Unknown
Assalamualaikum,

Oleh sebab saya sudah bebas dari office hours, hari ni saya telah diarahkan oleh encik hasben untuk bawa Amna berjumpa paeditrician di Hospital Metro Sungai Petani.

See? best kan jadi WAHM ni? Kita boleh atur sendiri jadual kita mengikut keperluan sendiri dan anak2 :) Tak perlu lagi rasa bersalah untuk ambil emergency leave, atau kalau cuti tak ada, apply MC (opps! haha!)

Sejak hari pertama Amna balik dari hospital selepas bersalin hari tu, muka Amna sentiasa ada ruam. Ruam merah2 yang gatal. Ruam susu ke ruam panas ke tak pasti. Mungkin kedua2 sekali.

 Macam ni lah ruam di muka Amna 

Agak lama juga ruam di muka Amna tu, tapi under control sebab disapukan dengan bedak sejuk dan kadang-kadang bedak sejuk bercampur hampas daun pegaga. Juga di kawasan leher dan pelipat2 which bagi saya agak normal lah kut untuk baby sebab diorang kan selalu berpeluh di situ. Tambah lagi dengan air susu yang meleleh, maka normal lah kut kalau nak jadi ruam kan? Selalunya saya sapukan dengan tepung ubi saja. 

Selepas Amna berumur lebih kurang sebulan, saya perasan ruam2 ni mula timbul di kawasan tangan, kaki, dan juga abdomen. Kulit Amna juga sangat kering dan menggerutu. Saya dah agak ni mesti eczema. Sebab saya juga sejak azali ada eczema, tapi mild saja.

Macam nilah rupa ekzema pada badan Amna. Sangat keringg dan sangat gatal 

Ada hari yang Amna meragam sebab rasa sangat gatal dan tak selesa. Tangan dia mesti nak menggaru muka. Sepatutnya saya pakaikan dia mitten tapi saya kan degil orangnya.. hehe! Sejak hari pertama saya tak pakaikan mitten atas sebab nak percepatkan eye-hand coordination. Cuma saya sentiasa pastikan kuku Amna pendek.

Lepas membaca experience ibu2 yang pernah mengalami situasi ni, saya try krim Melomet dan memang betul, ia sangat berkesan hilangkan ruam di muka dan badan Amna.

krim Melomet

Sebab saya risau side effect steroid yang mampu nipiskan kulit, saya gunakan Shaklee's Herbal Blend Cream pula.. 

Herbal Blend Cream pun berkesan juga... tanpa steroid dan paraben. Cuma kena sabar sikit untuk nampak kesannya. 


Semasa mandi, saya masukkan minyak kelapa dara atau franch oil ke dalam air mandian untuk pastikan kulit Amna lembab. 

Dr Lim Kok Ewe, paeditrician yang menyambut Amna masa lahir hari tu bila tengok kulit Amna, dia geleng kepala dan bagitau "This is very bad eczema. I pity her. Very itchy."
Huhu~ . Lalu beliau prescribe:

Sabun mandi Cetaphil

 Mosturizing cream CeraVe dan ubat makan

Alhamdulillah, lepas sapu dan makan ubat saja Amna terus boleh tidur nyenyak. Sampai sekarang dah kurang meragam dan senang untuk di handle. (ermm..betul ka hari tu kamu kena kacau hantu Amna? musykil pulak. Sila rujuk entry ini kalau nak tau)

Selain daripada tu, semasa saya berkunjung ke Shaklee branch Seberang Jaya, nutritionist Shaklee, Kate nasihatkan saya untuk turut amalkan Alfalfa dan Omega Guard.

Alfalfa
- 5 biji pagi dan 5 biji malam
- berfungsi mendetox darah dan melawan alahan

Omega Guard (minyak ikan)
- asalnya saya ambil 1 biji saja sehari, sekarang perlu naikkan dose ke 2 biji setiap pagi, tengahari dan malam.
- berfungsi meningkatkan sistem imun dan dapat memperbaiki alahan kulit
     
Hopefully,dengan pengambilan 2 vitamin ni, baby Amna mendapat khasiat 2 vitamin ni melalui susu ibu dan ekzema dia jadi under kontrol. Takut jugak nak bergantung pada ubat-ubatan dalam jangka masa yang panjang.

Oh yaa.. lagi satu. Dr Lim dengan tegasnya arahkan saya untuk STOP makanan ni:
- semua dairy products tanpa pengecualian
- seafood (ketam, udang, kerang, dll )
- susu kambing pun tak boleh

So, no more cheese, butter, lasagna, kek, pizza, roti, susu, milo, white sauce, apa-apa saja yang toppingnya cheese arghhhh tensyen. Favourite kut nih! So kalau masak pasta pun dah tak boleh lagi buat white sauce.

Kalau nak minum susu, substitute nya adalah soya. Kalau minum apa2 minuman 3 in 1, berhati2 dengan creamer yang digunakan. Kalau sumbernya susu lembu.. tak boleh juga.

Kuih-kuih melayu boleh kata Dr. Lim.

Saya harap entry ni berguna buat ibu-ibu yang menyusu di luar sana. Walaupun dah habis pantang, kita masih perlu jaga pemakanan dan ambil vitamin yang boleh membantu sembuhkan ekzema dan alahan anak secara semulajadi dan lebih selamat.

Sila tengok entry ini untuk tingkatkan kualiti susu ibu. Jika usus ibu sihat, insya Allah baby pun akan sihat.



Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment