Unknown
Assalamualaikum, 
Jika dulu saya masih boleh husnuzon dengan pihak kerajaan,  masih berdiri di atas pagar walau berbakul2 makian rakyat dah dicurahkan, tapi hari ni saya tak boleh sabar lagi. Kali ni saya ada sebab tersendiri kenapa saya marah dengan kerajaan. Tapi maaf, saya tak dapat nukilkan di sini kerana ia terlalu peribadi. 
Wahai kerajaan BN, takutlah kamu dengan Allah. Kamu wahai PM, TPM, Menteri2, wakil2 rakyat, kamu semua kelak akan ditanya Allah tentang apa yang telah kamu lakukan di dunia ni. 
Takutlah kamu bila kelak hisab kamu menjadi sangat panjang dan lama. 
Takutlah bila satu-satu rakyat yang kamu telah zalimi menuntut daripada kamu di hadapan Rabbul Jalil. 
Takutlah kamu bila api neraka menjulang-julang siap untuk membaham kamu. 
Takutlah kamu pada Allah yang Maha Keras SeksaanNya. 
Hairan bagaimana ada orang yang boleh sanggup pekakkan telinga butakan mata menebalkan muka walaupun dah menerima banyak sumpah seranah rakyat? 
Cukup-cukuplah. Turunlah kamu dari takhta wahai pemimpin BN sebelum kamu diturunkan oleh Allah. Kelak kamu bukan saja malu di akhirat, malah di dunia lagi kamu dimalukan dan dihina sehina-hinanya. 
Sekian saja kemarahan saya hari ni. 
Apa yang saya telah bayar kepada kerajaan?
Beli kereta kena bayar cukai kepada kerajaan.
Nak bawak kereta kena ada lesen dan roadtax. Lesen dan roadtax kena bayar kepada kerajaan.
Lalu lebuhraya bertol, kena bayar tol. Ada bahagian untuk pemegang konsensi dan ada bahagian kepada kerajaan.
Bawak kereta kena saman, kena bayar lagi kepada kerajaan.
Nak isi minyak, kena bayar harga minyak dan cukai kepada kerajaan.
Kereta kena servis, kena bayar GST. Nak beli alat ganti, kena bayar GST lagi.
Masuk kerja di klinik…
Beli peralatan dan ubat-ubatan, kena bayar GST.
Nak memperbaharui lesen pengamal tahunan, kena bayar kepada kerajaan.
Caruman KWSP pekerja, kena bayar.
Caruman Perkeso pekerja, kena bayar.
Lesen Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kena bayar kepada kerajaan.
Cukai Pendapatan, kena bayar kepada kerajaan.
Lesen Majlis Bandaran, kena bayar kepada Kerajaan Negeri.
Telefon dan streamyx kena bayar kepada syarikat milik kerajaan.
Balik rumah…
Guna lektrik, kena bayar kepada TNB, syarikat milik kerajaan.
Rumah kena bayar cukai pintu.
Air kena bayar.
Lain-lain hal…
Parking kena bayar.
Masuk tandas kena bayar.
Masuk hospital kena bayar.
Buat Passport kena bayar.
Masuk universiti kena bayar.
Masuk sekolah kena bayar.
*Kawan-kawan tambah sendiri laa kalu ada lagi benda lain. Ambo pening doh. Beraso macam rakyat ni kerajaan sebab banyok hok kena bayar, kerajaan pula adalah rakyat sebab banyok terima bayaran.

0 Responses

Post a Comment