Mar
18
Assalamualaikum,
Sekarang sudah pun mid of March. Kalau tak salah saya, pada masa ni pelajar2 Malaysia akan mula fly ke Jepun untuk mendaftar dan mulakan sesi pembelajaran yang akan bermula April nanti.
Saya dulu juga belajar di Jepun, di Niigata University yang terletak di Niigata-ken. Kalau buka peta Jepun, anda akan nampak Niigata-ken tu bentuknya seperti kangaroo.
Sengaja saya pilih Niigata, sebab saya tidak begitu sukakan kehidupan yang sibuk di bandar besar. Niigata ni just nice, lebih kurang macam Alor Setar saja, cuma lebih cantik, teratur dan bersih.
Saya fly pada tahun 2001 lepas 2 tahun jalani persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), UM. Aahhh...sweet time. Best waktu tu, rasa macam honeymoon. Tapi lepas fly baru ketahuan! ha ha
Saya tidaklah pandai sangat, pengalaman pun tak banyak. Saya hanya tinggal di Niigata selama 4 tahun saja. Lepas grad, adalah fly sekali sekala ke Takasaki dan Tokyo atas urusan kerja. Tapi saya saja nak nukilkan di sini, lebih kurang macam do's and don'ts lah sepanjang anda belajar di sana. Terutamanya untuk adik2 lepasan SPM yang baru nak belajar hidup berdikari. Fikiran pun belum matang lagi. Memasak pun belum pandai kan? hehe
1. Tempoh persediaan belajar 2 tahun di AAJ tu langsung tak cukup tau. Zenzen tarinai! Belajarlah betul2 masa di AAJ. Hafal sebanyak mungkin segala vocab dan kanji. Converse sebanyak mungkin dengan sensei untuk polish Nihongo anda.
2. Bila belajar overseas, tetapkan nawaitu anda. Nawaitu anda yang paling utama ialah belajar, belajar, belajar, dan perform! Target anda ialah grad dalam masa yang ditetapkan. Iaitu 4 tahun. Setiap semester tetapkan anda mesti score dalam semua subject. Bukan setakat cukup2 makan. okey?
Mesti EXCELLENT.
3. It's ok kalau belum pandai memasak. Resepi kan bersepah dalam internet? hehe! Tapi bagus juga kalau pandai masak satu dua lauk kegemaran. Tak adalah nnt homesick teringat masakan mak di rumah. :)
4. Saya dulu kan.. saya mengaku saya banyak main masa belajar. Saya terlalu ikutkan kawan2 Jepun saya. Ye lah.. dalam batch saya cuma ada 7 orang student pompuan. So tentulah saya kena stick dengan geng2 saya masa dalam kelas.. kan?
Saya rasa adik2 pun banyak dah dengar nasihat ni dari senpai dan sensei yang lain. Tapi sukalah saya nak bagitau lagi sekali, kalau boleh... masa dalam kelas, duduklah depan sekali. Kalau kena air liur percik2 dari sensei tu pun tak apa. Berkat sikit ilmu tu nak dapat kat kita. hehehe.
Bila kita konsisten duduk depan sekali, ia akan bagi impression yang baik pada student2 Jepun dan sensei. Mereka beranggapan bahawa kita memang rajin dan serius untuk belajar. Jadi kawan2 Nihonjin dan sensei akan lebih mudah untuk membantu kalau kita bertanyakan apa2 yang kita tak faham.
Saya dulu? Dah lah duduk di belakang, selalu pulak tidur dalam kelas. Bila fikir-fikir memang saya menyesal. Main banyak sangat!
5. Jangan simpan rasa tak faham dalam hati sorang-sorang. Lepas kelas kalau tak faham pergi jumpa sensei terus! Banyak kebaikan jumpa sensei ni secara personal tau. Satu of course lah kita akan jadi lebih faham. Nombor dua lama kelamaan kita akan membina hubungan yang baik dengan sensei kita. which of course lah baik untuk kita kan.
6. Janganlah nerd sangat. Tengok lah tv sama. Game show dan drama Jepun di sana best2. Ibu bapa jangan risau. Rancangan tv di Jepun tak ada cerita lucah. Lainlah kalau adik2 sendiri pi cari.. ok yang tu saya tak tanggung okeh!
Bila tengok tv, kita akan biasakan telinga untuk dengar dan faham. Memang mula2 kita tak faham. Apa kebenderrrrlah yang diorang ni gelak haku tak paham satu hapa pun! Tapi lama2 kita akan faham. Kita boleh belajar banyak vocab baru yang digunakan dalam conversation secara formal dan informal. Begitu juga dengan kanji sebab rancangan tv di sana, akan ditulis di bawah tu subtitle bahasa Jepun (mungkin utk org yg kurang pendengaran).
7. Pandai2lah buat kawan. Jangan terkejut kalau dalam satu batch course kita nanti kita tak kenal semua orang. Diorang memang hidup berpuak2 sikit. It's ok kalau tak ada kawan Nihonjin yang ramai. Biar seorang tapi yang seorang tu jadi best friend kita.
Saya dulu geng pompuan 7 orang. Dalam 7 orang tu pun ada puaknya. Saya pulak neutral. Malas nak "berpolitik" sangat. Oleh sebab tu saya jadi tempat kawan mengadu perasaan kerana dia rasa dia dibuli. (Dibuli secara mental lebih sakit dari buli secara fizikal). So... kena pandai jugaklah..
8. Berkaraoke tu benda biasa di Japan. Saya biasa ke karaoke lepas sekolah dengan seorang lagi kawan untuk release tension. Selain dari tu, vocab dan kanji saya improve. Ok lah kan.. cuma jangan keterlaluan sampai tak mengaji Quran langsung.
9. Dah sentuh bab mengaji, bolehlah masuk bab solat sekali. Amat mudah untuk kita tinggal solat masa di sana. Hidup sorang diri, kalau tak solat siapa pun tak tau. Tapi ingatlah, kita nak keberkatan masa menuntut ilmu. Jagalah solat, walau terpaksa solat di bawah tangga sekalipun. Kalau buntu, bacalah Quran. Zaman belajar ni kita banyak berjaga malam sebab nak settlekan assignment. Latihlah diri untuk buat Qiamullail.
10. Saya pasti ramai adik2 di sana yang bercouple sama tempat. Saya dulu pun sama Dai dengan bf saya (skrg dah jadi hasben lah :) ) Kebarangkalian untuk banyak main sangat besar kalau bercouple sama tempat ni. Sikit sebanyak memang akan hilang fokus punya. Saya berani jamin! Kalau iman tak kuat bukan setakat main2, tapi yang buat lebih dari tu pun ada. Saya tak kata semua.. tapi ada..
Saya rasa kalau couple lain tempat lebih baik, kalau nak nasihat jangan couple terus pun macam tak kena. Yang paling afdhal ialah ibu bapa izinkan anak2 untuk bernikah semasa belajar. Sebab saya perhati ada kawan saya yang bernikah masa belajar, kedua-duanya husband dan wife score dalam study. Sebab dah hilang faktor2 angau, jiwang, rindu, cintan cintun, bisikan syaitan dan lain2. :) So diorang boleh fokus dalam study.
11. Saya menyesal dulu saya kurang travel. Masa belajar ni lah kita ada duit dan masa. Bykkan mengembara melihat tempat orang. Baik travel dalam Jepun atau luar Jepun. Bila dah mula bekerja, percayalah, walau ada keinginan nak travel, tapi kita tak ada masa. Kalau ada masa, duit pulak tak cukup.
12. Baito (part time job). Bagi student yang tinggal di bandar besar macam Tokyo, Osaka, Kobe, Nagoya, duit scholar biasanya cukup2 makan. Kalau over bajet sikit habisssss. Macam saya yang tinggal di Niigata, tak baito pun duit scholar berlebih2.
Sebagai orang yang pernah study di sana, saya galakkan adik2 utk buat baito. Asalkan tak hilang fokus pada study, buatlah.
Duit tu kita boleh simpan buat bekalan nak beli rumah di Msia bila balik nanti. Bila baito, biasanya kita buat kerja-kerja rencam, ala2 bangla dan indon yang datang ke Msia. Banyak benda yang kita boleh belajar. Belajar susah, belajar tundukkan perasaan ego dan hilangkan sombong dalam diri, belajar budaya bekerja Jepun, belajar communicate dengan rakyat setempat, belajar buat kawan, luaskan network, duit yang dikumpul boleh diguna untuk travel, buat beli sport car untuk di bawa balik, atau hantarkan ke kampung untuk bantu ibu bapa dan adik2 yang susah.
Saya dulu buat juga, berkuli di kilang buat kek.
Hasben saya berkuli di kedai sushi lepas balik sekolah sampai pukul 9pm. Kemudian berkuli hantar surat khabar pagi2 dalam pukul 4am gitu. Kemudian pukul 9am pegi sekolah pulak. Gitulah rutin beliau hari-hari dulu. Dengan duit yang beliau kumpul beliau bawa balik sport car. Lepas kahwin sport car tu dijual untuk dapatkan duit muka beli rumah.
13. Makan luar.
Bab makan di luar ni susah sikit. Bagi yang betul-betul jaga syariat takkan makan luar. Atas sebab alasan perkakas memasak yang diguna tu kemungkinan bercampur untuk memasak daging babi.
Saya pernah mengadu dengan mak.. masa belajar untuk SPM dulu, mudah sangat untuk faham dan ingat ilmu. Tapi bila masuk universiti, semua kepandaian tu macam hilang. Fokus 110% dalam kelas pun masih tak dapat nak faham. Kata mak, "mesti kamu tak jaga makan, bnyk makan di luar".
Bila difikirkan balik, memang betul pun. Walau makanan yang diorder tu "halal" sebab tak ada daging, tapi kita tak tahu dia masukkan wine ke tak, dan periuk dan kuali yg diguna tu tentulah periuk dan kuali yang sama diguna untuk masak benda lain jugak kan.
14. Belajar memasak makanan local, menggunakan barang-barang local. Barang basah (seperti sayur-sayuran, beras dsb.nya) lebih murah. Daging halal dan beras siam boleh dibeli dari kedai khas tapi sudah tentulah harga lain sikit.
Belajarlah masak makanan local. Ianya menjadi nilai tambah bila kita balik Msia nanti.
Saya faham masa di overseas kita sangat teringin pada makanan di tanahair, tapi percayalah. Bila balik Msia for good kita akan rasa, lahhh naperlahhh aku tak pernah belajar nak buat benda ni dulu?
Silap2 boleh buat bisnes bila balik Msia nanti.
(Saya pun dulu tak hingin nak belajar masakan Jepun, skrg baru terasa menyesal)
15. Banyakkan bergaul dengan masyarakat setempat. Banyak pengalaman yang boleh dapat. :)
16. Hidup bermasyarakat. Maksud saya jgnlah menyisihkan diri dari masyarakat Msia di sana. Mereka boleh menarik kita ke bumi yang nyata kalau kita terbabas. Mereka jugalah pengganti keluarga kita masa kita kesusahan dan perlukan pertolongan.
17. Jangan takut untuk tunjukkan identiti sebenar kita sebagai seorang Muslim. Jati diri kena kuat.
Bila tiba waktu solat, beranikan diri untuk minta diri untuk solat. Kalau yang perempuan, jagalah aurat dengan sempurna, tak ada alasan untuk tanggalkan tudung dengan alasan takut diapa-apakan kerana Islamophobia.
Hidupkan agama di tempat kita dengan buat aktiviti berjemaah. Kalau ada surau lebih mudah, galakkan semua student kita untuk solat berjemaah, aktiviti membaca yaasin seminggu sekali untuk bersilaturrahim.
Budaya di sana, kalau nak kamceng dengan diorang, kena pandai keluar minum2 dengan diorang. Saling tuang sake (arak) dalam gelas masing-masing. Tepuk dada tanyalah iman.
18. Belajarlah spend duit scholar untuk benda yang berfaedah. Yang pompuan tu, jgn duk habiskan untuk shopping baju saja. Tak ada nilai pun baju2 tu. Nak jual balik pun tak laku dah.
19. Nikmati hidup di sana sebanyak mungkin.
Berkelah di bawah pokok sakura pada musim bunga, mandi laut pada musim panas, menikmati pemandangan indah semasa "kouyou" pada musim luruh, bermain ski atau snow board pada musim sejuk.
Cari passion anda. Join persatuan atau kelab di sekolah. Belajar benda baru. Jangan terperap sorang diri di rumah main game saja. Kalau nak main game di mana2 pun boleh main game. Balik Msia pun boleh. Betul ke betul?
=============================================
Setakat ni dulu.. Insya Allah saya sambung nanti.
Wassalam
