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati
  • Memberi perlindungan kepada hati

 Siapa yang sesuai mengambil DTX Complex?
  • Perokok
  • Penagih arak
  • Individu yang sering makan fastfood
  • Pesakit hepatitis
  • Individu yang sering lemah, letih, lesu, berjerawat
  • Sesiapa yang ingin menjaga kesihatan hati dan fungsi hati yang sempurna (boleh ambil setahun sekali)
Alfalfa

  • Mencuci hati, darah, dan usus
  • Melawan alahan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol
  • Melawan tumor - kerana alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali, di mana sel-sel kanser tidak dapat survive di dalamnya. Kalau makanan berasid, memang makanan dia!
  • Melegakan keletihan
  • Mencegah/merawat artritis
  • Mengurangkan masalah resdung dan alahan
  • Membantu merawat asma
  • Membuang toksin dalam darah
  • Meneutral asid dalam badan
  • Menghilangkan keputihan pada wanita
  • Bertindak seperti kacip fatimah pada para isteri
  • Membantu penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Melegakan sembelit
Combination ketiga-tiga produk ni memang power! Bersihkan hati, darah dan kolon, maka badan kita menjadi bersih seperti enjin yang baru diservis... Lepas tu ambillah supplement untuk apa pun.. untuk kulit cantik ka, sakit sendi ka, kuatkan badan dan antibodi ka, insya Allah akan menunjukkan kesan yang pantas dan superb!

Untuk COD di kawasan Kepala Batas, Bertam, dan sewaktu dengannya, sila hubungi saya. Insya Allah, saya akan advise cara pemakanan vitamin yang berkesan untuk anda.

Sms/whatsapp/telegram saya untuk free consultation . Saya suka membantu :)

Your Independent Distributor 

Liyana (Id: 1144949)

012-3818004 (sms/whatsapp) 

COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 

Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Hari ni masa breakfast di Cafe Berprestasi Tinggi di Silterra, salah seorang geng Jemah, Linda (kami panggil group kami ni geng jemah...masing2 kuat melaser..kuikui) bagitau saya.

Kata Linda, bila dia tak makan Osteomatrix, gigi dia mesti sakit. Bila dia makan, baru hilang sakit gigi dia. Linda masih menyusu badan, dan seperti kebanyakan perempuan yang lain, juga jarang minum susu.

Lagi sorang Jemah, Haiza yang masih menyusukan baby dia yang berumur 4 bulan pun mengaku akan kebaikan Osteomatrix ni. Haiza consume Osteomatrix dari semasa mengandung hingga sekarang .
Pun tak minum susu jugak.

Saya pun tak minum susu. Bukan mengada-ngada, tapi memang badan saya ni allergik betul dengan susu lembu. Baik susu putih mahupun susu chocolate tu. Kalau minum susu, tunggulah. Petang tu saya dah mula berkahak, kemudian start batuk2 sampaikan bila tidur paru2 saya akan berbunyi. Ala-ala orang sakit lelah pulak.

Maka sebab tu lah kami2 ni pakat-pakat amik supplement Osteomatrix Shaklee ni.

Amat-amat penting seorang wanita tu, especially apabila sudah mengandung dan menyusukan bayi untuk mengambil kalsium setiap hari. Tau tak kenapa? Bila mengandung dan menyusu, kalsium daripada badan kita ditarik dan diserap oleh bayi atau untuk penghasilan susu badan.

Kalau kita tak minum susu, maka tulang kita lah yang menjadi mangsa. Belum masuk 40 nanti, gigi longgar, tulang cepat patah, sakit belakang, sakit lutut, sakit badan, gusi berdarah, dan segala macam penyakit. Semuanya kerana tindakan kita 2 -3 tahun dahulu yang tidak reti menjaga badan.

Kalau tak suka minum susu, amalkan lah Osteomatrix ni.. Insya allah, ia membantu menguatkan semula tulang kita. Tak adalah nanti bila tua terbongkok-bongkok dek osteoperosis. Macam mana nak jadi mama vogue kalau gitu keadaannya?

Kenapa Osteomatrix Shaklee terbaik kalau nak compare dengan brand lain?

Osteomatrix Shaklee
Osteomatrix Shaklee bukan ada kalsium semata-mata, tapi juga mengandungi Vitamin D dan Magnesium. Kedua-dua zat ni lah yang membantu penyerapan kalsium secara optimum ke dalam badan.

Saya ingin nasihatkan di sini, jangan sebarangan ambil pil kalsium yang ada di pasaran tu ya.. sebab apa? kalau kalsium tu tak boleh diserap ke dalam badan, dikhuatiri dia akan termendap di pundi kencing dan menjadi batu karang.

Elok kita nak sihat, dahhh jadi sakit kut lain pulak. Haru! Tapi dun worry, dengan Osteomatrix Shaklee ni, insya allah tidak akan ada masalah tersebut.

Osteomatrix Shaklee

Saya rasa saya pernah share somewhere dalam blog ni tentang pengalaman saya dulu. Dulu, lepas setahun saya lahirkan Amsyar, saya selalu sakit belakang, terutama di bahagian pinggang. Ramai orang kata itu adalah side effect epidural. Betul ke?

Saya tak percaya pun. Sebab kalau nak sakit sebab epidural, dah lama dah saya sepatutnya sakit. Pada masa tu saya masih aktif menyusukan Amsyar. Cuma supplement tu on and off. Biasalah kan.. perangai m*las menyerang... hehe

Jadi, saya cuba ambil balik Osteomatrix ni, 4 biji setiap malam. Tau tak? Dalam masa seminggu, sampaaaiii lah sekarang, no more backpain! Alhamdulillah! Saya rasa bersyukurlah jugak sebab dengan asbab Osteo nih sakit belakang saya sembuh. Pada masa yang sama, sakit lutut saya (sebab kaki tergeliat banyak kali bila pakai kasut baru) pun hilang. Amazing!

Maka sebab itu kalau ada orang yang mengalami sakit belakang, atau sendi, atau gusi dan gigi, saya sangat mengesyorkan untuk ambil Osteomatrix nih. Oh ya.. sebagaimana susu, Osteo ni juga boleh membantu dalam pengeluaran dan penghasilan susu ibu tau.

Jadi ibu-ibu, dan bapak-bapak di luar sana, kalau selalu sakit2 belakang, sendi, lutut, gigi dan gusi, cubalah try makan Osteomatrix ni. Insya allah berkesan.

Sms/whatsapp/telegram saya untuk free consultation . Saya suka membantu :)

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara


   
Read more...
Unknown
Semalam kecoh di semua media tentang harga minyak naik RM0.20.

Of courselah semua orang marah-marah, tak ada seorang pun yang memuji-muji tindakan tidak popular kerajaan ni (kecuali para menteri dan macai2 lah kut ya?)

By the way, benda pun dah terjadi, walau kita semua mengamuk sekalipun ingat diorang nak turunkan balik ke? Bersedialah wahai kawan2, after effect dia akan menyusul lepas ni. Tak kira GST lagi yang kerajaan akan start implement tahun depan.

So daripada kita meroyan tak tentu hala (yang tentunya tidak mendatangkan hasil serta tidak produktif), apa yang perlu kita buat?

Basic rule of thumb, kurangkan perbelanjaan, dan tingkatkan pendapatan.

Macam mana nak kurangkan perbelanjaan?
-beli benda yang perlu, bukan yang kita ingin. Kalau pergi shopping groceries, senaraikan dan hanya beli yang betul2 perlu. Pampers anak? ok! Cikedis? not ok!

- review balik bil-bil kita. Astro full package perlu ke? bil elektrik mencecah lebih RM100 sebulan? cari jalan utk kurangkan. Reduce semua waste yang ada.  Cari jalan untuk improvekan cara penggunaan air, elektrik, internet, telefon bimbit, recycle air hujan dan sampah2. oh ya.. dan minyak kereta!

- yang ni penting. sediakan satu excel file yang senaraikan perbelanjaan dan pendapatan kita. setiap bulan bila masuk gaji, buat pembayaran based on this excel file. Ni excel file saya..

Dalam excel ni, perlu ada column:
- Income. kalau ada banyak income, spesifikkan. Dalam column ni saya tak tunjuklah detail. P&C... hehe
- Simpanan:
    - emergency saving.
    - pelaburan duniawi dan ukhrawi.
- Perbelanjaan:
    - Bil
    - Hutang/loan
    - Kereta & maintenance kereta
    - Miscellanious (boleh tambah ikut suka mengikut lifestyle masing2)
- Dan akhir sekali, perlu ada total income, total perbelanjaan, dan baki pada akhir bulan.

Sentiasa muhasabah diri dengan melihat dan menganalisa corak perbelanjaan kita setiap hari.

- sentiasa target untuk kurangkan dan habiskan hutang. Kalau berhutang dengan orang, pandai-pandailah start bayar. Kita nak hidup berkat. Hidup berkat insya allah senang hidup kita nanti. Sesiapa yang lari atau tak mo bayar hutang PTPTN tu, fikir2kan lah ilmu yang korang dapat dengan duit PTPTN tu berkat ke tak?

- kalau ada tanah sekangkang kera, bercucuk tanamlah. Benda2 yang kerap digunakan di dapur seperti serai, lengkuas, kunyit, halia, bawang, daun pandan, cabai melaka dll boleh ditanam dalam pasu.

- kalau boleh, gunakan public transportation. utk lelaki, mungkin lebih selesa naik motor? apa2 pun, pentingkan juga keselamatan dan kesejahteraan anak2 kecil anda.

- kalau rumah sendiri jauh, usahakan untuk menyewa di tempat yang dekat dengan tempat kerja. rumah sendiri sewakan dan kenakan sewa bulanan yang sama atau lebih dari instalment yang kita bayar pada bank.

- kurangkan berjalan2 di shopping complex. walaupun untuk window shopping atau berjalan-jalan saja, secara tidak langsung ia sebenarnya menyuburkan nafsu kita untuk berbelanja. mesti akan terbeli sikit walaupun tak banyak.

- sebagai alternatif, banyakkan beriadah di park atau taman, boleh berjoging, bersosial bersama kawan-kawan, ajak anak2 kecil kita bermain di taman permainan. bukankah ini lebih bagus untuk anak2 pada masa jangka panjang? anak2 tak terlalu attach dengan ipad dan tv games, anak2 belajar bersosial dengan kawan-kawan, boleh membantu 'release'kan tenaga yang berlebihan pada anak2 (testesterone surge orang putih panggil) , menjadikan mereka lebih tenang dan behave di rumah, dan memupuk cara hidup sihat di kalangan ahli keluarga. it's all about back to basic. 

- take action. ilmu tanpa amal adalah sia-sia. take action, dan sentiasa muhasabah adakah tindakan kita tu berkesan ke tak. kalau tak berkesan, ubah suai lagi sehingga memberi kesan kepada excel kita.

- say no to credit card. unless kita tak bawa cash, baru pakai. balik rumah terus bayar balik bahagian yang kita pakai. jangan sekali2 terjerumus dalam perangkap promosi  0% interest untuk pembayaran balik dalam 12/24 bulan dan sebagainya. BAHAYA! hutang ni lah yang duk makan duit gaji kita bulan2. kalau tak cukup duit untuk beli sesuatu, jangan beli. kumpul sikit2, bila dah cukup baru beli. CASH term ONLY!

Macam mana pula nak tingkatkan pendapatan?

- apabila perbelanjaan berjaya dikurangkan dan hutang2 kita berjaya dilangsaikan, duit kita yang berbaki setiap bulan semakin banyak. ini dipanggil positive cashflow. sila masukkan duit ini dalam tabungan kita.

- work smart. buat perancangan bagaimana anda boleh majukan diri anda di tempat kerja, supaya anda boleh cepat naik pangkat (dan naik gaji!). timba ilmu baru, tonjolkan diri anda supaya bos nampak yang anda berpotensi. participate secara aktif di dalam meeting dengan memberi input2 yang bernas dan positif, tunjukkan yang anda berketrampilan dan mampu memimpin. buat sehingga bos benar2 yakin dan bergantung pada anda.

- SAVING! untuk kaya anda perlu menyimpan. first step untuk buat duit ialah menyimpan duit. dengan duit yang kita ada kita boleh generate kekayaan.
    - menyimpan dalam tabung kecemasan
    - simpanan anak2
    - simpanan untuk pembelian item2 besar (seperti percutian, down payment rumah, anak nak masuk universiti, dll)
    - simpanan bebas kewangan

- usahakan untuk berbisnes. ada bisnes yang hanya memerlukan modal yang kecil (dropship). untuk buat bisnes, pastikan anda applikasikan ilmu ini.
        M - Mentor
        E  - Elmu (iaitu Ilmu + Emosi)
        S  - Sistem
        T  - berTindak
        I  -  Impian

Antara contoh bisnes bermodal kecil ialah Shaklee. Hanya RM75 yuran keahlian seumur hidup dan USAHA, anda boleh menjana pendapatan sehingga 6 angka! Tapi pastikan anda memilih kumpulan yang boleh menjadi mentor dan membimbing anda sampai berjaya. Group yang terbaik ialah MFMS (MariaFirdaus) :)

- kerahkan duit anda untuk bekerja  dengan anda. salah satu caranya ialah dengan membeli emas.

- jemputlah rahmat Allah ke dalam kehidupan kita.
          - Bersedekahlah hari2 walaupun RM1.
          - jangan berkira dengan isteri, anak2 dan ibu bapa. pemberian pada ibu bapa tu menjadikan duit kita lebih berkat.
          - amalkan solat sunat fajar, solat dhuha, istighfar dan selawat 300x sekurang2nya. solat tahajud dan taubat, serta amalkan surah yasin, surah al-waqiah dan surah al-mulk setiap hari.
          - banyakkan berdoa pada waktu mustajab doa
          - tunaikan solat 5 waktu pada awal waktu dan dengan sempurna
          - banyakkan membantu dan memudahkan hidup orang lain.
          - boleh juga amalkan doa Saiyidina Ali iaitu "Allahummak fini bi halalika 'an haromika waghnini bi fadhlika 'amman siwak" 7x setiap kali lepas solat.
          - zikir "Ya Wahhab" 41x dalam sujud terakhir solat dhuha

- buang segala sifat mazmumah dalam diri
         - jangan mengumpat dan suka bercakap tentang orang lain
         - buang segala buruk sangka dan hasad dengki pada orang lain
         - berhenti menyakiti dan menzalimi orang lain
         - buang sikap riak, sombong, perasan bagus, takbur, ego dsbnya.

untuk membersihkan dan memurnikan hati, berselawatlah setiap hari sebanyak-banyaknya (1000x).
kejahatan kita pada orang lain mengundang kemurkaan Allah dan menjauhkan rahmat serta rezeki.

- mula melabur dalam unit trust, saham, sektor hartanah, atau paling mudah tak payah fikir2, masukkan duit anda dalam Tabung Haji. Insya allah halal.

Hmmm.. setakat sekarang ni ini yang saya terfikirlah. Mungkin pada masa depan saya akan tambah lagi. Atau anda boleh rujuk dengan pakar2 kewangan hebat di luar sana. Apa yang saya senaraikan di sini ialah apa yang saya buat dan amalkan.. Alhamdulillah kesannya HEBAT! :)

Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Masya allah! Lamanya tak jenguk blog ni. Lately kemalasan melanda dengan dahsyat sekali. Mood bekerja dan berbisnes semuanya dah ke laut. Terpaksa hentikan kejap bisnes Shaklee, tapi bisnes emas masih berjalan seperti biasa. Yo lah.. kalau customer mintak COD vitamin daku dah tak larat nak drive ke sana ke sini dah.

Hari ni saya pergi checkup di KK Kepala Batas seperti biasa. Dah 34 minggu 5 hari yeay!! Perut toksah cerita la besar gila kut sampai semua orang yang kenal asyik tanya mengandung kembar ka?

Ha mai nak habaq.. hari ni ada appointment dengan doktor sekali. Sekali bila scan rupanya air ketuban banyak. Dahlah berat naik 4kg dalam masa 3 minggu. Tak melompat nurse dgn doktor? hahaaaa!

Jadi doktor suruh buat MGTT (minum air gula la tu~) lagi 2 minggu. Aaa! tak sanggup dah. Dah 2x kut pregnancy ni kena buat MGTT. Kalau buat ni kira dah masuk kali ketiga dah. Reda je lah walaupun tak suka sebab 1st pregnancy dulu ada history GDM, cuma yang 2nd ni masih bernasib baik tak kena kencing manis. Hopefully tak ada apa2 lah ye..



Dah masuk 34 minggu ni, malam-malam pun dah susah nak tidur. Mengiring ke kiri tak kena, ke kanan tak kena, tidur telentang lagi lah tak kena. Last2 tidur je dalam keadaan menyandar di kepala katil.

Tengah-tengah malam pulak memang kena bangun nak buang air. Kadang2 tak boleh tidur sampai ke pagi. Ditambah lagi dengan perut yang asyik mengeras tak kira waktu. Sakit woo~

Banyak rupanya kesusahan dan kesakitan yang dialami oleh ibu2 mengandung ni. Atas sebab itulah jika seseorang perempuan tu redha dengan kehamilannya, seluruh makhluk di langit dan di bumi akan sentiasa mendoakannya.


Ayat 14 Surah Luqman

Dalam surah Luqman pun Allah dah nyatakan betapa perempuan yang mengandung ni mengalami kelemahan demi kelemahan, kepayahan demi kepayahan. Dan atas sebab itulah wajib bagi seseorang anak itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Bukan senang nak besarkan seorang anak dari tapak kakinya sebesar 2 jari kita... sampailah dia dah boleh berdikari sendiri.

Huhu! Insaf!

Semoga anak emak ni.. menjadi seorang anak yang berbakti pada kedua ibubapa, serta menjadi seorang hamba Allah yang diredhai dunia dan akhirat.

Semoga kamu sentiasa dilindungi dari gangguan jin, iblis dan syaitan.

Semoga Allah menjauhkan kita sekeluarga daripada pandangan jahat manusia yang zalim, yang berniat jahat, yang hasad, yang berniat menyakiti tubuh badan kita, yang berniat mencerobohi harta benda kita, serta moga dijauhkan daripada manusia2 yang buruk akhlaknya, yang menjauhkan kita daripada Allah.

Aamiinn.. ya rabbal a'lamin.



Read more...
Unknown

Assalamualaikum,

Ya ampun! Saya sangat sangat sangat jarang mengalami cramp kaki atau tarik mengkarung ni.

Masa pregnant ni kalau nak jadi pun saya cepat2 tegakkan tapak kaki saya tu insya allah cramp tu terus hilang.

Tapi kali ni tak nak hilang pulak sakit dia.

Alkisahnya saya masa pregnant ni tak minum susu. Bukannya saja mengada-ngada tak nak minum, tapi bila minum saya akan jadi berkahak dan batuk2 yang teruk lepas tu. Baik susu utk ibu mengandung, susu lembu biasa, mahupun susu coklat. Sama ja semua.

Itulah kesannya kalau orang berdarah A minum susu. Haaa fakta ni bukan saya yang cakap, tapi Dr Peter J. D'Adamo penulis buku Eat Right For Your Blood Type yang cakap ye..

Orang berdarah A ni kurang tolerate dengan dairy product katanya. Fakta ini betul kena pada saya. Orang lain tak tahulah.

Oohh sudah menyimpang jauh cerita ini. Balik ke cerita asal ya.. akibat tarik mengkarung ni.. satu malam tu saya susah nak tidur sebab kaki kanan lenguh2 dan sakit dari betis naik ke peha.
Kisahnya bekalan kalsium ostematrix saya sudah seminggu kehabisan. Rasa malas pulak nak ke shaklee untuk restok bekalan jadi saya mengelat seminggu tak makan kalsium.

Kebetulan anak pula kena campak jadi saya dapatlah bercuti untuk jaga anak. Nasib baik di rumah parents masih ada bekalan oste. Tak tahan sangat saya terus telan 4 bijik dan hasilnya lenguh2 kaki dan sakit urat yang hazab tu beransur ansur hilang.

Hari ni badan kembali cargas alhamdulillah. Walaupun sakit hanya satu hari tuhan saja tau betapa azabnya. Tidur pun susah, nak jaga anak pun susah, nak memasak dan buat kerja rumah pun susah. Asyik melepeeekk saja.

Maka ini menjadi lesson learnt buat saya. Kalsium sangat sangat sangat penting semasa mengandung. Jangan sekali2 cuba ponteng minum susu or makan supplement sebab waktu ni bayi di dalam rahim sedang giat menarik kalsium dari seluruh badan kita.

Kalau ponteng juga, kesan yg paling cepat yang ni lah... cramp. Yg lambat, lama2 gigi kita jadi longgar dan cepat kena osteoperosis.

Hari ni terus saya restok semula bekalan osteomatrix shaklee saya. Moga tidak berulang kembali insiden ni.. insya allah.

Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Sedikit pop quiz untuk mengenali ketidakseimbangan hormon badan wanita :)

Adakah anda mempunyai 2 atau lebih simptom-simptom ini?

Kumpulan pertama
- PMS
- Keguguran
- Peningkatan berat badan yang tidak dapat di "explain"
- Kebimbangan
- Insomnia
- Breast yang sakit dan/atau "lumpy"
- Pening kepala
- Gagal hamil

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas, ini menunjukkan anda kekurangan hormon progesterone. Kekurangan hormon progesterone ni benda yang paling kerap berlaku pada kebanyakan wanita pada semua peringkat umur.

Jadi, apa yang perlu anda buat?
- tukar diet anda
- berhenti mengambil hormon sintetik (termasuk pil perancang)
- dan anda perlukan krim progesterone (yang natural)
- supplement shaklee seperti GLA complex boleh membantu mengimbangkan semula hormon di dalam badan. Hubungi saya untuk consultation percuma dan saya akan nasihatkan cara pengambilan yang khusus dan efektif untuk mengatasi masalah ini.  

Kumpulan kedua
- Kekeringan faraj
- Hubungan kelamin yang menyakitkan
- Jangkitan pundi kencing
- Kerap berpeluh pada waktu malam
- Masalah ingatan
- Keletihan dan kemurungan
- Hot flashes (panas tiba-tiba pada bahagian muka, leher dan dada)

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom dalam kumpulan kedua, ini bermakna anda mengalami kekurangan hormon estrogen. Simptom ini sangat biasa di kalangan wanita menopos. 

Apa yang perlu anda buat? 
- ubahsuai diet anda
- ambil herba-herba yang khusus untuk kesihatan wanita
- sedikit natural estrogen  (kira-kira 1/10 daripada dos yang biasa di"prescribe" oleh doktor)
- masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan vitamin shaklee yang khusus untuk masalah-masalah di atas. Hubungi saya untuk consultation percuma. Saya akan nasihatkan supplement yang sesuai dan cara pengambilan yang berkesan.

Kumpulan ketiga
- Muka sembab dan perut kembung 
- Peningkatan berat badan yang cepat 
- Mood swings 
- Kebimbangan dan kemurungan 
- Insomnia 
- Red flushes pada muka (muka menjadi panas dan merah tiba-tiba) 
- Weepines (saya tak tau dalam bahasa melayunya di panggil apa) 
- Breast tenderness
- Pendarahan yang banyak
- Migrain
- Fikiran yang berserabut 
- Masalah pundi kencing 

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas, ini bermakna anda mempunyai hormon estrogen yang berlebihan.    
Apa perlu anda buat?
Biasanya masalah ini selesai apabila anda menghentikan pengambilan hormon sintetik konvensional (HRT) yang selalu di"prescribe" oleh doktor untuk wanita menopos.

Kumpulan keempat
- Kombinasi dari kumpulan pertama dan kumpulan ketiga.

Jika anda ada 2 atau lebih kombinasi simptom dari kumpulan pertama dan ketiga, ini bermakna anda mengalami satu keadaan yang dipanggil "estrogen dominance".

Keadaan ini berlaku kerana badan anda tidak menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi untuk mengimbangi kesan hormon estrogen. Anda boleh mempunyai paras hormon estrogen yang rendah, tapi disebabkan paras hormon progesterone anda laaagi rendah, maka anda tetap mengalami simptom2 estrogen dominance ni. 

Apa yang perlu anda buat? 
- Hubungi saya untuk nasihat percuma tentang pengambilan vitamin Shaklee yang khusus untuk mengatasi masalah anda. 

Kumpulan kelima
- Acne
- Rambut berlebihan pada muka dan lengan 
- Rambut (di kepala) menipis 
- Cyst ovari 
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Hypoglycemia dan/atau bacaan gula dalam darah tidak stabil
- Tidak subur
- Mid cycle pain (kesakitan atau cramp ketika ovulasi) 

Jika anda mengalami 2 atau lebih simptom di atas, ini menunjukkan anda mempunyai hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan. Saya juga mempunyai banyak simptom-simptom di atas seperti PCOS, ovarian cyst, bulu roma yang tebal di kaki dan lengan, rambut nipis, dan tidak subur (dulu). 

Sekarang alhamdulillah anak dah nak masuk 2 orang..  jadi siapa kata orang yang tidak subur tidak boleh mengandung? Anda pasti boleh! Saya ambil masa 5 tahun untuk conceive anak pertama, dan 2 tahun setengah selepas kelahiran anak pertama saya berjaya mengandung anak kedua selepas mengambil 2  jenis vitamin Shaklee yang khusus untuk kesuburan.

Jangan putus asa!

Hormon androgen berlebihan ini biasanya disebabkan oleh terlalu banyak pengambilan gula dan simple carbohydrates (tepung putih, kek, kuih, nasi putih, roti putih, makanan manis, etc) . Keadaan ini banyak terdapat pada wanita yang mengalami PCOS.

Apa yang perlu anda buat?
- Tukar diet anda 180 darjah!
- Turunkan sedikit berat badan jika anda overweight.
- Senaman
- Kawal pengambilan gula. Lebihkan sayur dan buah-buahan serta makanan organik.
- Hubungi saya dan saya akan memberi consultation secara spesifik tentang vitamin Shaklee yang khusus untuk masalah anda serta nasihat dan tips mengembalikan kesuburan anda ke tahap optima.

Kumpulan keenam
- Keletihan melampau
- Fikiran berserabut
- Kulit nipis dan/atau kering
- Brown spots pada muka
- Paras gula dalam darah tidak stabil
- Tekanan darah rendah
- Exercise intolerance ( keadaan di mana seseorang itu tidak boleh melakukan senaman fizikal utk suatu jangka masa tertentu seperti yang sepatutnya. Atau mengalami kesakitan, keletihan, loya, muntah, atau kesan-kesan negatif yang lain selepas bersenam)

Jika anda mempunyai 2 atau lebih simptom di atas, ini menunjukkan badan anda kekurangan hormon kortisol.  

Ia disebabkan oleh adrenal fatigue (suatu sindrom yang diakibatkan oleh kalenjar adrenal yang berfungsi di bawah paras optimum seperti yang sepatutnya). Keadaan ini biasanya disebabkan oleh stress yang kronik. 

Kalau anda sedang juggle di antara kerjaya dan keluarga, besar kemungkinan anda akan mengalami adrenal fatigue.  
Apa yang perlu anda buat?
- Manage stress level anda.
- Kenal pasti punca dan ambil tindakan untuk buang jauh-jauh punca stress
- Amalan kerohanian juga boleh membantu mengurangkan tekanan
- Seperti biasa, terdapat juga vitamin Shaklee yang boleh membantu untuk  menenangkan saraf, menguatkan badan, meningkatkan tenaga dan mengurangkan kemurungan yang Insya Allah boleh membantu anda untuk menjalani hidup dengan lebih sihat. Anda boleh hubungi saya untuk nasihat percuma dan rundingan cara pemakanan vitamin yang berkesan. 


Hubungi saya untuk free consultation dan bagi setiap pembelian saya akan sertakan dengan nasihat pemakanan vitamin yang betul serta banyak tips untuk mengembalikan kesuburan anda ke paras optimum :)


Your Independent Distributor 

Liyana (Id: 1144949)

012-3818004 (sms/whatsapp) 

COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 

Juga penghantaran ke seluruh negara
   
   
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Nota ini saya nukilkan di sini sebagai rujukan saya kelak. Semoga ia juga dapat memberi manfaat yang berterusan kepada ibu2 yang menyusukan anak di luar sana.

Oleh Dr. Suriyakhatun (dari page FB beliau)

Boleh tak beritahu bagaimana nak tingkatkan MUTU susu badan?

Memang, susu badan berbeza mengikut nutrisi dan pemakanan ibu. Semua khasiat susu juga bergantung kepada kesihatan ibu dan mutu probiotics yang ada dalam susu ibu bergantung kepada kesihatanb usus ibu. Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh.

Bila saya rawat bayi yang mengidap eczema dimana anak itu menyusu badan, saya akan mengambil kira juga kesihatan usus ibu dan seringkali saya akan berikan rawatan kepada ibu untuk betulkan ususnya.

Sebenarnya saranan saya ini sama juga untuk sesiapa yang nakkan kesihatan yang optima cuma, dalam kes ibu yang menyusu dan juga ibu mengandung, kesihatan dirinya, tahap stress dan emosi dirinya kesemuanya mempengaruhi anak yang disusukan atau anak dalam kandungan.

Antara makanan yang merosakkan kesihatan usus bila diambil dengan kadar yang kerap dan diambil hari-hari adalah berikut.

Dalam pada itu tak perlu terlalu ketat berpantang, jika sekali sekala memakannya tidak menjadi masalah besar.

1. Gula putih dalam apa bentuk sekalipun, dalama minuman dan makanan. Setakat secawan waktu pagi dengan kadar sedikit dimaafkan.

2. Kek dan kuih (boleh makan tapi jarang-jarang) (tepung putih) jangan amalkan makan roti dengan kadar yang kerap.

3. Makanan berkimia termasuk mee segera, makanan dalam tin, sosej, burger dan lain-lain.

4. Serbuk perasa (MSG) dan pemanis tanpa zat, pewarna dan pengawet: Terdapat dalam banyak jenis makanan terutama yang dari restoran dan pasar raya serta peket-peket perencah.

5. Garam putih -salt table.

6. Jenis sayuran yang perlukan banyak racun serangga seperti kailan dan sayur daun kecuali kangkung dan ulaman. Kalau yang organic dibolehkan.

7. Jenis ikan bottom feeders sebab ikan-ikan di dasar laut ada lebih racun (cuba jangan makan ikan besar, lebih baik ikan kecil).

8. Kerang

9. Susu lembu dari lembu komersial, dibolehkan susu lembu kampung.

10. Transfat atau minyak rosak : margarine dan minyak gorengan yang diguna berkali-kali (semua gorengan yang dijual).

Apa yang perlu dimakan sebagai amalan?

1. Beras perang dan semua bijirin, lebih baik organik, kentang, ubi kayu ubi keledek sebagai sumber kabohidrat yang baik.

2. Lauk pauk, pastikan dapat 3 portion setiap hari. Contohnya pagi: telur, tengahari ikan kembung sederhana seekor, malam ayam sebahagian dari 8 bahagian atau daging saiz 2 kotak mancis, protein sayur termasuk tofu sekali sekala.

3. Sayur 2 mangkuk sehari, wajib ada sayur hijau, dan pelbagaikan warna sayur. Pastikan ada ulam untuk vitamin C.

4. Buah termasuklah banyak limau nipis dalam salad dan dibuat air.

5. Garam bukit.

6. Santan, minyak virgin coconut oil atau olive oil.

7. Untuk masak guna minyak kelapa sawit.

8. Kacang dhal, tahu, tempe (kalsium dan mineral lain)

9. Kimchi Saurkraut, tempe, tempoyak, pickles : boleh buat sendiri: 1 balang kaca 500ml, air mineral 300ml, garam bukit 2 sudu teh, fermented fruit enzyme (RIN atau Biogreen) 3 sudu teh.
Carrot, timun, tomato, bawang putih, kobis dipotong macam nak buat acar, masukkan semua dalam balang dan tutup, simpan dalam peti sejuk untuk seminggu sebelum makan.
Airnya jangan buang, masukkan lagi sayur, ia adalah makanan probiotic. Boleh ditambah bijan dan spices kalau nak.

10. Sup tulang (ikan masak pindang, sup ayam, sup tulang, ikan bilis tumbuk sebagai rencah sayur).

11. Guna gula perang organic, madu asli menggantikan gula putih.

12. Buah segar

13. Susu kambing organic (tak perlu kalau sudah amalkan sup tulang)

Makanan dan supplements untuk banyakkan susu

1. Halba, satu sudu teh dalam air mendidih segelas rendam 5 minit campur madu lebah asli, 2-3 kali sehari (memang peluh berbau)

2. Gum Arabic (Al Manna dan Tayebat)- prebiotic, immune booster, amino acids dan minerals.

3. Omega 3, 6, Udo's oil blend atau VCO campur ground flax seeds

4. Chlorella (detox bowels)

5. Aloe juice (detox bowels)

6. Enzymes (fermented fruits)

7. Mineral supplements: extra magneium Kordel Magnesium Amino acid chelate, Biogrow minerals

8. Immune system boosters : kunyit hidup, echinacea, Transfer Factor - banyak lagi.

9. Habbatussauda

10. Nuts and seeds, termasuk almonds, sunflower seeds dan pumpkin seeds

11. Buah kering cranberry, kurma, apricort, fig dan lain-lain.

Senarai ini sebagai panduan, banyak lagi yang baik yang tidak disebut. Tentang emosi ibu saya akan sentuh pada posting yang lain.

Jika ibu ada masalah kesihatan, ada kalanya memperbaiki pemakanan tidak cukup maka saya akan beri rawatan homeopathy dan kadangkala rawatan spiritual energy healing.

Nota kaki *** Nota ini disalin 100% menggunakan lenggok bahasa Doktor Suriyakhatun. Oleh kerana postingnya ini sangat bermanfaat maka saya pindahkan ke sini sebagai rujukan semua.
Read more...
Unknown


1) Isteri
      
- ESP
- Vitalea
- B complex
- Vitamin C
- Alfalfa (hanya option terutama yg sakit bila bersama)
- GLA jika period tak regular

2) Suami

- ESP
- Vitalea
- B com
- Vitamin C
- Vitamin E
- Zinc

** AWAS! VitaLea dan Alfalfa tidak sesuai untuk pesakit thalasemia dan apa sahaja alahan.

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?


Vitamin Asas

(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex

Vtamin asas, adalah tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan

(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5) Zinc
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(7) GLA Complex
Kebanyakan masalah kesuburan wanita berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon.
Pengambilan GLAcomplex bertindak untuk menstabilkan hormon estrogen dan progesteron dalam darah, seterusnya menjadikan haid lebih stabil dan mudah untuk mengandung.

Walau apa pun, ini hanyalah cadangan set kesuburan secara umum. Kita perlu tahu juga apa punca yang menyebabkan kita tak subur.

Biasanya jika sudah mencuba lebih dari setahun, kita boleh buat pemeriksaan dengan gynae utk tahu apa punca. Sebab hormon kah? rahim rendah atau terlalu tinggi kah? atau sebab period tak tetap, endometriosis, PCOS, kesilapan teknik, tak tahu tarikh subur,  etc etc ?

Kalau rahim rendah atau tinggi, kadang-kadang dengan berurut membetulkan rahim saja sudah memadai. Bila kedudukan rahim sudah dibetulkan, insya allah mudah untuk mengandung lepas tu.

Tapi jika ianya lebih kompleks, seperti masalah hormon, anda perlukan bantuan lain kerana berurut sudah tentu tidak akan membantu. Kalau nak tahu apa tanda-tanda anda ada masalah hormon tak seimbang ni, sila baca SINI.

Hubungi saya untuk dapatkan nasihat percuma tentang kesuburan. Dengan setiap pembelian saya akan sertakan nasihat pemakanan vitamin yang berkesan beserta tips-tips untuk mendapatkan haid yang teratur, cara mengenalpasti waktu subur, serta mengembalikan keseimbangan hormon badan anda.

Kita hanya mampu berusaha, akhirnya Allah lah yang menentukan segalanya.
Jangan berputus asa ya. Faito! faito!


Your Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 


Bulan ni promo GLA complex buy 6 free 1. 
Untuk dapatkan harga special yang lebih murah boleh hubungi saya ya.. :) 

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 

Kenapa hemoglobin rendah semasa mengandung?  

Keperluan zat besi meningkat dengan banyaknya semasa mengandung kerana zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin, sejenis protin di dalam darah yang membawa oksigen ke seluruh sel di dalam badan. Semasa mengandung, jumlah darah di dalam badan meningkat sehingga hampir 50% daripada biasa. Jadi kita memerlukan lebih zat besi untuk menghasilkan lebih hemoglobin untuk cater lebih banyak darah. Zat besi juga diperlukan untuk bayi dan placenta (uri).
Risiko kita untuk menjadi anemic lebih tinggi kalau kita mengalami alahan atau morning sickness yang teruk sehingga kerap muntah, 2 atau lebih kehamilan yang dekat, mengandung lebih dari satu baby (kembar), diet yang rendah zat besi, atau period yang terlalu heavy sebelum mengandung. 



Tanda-tanda anemic

Jika anda anemic,anda mungkin juga tidak menujukkan apa-apa simptom sama sekali, especially kalau keadaan anda tidak serius. Tapi antara simptom-simptom biasa adalah: 
  • Letih
  • Berasa lemah
  • Pening 
  • Pucat ( boleh dilihat pada kuku, dibawah mata, bibir) 
  • Denyutan jantung yang laju 
  • Tercungap-cungap (short of breath) 
  • Irritability 
  • Susah untuk fokus pada sesuatu 

Tahukah anda, mengidam untuk makan benda yang pelik-pelik seperti ais, kertas, atau tanah juga ada kaitan dengan kekurangan zat besi yang serius. 
Kalau anda mengidam benda yang pelik-pelik begini, jangan layan dan WAJIB bagitau doktor anda. 

Cara tinggikan paras hemoglobin dalam darah

Untuk tinggikan paras hemoglobin (hb) dalam darah, kita perlu memakan makanan yang seimbang dan melebihkan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C. 

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan kita.

Antara makanan yang tinggi zat besi: 
  • Kerang
  • Lala
  • Tiram
  • Ikan sardin
  • Ikan cencaru 
  • Hati ayam, lembu, dan daging 
  • Buah kurma
  • Buah tin
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C: 
  • Jambu batu 
  • Mata kucing
  • Betik 
  • Limau 
  • Durian belanda
  • Belimbing besi 
  • Kiwi 
  • Kedondong
  • Mangga 
Sayur-sayuran yang tinggi kandungan zat besi dan folic: 
  • Pegaga
  • Peria
  • Kangkung
  • Pucuk keledek 
  • Pucuk paku 
  • Ulam raja
  • Bayam
  • Pucuk gajus 
  • Daun pudina 
  • Cekur manis
  • Daun ramunggal

Untuk menambahkan zat besi dalam makanan, kita boleh memasak sayuran bersama perencah contohnya ikan bilis, kerang, bebola ikan, daging atau telur. 


Perah limau atas makanan contohnya sambal belacan. 

Elakkan memakan makanan kaya zat besi atau pil iron bersama teh, kopi atau susu kerana ia menghalang penyerapan zat besi, sebaliknya ambillah bersama air limau atau jus buah-buahan. 

Jika hendak lebih mudah, ambillah Iberet folic kerana iberet folic mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. 

Atau anda boleh juga ambil VitaLea Shaklee bersama Vitamin C. :)


Apakah manfaat utama VitaLea Shaklee?


  • Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, mempertingkatkan memori dan daya fokus
  • Pelengkap nutrisi, baik untuk yang anemik dan yang berpengamalan diet yang tak seimbang
  • Keupayaan sistem proaktif bagi remaja yang sedang membesar
  • Mempertingkatkan stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel, membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon 
  • Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati

** AWAS: Vita-lea mengandungi Alfalfa dan tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE.**


 

  Hubungi saya untuk consultation percuma :) 

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

 

Read more...