Unknown

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak blogkan cara-cara menurunkan jaundis (kuning) pada baby. Moga bermanfaat buat parents2 di luar sana.

1. Jus anggur hitam

2. Air zamzam dengan kurma

3. Jus sengkuang cina

4. Mandikan dengan air kucai

5. Susu kambing

6. Buah oren masam yang dimakan oleh si ibu dan disusukan pada bayi. Bila bayi buang air besar dengan banyak kuningnya akan turut turun. (sahabat saya buat ni! Memang berkesan!!)

7. Kalau umur baby 5 hari keatas, ambil ubat kuning di Klinik Hacaran di Petani Jaya, belakang Central Square (Sungai Petani). Ubat klinik ni dikatakan berkesan turunkan kuning baby.

8. Air kacang bendi

9. Air kundur

10. Ambil ubat homeopathy

11. Cuka nipah dicelup sedikit pada tisu, dan tisu tu dicalitkan pada dahi baby. Buat macam masa baby tersedu tu, secalit tisu saja. Buat sekali sehari.

12. Dedah baby pada cahaya ultra violet. Dalam rumah jugak dipasang lampu siang dan malam. Atau sewa saja lampu yang diguna untuk photherapy tu. Dalam RM400 untuk 3 hari 2 malam.

13. Mandikan baby dengan air taugeh.

14. Kerapkan menyusu supaya baby kerap kencing/berak.

15. Seorang sahabat saya kerap makan buah tin masa mengandung. Hasilnya, paras hb maintain tinggi dan baby langsung tak kena kuning.

16. Saya pula perbanyakkan minum susu kambing selepas bersalin dan sepanjang berpantang. Kemudian perbanyakkan menyusukan baby. Dalam 3 hari kuning turun dan terus turun.

17. Last resort, kalau semua cara di atas tak berkesan, cepat-cepatlah bawa baby anda ke hospital. Terutamanya kalau dah terlalu tinggi. Masukkan saja bawah lampu, insya Allah turunlah nanti... (ni apa yang saya buatlah masa first baby lepas usaha mandikan baby dgn semua jenis daun tak berhasil)
Kalau readers ada petua mujarab nak turunkan kuning, ringan2kanlah jari nak mengomen yer.. nanti saya tambah lagi dalam senarai :)

18. Tambahan pada *18/9/2015* Seorang sahabat saya yang baru bersalinkan baby G6PD alami masalah kuning babynya yang berpanjangan. Beliau gunakan air cap badak (supposedly kena bagi mandi saja dgn air cap badak ni..) tapi beliau titiskan air ni pada mulut baby. Kuning babynya turun!
Mungkin serasi dengan baby beliau. Saya nasihatkan lakukan dengan hati2, jgn overdose sebab sistem badan baby belum matang untuk makan/minum benda2 asing ni. Mandi lebih selamat.

19. Gunakan mandian kuning Nuraz. Saya cadangkan ibu2 yang sedang mengandung atau yang sedang alami masalah baby kuning untuk dapatkan mandian herba ni. Saya dapati kebanyakan parents hanya beli Nuraz bila kuning baby dah jadi sangat2 tinggi. Tapi resultnya cepat bila kuning baby turun agak banyak lepas beberapa kali mandian. Whatsapp saya di 012-3818004. Saya adalah agen berdaftar Nuraz yang sah untuk kawasan Kepala Batas dan Seberang Perai Selatan.

20. Gunakan daun belimbing buluh dalam mandian baby.

Selain dari semua ikhtiar di atas, pada masa yang sama ibu2 yang sedang berpantang amat dinasihatkan untuk elakkan buat sementara waktu untuk memakan benda yang panas seperti lada hitam, halia bara/halia muda, ubat periuk. dan jamu sehingga hilang kuning baby.

Susukan anak 2 jam sekali. Biasanya baby yang tinggi bacaan kuning sentiasa tidur dan kurang aktif. Buka kain bedung dan baju baby, lap2 kan dengan air Nuraz pada badan. Bila sejuk baby akan terbangun dan pada masa yang sama Nuraz boleh bantu turunkan kuning baby. Lepas tu susukan baby sebanyak2nya.

Pastikan baby kerap buang air besar dalam sehari. Sebab bilirubin boleh tersingkir melalui najis baby.

Benarkah susu ibu berkhasiat?

Ramai orang anggap secara automaticnya susu ibu tu berkhasiat buat baby kan?
Tapi kalau masa mengandung ibu tu banyak makan KFC, MacD, pizza, maggi, dan banyak makanan segera yang lain yang tak berkhasiat, kurang makan sayur dan buah, supplement pun tak ambil, mana nak datangnya khasiat pada susu ibu?

Dalam pantang pulak.. dah kononnya berpantang.. konon2 jaga sangat makan sebab takut bentan lah, gemuklah, sampai sanggup makan ikan kering saja sepanjang berpantang, sayur tak boleh makan konon sejuk. Buah tak boleh kononnya nanti kembang, nak mai mananya khasiat pada susu ibu?

Paling penting, ibu WAJIB makan makanan yang berkhasiat, tak perlulah nak dikisahkan dengan kalorilah, takut gemuklah dan sebagainya sebab bila menyusu insya Allah berat badan pasti akan turun. Air juga WAJIB banyak.

Cara untuk buatkan susu ibu lebih berkhasiat lemak berkrim... baca SINI.

Untuk dapatkan set berpantang yang membantu cepatkan penyembuhan luka, hubungi saya :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran di seluruh negara


1 Response
  1. mkamar Says:

    Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat


Post a Comment