Unknown
Bismillahirrahmanirrahim... 


Resdung atau sinus memang tersangatlah common di Malaysia ni. Kalau tak teruk pun, sedikit resdung tu mesti ada di kalangan kita. Mungkin kerana corak pemakanan orang melayu tu sendiri kut ya? Yang busuk2 macam belacan, cencalok, ikan masin, pekasam tu lah yang sedap kan? Tambah lagi dengan seafood macam sotong dan udang, makan nasi ada sambal belacan pulak. Dalam masak sambal pun tambah belacan lagi. Perghhh! Terangkat! 


Bukan nak kata tak boleh makan semua tu, boleh. Kalau kita tak makan nanti kufur nikmat pula. Bukankan itu salah satu rezeki dan ilham yang diberikan Allah kepada kita? Cumanya, kalau dimakan benda2 begini day in and day out, lama-lama mulalah rasa lain macam. 

Lain macam macam mana tu? 
- Mula-mula rasa gatal2 di muka, hidung, mata, mungkin merebak ke telinga
- Selalu bersin pagi-pagi
- Jadi macam kanak2 ribena balik, selalu berhingus walaupun tak ada selsema 
- Sakit kepala 
- Acne, jerawat 
- Lendir dari hidung dan tekak
- Kalau yang serius sikit, selalu demam-demam atau rasa tak sedap badan yang berpanjangan.

Di bawah ni ada penerangan tentang resdung atau sinus yang lengkap. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.


Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.


Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.


Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.


APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.

Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.

Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.

Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.



GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDARATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.


JENIS RESDUNG (SINUSITIS)

* Akut
* Kronik

AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:


Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

Kerap bersin pada waktu pagi

Ada kalanya hidung tersumbat

Tanpa demam tetapi hingus bertambah

Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala

Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya teringatkan seorang x-colleague saya dulu dikhabarkan telah didiagnos kanser hidung! Kesian dia! Walaupun saya tak lah rapat dengan dia, tapi he was a good person. Memang selama saya kenal dengan dia, muka dia sentiasa berjerawat merah, jenis besar-besar di seluruh muka. Tapi pada masa tu, dia beranggapan dia mengalami sinusitis saja.  

Rupanya resdung atau sinus ni memang boleh sebabkan kanser! Subhanallah... kalaulah masa tu saya dah kenal Shaklee, pasti saya tolong dia. Tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan doktor, dia akhirnya kembali sihat dan kembali bekerja. 

Walaupun boleh dirawat, mahu ke kita tunggu sampai resdung kita merebak menjadi kanser? Saya tak mahu. Nauzubillah.. minta dijauhkan. 

Oleh sebab resdung ni juga disebabkan oleh darah yang kotor, maka sangat penting untuk bersihkan darah kita, dan pada masa yang sama, kita perlu merawat dan menaikkan antibodi badan kita untuk melawan kuman bakteria yang dah sedia ada dalam rongga hidung kita tu. Maka saya syorkan set di bawah: 


Alfalfa - detoks hati, darah, dan usus. Melawan alahan dan tumor. Tahukah anda, pesakit kanser juga berjaya sembuh dengan alfalfa ni kerana alfalfa juga mengalkalikan balik darah kita. (Trivia*: sel2 kanser "thrive" dalam environment berasid dan tinggi kandungan gula)

B complex - Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat, detoks untuk meredakan alahan

Vita-C Sustained Release - Meningkatkan sistem imun, mencantikkan kulit, sangat2 baik untuk orang yang ada pakej kulit berminyak dan berjerawat!

Insya Allah, dengan cara pengambilan yang betul secara berterusan, resdung/sinusitis kita akan terkawal dan lama kelamaan hilang terus.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. :) 

Liyana (Id: 1144949)

012-3818004 (sms/whatsapp/telegram) 

COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 

Juga penghantaran ke seluruh negara

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment