Unknown
Assalamualaikum,

Oleh sebab saya sudah bebas dari office hours, hari ni saya telah diarahkan oleh encik hasben untuk bawa Amna berjumpa paeditrician di Hospital Metro Sungai Petani.

See? best kan jadi WAHM ni? Kita boleh atur sendiri jadual kita mengikut keperluan sendiri dan anak2 :) Tak perlu lagi rasa bersalah untuk ambil emergency leave, atau kalau cuti tak ada, apply MC (opps! haha!)

Sejak hari pertama Amna balik dari hospital selepas bersalin hari tu, muka Amna sentiasa ada ruam. Ruam merah2 yang gatal. Ruam susu ke ruam panas ke tak pasti. Mungkin kedua2 sekali.

 Macam ni lah ruam di muka Amna 

Agak lama juga ruam di muka Amna tu, tapi under control sebab disapukan dengan bedak sejuk dan kadang-kadang bedak sejuk bercampur hampas daun pegaga. Juga di kawasan leher dan pelipat2 which bagi saya agak normal lah kut untuk baby sebab diorang kan selalu berpeluh di situ. Tambah lagi dengan air susu yang meleleh, maka normal lah kut kalau nak jadi ruam kan? Selalunya saya sapukan dengan tepung ubi saja. 

Selepas Amna berumur lebih kurang sebulan, saya perasan ruam2 ni mula timbul di kawasan tangan, kaki, dan juga abdomen. Kulit Amna juga sangat kering dan menggerutu. Saya dah agak ni mesti eczema. Sebab saya juga sejak azali ada eczema, tapi mild saja.

Macam nilah rupa ekzema pada badan Amna. Sangat keringg dan sangat gatal 

Ada hari yang Amna meragam sebab rasa sangat gatal dan tak selesa. Tangan dia mesti nak menggaru muka. Sepatutnya saya pakaikan dia mitten tapi saya kan degil orangnya.. hehe! Sejak hari pertama saya tak pakaikan mitten atas sebab nak percepatkan eye-hand coordination. Cuma saya sentiasa pastikan kuku Amna pendek.

Lepas membaca experience ibu2 yang pernah mengalami situasi ni, saya try krim Melomet dan memang betul, ia sangat berkesan hilangkan ruam di muka dan badan Amna.

krim Melomet

Sebab saya risau side effect steroid yang mampu nipiskan kulit, saya gunakan Shaklee's Herbal Blend Cream pula.. 

Herbal Blend Cream pun berkesan juga... tanpa steroid dan paraben. Cuma kena sabar sikit untuk nampak kesannya. 


Semasa mandi, saya masukkan minyak kelapa dara atau franch oil ke dalam air mandian untuk pastikan kulit Amna lembab. 

Dr Lim Kok Ewe, paeditrician yang menyambut Amna masa lahir hari tu bila tengok kulit Amna, dia geleng kepala dan bagitau "This is very bad eczema. I pity her. Very itchy."
Huhu~ . Lalu beliau prescribe:

Sabun mandi Cetaphil

 Mosturizing cream CeraVe dan ubat makan

Alhamdulillah, lepas sapu dan makan ubat saja Amna terus boleh tidur nyenyak. Sampai sekarang dah kurang meragam dan senang untuk di handle. (ermm..betul ka hari tu kamu kena kacau hantu Amna? musykil pulak. Sila rujuk entry ini kalau nak tau)

Selain daripada tu, semasa saya berkunjung ke Shaklee branch Seberang Jaya, nutritionist Shaklee, Kate nasihatkan saya untuk turut amalkan Alfalfa dan Omega Guard.

Alfalfa
- 5 biji pagi dan 5 biji malam
- berfungsi mendetox darah dan melawan alahan

Omega Guard (minyak ikan)
- asalnya saya ambil 1 biji saja sehari, sekarang perlu naikkan dose ke 2 biji setiap pagi, tengahari dan malam.
- berfungsi meningkatkan sistem imun dan dapat memperbaiki alahan kulit
     
Hopefully,dengan pengambilan 2 vitamin ni, baby Amna mendapat khasiat 2 vitamin ni melalui susu ibu dan ekzema dia jadi under kontrol. Takut jugak nak bergantung pada ubat-ubatan dalam jangka masa yang panjang.

Oh yaa.. lagi satu. Dr Lim dengan tegasnya arahkan saya untuk STOP makanan ni:
- semua dairy products tanpa pengecualian
- seafood (ketam, udang, kerang, dll )
- susu kambing pun tak boleh

So, no more cheese, butter, lasagna, kek, pizza, roti, susu, milo, white sauce, apa-apa saja yang toppingnya cheese arghhhh tensyen. Favourite kut nih! So kalau masak pasta pun dah tak boleh lagi buat white sauce.

Kalau nak minum susu, substitute nya adalah soya. Kalau minum apa2 minuman 3 in 1, berhati2 dengan creamer yang digunakan. Kalau sumbernya susu lembu.. tak boleh juga.

Kuih-kuih melayu boleh kata Dr. Lim.

Saya harap entry ni berguna buat ibu-ibu yang menyusu di luar sana. Walaupun dah habis pantang, kita masih perlu jaga pemakanan dan ambil vitamin yang boleh membantu sembuhkan ekzema dan alahan anak secara semulajadi dan lebih selamat.

Sila tengok entry ini untuk tingkatkan kualiti susu ibu. Jika usus ibu sihat, insya Allah baby pun akan sihat.



Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Assalamualaikum,

Sejak hari pertama saya masuk kerja setelah habis maternity leaves, Amna ada masalah suka menangis pada waktu malam.

Amna akan mula menangis lepas Maghrib, kadang2 just nice masa saya ambil wudhuk untuk mula solat Isya, dan berlarutan sampai ke tengah malam. Kadang sampai pukul 1.30 pagi.

Mulanya saya ingat Amna meragam sebab kembung perut, atau pun sebab perubahan rutin harian dia, tapi makin lama tangisan dia tu makin lain macam.

Baby yang menyusu susu ibu biasanya mudah dipujuk. Hang takut? nah! lapar? nah! sakit? nah! nak tidur? nah! semua main sua ja..insya allah lepas tu baby tenang dan akan tidur. Macam tu lah abang dia dulu.

Tapi dengan Amna ni ntah kenapa tak makan pujuk. Tangisan dia sangat nyaring, dengan mata tertutup. Tangan tergawang2. Dukung pun tak jalan. Buaian pun tak jalan. Susu badan lagilah tak jalan. Bawak berjalan dari tingkat atas, sampai ke tingkat bawah (rumah kami 2 tingkat), tukar tidur pulak di bilik lain. Punnn tak jalan. Badan pulak rasa cheghin (meremang) semacam. Sampai rambut di kepala pun rasa menegak. Tapi saya tak suspect apa2.

Abah Amna pulak selalu balik kerja malam. Paling awal pukul 9 baru sampai rumah. Selalunya lewat daripada tu. Dahlah baby menangis, Amsyar pulak lapar lah, berak lah, nak mandilah. Memang tak menang tangan. Hati pun mula jadi panasss ja.

Serius! Perasaan masa tu memang rasa macam nak baling Amna ke dinding! Tangan rasa ringan sangat dah nak angkat baling. Nasib baik cepat2 ingat tuhan. Kalau tidak esok tu mesti keluar muka saya dalam berita, kes ibu dera bayi 3 bulan. huhu~

Sebab tu wahai hasben2 di luar sana.. tolonglah support isteri anda dalam hal rumahtangga ni.. letih woo.. letih badan dan letih emosi. Orang yang ada anak kecik ramai lagi lah.. Saya salute ibu2 yang boleh cope dengan stress jaga anak nih. Letih mengalahkan kerja opis.

Berbalik pada kisah Amna, 2 hari lepas hasben pergi berjumpa seorang cikgu yang pandai mengubat di Taman Sri Serdang. Rupa-rupanya ada gangguan... ntah rupa buruk macam manalah yang Amna nampak tu ya?

Dapatlah sebotol air doa. Usap air pada muka Amna sambil berselawat. Air bakinya emak nya yang minum, supaya dapat disusukan pada Amna.

Selama 2 hari, hidup kami aman damai. Amna dah boleh tidur pada waktu malam. Kalau tak tidur pun dia boleh duduk di bouncer dan ber"sembang" dengan kami. Lega hati tuhan saja yang tau.

Tapi semalam jadi pulak lagi. Amna menangis sampai pukul 1.30 pagi. Pukul 11.30 malam kami laki bini dah tak tahan kami keluar dari rumah pegi ronda-ronda pekan Kepala Batas. Dua kali ronda baru Amna tenang dan dapat tidur. Hantu mana yang kacau kamu lagi Amna? Sian wooo.. nangis sampai kembung perut dia. Nasib baik tak selop. Sampai rumah sambung lagi nangih.. haihh

Jadi sekali lagi hasben pegi mengadap cikgu di Taman Sri Serdang tu.. kata cikgu tu kali ni dah tak ada gangguan. Cuma menangis tu dah macam jadi habit Amna. Agaknya sebab tu orang tua2 tak bagi biar budak menangis. Asal nangis ja wajib pujuk/angkat. Tak mau jadi tabiat. Dapat lagi air doa sebotol. Hopefully episod Amna 'gheyau' malam ni boleh berhenti lah. Letih dah mak anak oii! Dah habis ikhtiar dah.

Dalam pada masa yang sama, saya kenal dengan seorang anak murid Tok Belagak dari Darul Saka. Kak Hamza namanya. Kak Hamza nasihatkan saya jazamkan ayat Qursi supaya boleh digunakan bila Amna diganggu nanti.

Insya Allah saya akan cuba jazamkan dalam minggu ni. Berat juga nak jazamkan. Caranya baca ayatul Qursi 313x dalam 1 wudhuk. Kalau batal wudhuk, kena mula semula dari 0. haaaa.. berat kan berat kan? sebelum mula nanti wajib saya amik Peppermint Ginger Plus untuk buang semua angin dalam badan. Baru ok kut.. hehe

Saya minta semua doakan Amna ya..

Jyaaa... 







Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Saya mula tender resignation letter lebih kurang setengah bulan sebelum saya mula maternity leave.
Maka pada bulan 1 tepat 12hb pada hari Isnin adalah hari terakhir saya di Silterra (M) Sdn. Bhd. 

It was a hard decision to make, but it is worth it. Saya ada ceritakan persediaan berhenti kerja yang saya dah buat di entry ni.

http://illyanalyn.blogspot.com/2014/06/menuju-financial-freedom.html

Selepas habis maternity leaves, saya kembali bekerja untuk seminggu, cuma untuk memastikan yang segala pass down berjalan lancar. Juga untuk say goodbye. (goodbye lah sangattt) 

Since I hate goodbye, on my last day saya cuma buat seperti biasa. No selfies around kilang, no hugs and kisses, and tears. Just go home like normal days, with hope that someday our path will cross again.

 Bye bye cube ku.. 6 tahun kita bersama, sekarang kamu bersama tuan baru pulak



Berpindah pulak ke office baru di rumah. Sangat kecil dan bersepah. Bahagian tepi yang nampak separuh tu sebenarnya pantry. Ada botol susu, tin susu, pemanas air, biskut dan serdak2 biskut, plastik biskut yang kosong, dan macam2 lagi sampah. hehe

Suatu hari nanti ofis saya akan kelihatan meletop seperti ini!

I loike! I loike! I loike!
Sekarang apa yang saya perlukan ialah masa dan extra duit saja :)

Terima kasih bebanyak kepada best frens saya di Silterra... iaitu geng mak jemah for making my stay at Silterra enjoyable. Nanti sy letak gambar Jemahan di sini naa..

Malas nak say gudbye sebab setiap hari duk bergayut dalam group whatsapp. Sampai lupa ada anak dan laki! haha!

My Reliability colleagues, also my boss yang sangat baik hati, K.Pah, till we meet again... Di puncak kejayaan :)

Sekarang lembaran episod baru sudah dibuka. Maka bermulalah hidup sebagai domestic engineer dan Work At Home Mom (WAHM). Boleh tahan juga sibuknya. Tak sempat nak mengangkang depan tv pun. Nanti saya cerita pulak schedule hidup baru saya di entry lain kay!

 Daaaa! 
 





Read more...
Unknown
Bismillahirrahmanirrahim... 



Perasan tak program NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK) dah jadi viral di FB? 

Sesiapa yang ada masalah berat badan yang serius, dah cuba banyak kali sampai tak tau dah nak buat macam mana nak turunkan berat badan, saya syorkan anda cuba pulak NECK nih..  

Program ni direka khas untuk membantu kita semua yang mempunyai masalah berat badan, tapi malas nak pegi gym, teringin nak ada personal trainer tapi tak mahu keluarkan duit yang banyak, yang duk asik main yo-yo.. sat naik sat turun.. haaa.. memang sesuai sangat! 

Saya syorkan anda join NECK ni. Kenapa?

- Kita tidak akan berdiet membabi buta mengikut cara ikut-ikutan pilihan anda sendiri. Kita akan ada seorang abang ketak (mentor) yang akan bantu dan guide kita cara kurus yang mudah. 

Ingat, buat sesuatu itu lebih mudah jika kita ikut cara orang yang sudah berjaya. Kita tidak akan langgar dinding. Kita akan naik highway tanpa traffic jam! 

- Kita akan diberi ilmu cara pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Kita akan faham makanan apa yang sebabkan kegemukan dan apa yang tak. 

Cara makan yang betul takkan membebankan buah pinggang dan hati kita. Yang penting carbo pun masih boleh diambil. Bukan tinggal terus. 

- Kita akan diberi ilmu supplement yang perlu diambil untuk bantu kuruskan badan. 
Kalau nak jadi macam abang sado pun boleh, still kena ambil supplement iaitu protein, dan of course kena work out. 

NO UBAT KURUS ya..! 

Untuk kuruskan badan, sesuatu supplement tu mesti ada 3 fungsi ni. 

BAKAR
BUANG 
BINA 


- Kita akan diberi ilmu senaman yang macam mana yang perlu kita buat dalam keadaan kita tak ada banyak masa. Buat sikit tapi kesan superb untuk bakar kalori. 
Tak perlu pi gym hokey. Buat belakang rumah pun boleh. Dalam bilik pun boleh. 
Yang penting... BUAT! 

- Kita akan dikelilingi oleh ramai kawan yang senasib. Ingat! We're stronger in jemaah. 

NECK tidak janjikan bulan dan bintang. Akan ada masa anda akan rasa down dan hilang semangat. Inilah peranan jemaah... untuk kuatkan anda kembali bila anda lemah. 

- Coaching akan dilakukan secara online. Setiap hari. 24/7. 
 Anda bebas untuk berkomunikasi dengan mentor dan rakan-rakan yang lain mengikut masa anda sendiri. Anda bebas tentukan pukul berapa anda nak bersenam. Pagi, petang atau malam. Anda tentukan.

 - Kita akan diberi e-book yang harga asalnya RM10, dan 7 video rahsia yang anda perlu tahu untuk kurus secara PERCUMA. Ya... percuma saja tuan-tuan dan puan-puan. 
Dengan syarat anda SHARE entry ini di FB. 

- Selesai sesi coaching, peserta yang mendapat peratusan penurunan berat badan yang paling tinggi akan memenangi wang tunai sebanyak RM1000, tempat kedua RM500, dan tempat ketiga RM300. 

Dah ramai yang ikut program NECK bersama abang ketak berjaya turunkan berat badan! Tengok ni.. 





Ada yang kategori berisi sikit, ada yang obes sikit, dan ada jugak kawan2 kita yang kategori sangat obes yang sudah join dan buktikan yang mereka boleh turunkan berat badan. 

Akan sentiasa ada harapan buat kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Hanya bila kita sudah jadi MAYAT saja terputuslah segala2nya kecuali yang tiga itu. 


Macam mana? Berani cuba?  


Kalau anda memilih untuk
 mengubah hidup anda,
 mengubah diri dan penampilan anda,
 mengubah kesihatan anda menjadi lebih baik dan sihat,
 menaikkan self esteem anda yang selama ni rendah kerana selalu diejek dan ditertawakan, 
anda ingin rasa "feel good about yourself",
 anda ingin buktikan pada dunia yang for once, you're in charge of yourself, of your body....

 Saya CABAR anda untuk sertai kami! 



Klik di SINI untuk download e-book NOW EVERYONE CAN KURUS. 

Baca dan fahamkan.

Jika anda berani untuk teruskan, anda Whatsap atau Telegram saya di no yang diberi di muka surat terakhir ebook tersebut, dan saya akan tunjukkan caranya. 

Saya doakan anda berjaya! 


Liyana 
012-3818004 (sms/whatsapp) 

Read more...
Unknown
Bismillahirrahmanirrahim.

Nak Berdiet? Buatlah Cara Yang Betul.....



Hari ni ternampak satu posting sahabat, beliau amalkan diet yang tak makan nasi. Tak ambil karbo.
Saya tak katakan cara ini salah.

Dalam tempoh 4 hari, berat beliau turun 5 kg.

Lepas tu beliau makan nasi kembali selepas tak leh tahan nafsu.

Baru makan nasi 11 hari, berat naik kembali kepada 7kg.

Inilah yang saya ingin tekankan, nak turunkan berat badan akan jadi lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Anda boleh baca Ebook Now Everyone Can Kurus.

Sahabat saya ini berjaya turunkan berat badan tanpa perlu rasa lapar. Yang lagi best, WAJIB makan nasi setiap hari.

Ada dua cara anda nak dapatkan ebook ini.

Cara Pertama :
Anda boleh buat belian RM10. Masukkan ke akaun Maybank saya 157510018466 Nur Liyana

ATAU

Cara Kedua :
Sila tekan Button SHARE di bawah. Secara automatik. Anda layak dapat ebook ini PERCUMA.

Selepas buat bayaran / SHARE. Sila download di SINI :

Now Everyone Can Kurus (NECK)
Semoga bermanfaat :)


Read more...
Unknown
Bismillahirrahmanirrahim... 


Resdung atau sinus memang tersangatlah common di Malaysia ni. Kalau tak teruk pun, sedikit resdung tu mesti ada di kalangan kita. Mungkin kerana corak pemakanan orang melayu tu sendiri kut ya? Yang busuk2 macam belacan, cencalok, ikan masin, pekasam tu lah yang sedap kan? Tambah lagi dengan seafood macam sotong dan udang, makan nasi ada sambal belacan pulak. Dalam masak sambal pun tambah belacan lagi. Perghhh! Terangkat! 


Bukan nak kata tak boleh makan semua tu, boleh. Kalau kita tak makan nanti kufur nikmat pula. Bukankan itu salah satu rezeki dan ilham yang diberikan Allah kepada kita? Cumanya, kalau dimakan benda2 begini day in and day out, lama-lama mulalah rasa lain macam. 

Lain macam macam mana tu? 
- Mula-mula rasa gatal2 di muka, hidung, mata, mungkin merebak ke telinga
- Selalu bersin pagi-pagi
- Jadi macam kanak2 ribena balik, selalu berhingus walaupun tak ada selsema 
- Sakit kepala 
- Acne, jerawat 
- Lendir dari hidung dan tekak
- Kalau yang serius sikit, selalu demam-demam atau rasa tak sedap badan yang berpanjangan.

Di bawah ni ada penerangan tentang resdung atau sinus yang lengkap. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.


Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.


Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.


Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.


APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.

Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.

Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.

Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.



GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDARATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.


JENIS RESDUNG (SINUSITIS)

* Akut
* Kronik

AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:


Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

Kerap bersin pada waktu pagi

Ada kalanya hidung tersumbat

Tanpa demam tetapi hingus bertambah

Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala

Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya teringatkan seorang x-colleague saya dulu dikhabarkan telah didiagnos kanser hidung! Kesian dia! Walaupun saya tak lah rapat dengan dia, tapi he was a good person. Memang selama saya kenal dengan dia, muka dia sentiasa berjerawat merah, jenis besar-besar di seluruh muka. Tapi pada masa tu, dia beranggapan dia mengalami sinusitis saja.  

Rupanya resdung atau sinus ni memang boleh sebabkan kanser! Subhanallah... kalaulah masa tu saya dah kenal Shaklee, pasti saya tolong dia. Tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan doktor, dia akhirnya kembali sihat dan kembali bekerja. 

Walaupun boleh dirawat, mahu ke kita tunggu sampai resdung kita merebak menjadi kanser? Saya tak mahu. Nauzubillah.. minta dijauhkan. 

Oleh sebab resdung ni juga disebabkan oleh darah yang kotor, maka sangat penting untuk bersihkan darah kita, dan pada masa yang sama, kita perlu merawat dan menaikkan antibodi badan kita untuk melawan kuman bakteria yang dah sedia ada dalam rongga hidung kita tu. Maka saya syorkan set di bawah: 


Alfalfa - detoks hati, darah, dan usus. Melawan alahan dan tumor. Tahukah anda, pesakit kanser juga berjaya sembuh dengan alfalfa ni kerana alfalfa juga mengalkalikan balik darah kita. (Trivia*: sel2 kanser "thrive" dalam environment berasid dan tinggi kandungan gula)

B complex - Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat, detoks untuk meredakan alahan

Vita-C Sustained Release - Meningkatkan sistem imun, mencantikkan kulit, sangat2 baik untuk orang yang ada pakej kulit berminyak dan berjerawat!

Insya Allah, dengan cara pengambilan yang betul secara berterusan, resdung/sinusitis kita akan terkawal dan lama kelamaan hilang terus.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. :) 

Liyana (Id: 1144949)

012-3818004 (sms/whatsapp/telegram) 

COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 

Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Labels: 0 comments | edit post