Unknown
Semalam kecoh di semua media tentang harga minyak naik RM0.20.

Of courselah semua orang marah-marah, tak ada seorang pun yang memuji-muji tindakan tidak popular kerajaan ni (kecuali para menteri dan macai2 lah kut ya?)

By the way, benda pun dah terjadi, walau kita semua mengamuk sekalipun ingat diorang nak turunkan balik ke? Bersedialah wahai kawan2, after effect dia akan menyusul lepas ni. Tak kira GST lagi yang kerajaan akan start implement tahun depan.

So daripada kita meroyan tak tentu hala (yang tentunya tidak mendatangkan hasil serta tidak produktif), apa yang perlu kita buat?

Basic rule of thumb, kurangkan perbelanjaan, dan tingkatkan pendapatan.

Macam mana nak kurangkan perbelanjaan?
-beli benda yang perlu, bukan yang kita ingin. Kalau pergi shopping groceries, senaraikan dan hanya beli yang betul2 perlu. Pampers anak? ok! Cikedis? not ok!

- review balik bil-bil kita. Astro full package perlu ke? bil elektrik mencecah lebih RM100 sebulan? cari jalan utk kurangkan. Reduce semua waste yang ada.  Cari jalan untuk improvekan cara penggunaan air, elektrik, internet, telefon bimbit, recycle air hujan dan sampah2. oh ya.. dan minyak kereta!

- yang ni penting. sediakan satu excel file yang senaraikan perbelanjaan dan pendapatan kita. setiap bulan bila masuk gaji, buat pembayaran based on this excel file. Ni excel file saya..

Dalam excel ni, perlu ada column:
- Income. kalau ada banyak income, spesifikkan. Dalam column ni saya tak tunjuklah detail. P&C... hehe
- Simpanan:
    - emergency saving.
    - pelaburan duniawi dan ukhrawi.
- Perbelanjaan:
    - Bil
    - Hutang/loan
    - Kereta & maintenance kereta
    - Miscellanious (boleh tambah ikut suka mengikut lifestyle masing2)
- Dan akhir sekali, perlu ada total income, total perbelanjaan, dan baki pada akhir bulan.

Sentiasa muhasabah diri dengan melihat dan menganalisa corak perbelanjaan kita setiap hari.

- sentiasa target untuk kurangkan dan habiskan hutang. Kalau berhutang dengan orang, pandai-pandailah start bayar. Kita nak hidup berkat. Hidup berkat insya allah senang hidup kita nanti. Sesiapa yang lari atau tak mo bayar hutang PTPTN tu, fikir2kan lah ilmu yang korang dapat dengan duit PTPTN tu berkat ke tak?

- kalau ada tanah sekangkang kera, bercucuk tanamlah. Benda2 yang kerap digunakan di dapur seperti serai, lengkuas, kunyit, halia, bawang, daun pandan, cabai melaka dll boleh ditanam dalam pasu.

- kalau boleh, gunakan public transportation. utk lelaki, mungkin lebih selesa naik motor? apa2 pun, pentingkan juga keselamatan dan kesejahteraan anak2 kecil anda.

- kalau rumah sendiri jauh, usahakan untuk menyewa di tempat yang dekat dengan tempat kerja. rumah sendiri sewakan dan kenakan sewa bulanan yang sama atau lebih dari instalment yang kita bayar pada bank.

- kurangkan berjalan2 di shopping complex. walaupun untuk window shopping atau berjalan-jalan saja, secara tidak langsung ia sebenarnya menyuburkan nafsu kita untuk berbelanja. mesti akan terbeli sikit walaupun tak banyak.

- sebagai alternatif, banyakkan beriadah di park atau taman, boleh berjoging, bersosial bersama kawan-kawan, ajak anak2 kecil kita bermain di taman permainan. bukankah ini lebih bagus untuk anak2 pada masa jangka panjang? anak2 tak terlalu attach dengan ipad dan tv games, anak2 belajar bersosial dengan kawan-kawan, boleh membantu 'release'kan tenaga yang berlebihan pada anak2 (testesterone surge orang putih panggil) , menjadikan mereka lebih tenang dan behave di rumah, dan memupuk cara hidup sihat di kalangan ahli keluarga. it's all about back to basic. 

- take action. ilmu tanpa amal adalah sia-sia. take action, dan sentiasa muhasabah adakah tindakan kita tu berkesan ke tak. kalau tak berkesan, ubah suai lagi sehingga memberi kesan kepada excel kita.

- say no to credit card. unless kita tak bawa cash, baru pakai. balik rumah terus bayar balik bahagian yang kita pakai. jangan sekali2 terjerumus dalam perangkap promosi  0% interest untuk pembayaran balik dalam 12/24 bulan dan sebagainya. BAHAYA! hutang ni lah yang duk makan duit gaji kita bulan2. kalau tak cukup duit untuk beli sesuatu, jangan beli. kumpul sikit2, bila dah cukup baru beli. CASH term ONLY!

Macam mana pula nak tingkatkan pendapatan?

- apabila perbelanjaan berjaya dikurangkan dan hutang2 kita berjaya dilangsaikan, duit kita yang berbaki setiap bulan semakin banyak. ini dipanggil positive cashflow. sila masukkan duit ini dalam tabungan kita.

- work smart. buat perancangan bagaimana anda boleh majukan diri anda di tempat kerja, supaya anda boleh cepat naik pangkat (dan naik gaji!). timba ilmu baru, tonjolkan diri anda supaya bos nampak yang anda berpotensi. participate secara aktif di dalam meeting dengan memberi input2 yang bernas dan positif, tunjukkan yang anda berketrampilan dan mampu memimpin. buat sehingga bos benar2 yakin dan bergantung pada anda.

- SAVING! untuk kaya anda perlu menyimpan. first step untuk buat duit ialah menyimpan duit. dengan duit yang kita ada kita boleh generate kekayaan.
    - menyimpan dalam tabung kecemasan
    - simpanan anak2
    - simpanan untuk pembelian item2 besar (seperti percutian, down payment rumah, anak nak masuk universiti, dll)
    - simpanan bebas kewangan

- usahakan untuk berbisnes. ada bisnes yang hanya memerlukan modal yang kecil (dropship). untuk buat bisnes, pastikan anda applikasikan ilmu ini.
        M - Mentor
        E  - Elmu (iaitu Ilmu + Emosi)
        S  - Sistem
        T  - berTindak
        I  -  Impian

Antara contoh bisnes bermodal kecil ialah Shaklee. Hanya RM75 yuran keahlian seumur hidup dan USAHA, anda boleh menjana pendapatan sehingga 6 angka! Tapi pastikan anda memilih kumpulan yang boleh menjadi mentor dan membimbing anda sampai berjaya. Group yang terbaik ialah MFMS (MariaFirdaus) :)

- kerahkan duit anda untuk bekerja  dengan anda. salah satu caranya ialah dengan membeli emas.

- jemputlah rahmat Allah ke dalam kehidupan kita.
          - Bersedekahlah hari2 walaupun RM1.
          - jangan berkira dengan isteri, anak2 dan ibu bapa. pemberian pada ibu bapa tu menjadikan duit kita lebih berkat.
          - amalkan solat sunat fajar, solat dhuha, istighfar dan selawat 300x sekurang2nya. solat tahajud dan taubat, serta amalkan surah yasin, surah al-waqiah dan surah al-mulk setiap hari.
          - banyakkan berdoa pada waktu mustajab doa
          - tunaikan solat 5 waktu pada awal waktu dan dengan sempurna
          - banyakkan membantu dan memudahkan hidup orang lain.
          - boleh juga amalkan doa Saiyidina Ali iaitu "Allahummak fini bi halalika 'an haromika waghnini bi fadhlika 'amman siwak" 7x setiap kali lepas solat.
          - zikir "Ya Wahhab" 41x dalam sujud terakhir solat dhuha

- buang segala sifat mazmumah dalam diri
         - jangan mengumpat dan suka bercakap tentang orang lain
         - buang segala buruk sangka dan hasad dengki pada orang lain
         - berhenti menyakiti dan menzalimi orang lain
         - buang sikap riak, sombong, perasan bagus, takbur, ego dsbnya.

untuk membersihkan dan memurnikan hati, berselawatlah setiap hari sebanyak-banyaknya (1000x).
kejahatan kita pada orang lain mengundang kemurkaan Allah dan menjauhkan rahmat serta rezeki.

- mula melabur dalam unit trust, saham, sektor hartanah, atau paling mudah tak payah fikir2, masukkan duit anda dalam Tabung Haji. Insya allah halal.

Hmmm.. setakat sekarang ni ini yang saya terfikirlah. Mungkin pada masa depan saya akan tambah lagi. Atau anda boleh rujuk dengan pakar2 kewangan hebat di luar sana. Apa yang saya senaraikan di sini ialah apa yang saya buat dan amalkan.. Alhamdulillah kesannya HEBAT! :)

0 Responses

Post a Comment