Unknown



Setiap hari banyak feedback yang kami terima dari ibubapa yang puas hati selepas baby mereka turun bacaan kuning lepas mandikan baby mereka dengan Nuraz. 

Bagi yang waswas, jangan susah hati sebab Nuraz ni hanya dibuat drp buah keranda, daun kucai dan buah delima. Macam kita mandikan baby dengan air daun sajalah. Cuma Nuraz adalah ekstrak pekat dari bahan2 ni, jadi kita cuma titiskan 50 titik Nuraz masuk dalam 3 liter air mandian baby. 

Mandikan baby 2x sehari setiap hari sampailah kuning baby turun. Ada ibu2 yang ada di hospital tak dapat mandikan baby, jadi apa yang mereka buat ialah spray/lap badan baby dengan air bancuhan Nuraz ni.Senang sangat nak guna. Ada yang gunakan 3x sehari bila kuning baby terlalu tinggi. Tapi hasilnya memang turun kuningnya. 












Alhamdulillah. Ini pun salah satu ikhtiar jugak kan. Saya sangat2 cadangkan pada ibu2 yang sedang mengandung untuk simpan Nuraz sebagai persediaan lepas baby lahir. Lepas lahir, lebih kurang pada hari ketiga tu terus mandikan baby dengan Nuraz. Kebanyakan ibu feedback yg kuning tu turun, ada juga yang feedback 3 hari pertama tu naik kuningnya, tapi lepas tu turun, ada yang feedback bacaan naik turun naik turun, lepas tu baru nak turun. Apa-apa pun, sambil berikhtiar dengan Nuraz, berdoalah banyak2 kepada Allah. 

Oh ya, mandian baby Nuraz ni dapat kelulusan daripada KKM ya. 

Jadi tuan puan boleh dapatkan Nuraz tanpa ragu2. Nak dapatkan Nuraz tapi cari tak jumpa? Hubungi saya di 0123818004. Saya boleh pos kan pada tuan puan atau COD untuk kawasan S.Perai Utara dan S.Perai Selatan, Kulim serta S.Petani Selatan. 

Untuk penduduk sekitar Bertam dan Kepala Batas, anda boleh dapatkan di kedai jamu Impian Ratu di sebelah Sunshine Bertam.  


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown

Assalamualaikum, 

Semalam adalah hari yang sangat membahagiakan saya. Saya terima whatsapp seperti di bawah dari seorang customer saya yang alami masalah kesuburan selama bertahun2. Cer tengok sendiri apa isi whatsapp nya :D   


Sungguh! Saya rasa happy mcm diri sendiri pulak yang pregnant! Bahagia rasa bila customer yang kita consult dan followup akhirnya berjaya mengandung. 

Kisahnya, customer sy ini, saya namakan beliau Pn Z mengalami masalah kesuburan. Beliau pernah buat rawatan IVF tapi gagal. Akhirnya beliau terjumpa blog saya dan buat pop kuiz ni. Berdasarkan pop kuiz ni, beliau beritahu saya bahawa beliau ada semua simptom estrogen dominance. 

Maka saya cadangkan 3 jenis supplement pada beliau. Satu supplement diambil selama sebulan untuk clearkan semua hormon lama dalam badan (memandangkan beliau pernah buat IVF, yang melibatkan stimulasi hormon yang ekstreme). Setelah itu beliau amalkan satu lagi supplement hanya selama setengah bulan untuk betulkan hormon serta beberapa lagi supplement yang berlainan untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya dan rahim secara spesifiknya.. Habis saja satu cycle period beliau maklumkan beliau hamil! Masya Allah! 

Bayangkan! Padahal tahun lepas beliau dah amalkan GLA complex dan Vitamin E tapi masih belum berjaya. Itulah pentingnya anda consult dengan SID yang betul, yang dapat nasihatkan anda penggunaan supplement yang tepat dan cara pemakanan supplement yang betul. 

Adakah anda pun mengalami masalah kesuburan dan belum berjaya hamil? Mahukah tuan puan benarkan saya membantu dengan supplement Shaklee? Jangan risau, consultation saya tidak pernah bertentangan dengan nasihat doktor perubatan, malah pengambilan supplement serta amalan yang betul sebenarnya melengkapi akan cara perubatan di hospital.

 Hubungi saja saya di bawah. Saya gembira untuk membantu anda menimang si comel yang anda idamkan. Insya Allah. Yang terbaik sentiasa dari Allah. 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown


Kenapa kerap sakit?

Ada tak yg baca blog saya ni kerap sakit, selsema ke, batuk ke, demam setiap bulan? Kerap sangat ambik MC sampai bos pun dah hampir menyampah dah kat kita.

Atau pun pantang ada orang yg sakit keliling kita, sekejap je kita pun dah terjangkit sama?
Haa itu maknanya system imun badan kita rendah. Meh hari ni saya cerita sikit pasal sistem imunisasi badan ya.

Fungsi system imunisasi badan adalah untuk menghalang/membunuh patogen2 (kuman, bakteria,virus,kulat) yang masuk ke dalam badan kita.

Tubuh badan yang acidic adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit. Selain itu ia merupakan tempat favourite pelbagai patogen serta sel kanser untuk menetap. Ye lah, makanan diorang banyak kan. Seronoklah nak duduk dalam badan kita. Kalau nak tahu badan kita berasid ke tak, rujuk gambarajah di bawah ni.


Berbalik pada topik utama kita hari ni, sistem pertahanan pertama badan kita ialah:
- Kulit
- Membran mucus
- Jus gastric
- Air mata,peluh dan air liur.

1. Kulit
Oleh kerana kulit adalah organ terbesar kita dan terdedah pula pada udara, secara logiknya kulitlah tempat paling senang sekali dimasuki pathogen. Tapi Tuhan jadikan kulit kita ni kuat, maka tidak hairanlah ia sebenarnya merupakan pertahanan pertama badan terhadap serangan askar musuh (bacteria/virus). Bila bersenam, badan mengeluarkan peluh yang mengandungi ciri sifat antibakteria. Jadi peluh dapat membunuh pathogen yg cuba masuk melalui kulit.

2. Membran mukus
Membran mukus pula berfungsi merembeskan mukus (contoh: cecair kahak tu pun mukus jugak) yang membantu memerangkap patogen yang cuba masuk ke badan melalui rongga hidung atau mulut. Patogen yg terlepas masuk kedalam paru2 kita akan sebabkan kita mengalami masalah pernafasan, seperti batuk dan athma.

3. Jus gastric
Seperti namanya, jus gastric berada dalam perut kita. Perut merembeskan jus gastric ni untuk mencernakan makanan, dan oleh kerana jus gastric ni sangat berasid, ia juga membantu membunuh patogen yg cuba masuk melalui makanan .

4. Air mata, peluh, air liur
Ya tuan2 dan puan2. Air mata, air liur dan peluh juga adalah system pertahanan badan kita dan bersifat antibakteria.

Ok. Apa jadi bila kuman2 jahat ni Berjaya menembusi pertahanan pertama kita. Apa badan kita akan buat?

Kini tibalah masanya system pertahanan kedua badan kita bekerja? Siapa dia?
Ya! Beliau ialah sel darah putih!

Gambar sel darah putih yang sedang bekerja membunuh bakteria 

Apabila patogen masuk saja dalam salur darah, sel darah putih sepatutnya bertugas sebagai tentera untuk bertempur, mengasak, mengejar dan membunuh patogen2 ini. Tapi sebelum itu, sel darah putih akan di “alert” oleh interferon bahawa system pertahanan badan telah diceroboh. Interferon ni lebih kurang macam radar lah kut ya. Lagi banyak interferon dalam badan kita, lagi sensitive radar dan lebih cepat system imunisasi badan kita bertindak bila saja patogen ni masuk dalam badan.

Kenapa sistem imun lemah

1. Tak cukup tidur boleh sebabkan imun sistem menjadi lemah dan susah untuk dibaik pulih. Kerana itu, kita digalakkan tidur awal lebih kurang pada pukul 10.30-11.00 pm setiap hari kerana tubuh kita melakukan proses membaik pulih pada waktu ini.

2. Makanan tinggi gula putih – Gula yang tinggi dalam darah adalah punca kepada hampir semua penyakit. Patogen gembira tinggal dalam darah yang tinggi gula. Sel2 kanser dan tumor makan gula untuk membesar dengan sihat. Kencing manis terjadi disebabkan gula yang tinggi. Begitu juga kegemukan. Keadaan darah yang tinggi gula sebabkan kesukaran pada sel darah putih untuk bekerja membunuh patogen.

3. Stress/tekanan - Stress/tekanan boleh sebabkan bilangan sel darah putih berkurang. Sel darah putih yang berkurang bermakna tentera yang akan melawan patogen dalam badan kita berkurang. Oleh itu, ambillah B complex utk kurangkan stress.

4 Ubat-ubatan - secara spesifiknya antibiotik. Pengambilan antibiotik membunuh semua bakteria baik dan jahat yang berada dalam badan kita. "pembunuhan" bakteria baik dalam usus kita menyebabkan imun sistem kita lemah selain badan diajar untuk bergantung pada ubat. Sepatutnya kita biar imun sistem kita bekerja keras sikit untuk mengalahkan penceroboh2 yang masuk kedalam badan.

Bagaimana nak tingkatkan kekuatan sistem imun

Produk yang sesuai utk tingkatkan imun secara semulajadi ialah nutriferon yang mana fungsinya meningkatkan interferon alam badan kita. Ianya ternyata lebih baik berbanding interferon yang diambil secara injection. Interferon berfungsi apabila patogen masuk saja ke dalam badan, Interferon akan bagi signal pada sel darah putih untuk keluar bekerja membunuh patogen yang masuk.

Tahukah anda, interferon juga diberi oleh doktor pada pesakit2 kritikal secara injection tapi suntikan interferon ni sangat mahal dan bertoksik (sila rujuk http://www.hepatitis.va.gov/provider/reviews/treatment-side-effects.asp). Tapi kita bertuah kerana Nutriferon mampu menghasilkan interferon dalam badan kita secara semulajadi yang langsung tidak bertoksik, tiada kesan sampingan dan harga yang jauh lebih rendah dari di hospital.
Ditemui oleh imunologist dari Jepun iaitu Dr Yasuhiko Kojima pada tahun 1954, formula Nutriferon hanya terhasil setelah menjalani penyelidikan selama 40 tahun. 200 herba diuji, dan akhirnya menemui 4 jenis herba yg bila digabungkan dpt menghasilkan interferon secara semulajadi dlm badan.

4 herba tersebut adalah
  • Biji labu 
  • Japanese honey suckle 
  • bunga safflower 
  • biji plantago 


Ekstrak 4 jenis herba inilah yang berfungsi meningkatkan interferon dalam badan secara semulajadi dan seterusnya menguatkan imun sistem kita untuk melawan penyakit. Kita boleh ambil Nutriferon ni bila2 masa, tak perlu tunggu sakit kronik baru nak ambil.

Manfaat Utama

  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan system imun tubuh dengan menerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag. 
  • Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi. 
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza. 
  • Meringankan Stres & Kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk. 
  • Melambatkan penuaan – Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat. 
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon Shaklee dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C. 
  • Improve simptom menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik. 
  • Improve simptom PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing. 

Siapa yang patut ambil Nutriferon

- Orang yang kerap sakit dan mudah dijangkiti penyakit
- Orang yang demam 
- Orang yang demam, ambil antibiotik tapi tak juga sembuh.
- Orang yang sakit akibat lemah sistem imun, seperti HIV, athma
- Orang yang sakit akibat jangkitan virus, seperti Hepatitis B,C, kencing tikus, Zika dan demam virus yang lain.
- Pesakit kanser
- Dan apa jua pesakit yang sakit disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, kulat dan lain2.
- Wanita yang sedang berhadapan dengan simptom2 Menopause serta PMS.

Selain nutriferon, kita boleh juga amalkan vitamin C yang merupakan makanan kepada sel darah putih, zink complex, garlic complex untuk kuatkan sistem imun badan. Shaklee mengandungi rangkaian produk Vitamin C, Zinc complex dan Garlic complex yang bagi saya memang terbaik kerana ianya bukan dibuat dari bahan sintetik tapi natural.

Untuk ketahui kebaikan Nutriferon ni, jom baca kisah seorang SID Shaklee ni. Kisah ni baru saja berlaku fresh from oven lagi.
=================================================

[ NUTRIFERON FOR PROLONG FEVER ]
Lepas 5 hari demam Raees tak kebah-kebah. 2 kali tukar antibiotik. Side effect nya, Raees sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan.
Blood test semua ok, takde apa-apa yang serious. Doktor pun macam dah pening nak bagi apa. Sebab lepas bagi antibiotik yang paling kuat pun demam masih belum kebah.
At last saya nekad bagi Nutriferon pada Raees. Saya bagi juga setengah sachet sehari. Badan dia kena lawan sendiri kuman yang ada.
Interferon ni ibarat alarm. Bila kita ambil nutriferon, badan meransang untuk interferon ni membunyikan alarm kejutkan mana-mana antibodi badan kita yang masih lena tu bangun untuk lawan bendasing yang masuk dalam badan kita.
Jadi badan kita akan lebih cepat untuk melawan penyakit dan lebih cepatlah kita sembuh. Itulah maksudnya heal secara semulajadi. Interferon trigger antibodi kita sendiri untuk lawan bendasing.
Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten bagi, nampak semakin pulih dan pattern demam tu pun semakin jauh dan akhirnya, semalam sampai harini dah takde demam lagi dah. Syukur pada Allah.
Senang dan lega hati mami. 8 hari ok 'bercuti' kat hospital. Mami pun tak tido malam sebab monitor suhu badan Raees.
Mami doakan Raees semakin sihat dan makin kuat.
Terima kasih pada semua yang datang melawat dan mendoakan kesembuhan untuk Raees. Mami usaha mana yang termampu. So harini kita dah boleh balik. Semua orang rindu Raees sebab dah seminggu takde operator angkat telefon dan ambil order kuih koci.

“Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu tepat untuk suatu penyakit, penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”


-Mommy Shahab-

=================================================
Alhamulillah demam anaknya makin sembuh selepas ambil Nutriferon. Apa yang berlaku ialah Nutriferon tingkatkan interferon dalam badan, dan interferon ni akan mengerahkan sistem pertahanan badan untuk melawan sendiri jangkitan kuman. Akhirnya dalam masa 3 hari Raees semakin pulih walaupun sebelum tu doktor dah bagi 2 jenis antibiotik padanya.

Adakah anda pun alami masalah yang sama? Jangan risau, hubungi saya untuk dapatkan Nutriferon ni. Sekarang (Feb 2016) ada promosi untuk Nutriferon, Zinc Complex dan Vitalea for Children. Semuanya untuk kuatkan imun sistem kita.

Whatsap/telegram saya ye. Saya gembira untuk tolong anda.


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum. 


Saya pasti ramai yang terkesan sangat dengan keadaan ekonomi negara tahun ni. Yang mana income cukup2 makan akan rasa lagi perit sebab semua barang dah naik harga. Dulu dapatlah keluar makan malam special sikit sekali sebulan sekarang langsung tak boleh sebab perlu berjimat cermat. 

Waktu2 yang mencabar macam ni, kita kaum isteri perlulah bantu suami kita untuk tambah pendapatan. Kalau dapat lepas belanja dapur, atau bayarkan bil, atau bayarkan pengasuh anak pun dah alhamdulillah. Tapi macam mana nak tambah pendapatan? Nak buat part time anak2 kecik perlukan perhatian kita. Nak buat bisnes pula modal tak ada. 

Ha meh sini saya bagitau macam mana saya jana pendapatan dan kekayaan dengan Shaklee. Memang mudah sangat dan friendly pada wanita, isteri dan ibu 2 anak kecik macam saya ni. 

1. Dalam Shaklee, saya hanya perlu keluarkan modal RM79 untuk keahlian seumur hidup. Lepas dah join ahli, kita sudah digelar Shaklee Independent Distributor. Terpulanglah nak aktif sebagai distributor atau jadi ahli untuk nikmati harga supplement yang lebih murah dari harga retail. 

2. Bila dah jadi distributor, ada 2 cara kita boleh jana pendapatan. 
Pertama, nikmati keuntungan dengan menjual supplement pada retail price kepada non-member. Kalau satu supplement kita boleh untung at least RM20, lebih banyak kita jual lebih banyak RM yang kita dapat. Serta merta! 

Kedua,  bila kita tawarkan pada pembeli supplement untuk membeli pada harga member dengan join sebagai member Shaklee, kita memperoleh "anak Shaklee", yang mana apabila anak Shaklee kita membuat pembelian seterusnya, ia dapat meningkatkan UV (point) dan group sales kita. Kita dpt nikmati komisyen dari jumlah UV yang terkumpul pada hujung bulan. Semakin ramai anak Shaklee kita, semakin besar team kita dan semakin banyak pembelian yang di buat oleh anak Shaklee kita, semakin besar group sales dan komisyen yang kita peroleh nanti. 

3. Bisnes Shaklee tidak perlukan modal malah menggunapakai sistem dropship. Setiap member Shaklee memperolehi akses kepada sistem pembelian online Shaklee2u.com.my di mana di situ kita boleh order saja supplement secara online dan pihak Shaklee akan hantar terus pada pelanggan kita. Kita juga boleh buat pendaftaran ahli secara online, check promo terkini, mengetahui segala isu yang berkaitan dengan product Shaklee dan check bonus yang kita dapat setiap bulan. Sistem Shaklee sangat established dan user friendly serta memudahkan kita untuk berbisnes. 

Ramai pula yang kata product Shaklee ni mahal. Susah nak jual. Dah ramai distributor dan sebagainya. Nanti saya ceritakan pada entry yang seterusnya cara yang mudah dapatkan pelanggan tanpa perlu menjual beriya pun. 

Yang pasti, saya ada ramai customer yang feedback bezanya guna product Shaklee dan brand lain. Kebanyakannya memang akan bertukar pada Shaklee lepas tu. Kenapa? Sebab product Shaklee ni SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Haaa! 

Boleh contact saya pada nombor di bawah kalau nak purchase atau nak jana pendapatan dengan Shaklee :) 

Semudah ABC!


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum

Open order untuk nozzle set. Dari US. 


Wilton 22-pc nozzle set 
RM220
 Wilton 55-pc nozzle set
RM290

Kalau ada permintaan saya akan buka juga order untuk produk Wilton yang lain. Serba salah sebenarnya nak letak harga sebab kita kalau boleh nak jual murah pada kastemer tersayang. Tapi tak mampu nak absorb kos2 lain disebabkan currency kita jatuh. Harga akan di revise bila RM naik semula. Hopefully.. :(

Jadi saya masih beri kelonggaran pada para kastemer untuk bayar secara ansuran. Itu saja cara saya mampu bantu kastemer tersayang :D

Jadi macam biasa ya.. kalau nak order contact saya di nombor di bawah :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 

Bulan ni December 2015 Lecithin ada promotion ya puan-puan. Masa ni lah sesuai untuk borong Lecithin dengan harga yang lebih murah. 

Rujuk sini untuk khasiat Lecithin :) 

Tapi sebagai summary Lecithin ni bagus untuk: 

+ Improve fungsi otak, mencegah penyakit lupa, terutamanya disebabkan faktor usia.
+ Menurunkan berat badan secara sihat. Oleh kerana Lecithin ni boleh mencairkan lemak, jangka panjangnya berat badan turun secara semulajadi tanpa perlu bergantung pada ubat-ubat yang tak diketahui side effectnya pada badan. 
+ Khasiat lecithin untuk merendahkan kolesterol ni memang dah diketahui selama berdekad dah pun. Lecithin bantu mengawal pengaliran nutrien ke dalam dan keluar sel2 dalam badan dan menghalang lemak dari berkumpul pada dinding salur darah, jantung, arteri dan otak. Jadi ia ukan saja baik untuk paras kolesterol kita, tapi juga pada kesihatan kardiovaskular. 
+ Mencegah penyakit dan baik untuk pesakit Alzheimer, amnesia dan lain2 kerana fungsinya yang baik untuk otak dan memori. 
+ Lecithin menghalang lemak dari terkumpul di dalam hati. Jadi ianya juga baik untuk kesihatan hati dan sangat elok diambil oleh orang yang mengidap hati berlemak. 
    




Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown

Kredit kepada: Putra Bugis Temasik (FB)

Hari ini saya hendak kongsi tips2 dan cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap...
Ini tips-tips yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya..!!!

Selamat membaca…..jika ada tips2 dari teman2 sharelah juga ya..jika lain dari yang lain…


Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili.. lebih perisa sambalnya...


Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan…
Bila memasak, masukkan sotong dulu..lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa...

Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul2 garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)

Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula.Gula dan minyak akan menjadi caremalize.Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!Kemudian masukkan air asam,garam dan air secukupnya…
kalau sambal udang masukkan udang dulu..lepas air udang dah keluar baru la masukkan air asam jawa...

kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin...


kalau sambal telor selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah....


goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar lak.. agak cm dah layu... angkat... then baru tumis lada kering agak2 dah masak baru masuk n air asam gula garam and ikan bilis ngan bawang tadi.


kadang2 saya tumis tomato dadu dengan belacan skit
kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik
kalau sambal tumis udang, saya blend udang kering skit dengan cili kering tu
petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-2 masakan yg perlukan cili, ie, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…



Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Labels: 1 comments | edit post
Unknown
Assalamualaikum, 

Apa khabar? Saya doakan pembaca blog saya sihat dan ceria selalu. 

Hari ni suka saya nak berkongsi tentang breastfeeding, since saya berjaya menyusukan 2 anak tanpa masalah, diharapkan pengalaman saya dapat membantu ibu-ibu baru untuk breastfeed bayi sendiri pulak. 



Saya pun bukanlah pandai sangat. Tapi untuk berjaya bf bayi kita sepenuhnya, sokongan dan galakan dari SUAMI dan IBU/MERTUA tersangattttlah penting. In fact, TERRRPALINGG PENTINGG! (please excuse kesalahan grammar BM saya) . 

Sebab ... kebanyakan ibu gagal menyusukan anak bukan kerana tak ada susu, tapi kerana tak cukup kuat nak menghadapi kata2 yang menjatuhkan semangat dari orang terdekat mereka iaitu suami dan parents/PIL. 

Betul tak?? betul kan?! 

So.. ini 3 langkah basic untuk menjayakan penyusuan bayi anda

1. Susukan seawal mungkin 
- Within setengah jam selepas melahirkan anak dalam labour room
- Penyusuan kali pertama selama 10-20 minit
- Hari pertama baby menyusu sebanyak 5-6 kali sehari

2. Susukan dengan kerap 
- Room in dengan baby semasa di hospital 
- Pada hari kedua dan seterusnya, baby menyusu setiap 1.5, 2 atau 3 jam 
- Baby menyusu sebanyak 10-12 kali dalam tempoh 24 jam.
- Setiap penyusuan berlangsung antara 20 ke 40 minit 
- Tak ada limit pada tempoh atau kekerapan penyusuan 
- Susukan baby apabila baby lapar. Bukan ikut schedule. 
- Digalakkan co-sleep (tidur bersama) baby


3. Susukan dengan cara yang betul 
- Pegang baby pada level breast, dada ke dada. (pastikan dada baby mengadap ke arah badan ibu) 

- Stimulate rooting reflex baby dengan cara menyentuhkan puting pada bibir baby 


- Apabila mulut baby terbuka, suakan puting ke dalam mulut baby 
- Cara yang betul adalah puting dan areola berada di dalam mulut baby. Ini penting untuk elakkan sore nipple. 
- Biar baby hisap sehingga tertidur dan puting terlepas sendiri dari mulut baby 
- Jangan tarik puting semasa baby masih menghisap 
- Jika baby menangis bila puting terlepas, berikan semula puting pada baby dari breast yang sama 
- Biarkan baby kosongkan sebelah breast dulu sebelum bertukar 
- Kolostrum mencukupi untuk baby sehingga susu matang keluar 
- Tak perlu beri air, glukos atau susu formula 
- Elakkan pemberian botol dan pacifier kerana ini akan akibatkan kekeliruan pada baby. Nanti baby reject breast. 

Tanda baby menyusu dengan cukup 
- Baby kenyang selama 1- 2 jam selepas penyusuan 
- Baby kencing 5-6 kali sehari (clear dilute urine) 
- Baby buang air besar 6-8 kali sehari (yellow watery stool)
- Peningkatan berat badan at least 20gm sehari 

Untuk banyakkan susu ibu: 
1. Penyusuan yang kerap siang dan malam 
2. Allow unlimited breastfeeding to satisfy baby's suckling needs
3. Ibu mesti makan dan minum secukupnya (x mo berlapar dan berdahaga) 
4. Makan makanan yg boleh perbanyakkan susu  (Alfalfa, ESP, Ostematrix pun membantu banyakkan susu)  

Jika mengalami bengkak susu (breast engorgement),


- apply cold/hot wet compress pada breast. Kalau kritikal (breast jadi keras, panas dan sakit), boleh ambil daun kobis sejuk dan letak pada breast. Tukar daun kobis bila layu. Pelan-pelan susu akan keluar dan bengkak jadi surut. Selamat untuk telan 2 biji panadol. 



- agak2 dah mula rasa nak bengkak tu, boleh juga pam utk elakkan bengkak. Tapi jangan pam sampai kosong breast sebab bila breast kosong akan hantar signal pada otak untuk hasilkan lebih susu. Nanti bengkak lagi.. 

Ini hanya basic sahaja.. mungkin nanti kita boleh discuss topik yang lebih detail lagi. 

Selamat berjaya! 
Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 



Saya doakan pembaca blog saya dirahmati Allah sentiasa.

Saja jer nak tanya... ada tak dikalangan pembaca blog saya yang menghadapi depression, low self esteem, serta sentiasa hidup dalam kesedihan kerana masalah berat badan? 

Ada tak di kalangan anda yang selalu diejek "anak gajah", "dugung", "bulat", "tembam", "gemuk" dan yang sewaktu dengannya sampai anda rasa nak mengasingkan diri sebab hilang kepercayaan pada orang sekeliling (kawan-kawan sekerja, lelaki, cinta) ? 

Berapa lama anda sanggup hidup dalam keadaan sedih dan sunyi macam ni? 

Teringin tak kalau saya tunjukkan cara betapa mudahnya untuk turunkan berat badan dalam masa 100 hari? 

Mudah tak mudah pun, disiplin wajib ada. Keinginan perlu kuat untuk kuruskan badan. 

No hanky panky ya adek2.. kita ada program yang akan memantau pemakanan dan workout anda. Tiada ubat berbahaya dibenarkan ambil. 



- Program ni di monitor oleh seorang trainer/coach melalui Telegram group, dan anda diwajibkan untuk sentiasa update makanan dan workout anda pada coach. 


- Anda akan diajar high impact workout yang mana walaupun anda workout hanya 30 minit sehari tapi lemak anda menangis meraung cairr habis. 

- Anda akan diajar mengira kalori makanan yang anda ambil setiap hari. Diwajibkan apply dalam kehidupan seharian. Pandai2lah kalau termakan lebih kalori nnt nak bakar alik dalam workout. 

- Anda diajar untuk makan 5x sehari, termasuk nasi. Ya.. ini bukan Atkins diet. 

- Anda diajar untuk mengubah rutin hidup anda menjadi lebih sihat dan cergas. 

- Anda akan bersama dengan rakan2 senasib anda, jadi anda dapat kawan baru dan boleh saling memotivasi bila masing2 down. 



Saya berani jamin, Insya Allah lepas 100 hari berat anda akan turun dan jadi lebih sihat dari sebelumnya. Dan anda akan jadi lebih ceria dan tinggi keyakinan diri. 

Tapi tak ada apa pun yang mudah ya. Perjalanan ini akan jadi sukar, malah anda takkan berubah kalau hati anda sendiri tak kuat. 

Kalau bersedia untuk mengubah hidup anda, sila hubungi saya di bawah ni ya.. Saya sangat-sangat suka untuk membantu anda. 

Program ini di namakan Now Everyone Can Kurus dan sudah pun memasuki batch ke 7 pada bulan ni. Dah ramai yang dapat badan yang diidam-idamkan... secara SIHAT! 

Ada beberapa pakej: 

(1) Pakej A  : RM612 

Anda dapat: 
1) Cinch Shake 
2) ESP 
3) Herb Lax
4) Lecithin 
5) Omega Guard 
6) Alfalfa 
7) Free Membership 
8) Dipantau oleh Coach bertauliah 

(2) Pakej B : RM476 

Anda dapat: 
1) Cinch Shake 
2) Herblax 
3) Lecithin 
4) Omega Guard 
5) Dipantau oleh Coach bertauliah 

(3)Pakej C : RM361 

Anda dapat: 
1) Cinch Shake 
2) Herblax 
3) Lecithin 
4) Dipantau oleh Coach bertauliah 

Are you ready to change your life? Hubungi saya sekarang! 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama dah saya tak update blog saya ni. Saya tengok ramai juga yang cari info tentang czer ya.

Hari ni saya nak share tentang cara berpantang czer. Cara saya berpantang sempoi ja. Tapi alhamdulillah tak adalah jahitan terbuka ke, bernanah atau berair ke, kena infection ke, atau lepas 2 bulan pun duk sakit lagi dan sebagainya.

1. Berpantang makan betul-betul.

Bukan bermaksud berpantang makan cara orang tua-tua iaitu makan nasi sejemput dengan ikan masin atau ikan bakar saja sepanjang 44 hari, maaf saya sangat tak setuju dengan cara makan macam ni. Ikan masin akan menyebabkan darah lochia berbau busuk dan badan jadi lesu. 
Susu badan lama-kelamaan akan kering dek kurang zat makanan, kurang air dan pengambilan jamu-jamu serta air periuk yang panas pada badan. 

Berpantanglah dari makan makanan yang berbisa dan gatal2. Pelbagaikan lauk dan menu berpantang supaya kita berpantang dengan rasa seronok. Saya memang enjoy masa pantang sebab mak masakkan yang sedap2. Badan rasa kuat dan cergas, luka cepat sembuh sebab zat makanan cukup, susu badan pun berkhasiat dan banyak. 





Ayam saya dah mula makan lepas 2 minggu. Tu pun saya cuba sikit2 dulu untuk make sure parut luka tak gatal. Bila confirm ok, saya makan saja. Tak ada masalah. 

Cuma setiap orang lain badannya. Ikut kata bidan, kita orang perempuan ni ikut meriyan ibu kita. Kalau ibu kita jenis "sensitif pada makanan" dan kuat sangat berpantang, badan kita pun jadi begitu juga.  Kalau masa 1st pregnancy kita ajar badan berpantang terlalu ketat, ini tak boleh itu tak boleh, maka yg kedua dan seterusnya pun begitu juga. Badan kita jadi tak tahan bila kita makan benda lain.

Masa berpantang saya minum jus pegaga setiap hari. Makan buat ulam hari2 pun sangat baik jugak. Cuma bagi saya minum tu lebih mudah. Pegaga dapat bantu kecutkan rahim dan bersihkan darah dari toksin. Resultnya kita jadi lebih sihat, muka lebih berseri2 dan glowing. Kalau dibuat amalan Insya Allah awet muda dan sihat tubuh badan. 

2. Air

Air suku cawan? 

Ya hampun! Tak kering ke badan? Tak dahaga ke bila menyusu anak? 

Minumlah air sebanyak mungkin. Pengambilan air yang banyak menolong flush toksin dari badan melalui air kencing dan najis, menolong melembutkan najis (org berpantang ni selalu sembelit..kan), mempercepatkan penyembuhan dan memperbanyakkan susu. Kenapa sekat2 pulak nak minum air ni? 

Cumanya, sekali minum tu, janganlah berdeguk2. Elok diminum sikit demi sikit. (sip.. bukan tonggang minum hehe). 

3. Bertungku 

Ini amalan wajib semua wanita dalam pantang. Moden-moden jugak dekk, tapi bertungku tu wajib. 
Walaupun czer, saya tetap bertungku. Kalau bahagian perut saya tungku dekat bahagian atas, takderlah sampai kena kawasan bedah tu. Saya bertungku setiap hari selama 30 hari saya duduk dengan emak. Lepas tu bila balik rumah sendiri saya dah jarang bertungku sebab sibuk uruskan rumah tangga. 

Bila kita bertungku, darah dalam badan kita mengalir dengan lancar, maka oksigen dapat disampaikan dengan berkesan ke semua sel. Ini membantu proses penyembuhan badan. Kata badan nak pakai lama? Sila jangan mengelat ok! 

Selain dari tu, bertungku di kawasan peranakan akan ensure yang darah nifas yang beku dalam rahim pecah dan keluar dengan lancar, membantu kecutkan rahim, memecahkan lemak di bahagian perut dan anggota badan yang lain, dan mengempiskan perut. 

Badan jadi sedapp saja hangat2 gitu boleh tertidur lagi masa bertungku. Panaskan kaki, pelipat di bawah lutut, duduk di atas batu tungku untuk panaskan bahagian bawah tu, bawah ketiak, bawah tengkuk, perut dan sebagainya. 

Bila bertungku, darah nifas akan lambat kering. Lambat kering tu adalah sesuatu yang baik sebab darah kotor dalam rahim dapat keluar sepenuhnya. Tak adalah tertinggal di dalam menjadi toksin. 

4. Berbengkung

Banyak ibu lepas bersalin tak dapat turunkan berat badan, perut buncit macam mengandung 3 bulan. Cakap kat diri sendiri... kesian... 

Disiplin untuk bertungku dan berbengkung sangat penting. Berbengkung lah dengan apa jenis bengkung pun, baik yang tradisional lilit2 atau yang moden. 

Saya pakai yang moden saja.. seminggu pertama saya guna bengkung moden (khas untuk czer), kemudian saya bertukar pada girdle dan waist nipper PB (again.. pakailah apa pun asalkan pakai). Almaklumlah saya jenis lasak, senang nak bergerak dan melabur di toilet.

5. Jamu/ supplement 

Mak saya bukan jenis makan jamu. Even sampai sekarang. Alhamdulillah badan mak memang kuat, tak ada sakit2 badan, sakit2 lutut ke belakang ke macam dimomokkan oleh orang tua-tua. 

Saya pun inspired by mak, maka saya malas nak makan jamu. Bukan apa, badan jadi panas, effect anak nak menyusu badan lagi.. ada jamu yang ditambah steroid.. hmm..atas byk faktor saya ambil supplement saja. Supplement yang saya ambil ialah set berpantang Shaklee. 

Banyak sangat? Tak suka telan pil banyak2? 

Kata nak kurus? Kata nak susu banyak? Kata nak luka cepat kering dan sembuh? 

Apedehal dengan supplement banyak ni. Kan kan? 

 Antara semua set bersalin, set berpantang Shaklee ni memang terbaik. Serius! 

Orang kata kalau bersalin ambil epidural sakit belakang kan? Saya ambil Ostematrix memang langsung tak ada sakit belakang. 

Darah kurang sebab darah nifas keluar? Muka pucat? Dalam Vita-lea ada iron yang bantu banyakkan hemoglobin. 

Luka sakit2, bernanah, berair, lambat sembuh? Ada zinc dan vitamin C yang bantu cepat sembuhkan luka. 

Susu tak keluar? Susu sikit? Ada ESP yang bantu banyak dan pekatkan susu. 

Set berpantang Shaklee ni MESRA ibu & bayi tau. Saya berani cakap sebab saya dah cuba. Kawan-kawan pun patut cuba. Baru tau perbezaan dia. 

---> update tentang jamu. Sekarang lepas anak berumur 1 tahun 4 bulan baru saya start makan jamu. Saya makan Maajun Anggun Bestari (MAB) sebagai cara planning. Tak naklah makan pil perancang nanti huru hara badan. So far saya baru makan 4 hari dah rasa best pada badan. Memang tak nak tukar yang lain dah!  :D Maajun ni boleh dimakan selepas 44 hari berpantang. 

6. Banyakkan bergerak 

Haa.. ni kalau orang tua-tua baca kompem saya kena ni. hehehe 

Masa berpantang, janganlah asik berbaring saja sampai nak bangun pun takut2, nak jalan pun takut2. 
Kenapa mesti begitu?

Bila kita kurang bergerak, ditakuti akan menyebabkan darah beku yang akan block pengaliran darah dalam badan. Bahaya tau ni. Saya dah lupa apa istilah dia. 

Bila kurang bergerak, badan kurang cergas dan lemau. 

Bila kurang bergerak, pembakaran lemak berkurangan... maka camno nak kurus? 

Bila kurang bergerak... hmmm..tak boring ke duk asing baring je? 

Berjalanlah sikit. Dari depan rumah bawa ke belakang. Dari belakang rumah bawa ke depan. Baby pun boring jugak asik tidur ja. Masa baby berjaga cer bawa baby jalan2 keliling rumah. Ini adalah satu stimulation awal untuk baby yang sangat bagus untuk perkembangan baby kelak. Cuma naik tangga turun tangga tu jangan buat lagilah ya. Kedudukan rahim belum kuat lagi. Takut jatuh pula. 

7. Jangan membaca/ tengok smartphone sangat

Orang tua2 kata mata boleh jadi rabun. Ini memang benar. Saya banyak membaca buku dan layan forum di smartphone, lepas 2 minggu berpantang saya mula buka laptop bekerja (macam ni lah kalau bekerja sendiri).

Mata jadi letihhh dan kepala jadi sakitttt sangat. Telan panadol 2 hari baru baik tau. Alhamdulillah mata belum rabun (kalau rabun ambillah Caratomax.. Insya allah :)). Tapi sejak tu saya jadi seriklah nak baca. Jadi saya banyak lepak2 di ruang tamu sambil tengok tv. Tengok tv ok sikitlah.. takder pulak rasa sakit mata dan kepala. 

8. Berparam/ berpilis

Katanya untuk mata ya? 

Tapi saya tak buat. rimasssssss. hehe 

9. Stokin 

Pakailah. Badan cepat sejuk masa berpantang ni. Dengan berstokin badan kita jadi hangat2 selesa. Angin pun tak masuk. 

10. Mengurut 

Bagus untuk kecergasan badan dan menetapkan kedudukan rahim. Badan rasa sedap saja. 
Tapi tapi tapi... saya belum mengurut lagi ni! Baby Amna pun dah 8 bulan. hmm...

Itu sajalah kut cara saya berpantang czer. Sampai sekarang saya masih berdisiplin pakai girdle dan corset PB. Badan slim melim (sampai jadi kurus sangat pulak.. hehe), dan susu badan alhamdulillah masih maintain. 

Hari ke -5 berpantang czer saya dah tonyoh lantai bilik air sebab tak tahan tengok lantai kotor. Tapi tak beriya la.. nak mampus cuci beriya??! masuk hospital balik kang! haha 

Seminggu pantang dah mandikan sendiri baby. Memang diakui ada rasa sedikit letih kadang2 tapi hadap jer.. kalau manjakan diri sangat pun tak bagus juga. 

Minggu ke-4 saya dah start drive sebab ada hal emergency (ambik mak n abah balik dr kenduri. kereta diorang sangkut dalam selut)

Overall, good experience lah. Yang tak goodnya, saya tak suka berada dalam keadaan tak berdaya (masa awal2 keluar hospital), sebab saya ni lasak orangnya. Bila tak boleh buat apa2 sebab sakit ke rasa down sangat. Sebab tu saya pulun utk cepat2 sembuhkan diri masa berpantang supaya saya boleh buat kerja balik. 

Sekiann saja ceritera saya. 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...