Unknown
Dah nak bersalinkan anak kedua baru nak cerita pasal kelahiran anak pertama, Amsyar. Maklumlah.. dulu tak ada blog. Baru sekarang nak beraktif berblogging nih.. hehe

Kelahiran Amsyar ni sangat istimewa. Anak yang ditunggu-tunggu selama 5 tahun selepas beberapa tahun mengalami episod duka cubaan demi cubaan untuk hamil, juga 2 kali keguguran!

Tapi TTC (trying to conceive) ni kita cerita waktu lain lah ya. Perit juga nak mengingat balik segala jerih payah usaha yang dibuat selama 5 tahun hanya untuk mengandung. Maklumlah orang ada PCOS, kena jaga makanlah, control berat badanlah, kena stop makan benda manis2, senaman, ambik medication (metformin) untuk insulin resistance, regular checkup dgn doctor, makan clomid (ubat subur) dan macam2 lagi lah. Last resort, ovarian drilling untuk kasi buang semua cyst2 yang ada dalam ovari. 6 bulan lepas tu, barulah saya mengandung.. alhamdulillah.

Fast forward, tibalah saat untuk melahirkan. Amsyar dilahirkan awal 4 minggu dari due date, iaitu pada minggu ke 36. Tak sangka pulak cepat sangat boleh bersalin. Mana taknya, seminggu sebelum tu saya tawaf di pasar malam Feringghi sepanjang2 jalan tu, hujung ke hujung ok!

Tiap2 minggu sebelum tu pulak, gigih mengemas rumah, buang habuk, cuci grill, sental bilik air, mop lantai, cuci dapur dan lain2 konon2 takut tak sempat nak mengemas nanti. Semua iols buat sendiri taw! Betullah tu petua orang tua-tua kena banyak bergerak dan berjalan baru cepat bersalin.

Kisahnya, dalam pukul 3.30 pagi, saya terjaga sebab rasa macam terkucil dalam seluar. Seluar rasa basah aja. Saya bangun dan masuk toilet, bersihkan apa yang patut dan berjalan keluar. Masa nak jalan keluar toilet, tiba2 “debushhh”! Hambik kau! Abis seluar semua basah. Terasa suam-suam air ketuban yang keluar tiba2 tu. 

Dengan rileks saya bersihkan semula apa yg patut, mandi, shave, pakai pad siap2 dan kluar bagitau hasben. Owh hasben saya tengah gigih mononton bola. Belum tido lagi pun hari tu. Saya rasa macam nak rilek2 dulu kat rumah sebab tak sakit. Tapi sebagai langkah keselamatan saya buka “buku teks saya” What to Expect When You’re Expecting dan buku tu kata kalau dah pecah air ketuban, boleh dah pergi ke hospital.

Saya call klinik bersalin Chang and Koh, dan bagitau yang air ketuban dah pecah. Patut ke saya check in sekarang. Nurse yang menjawab tu suruh saya datang sekarang. 

Jadi dalam pukul 4 ke 4.30 pagi 30hb Oktober 2011 tu kami pun bertolak ke Kulim (dari Bertam). Masa dalam perjalanan, sudah terasa sikit cramp pada perut macam period pain. Tapi boleh sembang2 dan rileks2 lagi.

Sampai di sana saya disuruh masuk labour room terus, tukar baju, dan disuruh berbaring di katil sebab diorang akan monitor heartbeat baby dan contraction. Masa tu sakit masih boleh ditahan lagi. Nurse pulak call Dr Koh yang baru balik ke rumah (rupanya Dr Koh dan nurse2 kat situ sibuk sepanjang malam sebab byk kes kelahiran). Tak sampai 10 minit Dr Koh datang dan check bukaan, rasanya baru 2cm kut.

Pukul 10am contraction makin kuat. Sepanjang dalam labour room sentiasa ada nurse yang menunggu. En hasben? Owh.. lepas saya selamat check in, dia pun check in dalam single room kat klinik bersalin tu membuta sampai pagi.. heheh

Pukul 1pm, contraction dah kuat sangat2 dah.. Baru bernafas, dia mai lagi pulak. Sampai letih buat breathing technique. Tak sempat nak ambil nafas baru. Dr Koh check bukaan baru 6cm. Katanya pukul 5pm boleh bersalin. Gila sakit tak tahan kut! Dalam hati dari mula nak go as natural as possible. Takmo pain killer, drugs, epidural bagai. Daku surrender jugak… mintak epidural.

Selesai epidural, 5 minit lepas tu, hilang berdesup semua sakit. Lega sangattt rasanya. Saya minum 100 plus curi2 (nurse tak bagi sebenarnya.. saya x nak dengar. Tapi lepas tu terima la akibatnya..lepas habis bersalin saya muntah2, perut jadi berangin bahana 100 plus). Lepas tu tidur nyenyak sampai pukul 5 petang. Sepanjang saya tidur, sentiasa ada nurse yang tunggu di sebelah katil monitor contraction dan heartbeat baby.

Pukul 5.15pm, dr Koh masuk dan check. Kata dia, kita kena bersalin juga. Kalau tak boleh, kita czer. Maka cubaan demi cubaan untuk push baby dibuat, saya teran bila contraction tengah high (timing push sambil tengok monitor kat sebelah) sebab bila ambil epidural kita kan langsung tak rasa sakit, maka kena pandai2 sendiri lah.

Beberapa kali push tak boleh jugak, dr. Koh gantung pulak kaki saya. Kali ni vaccum. Tapi baby tak keluar jugak. Akhirnya dengan forcep barulah baby boleh keluar. Lebam jugak kedua2 belah pipi baby Amsyar lepas dia keluar gara2 forcep.

Rupa-rupanya kepala baby tak betul2 berada di position pintu keluar. Bila dah keluar baru tahu rupa-rupanya tali pusat berbelit 2 kali di sekeliling tengkuk baby Amsyar. Huhu~ Alhamdulillah Allah pelihara dari terjadi benda buruk. Semua sihat sejahtera kecuali masa baby keluar dia tak menangis. Cuma merengek2 kecil saja. Dr Koh dan team nurse dengan pantas bersihkan baby dan masukkan dia ke balang oksigen tu (hantam sajalah labu.. haku tak tau depa panggil apa). Nurse sentiasa report dekat Dr Koh O2 level baby, sambil2 Dr. Koh jahit saya di bawah tu.

Dr Koh bagitau hasben yang baby Amsyar akan dimonitor 24 jam sebelum dia decide untuk beri Amsyar antibiotik, sebab dikhuatiri Amsyar ada lung infection. Ingat2 lupalah sebab lung infection ke.. sebab paru2 tak matang ke.. ntah lah. Tapi alhamdulillah semua selamat. Tak ada apa2 pun.

Lepas beberapa lama menunggu di labour room (sebab kaki tak ada sensation langsung) baru saya boleh turun katil pelan-pelan naik atas wheel chair. Tu pun nurse dgn hasben kena tolong sebab rasa mcm orang lumpuh, kaki tak boleh gerak. Gara-gara epidural lah tu. Ditolak masuk bilik single bed.

Nota: Kos epidural dekat Chang n Koh RM700. Total kos bersalin normal saya dalam RM3500 gitu kut. Berpatutanlah dengan servis, bilik, vacuum, forcep, epidural semua saya ambik.

Bersalin di Chang and Koh memang sangat best. Doktor baik, nurse pun baik2. Bilik selesa. Cuma satu saja. Makanan untuk patient muslim tak disediakan. Dia bagi milo dan biskut sajork..

Yang kedua ni plan nak try Metro Specialist di Sungai Petani pulak. Bukan apa.. nak merasa bersalin di hospital pulak J
23 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam akak. How do you know tou have PCOS? i think i have the symptoms too. My face is full with acne and yes, i do have excessive hair growth. Did you do a medical check up to know about PCOS? I live in kulim too btw. Hope to reply soon. Thanks


  2. Unknown Says:

    Sis, the easiest is to go and have a check up with a gynae. Tell him your problem and he will do the rest. In my case, I read a lot in internet and speculate. Went to Dr Koh and when he scanned, boom! There it is.. very nice string of pearls in both my ovaries. Don't wait and be miserable. Go see your gynae!


  3. Anonymous Says:

    Dari segi treatment macam mana? Ada ubat yang kena makan berterusan tak? And how's your condition right now?


  4. Unknown Says:

    Kalau plan untuk preggy, first doc akan prescribe clomit (ubat subur dulu) selama beberapa bulan. Lepas tu metformin (untuk insulin resistance) selama beberapa bulan.
    Then tak jalan juga saya buat ovarian drilling terus (to release all immature eggs from both ovaries), 6 months after that saya pregnant.

    Selepas anak pertama, saya ambil Vitamin E dan GLA complex, then I got pregnant :) Anak kedua saya tak tunggu lama macam anak first :)


  5. dr koh tu lelaki ke perempuan ye?



  6. Unknown Says:

    Duduk dekat wad berapa hary depa cas single room .


  7. Unknown Says:

    pakej beranak normal sehari semalam RM1500 lebih kurang (skrg mungkin dah berubah)


  8. Unknown Says:

    Akk..yg ubt subur tu mmg kena bg mkn ka?sbb dok ingt nk try kt sna sbb xdak rzeki lg....lanie dok mkn GLA complex ja..


  9. Unknown Says:

    Kalau jumpa doktor pakar, biasanya memang ubat suburlah yang diberi. Adik dah makan GLA complex berapa lama dah? Kalau makan tak kena cara pun takkan pregnant. Adik whatsapp akak di 0123818004. Kita review cara makan dan tengok apa lagi problem adik ya.


  10. Unknown Says:

    Kakak saya dengar payment dia tinggi betul ke....


  11. Unknown Says:

    Kakak saya dengar payment dia tinggi betul ke....


  12. Unknown Says:

    Hi Mani Arasan,
    You mean charge dia ya? Saya rasa charge yang dikenakan adalah standard harga klinik/hosp swasta yang lain :)


  13. Unknown Says:

    kalau kt metro specialist berapa charge dia ye?


  14. Unknown Says:

    kalau kt metro specialist berapa charge dia ye?


  15. Unknown Says:

    kalau kt metro specialist berapa charge dia ye?


  16. Unknown Says:

    berapa charge dia??


  17. Unknown Says:

    Untuk sekarang ni brp dia buat harga utk salin normal


  18. Unknown Says:

    Scan detail di chang n koh berapa rm


  19. Unknown Says:

    Skrg brsalin caezar brpa ya?


  20. Unknown Says:

    Untuk bersalin normal skrg habis brpe yer kat Dr Chang


  21. Unknown Says:

    Uterus problem is it possible operate here?


  22. Anonymous Says:

    Serupa mcm anak sulong aku...bersalin kat situ gak.. Servis dia ok. Aku suka cara doktor situ.


Post a Comment