Unknown
Assalamualaikum,

Saya bernikah dengan hasben saya pada penghujung tahun 2005, beberapa bulan lepas saya pulang ke tanahair dan mula bekerja di Penang.

Bila dah bernikah, saya fikir untuk tidak mahu mempunyai anak lagi, maklumlah, kerjaya baru nak naik, dan rasa nak honeymoon dulu setahun dua.

Tak sangka pula, dengan keputusan yang sebegitu, tuhan bagi saya honeymoon sampai 5 tahun! Hanya pada tahun 2011 saya berjaya conceive dan melahirkan Amsyar. Sebenarnya pada tahun 2010 saya berjaya conceive 2 kali, tapi kedua-dua kali tu bayi gagal membesar dan terpaksa buat D&C.

Sejak zaman muda-mudi lagi (sekolah menengah) saya perasan saya ada masalah period. Kadang-kadang 2/3 bulan tak ada, kalau ada pun jenis sikit-sikit (stain saja), atau ada sekali tu terlalu heavy macam air paip. Bila difikir-fikirkan semula, rupa-rupanya ini tanda-tanda awal masalah hormon.

Masa di universiti, ada sekali tu period saya tak berhenti sampai sebulan! bayangkanlah. Bila jumpa doktor saya di beri pil perancang untuk betulkan period. Tapi sebab sedar pil perancang tu tak bagus, saya dengan sendirinya stop jumpa doktor dan biarkan saja dengan harapan lepas kawin hormon akan stabil dengan sendiri.

Lepas setahun berkahwin, saya berjumpa dengan beberapa orang gynae. Selepas beberapa test darah, pemeriksaan sperm hasben, scan, follow up, beberapa cycle clomid, scan lagi, akhirnya doktor mengesahkan saya mengidap Policystic Ovary Syndrome (PCOS).

Owh... untuk pengetahuan, sudah beberapa kali saya bertukar doktor sebab "tidak serasi". Akhirnya saya stay dengan Dr. Koh dari Klinik Bersalin Chang & Koh, Kulim. Saya nasihatkan uols untuk mencari gynae yang anda selesa dan rasa serasi, sebab anda akan berdating dengannya at least 2 kali sebulan setiap bulan..sampailah anda berjaya hamil :)

Bila Dr. Koh confirmkan yang saya mengidap PCOS, beliau prescribe kan kepada saya ubat Metformin, ubat khas untuk insulin resistance.

Kalau tak salah, saya makan ubat ni selama 6 bulan. Sepanjang saya makan Metformin, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak beberapa kilo. Bukan saja-saja nak berdiet,, tapi ubat ni sebabkan mulut saya sentiasa berasa pahit dan jadi tak berselera makan.

Sebenarnya bagus juga bila berat badan turun, especially untuk orang PCOS macam kita ni, biasanya dikaitkan dengan kegemukan. Kegemukan sebabkan hormon-hormon dalam badan go haywire, termasuklah hormon kesuburan. Kegemukan disebabkan kita tak reti nak kontrol makan. Makan segala mak nenek, banyak makan nasik, roti putih, tepung gandum, makan/minum benda yg manis2, kurang pula makan sayur dan buah, jugak lean protein.

Saya tak gemuk. Serius. Tapi segala benda yg saya sebut di atas tu saya makan banyak. Saya suka makan roti dan pastri. Nasi bertambah 2 pinggan. Kek coklat tu favourite saya. Saya jarang masak sayur dan jarang makan buah. Saya bernasib baik BMI saya masih normal. Cuma on the high side lah. Dah menghampiri overweight.

Lepas makan Metformin beberapa bulan pun masih tak nampak tanda-tanda saya akan mengandung, ovulation pun tak ada. Macam mana saya tau saya tak ada ovulation? Saya monitor Basal Body Temperature (BBT) setiap hari dan rekodkan dalam BBT chart. Nanti kalau saya rajin saya buat satu lagi entry khas tentang BBT pulak ok. Buat masa sekarang anda boleh rujuk di sini kalau nak tau lebih lanjut.

Sama ada cycle kita normal atau tak normal, bagi saya setiap perempuan patut rekod BBT setiap hari. Sebab ia bukan saja bagus untuk predict ovulation, kita boleh merancang untuk mengandung atau untuk tidak mengandung, dan kita juga boleh tahu tahap kesihatan reproductive system kita.

Contohnya, selama ni saya ada period setiap bulan. Cuma problem saya, cycle saya tak tetap. Selalunya melebihi 35 hari. Ada cycle yang darah keluar sikit saja, ada cycle macam paip pecah. Saya ingat as long as ada period saya subur. Betul ke salah? Sebenarnya salah. Walaupun ada period, tak semestinya ada ovulation. Sebab itu yang jadi pada saya. BBT chart saya memang haywire. Rupanya tak ada ovulation. Macam mana nak pregnant?

Kemudian, Dr. Koh cadangkan saya buat ovarian drilling. Pembedahan ovarian drilling dibuat secara laparoscopic (3 lubang ditebuk pada pusat, ari2 kiri dan kanan) di mana doktor akan menebuk lubang pada ovari untuk bebaskan cyst2 (ovum kecik2 yang tidak matang) keluar. Selagi ada banyak cyst di dalam ovari tu, ia akan mewujudkan environment yang tidak sihat pada rahim dan ovari. Hormon memang akan ke laut. Dan selagi tu lah ovum yang sedang queue dalam ovari tidak akan berjaya matang dan keluar (ovulate).

Prosedur ovarian drilling ni minor saja, iaitu day care. Buat pagi, petang dah boleh balik. Yang syioknya MC 2 minggu. Penjagaan seperti penjagaan pantang bersalin untuk cepatkan penyembuhan luka pembedahan. Lepas operate pun tak ada rasa sakit. Jangan makan ikan yang bisa-bisa, makanan yang boleh sebabkan gatal2 dan bernanah pada luka, makan Zinc dari Shaklee (*wink wink).. hehe.. actually apa2 brand pun boleh. Tapi semestinya Shaklee yang terbaik. Nak makan ikan haruan pun boleh, tapi saya tak makan haruan sebab doktor cerita banyak kes penyembuhan luka jadi terlalu cepat sampai isi tumbuh lebih. Ada kes sampai rahim melekat pada usus.

Saya ingat lagi. Saya tunggu selama 6 bulan juga lepas prosedur ovarian drilling ni sebelum berjaya pregnant. Selama tu saya tak jemu jaga makan dan buat BBT setiap hari. Masa tu saya masih belum berjaya dapatkan BBT chart yang ideal. Selama tu juga saya belum berjaya detect ovulation.

One fine day, saya teman hasben main boling dengan kawan-kawannya di Sunshine Bayan Baru. Masa tu pukul 8 malam. Saya sedang jalan sorang2 di bawah sebab apa entah tak ingat. Yang penting bukan sebab gaduh or merajuk dengan hubby hehehe. Saya terjumpa seorang budak dalam lingkungan darjah 4 macam tu duduk sorang-sorang di kaki lima pasaraya, sambil jual something. Saya terdetik dalam hati apalah budak besar ni duk berniaga malam2 sorang2. Kesian sungguh.

Saya berhenti dan tanya, "Adik jual apa? Kenapa duduk sorang2 di sini?".
Adik tu jawab, "Saya tunggu mak balik rumah ambil nasik".. rasa-rasanya gitu lah. Belas sungguh saya. Budak local, bukan bangla bukan indon.

Saya keluarkan beberapa ringgit dan serah pada adik tu. Buat duit sekolah kata saya. Adik tu nampak gembira.

Saya pun berlalu nak naik ke bowling centre semula. Dalam hati saya berdoa, " Ya Allah, jika engkau redha dengan sedekahku, ku mohon kurniakanlah kepadaku zuriat dari sisiMu."

Kiranya saya bertawasul dengan amalan sedekah tu tadilah. Saya yakin tuhan makbulkan doa saya. Sebab perasaannya lain macam. Ada rasa sebak, sayu, tak tau macam mana nak describe. Tapi saya tahu doa saya sudah naik ke langit.

Memang betul. 5 hari selepas tu, saya detect ovulation pada BBT chart saya. Macam mana nak tau? Bila ada ovulation, suhu badan kita akan naik sikit. Pada BBT chart akan ada spike, suhu tu lebih tinggi dari hari-hari biasa. Saya check tanda-tanda ovulation, iaitu egg white cervical mucus. Mukus ni stretchy dan clear. Bergantung pada pemakanan kita, dia boleh jadi banyak boleh jadi sikit. Lagi banyak lagi baik sebab ia membantu sperm berenang masuk kedalam rahim. Minah2 saleh banyak amalkan minum ubat batuk, sebab ubat batuk boleh perbanyakkan mukus tu.

Long story short, lebih kurang sebulan lepas tu, saya disahkan pregnant! :)
===========================================================

Sambil-sambil saya berubat dengan doktor pakar, banyak juga benda lain yang kami laki bini buat sebagai ikhtiar.

- Pergi Darussyifa'
- Bagitau saja ustaz mana yang boleh merawat, kami pergi mengadap. Berbotol air dah minum.
- Saya import sendiri supplement Fertile Aid dari US. Masa tu tak ada orang jual locally.
- Ovulation test kit pun saya pernah try.
- Cara check ovulation pakai air liur tu pun saya pernah try. Rasa macam kurang accurate :)
- Banyak supplement yang saya try. Masa tu tak kenal Shaklee. Saya taram saja apa2 brand pun.
- Berurut
- Traditional chinese medicine (TCM), acupuncture, minum herbs cina
- Dll. banyak sangat benda yang pernah buat, sampai dah lupa :)

Akhirnya Alhamdulillah, Allah perkenankan juga doa kami.

Labels: edit post
7 Responses
  1. Anonymous Says:

    Sy suka baca cerita nie..sy pon sama,masa nk kahwin tu feel mcm xnak pregnant dulu,sy pon ada pcos..last2 skang dah nk dekat 4tahun betul2 Allah kasi rehat..doakan sy pon akak mendapat zuriat seperti akak��


  2. Norhamizan Says:

    Doakan saya juga... Ada pcos dah kahwin 9thn


  3. Anonymous Says:

    salam boleh saya tahu berapa kos untuk ovarian drilling?


  4. Unknown Says:

    Sy pun ada pcos, bru chck smalam. Suka baca cerita ni.. Hrp sy da nasib yg sma mcm akak jugak. Ksian ngn husband, nak sgt de zuriat....esok bru nk chck sperm uyk husband, pastu bru dktor suruh ambik clomid. Hrp bjaya.. Aminnn


  5. Just ME Says:

    Assalam, sy bru lps jalani pembedahan ovarian drilling, harap berjaya hamil, sgt mengharap sbb da 5thn kahwin.. macam2 da usaha, masih blm rezeki sy lg..

    yg bertanya kos kt atas tu, dlm rm15k dkt hosp swasta


  6. cik Jaja Says:

    Semoga semua yang ada PCOS berjaya dapat zuriat..amin. Jangan putus asa :)


  7. Unknown Says:

    Halo, Saya Dr Rodway Daylan, adakah anda ingin menjual atau mendermakan telur atau buah pinggang, sila hubungi kami hari ini untuk membantu anda menyelesaikan masalah kewangan anda dan kami akan memberi anda jumlah yang baik untuk $ 570,000, PEMBAYARAN atau KIDNEY. Jika anda berminat dengan pakar bedah organ hospital dan pakar dalam membeli dan mengangkut, menjual telur dan buah pinggang, atau membeli salah seorang daripada mereka, sila hubungi kami di drrodwayhospital@gmail.com


Post a Comment