Unknown
Assalamualaikum,

Sekarang baby Amna sudah pun berumur 5 bulan. Alhamdulillah Amna membesar dengan sihat tanpa banyak masalah.

Untuk anak kedua ni, dari awal lagi saya dah decide untuk bersalin di hospital. Maklumlah, anak pertama bersalin di klinik bersalin saja. Baca sini untuk kisah anak pertama saya.

Tinggal di Kepala Batas, Penang, tempat bersalin swasta terdekat adalah sama ada Sg. Petani, Kulim atau Seberang Jaya. Kali ni teringin pulak bersalin dengan doktor perempuan, tapi di area Seberang Perai ni pilihan sangat-sangat terhad. Siapa tinggal di sini mesti tahu. Doktor perempuan yang ada pulak.. sama ada terlalu mahal, kurang kompeten, terlalu cerewet dan tak mesra pelanggan, ataupun charge hospitalnya pula yang mahal.

Hospital Kepala Batas bukan pilihan saya. Bukan menyombong, tapi di situ kalau tak bersalin secara normal, kita akan ditolak ke Hospital Seberang Jaya (juga bukan pilihan).

So saya pilih Hospital Metro Sg. Petani, bersalin dengan Dr. Vani.

Pada hujung-hujung kehamilan saya dah start buat check up di hospital. Rupanya hujung-hujung tu air ketuban terlalu banyak, jadi baby masih boleh pusing-pusing summersault dalam perut. Oh saya pernah tulis di sini.

Selepas tu walaupun saya berjaya kurangkan air ketuban, tapi kedudukan baby senget sikit ke belah kiri perut. Baby dalam keadaan posterior dengan sedikit menyenget ke kiri.


Selepas monitor 2-3 minggu pun begitu juga, akhirnya doktor decide untuk c-zer saja untuk kurangkan risiko.  

Tahu tak.. bila kita pilih doktor perempuan sebab niat untuk jaga aurat.. kita kena tanya doktor tu tau "krew2" doktor di OT ada lelaki ke tak? Saya agak terkejut juga bila ditolak masuk OT rupanya ada lelaki. 

Pada masa tu tudung kena tanggal dan ditutup dengan net saja. Saya tak terfikir nak bawak key untuk tutup rambut macam jiran katil sebelah wad saya buat. Niat nak lindung aurat tapi akhirnya orang lelaki nampak jugak..hmm.. ada sedikit perasaan tak best di situ. 

Masa anak pertama dulu saya bersalin normal. Lepas bersalin anak kedua saya terfikir-fikir bersalin czer lagi best rupanya sebab tak sakit. Lepas ditolak masuk wad ubat tahan sakit diberi sampai 3 hari thru IV. Sebaik saja abis operation saya terus start makan supplement Shaklee set berpantang. Alhamdulillah luka czer cepat baik dan sembuh dengan elok. Cuma yang tak bestnya bahagian pinggang ke bawah kebas sampai kita tak boleh rasa kaki. Rasa agak rimas. 

Pada hari kedua dalam tengahari macam tu, doktor akan mula stop ubat tahan sakit. Sikit demi sikit kita akan "dapat" kaki kita balik dan lepas tu kita kena bangun berjalan. Bangun berjalan ni penting sebab nak galakkan pengaliran darah bukan saja di kaki, tapi juga darah nifas dalam rahim. 

Masa hari pertama dan kedua, saya kena sakit rengat yang teruk. Sakit serupa nak bersalin. Keluar jugak air mata jantan ku haha. Orang kata kalau dua anak sakitnya dua hari. Memang kena dengan saya. Saya terpaksa panggil nurse datang, dia check perut agak keras, lepas tu ditekan2 perut mungkin untuk pecahkan darah beku di dalam rahim. Kemudian yang tak tahan nurse korek bahagian bawah untuk keluarkan darah-darah beku tu. Aiyooo memang ngeri la. Agak memalukan lah sebab lepas bersalin pun kena tunjuk kat orang lagi. hehehe. Lepas tu dapat suntikan epidural lagi. Baru laa hilang sakit. 

Nak start berjalan tu pun satu hal. Sokongan suami sangat penting sebab kita akan rasa sangat sakit. Saya bawa siap-siap bengkung moden dari rumah dan pakai sepanjang di wad. Bila nak berjalan terasa sikit sakit tapi ok saja tahap boleh tahan. Saya jalan-jalan keliling wad, ke nurse station dan lawat baby di nursery. Masa berjalan ni lah saya terasa darah beku keluar seketul di bawah sebesar telur ayam. Lepas tu terus lega sakit rengat tu. Nampak tak kenapa berjalan tu penting? haaa 

Jangan lupa bawa bengkung moden sama tau. Kalau tak ada bengkung moden tu saya pun tak leh jalan rasanya. Rasa macam terbongkok-bongkok sambil tahan perut tak nak bagi bertindih dengan luka jahit. 

Masa dalam wad, nurse datang dari semasa ke semasa bawa baby untuk disusukan. Makanan berpantang di Metro sedap jugak. Sampai minta nasi tambah. Mungkin sebab lapar sama sebab duduk dalam sejuk. Oh ya.. kalau ada tungku air panas tu.. sila bawah sekali. Biar pun beraircond, bila bertungku badan jadi panas dan berpeluh. Kita rasa lebih sihat. 

Nurse-nurse baik dan lembut. Panggil saja bila-bila masa diorang datang tanpa complain. 

Cuma saya minta bilik single bed tak dapat. Bukan apa, kalau bilik single bed, husband saya boleh terus "menetap" di situ. Anak sulung nak tidur situ pun boleh. Tapi apakan daya, sampai ke sudah tak ada bilik kosong, terpaksa menetap di bilik 3 beds. Malam pertama tak ada orang, jadi husband bolehla teman, tidur atas kerusi malas. Malam kedua dah ada pesakit lain masuk so dia kenala tinggalkan isterinya ni sorang-sorang. 

Hari ketiga pagi-pagi lagi saya bangun bersihkan diri (mentang-mentang dah kuat berjalan) tukar baju luar siap-siap. Kemudian tunggu husband datang jemput untuk balik rumah. Dalam tengahari juga lah baru boleh checkout sebab tunggu doktor datang round. 

Kali ni saya berpantang di rumah mak saja. Hari kelima saya dah boleh tonyoh lantai bilik air (sebab tak tahan tengok lantai kotor sangat) tanpa sakit di luka jahitan. Set berpantang Shaklee memang terbaik especially Zinc complex sebab luka memang cepat sembuh. Badan rasa sihat dan cergas walaupun tak cukup tidur, lepas 2 minggu saya dah start buka lappy bekerja walaupun mak bising. haha 

Hmmm.. satu lagi sebab saya suka czer ialah... nak menyusukan anak tak rasa sakit. Teringat lagi masa anak first tak reti lagi menyusukan sambil baring, bila duduk sambil menyusu tu ya ampun... sakitnya kat bawah tu... 

Cuma kalau czer, bila bersin, batuk dan gelak tu hazab la sikit. Macam nak terburai perut. Kalau nak bersin tu ada cara dia. Ambil bantal pekup kuat-kuat kat perut pas tu bersin. Baru tak rasa sakit. Tapi dun worry.. seminggu saja. Lepas tu nak tengok maharaja lawak dah boleh dahhh.. 

I guess itu saja lah kut tentang czer.. tak ada apa yang susah dan nak ditakutkan. Dun worry. 

Saya mandi macam biasa saja di rumah. Sebelum balik doktor lekatkan plaster atas jahitan. Lepas 2 minggu bukak dan doktor spray dengan aper ntah yang sejuk tu. Mandi macam biasa tak payah pekup dengan besen ke tupperware. Tapi lepas bukak plaster tu lepas mandi lap kawasan jahitan sampai kering betul kemudian sapu ubat yang doktor beri. 

Kalau berpantang makan betul-betul, memang takkan terbuka, bernanah, busuk dan sewaktu dengannya. Jangan makan ikan bisa-bisa dan gatal-gatal. Kalau boleh haruan pun jangan makan. Masa operation, saya terdengar doktor bersembang dia pernah nampak orang yang makan haruan secara berlebihan ni.. dalam perutnya rahim melekat-lekat dengan usus dan organ2 lain. Agaknya kalau nak makan juga, eloklah makan berselang hari. Luka jahitan pun sembuh dengan cantik sebab tak ada isi lebih yang tumbuh. 

Makcik-makcik sedara yang datang melawat bagitau, even sampai sekarang masih terasa sikit-sikit sengal di bekas operate czer tu. Saya hairan juga, sebab memang tak ada langsung rasa sengal atau sakit macam yg diorang cerita. Mungkin sebab saya amik Shaklee...hehehehe 

Oh baby Amna kuning beberapa hari saja. Saya istiqamah minum susu kambing kemudian susukan dia... kuning tu turunnn saja x naik2 dah. Lepas 3 hari dah tak payah cucuk darah di KK. Alhamdulillah... 

Tapi kalau minum susu kambing tak berkesan, cuba cara di sini pulak. Saya compile cara ni dari info di FB untuk rujukan saya akan datang :) 











0 Responses

Post a Comment