Unknown
Assalamualaikum,

Sekarang baby Amna sudahpun berusia 3 bulan. Alhamdulillah puteri kami ni membesar dengan sihat. Senang bela Amna ni kalau tak ada apa2 masalah. Asyik tidurrr saja.



Cuma beberapa hari ni Amna diserang selsema. Rasanya salah saya kut.. minggu lepas masa saya biarkan dia tidur dalam bilik, saya buka aircond. Takder lah sejuk pun, 26 degreeC saja. Sejuk2 nyaman gitu. Tapi rupanya Amna tak tahan. Berair hidung dia. Kesian..

Mulanya semua under control. Kalau rutin setiap kali lepas mandikan anak dibuat (berminyak, bervicks bagai) biasanya ok. Selsema dia pun ok.

Tapi masuk minggu ni hidung dia jadi tersumbat di dalam. Yang meleleh keluar tak adalah banyak pun. Tapi kesian lah masa dia nak menyusu dan tidur, mengamuk sampai 5 pagi tak tido!

So saya try buat petua2 nih. ada yang ok ada yang tak berkesan langsung.

1) Sapu vicks di tapak kaki (tak berkesan langsung)
2) Sapu balm kayu putih di tapak kaki (bolehla.. )
3) Untuk cairkan hingus pekat dalam hidung, saya stimkan dengan air panas yang diisi dalam mangkuk dan  dimasukkan beberapa bijik Peppermint Ginger Plus (agak berkesan. Amna tertidur masa rawatan sebab selesa boleh bernyawa) . Sayangnya stim tak tahan lama. Lebih baik guna bottle sterilizer atau rice cooker.
4) Tenyeh kunyit pada lesung dan sapu airnya di batang hidung Amna (berkesan)

Sambil-sambil tu, oleh sebab saya menyusukan dia, saya amalkan
1) Vitamin C - untuk kuatkan immune system baby
2) Omega Guard - membantu kuatkan immune system juga, selain bagus untuk ekzema dan otak baby
3) Garlic - bagi saya, ini adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus diambil semasa sakit.

Kalau orang dewasa yang selsema atau batuk, saya suggest untuk tambah

4) Peppermint Ginger Plus yang dilarutkan dalam air panas dan diminum sebagai teh herba. Kaedah ini juga membantu untuk orang yang mengalami gastrik, pedih ulu hati, kembung perut, angin, loya-loya (untuk ibu mengandung).

Ibu hamil dan menyusu jangan risau untuk ambil Peppermint Ginger Plus ni ya, ia hanya kombinasi daun pudina, halia, adas dan cekur manis. Sangat natural. Tak ada filler, additives, pengawet dan sebagainya.

Semasa sakit, stress, resah, atau pengambilan pil tahan sakit dan kontraseptif boleh menyebabkan penyusutan vitamin C yang banyak. Oleh sebab itu, instead of ambil sehari atau 2 biji sehari, saya suggest untuk increas dos vitamin C sebanyak 2 biji selepas makan, 2 kali sehari.

Oh ya.. berbalik pada cerita baby saya Amna, Alhamdulillah sekarang dah kering selsema nya. Demam langsung tak ada. Saya cuma berikhtiar dengan apa yang saya bagitau di atas tu.. hakikatnya yang menyembuhkan adalah Allah.

Terima kasih Allah.

Berminat? Boleh hubungi saya di bawah :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara


0 Responses

Post a Comment