Unknown
Assalamualaikum,

Hari ni saya teringin buat review tentang korset Premium Beautiful (PB).  Owh saya tak ada kena mengena dengan Hai-O, saya bukanlah penjual atau pengedar dan post ni tak ada apa-apa kepentingan pada saya.


Cumanya sebab korset ini SANGAT MAHAL(!), makanya sebelum nak membeli saya pasti ramai yang tercari-cari review yang jujur dari orang yang tak ada kepentingan.

Saya mula pakai PB ni dari tahun 2014, bulan Mac kalau tak salah. Saya beli pun dengan harga yang murah skitt dari pasaran..takderlah lebih RM1000. Beli dari orang yang desperate nak habiskan stok.

Tujuan saya beli sebab saya rasa badan dah gemuk, perut buncit, peha besar. Pendek kata semua besarlah!
(Tak lama lepas tu saya baru tau yang saya sebenarnya pregnant!). Sempatlah pakai beberapa minggu. Kesian baby masa tu terhimpit dengan korset.

Mula-mula masa pakai, serba serbi susah. Kalau ke toilet memang lama lah. Bukan senang nak keluar dan masuk dari long girdle PB. Kalau nak melabur, janganlah buat tangguh-tangguh. Takut tak sempat nanti sebab nak bukak girdle lambat.

Masa pakai PB, serba serbi UP. Breast up, punggung UP. Perut kempis. Tapi bila buka semua kembali ke asal.
Masa tu saya fikir.. hmm nampak nya PB ni serupa saja dengan semua korset di pasaran. Plastik ja semua tu.

Seminggu lepas bersalin czer, saya pakai PB semula sebab desperate nak kempiskan perut. Perut saya huduh gila. Kulit perut tak kembali ke asal macam orang lain tapi berkedut-kedut dan gelebeh macam perut orang tua. Tau tak kulit limau yang kecut tu? Haa lebih kurang macam tu perut. Huduh piang! PLUS buncit!

Jadi dari dalam pantang sampailah sekarang saya pakai. Actually saya pakai girdle dan waist nipper saja. Long bra tak pakai sebabnya tetulang dia tu menolak dan menikam lemak pada perut jadi agak sakit dan kurang selesa. Walaupun diakui bila pakai long bra breast jadi seksi dan postur badan pun elok.

Saya pakai girdle dan waist nipper setiap hari. Waktu bekerja di rumah saya hanya pakai girdle, waist nipper dan tshirt atau camisole saja sebab panas. Err bukan PB yang panas tapi rumah yang panas. Kan cuaca panas sekarang ni?

Lama-lama pakai saya dah rasa tak sedap. Girdle dah tak mencengkam macam dulu. Waist nipper walau pun saya tarik habis tali di belakang sampai rapat, dan guna cangkuk yang paling last pun dah tak grip pada badan macam dulu. Tak sedap dan tak best langsung!

Tau tak kenapa puan-puan? Sebab pinggang dah kecil. Perut pun dah kempis. Walaupun masih ada sisa-sisa lemak dan gelebeh2 yang perlu disettle kan lagi, tapi kempis ok! Inci dah berkurang. Walau bukak girdle dan waist nipper pinggang memang bercurve cantik. Takda lah orang kata body macam tiang letrik. haha

Ini serius! saya tak tipu. saya happy gila sebab saya ada baju SUPERDRY yang hasben bagi saiz S. Even bila pakai baju ni pun longgar ok. Tak melekap dah pada badan.

So minggu lepas saya decide untuk beli girdle yang kecik satu saiz dari sekarang. (dr 90 ke 82). Cari yang murah2 ja.. saya iklan di FB dan jumpa orang yang nak let go girdle PB saiz 82 kat saya. Semalam dah dapat dan pakai. Wah wah wah! memang betul pilihan yang tepat untuk downsize sebab bila pakai baru rasa sedap balik kat badan.

Orang mungkin tanya kalau dah kurus kenapa perlu pakai lagi? Well.. saya tau habit makan saya macam mana. Sejarah telah membuktikan bahawa perut saya akan buncit dengan cepat bila saya tak jaga. So dengan pakai girdle sekurang-kurangnya saya tak risau perut buncit. Kalautak makin kurus, at least maintain kat perut tu.

Jadi.. bagi saya.. PB memang berbaloi untuk dipakai. Saya dapat apa yang saya nak.. inch loss dekat pinggang dan punggung maintain UP. Fabric tahan lama dan tak memeri walau dipakai hari2 secara lasak dan dibasuh berkali-kali.  Kalau uols dapat beli dengan harga yang murah dari biasa lagi bagus. Sebab serius RM2500 tu mahal!

Owh tahu kan PB ada lifetime warranty? dan kita boleh hantar PB kita utk direpair atau downsize kalau nak. Tapi saya tak buat gitu sebab in case masa depan saya pregnant lagi saya masih boleh pakai saiz 90 sementara nak slim balik.

So.. kalau uols duk contemplate nak beli ke tak beli ke.. kalau untuk inch loss memang terbukti pada saya. Dengan syarat pakai hari2 lah. Weekend pun saya pakai tau. Buat kerja rumah peluh2 lari ligan anak basuh berak kemas rumah memasak semua iols pakai. Barulah berbaloi dengan harga tu sama. :)

Sekian saja coretan menunggu Zohor.

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
0 Responses

Post a Comment