Unknown
Assalamualaikum,

Kita biasa sangat dengar salah satu petua murah rezeki dan menarik blessing yang bertimpa-timpa ke dalam hidup kita ialah sembahyang fardhu pada awal waktu.


Kedengaran cliche kan?

Well... saya pun mula-mula bila tahu petua ni, saya  buat tak kisah saja. At least aku sembahyang jugak, walau di tengah waktu atau akhir waktu. Teruk kan saya?

Untuk compensate sembahyang fardhu yg selalu tak berapa awal ni, saya pun amalkanlah amalan2 lain untuk menarik rezeki ni. Contohnya, istiqamah dhuha 4 rakaat setiap hari, zikir, bangun qiam (walaupun Isya pukul 5 pagi! astaghfirullahal'aziiiimmm!), sedekah, dan beberapa amalan lain lagi. Konon dah baguslah tu! Kononnn..

Berjaya juga istiqamah dengan amalan-amalan ni, dan alhamdulillah, banyak juga rezeki yang Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk.

Cumanya.. saya mempunyai target untuk mencapai sales sekian2 RM dalam masa sebulan, jadi untuk itu saya perlu at least buat sales hari-hari. Hari-hari KENA ADA orang yang datang membeli dari saya! Tapi itu yang saya tak dapat. Sedih~!

Pada masa yang sama saya masih teruskan "amalan" sembahyang fardhu ikut suka awal waktu tengah waktu mahupun 5 minit sebelum habis waktu. Sehinggalah...

Sehinggalah saya menjadi semakin kerap meringan-ringankan solat Isya, dan mula seronok untuk tertinggal dengan alasan tidur... (nak sedapkan hati sendiri). Yelah.. niat nak bangun pukul 5 pagi nak Isya, kunun nak sekali dengan qiam, last2 qiam dalam selimut saja. Astaghfirullahal'azim!

Bila beberapa kali jadi macam ni, saya insaf dan mula bertekad untuk solat awal waktu, supaya saya tak lagi tertinggal waktu solat yang susah (iaitu Isya'... letih blk rumah malam..kerja nak tido saja...).

Takut oihh kena sebat dalam kubur, sia-sia semua amalan.. penat berdoa setiap hari supaya dipelihara dari azab kubur dan api neraka, tapi pada masa yang sama meringankan solat.. Allah~

Maka dengan azam baru saya mula train diri untuk solat awal. 5 minit sebelum azan dah start alert, dan lepas azan saja terus bangun untuk solat.

Dugaan tu ada, biasalahhh.. dugaan fb, dugaan anak yang sibuk nak berak waktu tu jugak, dugaan TV, dugaan chatting di group whatsapp dan telegram, dugaan kerja banyak semasa di office... dan seribu satu dugaanlah.

Tapi dalam hati tetap berkata-kata dengan Allah, "aku nak solat awal waktu Ya Allah. Tolonglah aku."
Insya Allah semua dugaan tu jadi macam daki saja. Tak ada apa2.

Baru 2-3 hari mengamalkan solat fardhu awal waktu ni, saya dah mula dapat kesannya.

Subhanallah!

Janji Allah tu benar belaka.

Saya tak perlu pun iklankan, atau mencari-cari orang yang ingin membeli dari saya, Allah yang hantarkan mereka pada saya!

Setiap hari!

Masya Allah!

Begitulah dahsyatnya kesan solat awal waktu ni pada saya, pada rezeki yang Allah berkenan untuk kurniakan pada saya. Dan kesannya pada iman saya.

Saya baru buat sikit, Allah dah bagi banyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak Engkau dustakan?

Kawan-kawan yang baca post ni, inginku seru.

Kalau dah lama tinggalkan solat, mulalah berjinak2 untuk solat.

Kalau asyik ditimpa kesusahan, checklah solat.

Kalau hati masih berprasangka terhadap Allah, masih belum bulat keyakinan pada Dia, masih memohon-mohon pertolongan daripada manusia, periksalah solat.

Kalau apa yang dipohon2 masih tak dapat, sempurnakanlah, dan tambahlah lagi solat.

Insya Allah, blessing, nikmat dan rezeki akan datang bertimpa-timpa dalam hidup anda.

Wassalam..



3 Responses
  1. Anis Hidayat Says:

    Terbaaeeekkk my French :)


  2. Unknown Says:

    Bagus info yg cukup...


  3. Unknown Says:

    Terima kasih, akhirnya saya jumpa jalan...


Post a Comment