Unknown

Assalamualaikum,

Sekarang sudah pun mid of March. Kalau tak salah saya, pada masa ni pelajar2 Malaysia akan mula fly ke Jepun untuk mendaftar dan mulakan sesi pembelajaran yang akan bermula April nanti.

Saya dulu juga belajar di Jepun, di Niigata University yang terletak di Niigata-ken. Kalau buka peta Jepun, anda akan nampak Niigata-ken tu bentuknya seperti kangaroo.


Sengaja saya pilih Niigata, sebab saya tidak begitu sukakan kehidupan yang sibuk di bandar besar. Niigata ni just nice, lebih kurang macam Alor Setar saja, cuma lebih cantik, teratur dan bersih.

Saya fly pada tahun 2001 lepas 2 tahun jalani persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), UM. Aahhh...sweet time. Best waktu tu, rasa macam honeymoon. Tapi lepas fly baru ketahuan! ha ha

Saya tidaklah pandai sangat, pengalaman pun tak banyak. Saya hanya tinggal di Niigata selama 4 tahun saja. Lepas grad, adalah fly sekali sekala ke Takasaki dan Tokyo atas urusan kerja. Tapi saya saja nak nukilkan di sini, lebih kurang macam do's and don'ts lah sepanjang anda belajar di sana. Terutamanya untuk adik2 lepasan SPM yang baru nak belajar hidup berdikari. Fikiran pun belum matang lagi. Memasak pun belum pandai kan? hehe

1. Tempoh persediaan belajar 2 tahun di AAJ tu langsung tak cukup tau. Zenzen tarinai! Belajarlah betul2 masa di AAJ. Hafal sebanyak mungkin segala vocab dan kanji. Converse sebanyak mungkin dengan sensei untuk polish Nihongo anda.

2. Bila belajar overseas, tetapkan nawaitu anda. Nawaitu anda yang paling utama ialah belajar, belajar, belajar, dan perform! Target anda ialah grad dalam masa yang ditetapkan. Iaitu 4 tahun. Setiap semester tetapkan anda mesti score dalam semua subject. Bukan setakat cukup2 makan. okey?
Mesti EXCELLENT.

3. It's ok kalau belum pandai memasak. Resepi kan bersepah dalam internet? hehe! Tapi bagus juga kalau pandai masak satu dua lauk kegemaran. Tak adalah nnt homesick teringat masakan mak di rumah. :)

4. Saya dulu kan.. saya mengaku saya banyak main masa belajar. Saya terlalu ikutkan kawan2 Jepun saya. Ye lah.. dalam batch saya cuma ada 7 orang student pompuan. So tentulah saya kena stick dengan geng2 saya masa dalam kelas.. kan?

Saya rasa adik2 pun banyak dah dengar nasihat ni dari senpai dan sensei yang lain. Tapi sukalah saya nak bagitau lagi sekali, kalau boleh... masa dalam kelas, duduklah depan sekali. Kalau kena air liur percik2 dari sensei tu pun tak apa. Berkat sikit ilmu tu nak dapat kat kita. hehehe.

Bila kita konsisten duduk depan sekali, ia akan bagi impression yang baik pada student2 Jepun dan sensei. Mereka beranggapan bahawa kita memang rajin dan serius untuk belajar. Jadi kawan2 Nihonjin dan sensei akan lebih mudah untuk membantu kalau kita bertanyakan apa2 yang kita tak faham.

Saya dulu? Dah lah duduk di belakang, selalu pulak tidur dalam kelas. Bila fikir-fikir memang saya menyesal. Main banyak sangat!

5. Jangan simpan rasa tak faham dalam hati sorang-sorang. Lepas kelas kalau tak faham pergi jumpa sensei terus! Banyak kebaikan jumpa sensei ni secara personal tau. Satu of course lah kita akan jadi lebih faham. Nombor dua lama kelamaan kita akan membina hubungan yang baik dengan sensei kita. which of course lah baik untuk kita kan.

6. Janganlah nerd sangat. Tengok lah tv sama. Game show dan drama Jepun di sana best2. Ibu bapa jangan risau. Rancangan tv di Jepun tak ada cerita lucah. Lainlah kalau adik2 sendiri pi cari.. ok yang tu saya tak tanggung okeh!

Bila tengok tv, kita akan biasakan telinga untuk dengar dan faham. Memang mula2 kita tak faham. Apa kebenderrrrlah yang diorang ni gelak haku tak paham satu hapa pun! Tapi lama2 kita akan faham. Kita boleh belajar banyak vocab baru yang digunakan dalam conversation secara formal dan informal. Begitu juga dengan kanji sebab rancangan tv di sana, akan ditulis di bawah tu subtitle bahasa Jepun (mungkin utk org yg kurang pendengaran).

7. Pandai2lah buat kawan. Jangan terkejut kalau dalam satu batch course kita nanti kita tak kenal semua orang. Diorang memang hidup berpuak2 sikit. It's ok kalau tak ada kawan Nihonjin yang ramai. Biar seorang tapi yang seorang tu jadi best friend kita.

Saya dulu geng pompuan 7 orang. Dalam 7 orang tu pun ada puaknya. Saya pulak neutral. Malas nak "berpolitik" sangat. Oleh sebab tu saya jadi tempat kawan mengadu perasaan kerana dia rasa dia dibuli. (Dibuli secara mental lebih sakit dari buli secara fizikal). So... kena pandai jugaklah..

8. Berkaraoke tu benda biasa di Japan. Saya biasa ke karaoke lepas sekolah dengan seorang lagi kawan untuk release tension. Selain dari tu, vocab dan kanji saya improve. Ok lah kan.. cuma jangan keterlaluan sampai tak mengaji Quran langsung.

9. Dah sentuh bab mengaji, bolehlah masuk bab solat sekali. Amat mudah untuk kita tinggal solat masa di sana. Hidup sorang diri, kalau tak solat siapa pun tak tau. Tapi ingatlah, kita nak keberkatan masa menuntut ilmu. Jagalah solat, walau terpaksa solat di bawah tangga sekalipun. Kalau buntu, bacalah Quran. Zaman belajar ni kita banyak berjaga malam sebab nak settlekan assignment. Latihlah diri untuk buat Qiamullail.

10. Saya pasti ramai adik2 di sana yang bercouple sama tempat. Saya dulu pun sama Dai dengan bf saya (skrg dah jadi hasben lah :) ) Kebarangkalian untuk banyak main sangat besar kalau bercouple sama tempat ni. Sikit sebanyak memang akan hilang fokus punya. Saya berani jamin! Kalau iman tak kuat bukan setakat main2, tapi yang buat lebih dari tu pun ada. Saya tak kata semua.. tapi ada..

Saya rasa kalau couple lain tempat lebih baik, kalau nak nasihat jangan couple terus pun macam tak kena. Yang paling afdhal ialah ibu bapa izinkan anak2 untuk bernikah semasa belajar. Sebab saya perhati ada kawan saya yang bernikah masa belajar, kedua-duanya husband dan wife score dalam study. Sebab dah hilang faktor2 angau, jiwang, rindu, cintan cintun, bisikan syaitan dan lain2. :) So diorang boleh fokus dalam study.

11. Saya menyesal dulu saya kurang travel. Masa belajar ni lah kita ada duit dan masa. Bykkan mengembara melihat tempat orang. Baik travel dalam Jepun atau luar Jepun. Bila dah mula bekerja, percayalah, walau ada keinginan nak travel, tapi kita tak ada masa. Kalau ada masa, duit pulak tak cukup.

12. Baito (part time job). Bagi student yang tinggal di bandar besar macam Tokyo, Osaka, Kobe, Nagoya, duit scholar biasanya cukup2 makan. Kalau over bajet sikit habisssss. Macam saya yang tinggal di Niigata, tak baito pun duit scholar berlebih2.

Sebagai orang yang pernah study di sana, saya galakkan adik2 utk buat baito. Asalkan tak hilang fokus pada study, buatlah.

Duit tu kita boleh simpan buat bekalan nak beli rumah di Msia bila balik nanti. Bila baito, biasanya kita buat kerja-kerja rencam, ala2 bangla dan indon yang datang ke Msia. Banyak benda yang kita boleh belajar. Belajar susah, belajar tundukkan perasaan ego dan hilangkan sombong dalam diri, belajar budaya bekerja Jepun, belajar communicate dengan rakyat setempat, belajar buat kawan, luaskan network, duit yang dikumpul boleh diguna untuk travel, buat beli sport car untuk di bawa balik, atau hantarkan ke kampung untuk bantu ibu bapa dan adik2 yang susah.

Saya dulu buat juga, berkuli di kilang buat kek.

Hasben saya berkuli di kedai sushi lepas balik sekolah sampai pukul 9pm. Kemudian berkuli hantar surat khabar pagi2 dalam pukul 4am gitu. Kemudian pukul 9am pegi sekolah pulak. Gitulah rutin beliau hari-hari dulu. Dengan duit yang beliau kumpul beliau bawa balik sport car. Lepas kahwin sport car tu dijual untuk dapatkan duit muka beli rumah.

13. Makan luar.

Bab makan di luar ni susah sikit. Bagi yang betul-betul jaga syariat takkan makan luar. Atas sebab alasan perkakas memasak yang diguna tu kemungkinan bercampur untuk memasak daging babi.

Saya pernah mengadu dengan mak.. masa belajar untuk SPM dulu, mudah sangat untuk faham dan ingat ilmu. Tapi bila masuk universiti, semua kepandaian tu macam hilang. Fokus 110% dalam kelas pun masih tak dapat nak faham. Kata mak, "mesti kamu tak jaga makan, bnyk makan di luar".

Bila difikirkan balik, memang betul pun. Walau makanan yang diorder tu "halal" sebab tak ada daging, tapi kita tak tahu dia masukkan wine ke tak, dan periuk dan kuali yg diguna tu tentulah periuk dan kuali yang sama diguna untuk masak benda lain jugak kan.

14. Belajar memasak makanan local, menggunakan barang-barang local. Barang basah (seperti sayur-sayuran, beras dsb.nya) lebih murah.  Daging halal dan beras siam boleh dibeli dari kedai khas tapi sudah tentulah harga lain sikit.

Belajarlah masak makanan local. Ianya menjadi nilai tambah bila kita balik Msia nanti.

Saya faham masa di overseas kita sangat teringin pada makanan di tanahair, tapi percayalah. Bila balik Msia for good kita akan rasa, lahhh naperlahhh aku tak pernah belajar nak buat benda ni dulu?

Silap2 boleh buat bisnes bila balik Msia nanti.

(Saya pun dulu tak hingin nak belajar masakan Jepun, skrg baru terasa menyesal)

15. Banyakkan bergaul dengan masyarakat setempat. Banyak pengalaman yang boleh dapat. :)

16. Hidup bermasyarakat. Maksud saya jgnlah menyisihkan diri dari masyarakat Msia di sana. Mereka boleh menarik kita ke bumi yang nyata kalau kita terbabas. Mereka jugalah pengganti keluarga kita masa kita kesusahan dan perlukan pertolongan.

17. Jangan takut untuk tunjukkan identiti sebenar kita sebagai seorang Muslim. Jati diri kena kuat.
Bila tiba waktu solat, beranikan diri untuk minta diri untuk solat. Kalau yang perempuan, jagalah aurat dengan sempurna, tak ada alasan untuk tanggalkan tudung dengan alasan takut diapa-apakan kerana Islamophobia.

Hidupkan agama di tempat kita dengan buat aktiviti berjemaah. Kalau ada surau lebih mudah, galakkan semua student kita untuk solat berjemaah, aktiviti membaca yaasin seminggu sekali untuk bersilaturrahim.

Budaya di sana, kalau nak kamceng dengan diorang, kena pandai keluar minum2 dengan diorang. Saling tuang sake (arak) dalam gelas masing-masing. Tepuk dada tanyalah iman.

18. Belajarlah spend duit scholar untuk benda yang berfaedah. Yang pompuan tu, jgn duk habiskan untuk shopping baju saja. Tak ada nilai pun baju2 tu. Nak jual balik pun tak laku dah.

19. Nikmati hidup di sana sebanyak mungkin.

Berkelah di bawah pokok sakura pada musim bunga, mandi laut pada musim panas, menikmati pemandangan indah semasa "kouyou" pada musim luruh, bermain ski atau snow board pada musim sejuk.

Cari passion anda. Join persatuan atau kelab di sekolah. Belajar benda baru. Jangan terperap sorang diri di rumah main game saja. Kalau nak main game di mana2 pun boleh main game. Balik Msia pun boleh. Betul ke betul?

=============================================

Setakat ni dulu.. Insya Allah saya sambung nanti.

Wassalam

26 Responses
  1. Nurul Najwa Says:
    This comment has been removed by the author.

  2. Unknown Says:

    Waalaikumussalam. Bagusnya dik dari sekarang dah ada vision untuk belajar di Jepun.
    1. Tanam ni dalam kepala. TAK ADA APA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA NI. Adik boleh capai apa saja yang adik impikan.
    2. Untuk program belajar di overseas, biasanya scholarship ditawarkan untuk course2 kritikal seperti Engineering, medic, accountancy, pure science dan sebagainya. Pastikan adik ambil science stream masa form 4 nanti dan score percubaan dan SPM nanti ye. Sekarang competitive sangat dik. Jadi belajar betul2 ya.
    3. Kalau adik nak study di sana, pastikan adik pilih course yang adik betul2 minat. Bukan tangkap muat, atau semata2 sebab dapat scholar adik tak kisah course apa yang adik ambil.
    4. Cari minat adik dari sekarang.
    5. Aktif di sekolah. Join persatuan, kelab, berani menonjol di sekolah, belajar ilmu kepimpinan.

    Setakat ni itu saja yang akak boleh bagitau. Selamat berusaha dan selamat berjaya!


  3. Unknown Says:

    Assalamaualaikum... saya last sem (prktikal) diploma di Universiti swasta kat sini (Mlaysia) ambil jurusan marine engineering. Ayah bru2 ni dpt kerja di sana(Jepun) so.. ada terlintas untuk sambung degree disana.. soalan saya:-
    1.mcmmana nak deal masalah bhasa english..? akak bersosial so far mostly pakai bahasa apa? eng/jepun/or bm ssama malay?
    2.ramai x stdent malaysia kt sana?

    srius takut n fikir mcm2.. sng cerita,takut 'pichang'(bosan) kat sana.. plus saya pon da penin nk smbung kos apa.. tpi apa2 pon rsanya apa2 yg brkaitan industri (kjuruteraan). sbb perlu jugak search Univetsiti2 kat situ dulu n kos apa yg dtawarkan.. kot la kalau akak ada cdngn..
    tu saja kot, trima kasih buat blog ni.. bole gk amik tw life kt sana.. tambah2 part peringatan solat n sahsiah diri untuk srvive kt sana... ty.. sekian


  4. Unknown Says:

    Salam Reazone,

    1. Kalau bersosial dengan org Jepun, sy guna Japanese. Pakai English dgn international students dan BM saja sesama Malay. Tak ramai Japanese yg boleh converse dalam English, jadi utk survive di sana eloklah tahu sikit bahasa Jepun. Tapi kalau plan utk further studies di sana wajiblah tahu menulis, membaca dan bercakap.
    2. Depends pada tempat. Ada sesetengah tempat komuniti Melayunya sangat besar. Ada sesetengah tempat sikit saja.
    3. Ambillah course yang adik minat. Kerana bila adik demotivated nnt minat tu akan pastikan adik terus berjuang utk habiskan degree adik.
    4. Kalau ayah adik dapat kerja di sana, adik ada banyak masa utk explore tempat, budaya, lifestyle, atau apa saja yg menarik minat adik di sana selain fokus pada study. Berani ambil peluang, explore sambil2 tambah nilai pada diri sendiri. Masa ni adik boleh belajar banyak benda baru. Janganlah belum start apa2 lagi dah fikir takut bosan. Be brave!
    5. Rujuk sini --> http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS.htm utk cari info tentang further studies ke Japan.

    Moga bermanfaat :)


  5. izzat731 Says:

    Kak, requirement nak masuk AAJ ni kena straight A's spm ke? budak lepasan spm boleh masuk ke program ni?


  6. aktiviti Says:

    Salam kak, saya SPM 2015 and sya dpt 10A 1B, B addmath... syarat jpa/jpa-mara/mara kena addmath A.. so agak agak saya boleh tak dpt? sebelum ni saya minat nak sambung dekat korea .. tpi tawaran korea hanya bwh jpa, means persaingan sangat banyak sebab untuk semua bangsa ...


  7. Unknown Says:

    Salam sejahtera izzat731.
    Biasanya, program tajaan JPA/MARA ke overseas ni requirement dia agak tinggi. Program ni memang untuk budak lepasan SPM :D Persaingan untuk dapatkan scholar ke overseas memang sengit, tambah pulak budak2 sekarang ni bersepah yang dapat 15A kan? Kalau result adik agak gempak, walau pun tak dapat straight A apply saja. Kalau lepas tapisan diorang akan panggil interview untuk tapisan kedua. Insya Allah kalau dah memang rezeki dapatlah adik sambung study di Jepun.


  8. Unknown Says:

    Salam aktiviti.
    Tahniah kerana mendapat result SPM yang cemerlang. Akak rasa adik boleh saja cuba apply, mana tahu kalau rezeki adik bolehla sambung ke Korea. Tell you what, penaja ni bukan tengok result yang gempak saja, tapi nak tengok sahsiah, kesungguhan, kebolehan, kepimpinan adik sama. Jadi masa interview nanti serlahkan diri dan tunjukkan kesungguhan anda. Be well prepared. Good luck naa.. Rezeki takkan tersalah alamat.


  9. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  10. Anonymous Says:

    saya student aaj,batch 34, masuk aaj dari tahun 2015. kiranya akak ni senpai saya la ye :D sekarang tengah ganbaru for eju dgn shuryoushiken ,tinggal dua bulan je lagi T-T . akak,doakan kitorang semua lepas dapat pegi nihon tau


  11. Unknown Says:

    Ahmad,
    Bagus! Form 4 bukan tahun honeymoon mcm yg byk dibuat orang. Kalau tahun ni cemerlang, insya allah tahun depan pun boleh cemerlang. Sebab basic dah kuat. Buat target untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. And work for it. Mulai sekarang cari apa jurusan/course dan kerjaya yg adik minat. Buat research, pemerhatian dan tanya org. I cannot stress enough on how important "MINAT" is. sebab study overseas tak mudah mcm yg digambarkan semua org. KIta kena usaha 100% ganda dr student di Malaysia atas sebab pelbagai kekangan. Maka masa ni MINAT lah yang akhirnya akan memainkan peranan penting utk pastikan kita sentiasa motivated utk habiskan study. Good Luck yea!


  12. Unknown Says:

    Salam anonymous,

    Ada jugak kohai yang tersesat ke blog akak yer... hehe...good luck yea.. akak doakan batch korang semuanya lulus dan dapat fly ke nihon. Ingat! bila dah dapat fly belum bermakna korang dah berjaya. perjalanan yg berduri dan penuh berliku menanti korang di sana. Sedikit tips bila korang dah sampai sana nanti:
    1. Bina silaturrahim dengan senpai sesama dai. Jaga kankei dgn semua ..taknak gaduh2. sebab yg ni mmg boleh effect life kita di sana.
    2. Cari seorang senpai yang boleh dijadikan mentor. Jangan hidup sorang2. Jgn study sorang2.
    3. Amat2 mudah untuk kita distracted bila di sana. First time bebas mcm burung, first time pegang duit banyak. Jangan lupa diri.
    4. Ingat Allah selalu :)


  13. Anonymous Says:

    Salam, saya asasi dekat UiTM, course science. Akak ada cadangan tak macam mana saya boleh lanjutkan pelajaran kat Jepun? Scholarships mostly for SPM students and I don't think I'm eligible anymore.
    Kalau boleh, saya nak tanya, macam mana akak apply for AAJ? Is it too late now for me?
    Thank you for you time :)


  14. Anonymous Says:

    Sama lah. Sy pun dr uitm dengkil. Asasi sains. Nak sambung degree di japan dgn scholarship. plis akak. Tlong kitorang


  15. miyaa Says:

    Assalam... Kak saya budk stpm.. Bidg ict/seni... Kbnyakkn y smbung jepun lpasn spm dan master... Klu stpm mcmna? Dan kos sya nk amik nnti animasi.. Ad hrapan ke? Bantu saya ><


  16. miyaa Says:

    Assalam... Kak saya budk stpm.. Bidg ict/seni... Kbnyakkn y smbung jepun lpasn spm dan master... Klu stpm mcmna? Dan kos sya nk amik nnti animasi.. Ad hrapan ke? Bantu saya ><


  17. Unknown Says:

    Assalam...boleh ke masuk u sekiranya kita x aktif dkt sek...adakah wajib utk kita aktif dkt sek...sbb saya x aktif sgt di sek..


  18. Anonymous Says:

    Macam mana nak apply to study abroad? especially nak apply to study in japan.. Mohon pencerahan �� terima kasih


  19. Unknown Says:

    Assalamualaikum, saya budak singapore minat belajar bahasa jepun baru je tgh cram utk N4. Saya kalau boleh hendak belajar di jepun tetapi enggan kerane takut tkde peluang berkerja di sana. Bagaimana dengan pelajar malaysia? Adakah pelajar malaysia pulang ke malaysia utk berkerja ataupun bekerja di jepun? Kalau dapat memberi sedikit advice will be really2 appreciated! Thanks!


  20. Unknown Says:

    Assalamualaikum, saya budak singapore minat belajar bahasa jepun baru je tgh cram utk N4. Saya kalau boleh hendak belajar di jepun tetapi enggan kerane takut tkde peluang berkerja di sana. Bagaimana dengan pelajar malaysia? Adakah pelajar malaysia pulang ke malaysia utk berkerja ataupun bekerja di jepun? Kalau dapat memberi sedikit advice will be really2 appreciated! Thanks!


  21. Unknown Says:

    Assalamualaikum, saya budak singapore minat belajar bahasa jepun baru je tgh cram utk N4. Saya kalau boleh hendak belajar di jepun tetapi enggan kerane takut tkde peluang berkerja di sana. Bagaimana dengan pelajar malaysia? Adakah pelajar malaysia pulang ke malaysia utk berkerja ataupun bekerja di jepun? Kalau dapat memberi sedikit advice will be really2 appreciated! Thanks!


  22. Anonymous Says:

    Assalam.. akak. Susah ke blaja kat jepun? Kalau blaja bhse jepun sendiri boleh kan? Kat google, youtube belambak. Antara tohoku ngan miyagi mne akak rse lg ok?


  23. Owh.. student niigata university rupanya. takde lah jauh sangat. hehehe..


  24. Unknown Says:

    Assalam, kak .. kalau duduk uni kat jepun dekat tokyo tu kan , bole je kan lepas habes kelas nk pegi jalan ii kat shibuya?haha.


  25. UZUKHAI Says:

    assalamualaikum kak. saya nak tahu macam mana nak belajar dekat jepun?


  26. wah bestnya dengar pengalaman belajar luar negara...thank you for sharing your experience..


Post a Comment