Unknown
Assalamualaikum

Open order untuk nozzle set. Dari US. 


Wilton 22-pc nozzle set 
RM220
 Wilton 55-pc nozzle set
RM290

Kalau ada permintaan saya akan buka juga order untuk produk Wilton yang lain. Serba salah sebenarnya nak letak harga sebab kita kalau boleh nak jual murah pada kastemer tersayang. Tapi tak mampu nak absorb kos2 lain disebabkan currency kita jatuh. Harga akan di revise bila RM naik semula. Hopefully.. :(

Jadi saya masih beri kelonggaran pada para kastemer untuk bayar secara ansuran. Itu saja cara saya mampu bantu kastemer tersayang :D

Jadi macam biasa ya.. kalau nak order contact saya di nombor di bawah :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 

Bulan ni December 2015 Lecithin ada promotion ya puan-puan. Masa ni lah sesuai untuk borong Lecithin dengan harga yang lebih murah. 

Rujuk sini untuk khasiat Lecithin :) 

Tapi sebagai summary Lecithin ni bagus untuk: 

+ Improve fungsi otak, mencegah penyakit lupa, terutamanya disebabkan faktor usia.
+ Menurunkan berat badan secara sihat. Oleh kerana Lecithin ni boleh mencairkan lemak, jangka panjangnya berat badan turun secara semulajadi tanpa perlu bergantung pada ubat-ubat yang tak diketahui side effectnya pada badan. 
+ Khasiat lecithin untuk merendahkan kolesterol ni memang dah diketahui selama berdekad dah pun. Lecithin bantu mengawal pengaliran nutrien ke dalam dan keluar sel2 dalam badan dan menghalang lemak dari berkumpul pada dinding salur darah, jantung, arteri dan otak. Jadi ia ukan saja baik untuk paras kolesterol kita, tapi juga pada kesihatan kardiovaskular. 
+ Mencegah penyakit dan baik untuk pesakit Alzheimer, amnesia dan lain2 kerana fungsinya yang baik untuk otak dan memori. 
+ Lecithin menghalang lemak dari terkumpul di dalam hati. Jadi ianya juga baik untuk kesihatan hati dan sangat elok diambil oleh orang yang mengidap hati berlemak. 
    




Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown

Kredit kepada: Putra Bugis Temasik (FB)

Hari ini saya hendak kongsi tips2 dan cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap...
Ini tips-tips yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya..!!!

Selamat membaca…..jika ada tips2 dari teman2 sharelah juga ya..jika lain dari yang lain…


Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili.. lebih perisa sambalnya...


Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan…
Bila memasak, masukkan sotong dulu..lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa...

Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul2 garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)

Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula.Gula dan minyak akan menjadi caremalize.Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!Kemudian masukkan air asam,garam dan air secukupnya…
kalau sambal udang masukkan udang dulu..lepas air udang dah keluar baru la masukkan air asam jawa...

kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin...


kalau sambal telor selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah....


goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar lak.. agak cm dah layu... angkat... then baru tumis lada kering agak2 dah masak baru masuk n air asam gula garam and ikan bilis ngan bawang tadi.


kadang2 saya tumis tomato dadu dengan belacan skit
kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik
kalau sambal tumis udang, saya blend udang kering skit dengan cili kering tu
petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-2 masakan yg perlukan cili, ie, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…



Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Labels: 1 comments | edit post
Unknown
Assalamualaikum, 

Apa khabar? Saya doakan pembaca blog saya sihat dan ceria selalu. 

Hari ni suka saya nak berkongsi tentang breastfeeding, since saya berjaya menyusukan 2 anak tanpa masalah, diharapkan pengalaman saya dapat membantu ibu-ibu baru untuk breastfeed bayi sendiri pulak. 



Saya pun bukanlah pandai sangat. Tapi untuk berjaya bf bayi kita sepenuhnya, sokongan dan galakan dari SUAMI dan IBU/MERTUA tersangattttlah penting. In fact, TERRRPALINGG PENTINGG! (please excuse kesalahan grammar BM saya) . 

Sebab ... kebanyakan ibu gagal menyusukan anak bukan kerana tak ada susu, tapi kerana tak cukup kuat nak menghadapi kata2 yang menjatuhkan semangat dari orang terdekat mereka iaitu suami dan parents/PIL. 

Betul tak?? betul kan?! 

So.. ini 3 langkah basic untuk menjayakan penyusuan bayi anda

1. Susukan seawal mungkin 
- Within setengah jam selepas melahirkan anak dalam labour room
- Penyusuan kali pertama selama 10-20 minit
- Hari pertama baby menyusu sebanyak 5-6 kali sehari

2. Susukan dengan kerap 
- Room in dengan baby semasa di hospital 
- Pada hari kedua dan seterusnya, baby menyusu setiap 1.5, 2 atau 3 jam 
- Baby menyusu sebanyak 10-12 kali dalam tempoh 24 jam.
- Setiap penyusuan berlangsung antara 20 ke 40 minit 
- Tak ada limit pada tempoh atau kekerapan penyusuan 
- Susukan baby apabila baby lapar. Bukan ikut schedule. 
- Digalakkan co-sleep (tidur bersama) baby


3. Susukan dengan cara yang betul 
- Pegang baby pada level breast, dada ke dada. (pastikan dada baby mengadap ke arah badan ibu) 

- Stimulate rooting reflex baby dengan cara menyentuhkan puting pada bibir baby 


- Apabila mulut baby terbuka, suakan puting ke dalam mulut baby 
- Cara yang betul adalah puting dan areola berada di dalam mulut baby. Ini penting untuk elakkan sore nipple. 
- Biar baby hisap sehingga tertidur dan puting terlepas sendiri dari mulut baby 
- Jangan tarik puting semasa baby masih menghisap 
- Jika baby menangis bila puting terlepas, berikan semula puting pada baby dari breast yang sama 
- Biarkan baby kosongkan sebelah breast dulu sebelum bertukar 
- Kolostrum mencukupi untuk baby sehingga susu matang keluar 
- Tak perlu beri air, glukos atau susu formula 
- Elakkan pemberian botol dan pacifier kerana ini akan akibatkan kekeliruan pada baby. Nanti baby reject breast. 

Tanda baby menyusu dengan cukup 
- Baby kenyang selama 1- 2 jam selepas penyusuan 
- Baby kencing 5-6 kali sehari (clear dilute urine) 
- Baby buang air besar 6-8 kali sehari (yellow watery stool)
- Peningkatan berat badan at least 20gm sehari 

Untuk banyakkan susu ibu: 
1. Penyusuan yang kerap siang dan malam 
2. Allow unlimited breastfeeding to satisfy baby's suckling needs
3. Ibu mesti makan dan minum secukupnya (x mo berlapar dan berdahaga) 
4. Makan makanan yg boleh perbanyakkan susu  (Alfalfa, ESP, Ostematrix pun membantu banyakkan susu)  

Jika mengalami bengkak susu (breast engorgement),


- apply cold/hot wet compress pada breast. Kalau kritikal (breast jadi keras, panas dan sakit), boleh ambil daun kobis sejuk dan letak pada breast. Tukar daun kobis bila layu. Pelan-pelan susu akan keluar dan bengkak jadi surut. Selamat untuk telan 2 biji panadol. 



- agak2 dah mula rasa nak bengkak tu, boleh juga pam utk elakkan bengkak. Tapi jangan pam sampai kosong breast sebab bila breast kosong akan hantar signal pada otak untuk hasilkan lebih susu. Nanti bengkak lagi.. 

Ini hanya basic sahaja.. mungkin nanti kita boleh discuss topik yang lebih detail lagi. 

Selamat berjaya! 
Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 



Saya doakan pembaca blog saya dirahmati Allah sentiasa.

Saja jer nak tanya... ada tak dikalangan pembaca blog saya yang menghadapi depression, low self esteem, serta sentiasa hidup dalam kesedihan kerana masalah berat badan? 

Ada tak di kalangan anda yang selalu diejek "anak gajah", "dugung", "bulat", "tembam", "gemuk" dan yang sewaktu dengannya sampai anda rasa nak mengasingkan diri sebab hilang kepercayaan pada orang sekeliling (kawan-kawan sekerja, lelaki, cinta) ? 

Berapa lama anda sanggup hidup dalam keadaan sedih dan sunyi macam ni? 

Teringin tak kalau saya tunjukkan cara betapa mudahnya untuk turunkan berat badan dalam masa 100 hari? 

Mudah tak mudah pun, disiplin wajib ada. Keinginan perlu kuat untuk kuruskan badan. 

No hanky panky ya adek2.. kita ada program yang akan memantau pemakanan dan workout anda. Tiada ubat berbahaya dibenarkan ambil. 



- Program ni di monitor oleh seorang trainer/coach melalui Telegram group, dan anda diwajibkan untuk sentiasa update makanan dan workout anda pada coach. 


- Anda akan diajar high impact workout yang mana walaupun anda workout hanya 30 minit sehari tapi lemak anda menangis meraung cairr habis. 

- Anda akan diajar mengira kalori makanan yang anda ambil setiap hari. Diwajibkan apply dalam kehidupan seharian. Pandai2lah kalau termakan lebih kalori nnt nak bakar alik dalam workout. 

- Anda diajar untuk makan 5x sehari, termasuk nasi. Ya.. ini bukan Atkins diet. 

- Anda diajar untuk mengubah rutin hidup anda menjadi lebih sihat dan cergas. 

- Anda akan bersama dengan rakan2 senasib anda, jadi anda dapat kawan baru dan boleh saling memotivasi bila masing2 down. 



Saya berani jamin, Insya Allah lepas 100 hari berat anda akan turun dan jadi lebih sihat dari sebelumnya. Dan anda akan jadi lebih ceria dan tinggi keyakinan diri. 

Tapi tak ada apa pun yang mudah ya. Perjalanan ini akan jadi sukar, malah anda takkan berubah kalau hati anda sendiri tak kuat. 

Kalau bersedia untuk mengubah hidup anda, sila hubungi saya di bawah ni ya.. Saya sangat-sangat suka untuk membantu anda. 

Program ini di namakan Now Everyone Can Kurus dan sudah pun memasuki batch ke 7 pada bulan ni. Dah ramai yang dapat badan yang diidam-idamkan... secara SIHAT! 

Ada beberapa pakej: 

(1) Pakej A  : RM612 

Anda dapat: 
1) Cinch Shake 
2) ESP 
3) Herb Lax
4) Lecithin 
5) Omega Guard 
6) Alfalfa 
7) Free Membership 
8) Dipantau oleh Coach bertauliah 

(2) Pakej B : RM476 

Anda dapat: 
1) Cinch Shake 
2) Herblax 
3) Lecithin 
4) Omega Guard 
5) Dipantau oleh Coach bertauliah 

(3)Pakej C : RM361 

Anda dapat: 
1) Cinch Shake 
2) Herblax 
3) Lecithin 
4) Dipantau oleh Coach bertauliah 

Are you ready to change your life? Hubungi saya sekarang! 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama dah saya tak update blog saya ni. Saya tengok ramai juga yang cari info tentang czer ya.

Hari ni saya nak share tentang cara berpantang czer. Cara saya berpantang sempoi ja. Tapi alhamdulillah tak adalah jahitan terbuka ke, bernanah atau berair ke, kena infection ke, atau lepas 2 bulan pun duk sakit lagi dan sebagainya.

1. Berpantang makan betul-betul.

Bukan bermaksud berpantang makan cara orang tua-tua iaitu makan nasi sejemput dengan ikan masin atau ikan bakar saja sepanjang 44 hari, maaf saya sangat tak setuju dengan cara makan macam ni. Ikan masin akan menyebabkan darah lochia berbau busuk dan badan jadi lesu. 
Susu badan lama-kelamaan akan kering dek kurang zat makanan, kurang air dan pengambilan jamu-jamu serta air periuk yang panas pada badan. 

Berpantanglah dari makan makanan yang berbisa dan gatal2. Pelbagaikan lauk dan menu berpantang supaya kita berpantang dengan rasa seronok. Saya memang enjoy masa pantang sebab mak masakkan yang sedap2. Badan rasa kuat dan cergas, luka cepat sembuh sebab zat makanan cukup, susu badan pun berkhasiat dan banyak. 





Ayam saya dah mula makan lepas 2 minggu. Tu pun saya cuba sikit2 dulu untuk make sure parut luka tak gatal. Bila confirm ok, saya makan saja. Tak ada masalah. 

Cuma setiap orang lain badannya. Ikut kata bidan, kita orang perempuan ni ikut meriyan ibu kita. Kalau ibu kita jenis "sensitif pada makanan" dan kuat sangat berpantang, badan kita pun jadi begitu juga.  Kalau masa 1st pregnancy kita ajar badan berpantang terlalu ketat, ini tak boleh itu tak boleh, maka yg kedua dan seterusnya pun begitu juga. Badan kita jadi tak tahan bila kita makan benda lain.

Masa berpantang saya minum jus pegaga setiap hari. Makan buat ulam hari2 pun sangat baik jugak. Cuma bagi saya minum tu lebih mudah. Pegaga dapat bantu kecutkan rahim dan bersihkan darah dari toksin. Resultnya kita jadi lebih sihat, muka lebih berseri2 dan glowing. Kalau dibuat amalan Insya Allah awet muda dan sihat tubuh badan. 

2. Air

Air suku cawan? 

Ya hampun! Tak kering ke badan? Tak dahaga ke bila menyusu anak? 

Minumlah air sebanyak mungkin. Pengambilan air yang banyak menolong flush toksin dari badan melalui air kencing dan najis, menolong melembutkan najis (org berpantang ni selalu sembelit..kan), mempercepatkan penyembuhan dan memperbanyakkan susu. Kenapa sekat2 pulak nak minum air ni? 

Cumanya, sekali minum tu, janganlah berdeguk2. Elok diminum sikit demi sikit. (sip.. bukan tonggang minum hehe). 

3. Bertungku 

Ini amalan wajib semua wanita dalam pantang. Moden-moden jugak dekk, tapi bertungku tu wajib. 
Walaupun czer, saya tetap bertungku. Kalau bahagian perut saya tungku dekat bahagian atas, takderlah sampai kena kawasan bedah tu. Saya bertungku setiap hari selama 30 hari saya duduk dengan emak. Lepas tu bila balik rumah sendiri saya dah jarang bertungku sebab sibuk uruskan rumah tangga. 

Bila kita bertungku, darah dalam badan kita mengalir dengan lancar, maka oksigen dapat disampaikan dengan berkesan ke semua sel. Ini membantu proses penyembuhan badan. Kata badan nak pakai lama? Sila jangan mengelat ok! 

Selain dari tu, bertungku di kawasan peranakan akan ensure yang darah nifas yang beku dalam rahim pecah dan keluar dengan lancar, membantu kecutkan rahim, memecahkan lemak di bahagian perut dan anggota badan yang lain, dan mengempiskan perut. 

Badan jadi sedapp saja hangat2 gitu boleh tertidur lagi masa bertungku. Panaskan kaki, pelipat di bawah lutut, duduk di atas batu tungku untuk panaskan bahagian bawah tu, bawah ketiak, bawah tengkuk, perut dan sebagainya. 

Bila bertungku, darah nifas akan lambat kering. Lambat kering tu adalah sesuatu yang baik sebab darah kotor dalam rahim dapat keluar sepenuhnya. Tak adalah tertinggal di dalam menjadi toksin. 

4. Berbengkung

Banyak ibu lepas bersalin tak dapat turunkan berat badan, perut buncit macam mengandung 3 bulan. Cakap kat diri sendiri... kesian... 

Disiplin untuk bertungku dan berbengkung sangat penting. Berbengkung lah dengan apa jenis bengkung pun, baik yang tradisional lilit2 atau yang moden. 

Saya pakai yang moden saja.. seminggu pertama saya guna bengkung moden (khas untuk czer), kemudian saya bertukar pada girdle dan waist nipper PB (again.. pakailah apa pun asalkan pakai). Almaklumlah saya jenis lasak, senang nak bergerak dan melabur di toilet.

5. Jamu/ supplement 

Mak saya bukan jenis makan jamu. Even sampai sekarang. Alhamdulillah badan mak memang kuat, tak ada sakit2 badan, sakit2 lutut ke belakang ke macam dimomokkan oleh orang tua-tua. 

Saya pun inspired by mak, maka saya malas nak makan jamu. Bukan apa, badan jadi panas, effect anak nak menyusu badan lagi.. ada jamu yang ditambah steroid.. hmm..atas byk faktor saya ambil supplement saja. Supplement yang saya ambil ialah set berpantang Shaklee. 

Banyak sangat? Tak suka telan pil banyak2? 

Kata nak kurus? Kata nak susu banyak? Kata nak luka cepat kering dan sembuh? 

Apedehal dengan supplement banyak ni. Kan kan? 

 Antara semua set bersalin, set berpantang Shaklee ni memang terbaik. Serius! 

Orang kata kalau bersalin ambil epidural sakit belakang kan? Saya ambil Ostematrix memang langsung tak ada sakit belakang. 

Darah kurang sebab darah nifas keluar? Muka pucat? Dalam Vita-lea ada iron yang bantu banyakkan hemoglobin. 

Luka sakit2, bernanah, berair, lambat sembuh? Ada zinc dan vitamin C yang bantu cepat sembuhkan luka. 

Susu tak keluar? Susu sikit? Ada ESP yang bantu banyak dan pekatkan susu. 

Set berpantang Shaklee ni MESRA ibu & bayi tau. Saya berani cakap sebab saya dah cuba. Kawan-kawan pun patut cuba. Baru tau perbezaan dia. 

---> update tentang jamu. Sekarang lepas anak berumur 1 tahun 4 bulan baru saya start makan jamu. Saya makan Maajun Anggun Bestari (MAB) sebagai cara planning. Tak naklah makan pil perancang nanti huru hara badan. So far saya baru makan 4 hari dah rasa best pada badan. Memang tak nak tukar yang lain dah!  :D Maajun ni boleh dimakan selepas 44 hari berpantang. 

6. Banyakkan bergerak 

Haa.. ni kalau orang tua-tua baca kompem saya kena ni. hehehe 

Masa berpantang, janganlah asik berbaring saja sampai nak bangun pun takut2, nak jalan pun takut2. 
Kenapa mesti begitu?

Bila kita kurang bergerak, ditakuti akan menyebabkan darah beku yang akan block pengaliran darah dalam badan. Bahaya tau ni. Saya dah lupa apa istilah dia. 

Bila kurang bergerak, badan kurang cergas dan lemau. 

Bila kurang bergerak, pembakaran lemak berkurangan... maka camno nak kurus? 

Bila kurang bergerak... hmmm..tak boring ke duk asing baring je? 

Berjalanlah sikit. Dari depan rumah bawa ke belakang. Dari belakang rumah bawa ke depan. Baby pun boring jugak asik tidur ja. Masa baby berjaga cer bawa baby jalan2 keliling rumah. Ini adalah satu stimulation awal untuk baby yang sangat bagus untuk perkembangan baby kelak. Cuma naik tangga turun tangga tu jangan buat lagilah ya. Kedudukan rahim belum kuat lagi. Takut jatuh pula. 

7. Jangan membaca/ tengok smartphone sangat

Orang tua2 kata mata boleh jadi rabun. Ini memang benar. Saya banyak membaca buku dan layan forum di smartphone, lepas 2 minggu berpantang saya mula buka laptop bekerja (macam ni lah kalau bekerja sendiri).

Mata jadi letihhh dan kepala jadi sakitttt sangat. Telan panadol 2 hari baru baik tau. Alhamdulillah mata belum rabun (kalau rabun ambillah Caratomax.. Insya allah :)). Tapi sejak tu saya jadi seriklah nak baca. Jadi saya banyak lepak2 di ruang tamu sambil tengok tv. Tengok tv ok sikitlah.. takder pulak rasa sakit mata dan kepala. 

8. Berparam/ berpilis

Katanya untuk mata ya? 

Tapi saya tak buat. rimasssssss. hehe 

9. Stokin 

Pakailah. Badan cepat sejuk masa berpantang ni. Dengan berstokin badan kita jadi hangat2 selesa. Angin pun tak masuk. 

10. Mengurut 

Bagus untuk kecergasan badan dan menetapkan kedudukan rahim. Badan rasa sedap saja. 
Tapi tapi tapi... saya belum mengurut lagi ni! Baby Amna pun dah 8 bulan. hmm...

Itu sajalah kut cara saya berpantang czer. Sampai sekarang saya masih berdisiplin pakai girdle dan corset PB. Badan slim melim (sampai jadi kurus sangat pulak.. hehe), dan susu badan alhamdulillah masih maintain. 

Hari ke -5 berpantang czer saya dah tonyoh lantai bilik air sebab tak tahan tengok lantai kotor. Tapi tak beriya la.. nak mampus cuci beriya??! masuk hospital balik kang! haha 

Seminggu pantang dah mandikan sendiri baby. Memang diakui ada rasa sedikit letih kadang2 tapi hadap jer.. kalau manjakan diri sangat pun tak bagus juga. 

Minggu ke-4 saya dah start drive sebab ada hal emergency (ambik mak n abah balik dr kenduri. kereta diorang sangkut dalam selut)

Overall, good experience lah. Yang tak goodnya, saya tak suka berada dalam keadaan tak berdaya (masa awal2 keluar hospital), sebab saya ni lasak orangnya. Bila tak boleh buat apa2 sebab sakit ke rasa down sangat. Sebab tu saya pulun utk cepat2 sembuhkan diri masa berpantang supaya saya boleh buat kerja balik. 

Sekiann saja ceritera saya. 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum! 

Pagi-pagi kena ceria barulah rejeki masuk grin emoticon

Ada berapa orang di sini yang ambil ubat sendi? Atau ada ibu bapanya ambil ubat sendi, iaitu Glucosamine?

Glucosamine memang supplement yang biasa diprescribe untuk pesakit sendi dan osteoarthritis.

Glucosamine ni biasanya di ambil dari haiwan bercengkerang- ketam, lobster, kekerang, udang dan lain2. Dan BANYAK supplement glucosamine ni mengandungi KONDROITIN - satu bahan yg dikatakan membantu menarik air ke rawan sendi utk membentuk "kusyen" yg berfungsi menyerap hentakan.

Cow cartilage yang mengandungi kondroitin
Tapi tahukah anda? Kondroitin ni dibuat dari animal cartilage - contohnya cartilage lembu. . Ha.. ada dua isu di sini.
1. Halal kah ia ??
2. Research menunjukkan kondroitin ni sebenarnya menghalang penyerapan glucosamine menjadikan supplement tu less effective.

Kalau memang duk ambik Glucosamine untuk sakit lutut tu.. balik rumah sila check kandungan supplement anda... dibuat dari apa?

Owh saya pun ada juga supplement untuk sakit sendi ni.. di panggil Advance Joint Health Tablet (AJHT). Memang bagus sangat AJHT ni sebab:
- 100% bebas cengkerang
- TIADA kondroitin
- 100% vegetarian
- 28% kesan yang lebih pantas dan berkesan (seawal 5 hari) - sebab kandungan glucosamine yang pekat (diekstrak dari jagung dan sumber sayuran)
AJHT 100% vegetarian


So.. kalau anda sakit lutut dan perlukan kelegaan.. pilihlah yang terbaik dan HALAL..... dan BERKESAN.. kalau tak berkesan buat apa nak ambik supplement ye tak? 

Sekian info sihat hari ni :D

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 

Sebagai pengguna Shaklee yang tegar, saya makan banyak supplement. Ada yang saya makan setiap hari tanpa gagal, ada yang saya skip2 (sebab malas... he he), ada yang saya makan bila keadaan memerlukan. 

Tujuan asal saya makan supplement sebab saya perasan sejak saya mula kerja, saya selalu sakit-sakit. Padahal masa dibawah jagaan mak bapak dulu nak demam, batuk atau selesema memang susah. Demam terlantar memang langsung tak pernah! 

Bila start kerja, saya akan jadi orang pertama yang sakit bila ada orang bersin atau batuk dekat2 saya. Mungkin bila stress, imuniti badan jadi lemah. Tambah pula dah jarang bersenam, kerja pula dalam aircond.

TAPI!

Bila saya mula amalkan minyak ikan Shaklee setiap hari, saya mula perasan ada perubahan. Contohnya; pada waktu musim batuk dan selesema di mana seluruh ahli keluarga saya semua dijangkiti, saya adalah orang terakhir yang kena. Pada waktu saya tengah menaip ni pun memang semua ahli rumah saya batuk2. Saya saja yang belum. (touch wood). Tak berani nak kata lebih2 sebab takut lepas ni giliran saya pulak.. hehehe

Omega Guard Shaklee yang super pure

Dah beberapa kali jadi macam tu. Bila batuk, kalau amalkan Omega Guard memang insya Allah cepat baik. Sebab Omega Guard juga membantu kuatkan paru-paru dan kuatkan imun badan.

Jadi saya sangat rekemen anda-anda yang selalu sakit-sakit dan ambil MC, yang batuk tak baik-baik berbulan-bulan dah untuk mula amalkan Omega Guard ni.

Sebab kesan dia memang TERBAIK baq hang! Insya Allah.


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 


Ada tak di kalangan pembaca saya yang budiman yang amalkan kolagen Shaklee? 

Mahu tak kalau saya offer kolagen Shaklee dengan harga yang lebih murah dari biasa? 


Inilah rupa kolagen Shaklee yang famous tu

Kisahnya.. saya beli untuk kegunaan diri sendiri lepas bersalin. Tapi rupanya baby saya ada alergy yang teruk pada seafood. So saya dengan berat hati terpaksalah berhenti makan kolagen dan dengan itu nak lepaskan pada harga kasih sayang pada sesiapa yang nak. 

Retail price: RM316.00

Harga saya: Bukan RM290. Bukan RM280. Bukan RM260. Bukan RM240. Bukan RM220. Bukan RM210! 

jeng jeng jeng!

Hubungi saya. Saya jamin anda mesti senyum lebar bila dapat tahu harga saya :) 

Offer ini valid selagi stok masih ada saja. Rugi kalau tak grab! 
Sebab saya memang nak clear stok vitamin yang ada di rumah. 

Jangan risau. Expiration date lama lagi. Saya tak jual barang yang dah nak expired. Alang2 saya tak boleh makan kolagen buat masa ni, saya harap ia dapat bagi manfaat pada orang lain yang lebih memerlukan.

Siapa nak? Message saya ok! :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown

Corelle Contours 16-pc set 

RM380/set

2 set RM730




Corelle Vive 16-pc set

RM380/set

2 set RM730










Puan-puan boleh place order di sini atau whatsapp/telegram saya direct di nombor di bawah. 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...