Unknown
Assalamualaikum,


2 minggu lepas masa regular checkup di K.Kesihatan Kepala Batas untuk minggu ke-35, saya mengalami pertambahan berat badan yang mendadak iaitu 4kg dalam masa sebulan.

Scan result pula menunjukkan air ketuban yang banyak, masih dalam normal range tapi on the high side.

Bila dah masuk 3rd trimester ni doktor memang akan sedikit concern dengan jumlah air ketuban memandangkan air ketuban yang banyak boleh menyebabkan:

1. Kedudukan bayi yang selalu bertukar-tukar. Baby bebas untuk buat summersault, akibatnya boleh sebabkan songsang atau melintang,

2. Perut jadi terlalu besar dan berat. Boleh sebabkan sakit pinggang dan belakang.

3. Berisiko bersalin awal (kelahiran pramatang) dan baby dimasukkan dalam inkubator.

4. Tali pusat baby melilit di leher dan terpaksa dilahirkan melalui C-zer.

Doktor suspect most probably culpritnya ialah Kencing Manis. Saya dah 2x minum air gula dan setakat ni semua normal. Tapi nampaknya doktor masih tak puas hati, jadi kenalahh minum air gula kali ketiga.

 Nasib...nasib...

Tapi saya lebih concern dengan air ketuban ni. Sebab memang saya perasan perut saya sangat besar, nak berjalan pun sakit di bahagian pinggul sampai terpaksa pakai pregnancy belt untuk support perut.

Maka saya pun start minum Japanese Green Tea dan Teh Misai Kucing (berselang hari).

Japanese Green Tea Sencha Tea Bags


Teh Misai Kucing Rainhill

Uncang teh tu saya masukkan dalam tumbler minum saya di ofis (minum dalam keadaan dilute- tak pekat), dan minum sikit2 sepanjang hari.

Makan pulak saya tak berapa kontrol. Nasi sepinggan penuh (kadang2 tambah 2 pinggan juga..). Hello?! Hujung2 macam ni macam mana mak buyung nak kontrol makan nasi setakat sejemput? tak cukup ok!

Kalau minum teh misai kucing pun macam tu. Tapi instead of masukkan uncang teh dalam tumbler minum, saya rendam dalam air panas di dalam mug saja. Biarkan pekat. Bila nak minum tuang sikit dalam cawan lain, dan tambahkan air biar dilute juga.

Teh misai kucing punyai kesan yang kuat dan cepat untuk turunkan paras gula dalam badan. Sesiapa yang ada paras gula yang sangat tinggi dalam darah boleh minum teh misai kucing ni untuk turunkan gula dengan cepat. Tapi kena berhati-hati, terlebih minum boleh sebabkan hypo pulak nanti (kurang gula). Sebab tu minum biar sikit2 dan dibancuh cair.

Saya amalkan teh hijau dan misai kucing selama seminggu dan pergi scan di Metro Specialist di Sg. Petani pulak (kebetulan memang tarikh checkup).

You know what?! Air ketuban saya berjaya turun dari 23 ke 16!

Alhamdulillah berjaya!

Jadi kawan-kawan, kalau ada masalah macam saya, sila try Japanese Green Tea atau teh misai kucing. Insya allah...  :)

Moga memberi manfaat!

3 Responses
  1. Unknown Says:

    Salam.. mane ea nk cri greean tea jenama Sencha ni? TQ..


  2. Unknown Says:

    Salam.. green tea Sencha ni boleh dibeli di pasaraya Jusco ke, Tesco, Giant atau Mydin. Kalau tak jumpa jenama ni, mana2 Japanese tea/green tea pun boleh spt Oolong cha atau Matcha. Kesannya sama :)


  3. Unknown Says:

    Salam sis..sy pun ada masalah poly ni.dpt detect lepas doc scan dekat hospital.masa tu dh 38 weeks and air ketuban dh jadik 28.admit ward mlm tu jugak doc suruh minum air gula sebab Kk yg regular checkup tu takda bg minum langsung sejak preggy.Lepas minum mmg sah ade GDM.Huhu.So doc paksa bersalin.Tapi dah 2x induce pn baby still xnak turun masuk laluan lg.Last2 emegency czer jugak penyelesaiannya.Alhamdulillah hari ni dah 13 hari bpantang 😊


Post a Comment