Unknown
Assalamualaikum,

Minggu lepas saya demam teruk. Demam sejuk sampai menggigil. Begitu teruk sampai saya terlantar tak boleh bangun sebab kepala jadi begitu sakit dan berat, badan jadi begitu sejuk sampai menggigil2, sampai saya terfikir mungkin saya terbuat dosa yang cukup besar sampai jadi sakit  begitu sekali.

Sakit yang tiba2. Tidak ada apa2 simptom. Tak ada batuk, selesema, mahupun sakit tekak.
( Walaupun lepas tu baru saya tau yang saya kena mastitis sebenarnya. Alhamdulillah).

Suhu saya shoot sampai 39degreeC. Ahhh... no wonder la saya rasa macam nak pengsan. Doktor suspect denggi sebab sekarang mmg musim denggi. Masa tu saya belum tahu pada breast saya ada ketulan keras sampai breast jadi merah, panas, dan sakit bila disentuh. Syukurlah bukan denggi :)

Selepas makan ubat yang doktor bagi demam saya akhirnya kebah. Walaupun seminggu saya suffer sebab badan jadi lemah2.

Akibatnya, susu badan saya berkurang dengan teruk sekali. Saya tak pasti berkurang sebab mastitis atau ubat demam yang doktor bagi. Semasa demam saya masih menyusukan baby Amna seperti biasa. Cuma mungkin saya terskip pumping session "sekali dua".

Ada satu masa tu bila saya pump, susu cuma tutup bontot botol saja. 1 oz pun tak sampai. Sedih sangat.

Baby Amna toksah cerita la, malam2 memang nangis lah dia sebab tak puas menyusu. Tidur sekejap2 terbangun sebab lapar. Saya terpaksa tarik stok susu untuk menyusukan Amna. Stok susu pun dah kritikal sebab selalu tarik tapi tak sempat restok.

Paling banyak sekali pump ialah 3 oz (2oz kanan 1oz kiri). Even dengan 3x pump sehari belum cukup untuk bekalkan susu pada pengasuh Amna keesokan harinya.

Lalu saya pun minum horlicks. (selama ni memang duk minum on and off)

Tak ada kesan yang ketara selepas ambil Horlicks. Sambil2 tu saya ambil Alfalfa juga setiap kali selesai sesi mengepam dan minum ESP untuk banyakkan dan pekatkan susu. 



Sambil2 tu saya minum susu kambing Ibu Suri, Go Milk. Saya memang duk ambil susu ni masa dalam pantang dulu. Kesannya, jaundis baby Amna turun dan terus turun. 3 hari saja :). 

Saya minum berselang seli setiap kali sesi mengepam. Pump pagi minum yang itu, pump tghari minum yang ini, pump petang minum yang lain pulak. Untuk malam minum yang lain lagi. Punyalah pulun anak punya pasal. 

Bukan yang ni saja saya ambil, Umma Lacto pun saya minum jugak. (RM60 10 sachet kalau tak salah)

Berkesan juga sekejap. Tapi semua hasil tak konsisten. Still saya teruskan sebab khasiat yang ia beri pada susu ibu. Saya tetap teruskan minum sambil tambah sesi mengepam dan sesi penyusuan. Malam2 Amna masih menangis sebab tak puas menyusu. Hasben dah standby belikan satu kotak kecil susu formula kalau dah tahap terpaksa. 

Saya masih bertahan. Semalam saya berjumpa business partner, Haiza yang kebetulan juga agen Moms. Tambah lagi satu dalam koleksi haha! RM30 8 biji coklat. Coklat dia besar dan sedap. 

Mahal2 milk booster ni. Tapi tak apa lah. Salah sendiri tak jaga pumping session. Lepas ambil Moms ni susu bertambah jadi 4oz sekali pump. Alhamdulillah! gambare liyana! 

Pagi ni masa buka pintu pantry, duk fikir2 nak minum apaaalah pulak pagi ni selepas breakfast nasik lemak yang penuh berlemak itu, saya buat keputusan untuk minum Cinch Tea Mix. Sebenarnya nutritionist Shaklee rekemen saya ambil teh ni untuk tingkatkan metabolism. Tapi tak sangka saya dapat keputusan yang sungguh memberangsangkan! 


Masa mengepam pagi tadi, saya dapat 7oz! Ya Allah syukurnya! Walaupun masih sikit kalau ikut standard orang lain yang sekali pump dapat 2 botol penuh, saya dah cukup happy. Kalau dapat maintain 7oz setiap sesi mengepam dan penyusuan mesti Amna dah tak lapar lagi. 

Ini sebahagian dari usaha saya untuk tambahkan balik susu badan. Power pumping saja saya belum buat betul-betul lagi. Saya plan nak cari jus pegaga dan habbatussauda pulak. Biar susu badan jadi lebih pekat dan berkhasiat kalau tak bertambah pun. 

Ya ya saya tau saya terlalu bergantung pada milk booster ni kali ni. Tapi nak buat macam mana.. saya terdesak! Siapa tahan kalau anak kita menangis sebab tak cukup susu. Tambah pula Amna alergik pada dairy products, lagilah saya kena berhati2 tak boleh bagi susu formula sebarangan dekat dia. Setakat ni belum setitik pun susu formula masuk dalam perut dia lagi. 

Saya harap sangat Allah permudahkan usaha saya ni. 

Pembaca2 di luar sana yang hadapi masalah macam saya ni, never give up ya! Cuba cuba dan cuba lagi sebab kita tak tahu yang mana satu yang serasi dengan kita yang akhirnya boleh bantu banyakkan susu. 

Tapi Cinch Tea Mix ni memang TERBAIK! Saya suggest uols cuba teh ni kalau yang lain tak berkesan. 

Sekian saja kisah saya yang penuh berliku (berliku lah sangat! haha) 






Labels: edit post
7 Responses
  1. pena kata Says:

    milk booster mmg mahal sis lyn. tp demi anak sihat membesar xpelah berkorban sikit kan.. ^^ saya skrg tgh consume satu produk nama nya jus al kurma.. 1 bottle = rm20 tp beli byk alhamdulillah dpt diskaun.. fully made from kurma ajwa.. alhamdulillah minum pagi tgh hari mmg terus penuh. saya malas sikit nak bancuh2 tmbah lg pagi2 kna kluar ke workplace.. huhu.. terus minum pagi tu half then petang half. alhamdulillah sgt2.. saya harap dptlah bertahan fully bf until anak 2 tahun.


  2. Unknown Says:

    Beli di mana tu? Saya pun berminat ni :)


  3. ummi.milk.in Says:

    bleh try lactation recipe mudah utk milkbooster kt blog sy:
    ummimilkin.blogspot.my


  4. Unknown Says:

    Assalam..sy pun penah cuba umma lacto tp hasil sama..sy beli yg 2kotak free 1kotak..dah habis 2kotak n yg sekotak lg sy reserve bila2 susu drop (kot2 time tu berkesan utk boost kan balik susu)..masa sy stop UL, sy start minum jus al kurma ajwa..alhamdulillah susu bnyk..belah kiri 7-8oz belah kanan 3-4oz (kanan mmg ada isu skit, x bnyk mcm kiri, klu bnyk mcm kiri mesti lg best tp sy ttp syukur) utk setiap 1sesi mengepam (10-15minit)..boleh cuba contact adik mira 0182616708 ni dia jual dgn harga promo..semoga susu awak meriah jgk ya..


  5. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  6. Unknown Says:

    Tulah sakitkan bengkak susu nih..Sy alhamdullilah tk pernah kena lagi, tapi bila dgr cerita kawan office dia kata peritnya kalau ada bengkak susu mcm rasa berat sgt. Nak pegi mana2 pon tak selesa. Sy jumpa 1 milkbooster nih alhamdulillah bersyukur sgt2. Produk dia just sapu2 jer dekat area breast. Pump It Natural Milkbooster namanya..Cukup ada 1 set lagi untuk nipple crack sekali..syukur sangatt jumpaa..InshaaAllah tak sabar nak guna :)


  7. Unknown Says:

    Assalam ok ke awk pkai pump it tu☺


Post a Comment