Unknown
Assalamualaikum,

Pendapat peribadi saya semua perempuan dalam dunia ni patut masukkan masakan pasta at least seminggu sekali di rumah. Baik wanita berkerjaya, yang bekerja sendiri, WAHM, atau suri rumah, tak ada satu pun yang tak sibuk. Semuanya sibuk sampai selalunya lebih banyak makan atau membeli makanan di luar untuk dihidangkan pada keluarga. Faham sangatttt sebab saya pun giteww :)

Bagi saya, masakan pasta tu macam maggi lah. Tapi version yang lebih sihat. Cepat dimasak dan sedap dimakan. Cumanya, tak ramai orang Melayu yang sukakan masakan pasta kerana sosnya manis atau masam (tomato based), creamy, dan langsung tak pedas. Cepat muak, bosan dan bland.

My dear husband pun begitu. Dulu dia tak berapa gemarkan pasta. Makan pun sebab terpaksa sebab laparkan. hehe. Beliau sangat berlidah Melayu. Setiap masakan perlu diperasakan sebaik-baiknya. Sebab tu beliau suka nasi kandar, saya pulak tak berapa gemar nasi kandar sebab rasa lauk2 nya terlalu kuat.

Tapi setelah sekian lama, beliau akhirnya menggemari masakan pasta. Sampai dia selalu puji masakan pasta saya boleh dijual di restoran. Oklah tu pujian untuk orang yang tak berapa reti memasak macam saya ni kan! ha ha ha!

By the way... untuk mereka yang berlidah Melayu mesti sukakan resipi ni. Bagi suami saya masakan ini sangat sedap. Yang penting PEDAS. Saya olah sikit menggunakan bahan2 segera untuk jimatkan masa memasak (terutamanya untuk makan malam).



Pasta Arrabiata 

Bahan-bahan
Olive oil
3 ulas bahan putih - dicincang halus (adjustlah banyak atau sikit ikut kesukaan anda. Lebih byk lebih bagus)
2 helai cabai kering- dicincang halus (2 dah cukup pedas, kalau mahu pedas boleh tambah lagi)
Pasta (spagheti/penne/vermicelli)
Sosej/ayam/seafoods - ikut suka
Sos Prego Tradisional/ tomato ceri (chopped)/ 1 tin chopped tomato
Garam
Freshly ground black pepper
Basil
Parmesan cheese

Cara memasak

1. Masak pasta sehingga al dante. Toskan. Air rebusan pasta mestilah masin seperti ocean. Simpan sikit air pasta.
2. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih dan cabai kering sehingga wangi (jgn sehingga hangit nanti rasanya pahit)
3. Masukkan bahan mentah (sosej/ayam/seafoods), tambah sedikit air rebusan pasta jika terlalu kering.
4. Kemudian masukkan Sos prego tradisional. Resepi arrabiata yang asal gunakan tomato ceri. Jika anda gunakan tomato, masukkan tomato yang telah dipotong. Masak sehingga sos menjadi pekat. Boleh adjust kepekatan sos dengan air rebusan pasta.
5. Masukkan garam dan black pepper. Biasanya saya tak masukkan garam dah sebab dah gunakan air rebusan pasta.
6. Masukkan basil.
7. Masukkan olive oil pada sos. Ia memberi rasa yang lebih pada sos dan memberi kilatan bila digaul dengan pasta.
8. Gaul dengan pasta. Taburkan parmesan cheese.


Selamat mencuba!

Kami sekeluarga baru saja makan semalam. Saya gunakan vermicelli dan sosej. Sos dimasak dua kali sebab anak saya tak makan pedas. Untuk kami berdua baru saya tumiskan cabai kering dan masukkan sos tomato yang dah dimasak kali pertama. Kemudian gaulkan dengan pasta.
Walla! Sedapp sampai air liur menitik tap tap tap!
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment