Unknown
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,



Saya tidak pasti apakah kaitannya batuk dengan mengandung, tetapi itulah yang saya alami sendiri pada kedua-dua kehamilan yang lepas.

Setiap kali mengandung, saya pasti mengalami batuk yang sangat teruk  (sampai demam, sakit dada, berkahak, terkucil)  Lama pulak tu!  Malangnya apabila pergi ke klinik, doktor enggan memberikan saya ubat, malah hanya menasihatkan saya supaya bersabar kerana itulah dugaaaaannn~... *sigh*

Kemudian saya cuba pula petua-petua "home remedy" seperti minum madu, madu perah lemon/limau, dan minum air suam sebanyak-banyaknya, tapi degil pulak batuk tu tu nak pergi.

Kemudian saya cuba pula ubat batuk Prospan yang dikatakan herbal based dan tidak mengandungi alkohol. 

Tetapi, apabila berkunjung ke O&G, doktor menasihatkan saya untuk menghentikan pengambilan Prospan serta merta dan hanya dibenarkan mengambil benda-benda natural seperti madu sahaja.

Kerana tidak tahan lagi saya pun beralih kepada Shaklee.

Saya mengambil set asas ketika mengandung iaitu B-complex, Vit-c, Vitalea dan Ostematrix dan ditambah dengan Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan alahan dan alhamdulillah, dengan izin Allah, batuk saya berkurangan dengan sangat banyak.

Hanya apabila saya mengambil minuman berais barulah saya batuk semula, tapi tidaklah lama. 



Alhamdulillah, dengan mengambil set kehamilan Shaklee ini bukan saja batuk berkurangan, tetapi alahan saya juga berkurangan dengan banyaknya.

Perut yang asyik berangin menyebabkan mulut menjadi pahit, mual-mual dan muntah . Makan pun tidak begitu berselera. Tetapi semua itu hilang perlahan-lahan bila saya mengambil Peppermint Ginger Plus dan saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Badan yang sebelum ini letih lesu dan tidak bertenaga kerana batuk dan alahan juga menjadi sihat bertenaga. Hb (hemoglobin) juga kekal tinggi (bacaan 13) dan bacaan hb saya tidak pernah jatuh.

Syukur alhamdulillah..

Jika anda juga mengalami masalah seperti saya, saya sedia untuk membantu anda. Hubungi saya di 012-3818004 (sms/whatsapp) atau email saya di illyanalyn@gmail.com.