Unknown
Untuk berpantang kali kedua ni.. setelah dibuat post mortem kaedah berpantang semasa anak pertama, inilah barang2 yang saya nak gunakan nanti.

  1. Bengkung moden
Bengkung ni memang mabeles walopun reganya juga mabeles. Bengkung ni sebenarnya khas untuk orang yang kena czer, tapi untuk normal pun boleh juga. Masa anak pertama dulu, lepas seminggu beranak pegi KK checkup nurse puji pinggang ramping dan berbentuk. Jadi saya akan gunakan balik bengkung ni masa minggu2 pertama berpantang. Sangat selesa, tak panas dan tak rasa terseksa langsung.


  1. Korset PB.
Agak2 lepas perut dah kempis sikit, saya plan nak guna korset PB yang terperap dlm wardrobe tu untuk membentuk semula bahagian2 badan yang lembik, kendur dan londeh. Iaitu perut, breast dan punggung lah.

Pengalaman saya dan kawan2 yang memakai PB ni dulu, badan jadi berbentuk dan isi menjadi lebih pejal dan kejap.

Breast dulu agak lembik, bila ditekan2 memang kosong sekosong2nya (sebab saya menyusukan anak selama 2thn setengah). Bak kata hasben breast saya dah jadi mcm breast nenek dia *nangis*

Surprisingly, lepas pakai PB (saya pakai utk kurus balik badan yang agak berisi masa tu), breast mula berisi, kejap dan up. Yang ni saya tak expected sebab rasa macam tak boleh diterima akal mcm mana korset boleh mengejapkan balik breast. Tapi itulah hakikatnya.

Dengar2nya juga korset PB ni boleh membanyakkan susu badan. Kita tunggu dan lihat. Nanti saya hapdet lagi samada resultnya menggumbirakan atau mengecewakan.

  1. Nona Roguy
Untuk luaran, saya plan untuk pakai Lulur dan Minyak Herbanika. Dan mungkin juga minum teh herbanika selepas sebulan berpantang.

Dulu masa anak pertama tak beli pun set2 tradisional ni. Kali ni rasa nak mencuba Nona Roguy pulak since ramai yang beri testimonial bagus. Tapi beli loose saja.

  1. Set bersalin Shaklee
Ok. Yang ni wajib. Since anak pertama dulu pun saya pakai dan dah rasa kesannya, saya rasa sangat berbaloi untuk guna set ni juga untuk anak kedua.

Kita boleh makan vitamin ni sebaik saja lepas bersalin. Tak perlu noks nak risau anak jaundis ke apa macam jamu. Especially minggu pertama tu memang kritikal sebab luka masih sakit dan belum sembuh, badan masih lemah sebab kehilangan banyak darah masa bersalin, dan… kita perlukan tenaga kerana anak kita mungkin kena jaundis dan ditahan di hospital.

Makan set berpantang Shaklee ni, insyaa Allah luka cepat sembuh, badan bertenaga, susu banyak dan berat badan cepat turun (ESP membantu menurunkan berat badan jugak).

Tapi saya plan untuk tak nak ambil ESP dan alfalfa. Alfalfa ni dulu babyku allergik. ESP pula walaupun bagus tapi saya tak suka minum soya.

  1. Tangas herba dan mandian herba
Hmmm.. nak beli jenama apa belum pasti. Dulu bidan yang jaga saya yang bawakkan semua daun herba tu dari kampung. Kali ni berpantang dengan emak saja, mungkin petik2 sajalah keliling rumah. Tapi kesian pulak kat mak nak jerang atas dapur dalam periuk besar tu kemudian nak bawak ke bilik air.

Harga yang dah siap bungkus tu pun boleh tahan.. hmmmm..

  1. Pil sembelit
Dulu, doktor Koh tak bekalkan pun ubat sembelit. Saya sembelit 2 minggu noks! Seksa seksa… kali ni tak kira memang kena siap sedia satu kat rumah.

  1. Yang lain-lain tu barang yang dah sedia ada di rumah.
-         tungku besi
-         tungku moden  (dipakai di hospital)
-         pam susu Medela Freestyle (nak kena check dan cuci balik perkakas)
-         susu2 botol perahan (perlu dikeluarkan dan disteril sebagai persediaan)
-         nursing poncho, socks

  1. Nursing bra!
Yang dulu punya semua dah loose. Dah tak nak lagi dah beli brand F******. Tak tahan lama dan kurang support. Nak kena beli baru ni..

  1. Ibu Suri GoMilk atau GoChoc
Masih  duk fikir-fikir untuk gantikan ESP dengan susu kambing Ibu Suri ni. Selain makanan sunnah, susu ni juga boleh membantu banyakkan susu badan.

Buat masa sekarang… yang ni lah dulu kut.
Nanti kalau teringat boleh tambah lagi. 
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment