Unknown
Assalamualaikum,



Akhirnya setelah 3 bulan berlalu selesailah kerja translation Japanese document ke English sebanyak 86 pages.

Ringan rasa kepala bila dah submit. Selagi tak habis selagi tu lah kepala ni asyik memikir pasal nak habiskan kerja translation ni.

Sebenarnya dalam kurang dari sebulan dah sepatutnya habis. Apa nak buat, dapat job bulan 11. Awal bulan 11 bersalin, berpantang sampai bulan 1. Bulan 1 pula masuk kerja seminggu. So lepas last day di office barulah boleh concentrate kerja translation di rumah secara full time.

Masa berpantang, saya mula buka laptop buat kerja start minggu ke-3 berpantang. I tell you, ianya tak mudah. Sebab walaupun luka czer dah baik, tapi internally masih belum sembuh sepenuhnya.

Contoh: saya fokus buat kerja translation di lappy selama beberapa jam saja sehari, tapi saya mengalami sakit mata/kepala yang amat sangat sampai 2 hari. Tidur bangun balik pun belum sembuh. Mak saya pun dah berleter katanya kalau ikutkan orang tua2 membaca pun tak boleh masa pantang tau. Kena baring rehat saja. Nak buat macam mana.. demi mencari rejeki yang halal mak.. huhu~  Tak kerja..tak adalah duit..

So masa dalam pantang, saya kerja sehari, cuti 2 hari, kerja sehari cuti 2 hari.. macam mana nak siap kerja?  Tapi lepas officially resign, saya pecutlah sebab company XXX tu pun dah asyik tanya bila nak siap.

Kalau ada sesiapa yang perlukan khidmat saya untuk translate dokumen Japanese - English, atau Japanese - BM, saya berbesar hati untuk membantu anda dengan bayaran yang berpatutan. Boleh pm saya untuk charge dia ya.. :)

Oleh kerana saya dulu pelajar jurusan Information Engineering di University of Niigata, Japan selama 4 tahun, pengalaman bekerja di Design House sebagai layout engineer, dan di wafer foundry sebagai Reliability engineer, juga sedikit pengetahuan tentang ISO 9000 dan TS16949, maka saya boleh translate technical document yang berkisar tentang manufacturing, design mahupun audit.

Hubungi saya jika perlukan perkhidmatan document translation ini ya. Kalau kena dengan background saya, Insya Allah saya terima. :)




0 Responses

Post a Comment