Unknown
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Saya ada banyak hutang. Dulu.

Tapi gaji saya cukup besar untuk membayar hutang setiap bulan tanpa masalah. Err.. boleh tahanlah.

Tapi saya tidak mempunyai kepuasan dalam kerjaya.
Maka saya mula menanam azam untuk bekerja dari rumah. Tapi sebelum itu saya mesti mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji, dan selesaikan segala hutang!

Apa yang saya buat?

#1. Pasang satu niat dan tekad yang kuat untuk langsaikan segala hutang anda!

Ketahuilah..

Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkannya"

Diriwayatkan dari Abu Hurairah. 

Percayalah. Dengan berniat saja pun, Allah akan membantu kita untuk selesaikan hutang kita. Tapi perlulah ada usaha. Usaha kita adalah asbab kepada bantuan Allah untuk turun kepada kita.

#2.  Bermuhasabahlah.

Fikirkan di mana kesilapan anda.
- adakah anda boros?
- suka membeli benda yang tidak perlu?
- terikut-ikut dengan cara hidup orang sekeliling yang "kononnya" berduit?
- ingin kelihatan sentiasa up-to-date? ingin dilihat sentiasa cantik?

List down semua pendapatan dan perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan bajet yang bersesuaian dengan gaji anda. Dan cuba untuk tidak melebihi bajet. Kalau perlu lebih extreme, sediakan satu buku kecil utk tulis perbelanjaan harian anda. Walaupun saya sendiri pun tak suka buat. Heh!

Untuk senarai pendapatan dan perbelanjaan ini, saya mempunyai template excel saya sendiri, yang mana saya juga kongsikan dengan kawan-kawan saya apabila mereka cemburu kerana saya sentiasa mempunyai duit yang mencukupi, malah berlebih-lebih lagi walau ketika saat yang paling kritikal. Hujung bulan!!

Bersambung...