Unknown
Assalamualaikum, 

Kenapa hemoglobin rendah semasa mengandung?  

Keperluan zat besi meningkat dengan banyaknya semasa mengandung kerana zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin, sejenis protin di dalam darah yang membawa oksigen ke seluruh sel di dalam badan. Semasa mengandung, jumlah darah di dalam badan meningkat sehingga hampir 50% daripada biasa. Jadi kita memerlukan lebih zat besi untuk menghasilkan lebih hemoglobin untuk cater lebih banyak darah. Zat besi juga diperlukan untuk bayi dan placenta (uri).
Risiko kita untuk menjadi anemic lebih tinggi kalau kita mengalami alahan atau morning sickness yang teruk sehingga kerap muntah, 2 atau lebih kehamilan yang dekat, mengandung lebih dari satu baby (kembar), diet yang rendah zat besi, atau period yang terlalu heavy sebelum mengandung. 



Tanda-tanda anemic

Jika anda anemic,anda mungkin juga tidak menujukkan apa-apa simptom sama sekali, especially kalau keadaan anda tidak serius. Tapi antara simptom-simptom biasa adalah: 
  • Letih
  • Berasa lemah
  • Pening 
  • Pucat ( boleh dilihat pada kuku, dibawah mata, bibir) 
  • Denyutan jantung yang laju 
  • Tercungap-cungap (short of breath) 
  • Irritability 
  • Susah untuk fokus pada sesuatu 

Tahukah anda, mengidam untuk makan benda yang pelik-pelik seperti ais, kertas, atau tanah juga ada kaitan dengan kekurangan zat besi yang serius. 
Kalau anda mengidam benda yang pelik-pelik begini, jangan layan dan WAJIB bagitau doktor anda. 

Cara tinggikan paras hemoglobin dalam darah

Untuk tinggikan paras hemoglobin (hb) dalam darah, kita perlu memakan makanan yang seimbang dan melebihkan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C. 

Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan kita.

Antara makanan yang tinggi zat besi: 
  • Kerang
  • Lala
  • Tiram
  • Ikan sardin
  • Ikan cencaru 
  • Hati ayam, lembu, dan daging 
  • Buah kurma
  • Buah tin
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C: 
  • Jambu batu 
  • Mata kucing
  • Betik 
  • Limau 
  • Durian belanda
  • Belimbing besi 
  • Kiwi 
  • Kedondong
  • Mangga 
Sayur-sayuran yang tinggi kandungan zat besi dan folic: 
  • Pegaga
  • Peria
  • Kangkung
  • Pucuk keledek 
  • Pucuk paku 
  • Ulam raja
  • Bayam
  • Pucuk gajus 
  • Daun pudina 
  • Cekur manis
  • Daun ramunggal

Untuk menambahkan zat besi dalam makanan, kita boleh memasak sayuran bersama perencah contohnya ikan bilis, kerang, bebola ikan, daging atau telur. 


Perah limau atas makanan contohnya sambal belacan. 

Elakkan memakan makanan kaya zat besi atau pil iron bersama teh, kopi atau susu kerana ia menghalang penyerapan zat besi, sebaliknya ambillah bersama air limau atau jus buah-buahan. 

Jika hendak lebih mudah, ambillah Iberet folic kerana iberet folic mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. 

Atau anda boleh juga ambil VitaLea Shaklee bersama Vitamin C. :)


Apakah manfaat utama VitaLea Shaklee?


  • Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, mempertingkatkan memori dan daya fokus
  • Pelengkap nutrisi, baik untuk yang anemik dan yang berpengamalan diet yang tak seimbang
  • Keupayaan sistem proaktif bagi remaja yang sedang membesar
  • Mempertingkatkan stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel, membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon 
  • Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati

** AWAS: Vita-lea mengandungi Alfalfa dan tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE.**


 

  Hubungi saya untuk consultation percuma :) 

Your Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

 

0 Responses

Post a Comment