Unknown
Assalamualaikum,



Mommy-mommy yang menyusukan anak mesti sekali sekala akan mengalami zaman kemerosotan susu badan.

Ada mommy yang memang peka dan sedar sebab susu badan dia merudum, tapi banyak lagi mommy yang masih teraba-raba di dalam gelap kenapa susu mereka sentiasa sikit dah tak dapat menyusukan baby sepenuhnya tanpa "bantuan" susu formula.

Alasan yang paling common "susu tak ada..nak buat macamana?"

Cer mommy2 check ada tak kesilapan mommy buat seperti di bawah ni? Rugi tau tak nyusukan baby. Kalau tak dapat buat selama 2 tahun pun, usahakanlah untuk menyusukan selama 6 bulan. Baby anda akan jadi seperti di bawah.. Insya Allah :)


PUNCA 1
Ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi sedangkan keperluan bertambah. Ibu2 boleh perasan tentang hal ni bila jadual pam still dijaga tapi susu tetap drop. 



Semakin lama baby membesar maka zat yang lebih diperlukan untuk menghasilkan kuantiti susu yang sama banyak. 

Maka, kalau ibu nak hasilkan susu yang lebih banyak, maka kenalah makan dengan lebih banyak. 

Maka ibu-ibu janganlah berdiet pula waktu ini ya.. aktiviti menyusu itu sendiri membakar kalori yang banyak, berat badan anda akan turun sooner or later. 

Makanlah makanan yang berkalori tinggi. Banyakkan makan nasi, seimbangkan dengan protein, sayur dan buah-buahan. 

Kalau makan banyak tapi susu makin drop, check calcium intake anda. Kalau minum susu 1x sehari, tambahkan jadi 2x sehari. 

Cara ni berkesan untuk ibu2 yang jaga jadual pam ya.. kalau jadual pam ke laut bukan susu yang bertambah, tapi berat anda yang bertambah. hi hi hi

PUNCA 2
Punca kedua ialah bila ibu pam hanya bila breast penuh. 



Tahukah anda susu ibu mengandungi penghalang yang dipanggil FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION? 

Ia berfungsi seperti injap pelampung yang akan hentikan susu baru untuk masuk lagi ke dalam tempat takungan susu. 

Nak bagi faham lagi.. macam kita isi minyak kereta lah.. bila dah penuh penekan akan tertarik sendiri untuk elakkan minyak masuk lagi.

Cuba bayangkan kalau bahan penghalang ini tak ada. Kemudian kita tak sempat pergi pam, mesti mau pecah breast kita kan. Allah cipta bahan ini untuk elakkan ibu menderita lebih parah lagi. 
Makanya bila kita dok halang2 susu baru nak masuk tanpa kita sedar sebenarnya kita tengah hantar signal kat otak yang kita taknak dah susu lebihan tu.
Itu sebabnya bila dok ulang setiap hari susu makin drop sebab otak kita dapat signal yang kita tak nak dah susu baru tu. 
Jadi lepas ni jangan tunggu breast penuh baru pam ya.

PUNCA 3
Punca ketiga ni lebih kurang saja dengan punca kedua--> pam tunggu breast penuh. 

Tahukan anda hormon prolaktin terhasil pada waktu tertentu? 
Perasan tak bila baby kita tidur lama atau terpaksa skip waktu pam, tiba-tiba kita terasa automatik let down reflection?

Itu bermaksud susu dah terover supply tau. Bila mengepam memanglah kita akan dapat lebih banyak dari biasa, tapi perasan tak lepas 2 hari ibu skip pam susu mula merudum?
Haa... itu sebab otak ibu dah dapat signal yang kilang susu terover supply. Sebabnya hormon yang baru terhasil tak dapat masuk bila breast dah penuh. Tanpa sedar ibu dah hantar signal "please reduce production". 
Sebab tulah lepas 2 hari susu terus merudum. Jadi ibu betulkan balik jadual pam anda kalau tak nak susu drop banyak sangat naa... 

PUNCA 4
Punca keempat ialah disebabkan pengambilan ubat demam/selesema/batuk waktu tak sihat.

Ini adalah punca utama susu badan saya merudum bulan lepas sampai baby saya mengamuk sebab minum tak puas. Anda boleh baca kisah ni di sini.

Pengambilan ubat sebarangan akan mengganggu sistem dalaman badan kita. Bila sistem badan tak stabil macam mana hormon susu oksitosin dan prolaktin nak dirembeskan?

Walaupun doktor cakap ubat itu selamat untuk ibu menyusu, itu bermakna ubat tu selamat jika masuk ke dalam susu dan diminum oleh baby kita. 

TAPI

ia akan beri kesan pada production susu ibu ok! Bukan pada hari ibu ambil ubat saja, tapi hari berikut nya pun. Saya perlukan SEMINGGU untuk pulihkan semula supply saya hari tu!

Kalau boleh cuba untuk lebih berhati-hati waktu ambil ubat. Cuba amalkan natural remedy atau boleh saja ambil suplement seperti Garlic, Vitamin C, Nutriferon, Vita Lea dan Omega Guard.  

PUNCA 5
Punca kelima ialah ibu amalkan pam sekejap-sekejap.

Ada tak ibu buat bila dah pam 10 minit susu dah tak keluar ibu pun berhenti mengepam?
Ingatkan susu dah habis.. tapi sebenarnya salah tu ya ibu2...

Tahukan anda bila anda pam sekejap saja anda sedang menghantar signal ke otak yang anda perlukan sikit saja susu dalam satu masa?

Masa dalam pantang walaupun baby minum sekejap saja tapi kita susukan baby secara kerap. Sebab tu susu boleh banyak.

Tapi bila kita dah start kerja ibu mengepam tidak sekerap baby menyusu, dah lah gitu pam nya pulak sekejap saja, maka wajarlah susu tu makin merudum.

Jadi lepas ni cuba maintain mengepam selama 30 minit setiap kali. Mesti hasilnya berbeza.

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Credit to: Puan Asiah Maharam
Labels: edit post
3 Responses
  1. y i e n Says:

    thanks 4 the info :)


  2. syuhada Says:

    menyusu pun kena betul caranya kan...kalau tak, mmg susu mudah merudum..kesian kt anak nnt..:)


  3. Me Says:

    Terima kasih 😊


Post a Comment