Unknown
Assalamualaikum,

Pendapat peribadi saya semua perempuan dalam dunia ni patut masukkan masakan pasta at least seminggu sekali di rumah. Baik wanita berkerjaya, yang bekerja sendiri, WAHM, atau suri rumah, tak ada satu pun yang tak sibuk. Semuanya sibuk sampai selalunya lebih banyak makan atau membeli makanan di luar untuk dihidangkan pada keluarga. Faham sangatttt sebab saya pun giteww :)

Bagi saya, masakan pasta tu macam maggi lah. Tapi version yang lebih sihat. Cepat dimasak dan sedap dimakan. Cumanya, tak ramai orang Melayu yang sukakan masakan pasta kerana sosnya manis atau masam (tomato based), creamy, dan langsung tak pedas. Cepat muak, bosan dan bland.

My dear husband pun begitu. Dulu dia tak berapa gemarkan pasta. Makan pun sebab terpaksa sebab laparkan. hehe. Beliau sangat berlidah Melayu. Setiap masakan perlu diperasakan sebaik-baiknya. Sebab tu beliau suka nasi kandar, saya pulak tak berapa gemar nasi kandar sebab rasa lauk2 nya terlalu kuat.

Tapi setelah sekian lama, beliau akhirnya menggemari masakan pasta. Sampai dia selalu puji masakan pasta saya boleh dijual di restoran. Oklah tu pujian untuk orang yang tak berapa reti memasak macam saya ni kan! ha ha ha!

By the way... untuk mereka yang berlidah Melayu mesti sukakan resipi ni. Bagi suami saya masakan ini sangat sedap. Yang penting PEDAS. Saya olah sikit menggunakan bahan2 segera untuk jimatkan masa memasak (terutamanya untuk makan malam).



Pasta Arrabiata 

Bahan-bahan
Olive oil
3 ulas bahan putih - dicincang halus (adjustlah banyak atau sikit ikut kesukaan anda. Lebih byk lebih bagus)
2 helai cabai kering- dicincang halus (2 dah cukup pedas, kalau mahu pedas boleh tambah lagi)
Pasta (spagheti/penne/vermicelli)
Sosej/ayam/seafoods - ikut suka
Sos Prego Tradisional/ tomato ceri (chopped)/ 1 tin chopped tomato
Garam
Freshly ground black pepper
Basil
Parmesan cheese

Cara memasak

1. Masak pasta sehingga al dante. Toskan. Air rebusan pasta mestilah masin seperti ocean. Simpan sikit air pasta.
2. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih dan cabai kering sehingga wangi (jgn sehingga hangit nanti rasanya pahit)
3. Masukkan bahan mentah (sosej/ayam/seafoods), tambah sedikit air rebusan pasta jika terlalu kering.
4. Kemudian masukkan Sos prego tradisional. Resepi arrabiata yang asal gunakan tomato ceri. Jika anda gunakan tomato, masukkan tomato yang telah dipotong. Masak sehingga sos menjadi pekat. Boleh adjust kepekatan sos dengan air rebusan pasta.
5. Masukkan garam dan black pepper. Biasanya saya tak masukkan garam dah sebab dah gunakan air rebusan pasta.
6. Masukkan basil.
7. Masukkan olive oil pada sos. Ia memberi rasa yang lebih pada sos dan memberi kilatan bila digaul dengan pasta.
8. Gaul dengan pasta. Taburkan parmesan cheese.


Selamat mencuba!

Kami sekeluarga baru saja makan semalam. Saya gunakan vermicelli dan sosej. Sos dimasak dua kali sebab anak saya tak makan pedas. Untuk kami berdua baru saya tumiskan cabai kering dan masukkan sos tomato yang dah dimasak kali pertama. Kemudian gaulkan dengan pasta.
Walla! Sedapp sampai air liur menitik tap tap tap!
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Minggu lepas saya demam teruk. Demam sejuk sampai menggigil. Begitu teruk sampai saya terlantar tak boleh bangun sebab kepala jadi begitu sakit dan berat, badan jadi begitu sejuk sampai menggigil2, sampai saya terfikir mungkin saya terbuat dosa yang cukup besar sampai jadi sakit  begitu sekali.

Sakit yang tiba2. Tidak ada apa2 simptom. Tak ada batuk, selesema, mahupun sakit tekak.
( Walaupun lepas tu baru saya tau yang saya kena mastitis sebenarnya. Alhamdulillah).

Suhu saya shoot sampai 39degreeC. Ahhh... no wonder la saya rasa macam nak pengsan. Doktor suspect denggi sebab sekarang mmg musim denggi. Masa tu saya belum tahu pada breast saya ada ketulan keras sampai breast jadi merah, panas, dan sakit bila disentuh. Syukurlah bukan denggi :)

Selepas makan ubat yang doktor bagi demam saya akhirnya kebah. Walaupun seminggu saya suffer sebab badan jadi lemah2.

Akibatnya, susu badan saya berkurang dengan teruk sekali. Saya tak pasti berkurang sebab mastitis atau ubat demam yang doktor bagi. Semasa demam saya masih menyusukan baby Amna seperti biasa. Cuma mungkin saya terskip pumping session "sekali dua".

Ada satu masa tu bila saya pump, susu cuma tutup bontot botol saja. 1 oz pun tak sampai. Sedih sangat.

Baby Amna toksah cerita la, malam2 memang nangis lah dia sebab tak puas menyusu. Tidur sekejap2 terbangun sebab lapar. Saya terpaksa tarik stok susu untuk menyusukan Amna. Stok susu pun dah kritikal sebab selalu tarik tapi tak sempat restok.

Paling banyak sekali pump ialah 3 oz (2oz kanan 1oz kiri). Even dengan 3x pump sehari belum cukup untuk bekalkan susu pada pengasuh Amna keesokan harinya.

Lalu saya pun minum horlicks. (selama ni memang duk minum on and off)

Tak ada kesan yang ketara selepas ambil Horlicks. Sambil2 tu saya ambil Alfalfa juga setiap kali selesai sesi mengepam dan minum ESP untuk banyakkan dan pekatkan susu. 



Sambil2 tu saya minum susu kambing Ibu Suri, Go Milk. Saya memang duk ambil susu ni masa dalam pantang dulu. Kesannya, jaundis baby Amna turun dan terus turun. 3 hari saja :). 

Saya minum berselang seli setiap kali sesi mengepam. Pump pagi minum yang itu, pump tghari minum yang ini, pump petang minum yang lain pulak. Untuk malam minum yang lain lagi. Punyalah pulun anak punya pasal. 

Bukan yang ni saja saya ambil, Umma Lacto pun saya minum jugak. (RM60 10 sachet kalau tak salah)

Berkesan juga sekejap. Tapi semua hasil tak konsisten. Still saya teruskan sebab khasiat yang ia beri pada susu ibu. Saya tetap teruskan minum sambil tambah sesi mengepam dan sesi penyusuan. Malam2 Amna masih menangis sebab tak puas menyusu. Hasben dah standby belikan satu kotak kecil susu formula kalau dah tahap terpaksa. 

Saya masih bertahan. Semalam saya berjumpa business partner, Haiza yang kebetulan juga agen Moms. Tambah lagi satu dalam koleksi haha! RM30 8 biji coklat. Coklat dia besar dan sedap. 

Mahal2 milk booster ni. Tapi tak apa lah. Salah sendiri tak jaga pumping session. Lepas ambil Moms ni susu bertambah jadi 4oz sekali pump. Alhamdulillah! gambare liyana! 

Pagi ni masa buka pintu pantry, duk fikir2 nak minum apaaalah pulak pagi ni selepas breakfast nasik lemak yang penuh berlemak itu, saya buat keputusan untuk minum Cinch Tea Mix. Sebenarnya nutritionist Shaklee rekemen saya ambil teh ni untuk tingkatkan metabolism. Tapi tak sangka saya dapat keputusan yang sungguh memberangsangkan! 


Masa mengepam pagi tadi, saya dapat 7oz! Ya Allah syukurnya! Walaupun masih sikit kalau ikut standard orang lain yang sekali pump dapat 2 botol penuh, saya dah cukup happy. Kalau dapat maintain 7oz setiap sesi mengepam dan penyusuan mesti Amna dah tak lapar lagi. 

Ini sebahagian dari usaha saya untuk tambahkan balik susu badan. Power pumping saja saya belum buat betul-betul lagi. Saya plan nak cari jus pegaga dan habbatussauda pulak. Biar susu badan jadi lebih pekat dan berkhasiat kalau tak bertambah pun. 

Ya ya saya tau saya terlalu bergantung pada milk booster ni kali ni. Tapi nak buat macam mana.. saya terdesak! Siapa tahan kalau anak kita menangis sebab tak cukup susu. Tambah pula Amna alergik pada dairy products, lagilah saya kena berhati2 tak boleh bagi susu formula sebarangan dekat dia. Setakat ni belum setitik pun susu formula masuk dalam perut dia lagi. 

Saya harap sangat Allah permudahkan usaha saya ni. 

Pembaca2 di luar sana yang hadapi masalah macam saya ni, never give up ya! Cuba cuba dan cuba lagi sebab kita tak tahu yang mana satu yang serasi dengan kita yang akhirnya boleh bantu banyakkan susu. 

Tapi Cinch Tea Mix ni memang TERBAIK! Saya suggest uols cuba teh ni kalau yang lain tak berkesan. 

Sekian saja kisah saya yang penuh berliku (berliku lah sangat! haha) 






Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 
Jika dulu saya masih boleh husnuzon dengan pihak kerajaan,  masih berdiri di atas pagar walau berbakul2 makian rakyat dah dicurahkan, tapi hari ni saya tak boleh sabar lagi. Kali ni saya ada sebab tersendiri kenapa saya marah dengan kerajaan. Tapi maaf, saya tak dapat nukilkan di sini kerana ia terlalu peribadi. 
Wahai kerajaan BN, takutlah kamu dengan Allah. Kamu wahai PM, TPM, Menteri2, wakil2 rakyat, kamu semua kelak akan ditanya Allah tentang apa yang telah kamu lakukan di dunia ni. 
Takutlah kamu bila kelak hisab kamu menjadi sangat panjang dan lama. 
Takutlah bila satu-satu rakyat yang kamu telah zalimi menuntut daripada kamu di hadapan Rabbul Jalil. 
Takutlah kamu bila api neraka menjulang-julang siap untuk membaham kamu. 
Takutlah kamu pada Allah yang Maha Keras SeksaanNya. 
Hairan bagaimana ada orang yang boleh sanggup pekakkan telinga butakan mata menebalkan muka walaupun dah menerima banyak sumpah seranah rakyat? 
Cukup-cukuplah. Turunlah kamu dari takhta wahai pemimpin BN sebelum kamu diturunkan oleh Allah. Kelak kamu bukan saja malu di akhirat, malah di dunia lagi kamu dimalukan dan dihina sehina-hinanya. 
Sekian saja kemarahan saya hari ni. 
Apa yang saya telah bayar kepada kerajaan?
Beli kereta kena bayar cukai kepada kerajaan.
Nak bawak kereta kena ada lesen dan roadtax. Lesen dan roadtax kena bayar kepada kerajaan.
Lalu lebuhraya bertol, kena bayar tol. Ada bahagian untuk pemegang konsensi dan ada bahagian kepada kerajaan.
Bawak kereta kena saman, kena bayar lagi kepada kerajaan.
Nak isi minyak, kena bayar harga minyak dan cukai kepada kerajaan.
Kereta kena servis, kena bayar GST. Nak beli alat ganti, kena bayar GST lagi.
Masuk kerja di klinik…
Beli peralatan dan ubat-ubatan, kena bayar GST.
Nak memperbaharui lesen pengamal tahunan, kena bayar kepada kerajaan.
Caruman KWSP pekerja, kena bayar.
Caruman Perkeso pekerja, kena bayar.
Lesen Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kena bayar kepada kerajaan.
Cukai Pendapatan, kena bayar kepada kerajaan.
Lesen Majlis Bandaran, kena bayar kepada Kerajaan Negeri.
Telefon dan streamyx kena bayar kepada syarikat milik kerajaan.
Balik rumah…
Guna lektrik, kena bayar kepada TNB, syarikat milik kerajaan.
Rumah kena bayar cukai pintu.
Air kena bayar.
Lain-lain hal…
Parking kena bayar.
Masuk tandas kena bayar.
Masuk hospital kena bayar.
Buat Passport kena bayar.
Masuk universiti kena bayar.
Masuk sekolah kena bayar.
*Kawan-kawan tambah sendiri laa kalu ada lagi benda lain. Ambo pening doh. Beraso macam rakyat ni kerajaan sebab banyok hok kena bayar, kerajaan pula adalah rakyat sebab banyok terima bayaran.

Read more...
Unknown
Assalamualaikum,



Setiap pagi sudah menjadi rutin saya untuk hantar anak sulung, Amsyar ke sekolah. Sepanjang laluan ke sekolahnya, memang banyak sepanjang-panjang jalan tu dengan peniaga nasik lemak. Semua kedudukan penjual nasik lemak ni boleh dikatakan dekat-dekat. Sepelaung saja. Yang syoknya semua berniaga nasik lemak.

Saya pula jenis seorang yang tak begitu gemar memasak. Saya lebih selesa beli saja sarapan dan bawa balik makan di rumah. Lebih mudah dari memasak. Heh! Sejak saya mulakan kareer baru sebagai WAHM, kerja saya ialah test nasik lemak semua gerai ni lah..

Hasil menerai, saya develop kecenderungan dekat siapa yang saya suka beli, dekat siapa yang kalau boleh saya tak mau singgah dah. Sebenarnya, hampir semua nasik lemak ni punyai rasa yang lebih kurang sama saja. Tak ada satu pun nasik lemak di situ yang outstanding lebih dari yang lainnya.

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa gerai nasik lemak yang mempunyai banyak pelanggan lebih dari yang lain. Sudah tentulah ada sebabnya kenapa pelanggan (termasuk saya) suka pergi ke gerai tu.

1) SENYUM
This one particular gerai nasik lemak lebih berjaya dari yang lain. Peniaga gerai ini adalah sepasang suami isteri, kedua-duanya ramah, dan suka senyum bila menyambut pelanggan. Si suami suka berjenaka sambil mencedok nasi, yang isterinya sambil senyum masukkan lauk pilihan pelanggan dan membungkus. First time saya singgah, si suami mengenali saya bukanlah muka yang familiar di situ. Kali kedua datang, si suami bertanyakan sama ada saya menjual Shaklee. Kali ketiga datang, dia ramah bercerita tentang fishing trip yang dia buat minggu sebelumnya.

Bukanlah saya suruh peniaga bercerita dengan pelanggan, tapi sikap ramah tamah dan suka tersenyum sememangnya menarik hati pelanggan.

2) LOKASI
Walaupun kesemua peniaga nasik lemak ni berniaga di satu jalan yang sama, tapi lokasi gerai tetap memainkan peranan utama. Ada satu gerai ni, dia parking betul2 berdepan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah. Kuih-kuihnya cepat habis. Gerainya selalu disinggah oleh ibu bapa yang rushing untuk hantar anak dan keluar bekerja sebab dah on the way orang jawa kata.

Lagi satu gerai yang memang PASTI akan dapat sambutan ialah dia park atas sikiiit saja dari bus stop. Dekat bus stop kan jalan lebih luas dan ada ruang kereta/bas berhenti, kan? Kalau ada space untuk kereta tumpang park sementara nak turun beli nasi, banyaklah orang suka singgah sebab senang parking.

Cari kawasan yang lapang, orang senang nampak, ada ruang kereta park, dan tak ganggu lalu lintas.

3) PILIHAN YANG BANYAK
Pelanggan ni biasalah, kononnya sentiasa nak pilih yang terbaik. Lagi banyak pilihan lauk dan kuih muih, lagi pelanggan suka. Padahal bukan nak makan semua lauk sekali hadap pun.

Pilihan sambal kena banyak. Tambah lagi satu bekas bihun, satu bekas mi, dan banyak jenis kuih. Kuih laku pada waktu pagi, sebab orang yang rushing selesa beli kuih dan makan sambil-sambil drive.

Cuba perhati, gerai yang bekas lauk sikit saja atas meja biasanya sunyi kan? Kalau nak jual nasik lemak dah siap bungkus, pastikan atas meja tu nampak meriah, banyak dan sibuk. Suasana tu penting.

4) PEMBERITAHUAN
Macam mana nak bagitau dekat orang-orang yang tengah drive tu yang nasik lemak anda paling sedap? BUNTING!

Kalau gerai nasik lemak tu terhimpit di tengah2 gerai lain, atau berada di lokasi yang agak gelap dan susah pemandu nak nampak,  atau anda ada extra feature yang lain dari peniaga yang lain, anda boleh bagitau dekat pemandu2 kereta di luar sana dengan cara menggantung bunting.

Tulisan mesti besar. HURUF BESAR. Mesej ringkas dan padat sebab orang baca sekali imbas saja.

5) SEDAP
Biasanya semua nasik lemak rasa lebih kurang sama saja sedapnya. Kalau anda boleh buat sambal anda EXTRA sedap, EXTRA special dengan menggunakan resipi yang special ke, orang akan ingat dan repeat beli dari anda.

Saya teringat-ingat satu nasik lemak di Kulim yang saya panggil Nasik Lemak Pondan (hampun!!). Itu saya yang panggil lah ya.. bukan yang peniaga tu letak nama. Sebab abang yang jual tu agak lembut, tapi x da lah auww sangat.

Sambal dia TERBAIK. Baik sambal rendang ayam, atau sambal daging, atau ayam goreng.  Sangat sedap dan pedas menyinga. Saya tak tau resipi apa yang dia pakai, nak cuba tiru pun tak boleh. Dan tak ada siapa pun peniaga nasik lemak di area Kulim yang berjaya tiru sambal dia. (kalau ada yang cubalah).

Abang ni bukak gerai ikut dan (ikut suka) dia. Selalunya pukul 6.30pm ke atas. Sebelum dia sampai untuk bukak gerai, orang dah queue siap dah. Sebelum Isya' dah tutup kedai sebab dah habis. Setahun sekali bercuti ke overseas. Kelllasss sangat tau. Engineer yang dah kerja dekat 10 tahun ni pun tak mampu travel overseas setiap tahun. Gerai abang ni ada ciri no 1), 2), 4), dan no 5).

Amacam? Kalau sales nasik lemak anda suam-suam kuku, saya cadangkan anda cuba praktikkan dulu benda di atas ni. Pelan-pelan insya allah, sales akan meningkat.  Apa yang di tulis di atas ni hanyalah berdasarkan pemerhatian saya setiap pagi saja sepanjang sebulan ni. Untuk tips yang lebih lengkap anda boleh cari buku Dr Azizan Osman.

Wassalam..


Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Saya bernikah dengan hasben saya pada penghujung tahun 2005, beberapa bulan lepas saya pulang ke tanahair dan mula bekerja di Penang.

Bila dah bernikah, saya fikir untuk tidak mahu mempunyai anak lagi, maklumlah, kerjaya baru nak naik, dan rasa nak honeymoon dulu setahun dua.

Tak sangka pula, dengan keputusan yang sebegitu, tuhan bagi saya honeymoon sampai 5 tahun! Hanya pada tahun 2011 saya berjaya conceive dan melahirkan Amsyar. Sebenarnya pada tahun 2010 saya berjaya conceive 2 kali, tapi kedua-dua kali tu bayi gagal membesar dan terpaksa buat D&C.

Sejak zaman muda-mudi lagi (sekolah menengah) saya perasan saya ada masalah period. Kadang-kadang 2/3 bulan tak ada, kalau ada pun jenis sikit-sikit (stain saja), atau ada sekali tu terlalu heavy macam air paip. Bila difikir-fikirkan semula, rupa-rupanya ini tanda-tanda awal masalah hormon.

Masa di universiti, ada sekali tu period saya tak berhenti sampai sebulan! bayangkanlah. Bila jumpa doktor saya di beri pil perancang untuk betulkan period. Tapi sebab sedar pil perancang tu tak bagus, saya dengan sendirinya stop jumpa doktor dan biarkan saja dengan harapan lepas kawin hormon akan stabil dengan sendiri.

Lepas setahun berkahwin, saya berjumpa dengan beberapa orang gynae. Selepas beberapa test darah, pemeriksaan sperm hasben, scan, follow up, beberapa cycle clomid, scan lagi, akhirnya doktor mengesahkan saya mengidap Policystic Ovary Syndrome (PCOS).

Owh... untuk pengetahuan, sudah beberapa kali saya bertukar doktor sebab "tidak serasi". Akhirnya saya stay dengan Dr. Koh dari Klinik Bersalin Chang & Koh, Kulim. Saya nasihatkan uols untuk mencari gynae yang anda selesa dan rasa serasi, sebab anda akan berdating dengannya at least 2 kali sebulan setiap bulan..sampailah anda berjaya hamil :)

Bila Dr. Koh confirmkan yang saya mengidap PCOS, beliau prescribe kan kepada saya ubat Metformin, ubat khas untuk insulin resistance.

Kalau tak salah, saya makan ubat ni selama 6 bulan. Sepanjang saya makan Metformin, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak beberapa kilo. Bukan saja-saja nak berdiet,, tapi ubat ni sebabkan mulut saya sentiasa berasa pahit dan jadi tak berselera makan.

Sebenarnya bagus juga bila berat badan turun, especially untuk orang PCOS macam kita ni, biasanya dikaitkan dengan kegemukan. Kegemukan sebabkan hormon-hormon dalam badan go haywire, termasuklah hormon kesuburan. Kegemukan disebabkan kita tak reti nak kontrol makan. Makan segala mak nenek, banyak makan nasik, roti putih, tepung gandum, makan/minum benda yg manis2, kurang pula makan sayur dan buah, jugak lean protein.

Saya tak gemuk. Serius. Tapi segala benda yg saya sebut di atas tu saya makan banyak. Saya suka makan roti dan pastri. Nasi bertambah 2 pinggan. Kek coklat tu favourite saya. Saya jarang masak sayur dan jarang makan buah. Saya bernasib baik BMI saya masih normal. Cuma on the high side lah. Dah menghampiri overweight.

Lepas makan Metformin beberapa bulan pun masih tak nampak tanda-tanda saya akan mengandung, ovulation pun tak ada. Macam mana saya tau saya tak ada ovulation? Saya monitor Basal Body Temperature (BBT) setiap hari dan rekodkan dalam BBT chart. Nanti kalau saya rajin saya buat satu lagi entry khas tentang BBT pulak ok. Buat masa sekarang anda boleh rujuk di sini kalau nak tau lebih lanjut.

Sama ada cycle kita normal atau tak normal, bagi saya setiap perempuan patut rekod BBT setiap hari. Sebab ia bukan saja bagus untuk predict ovulation, kita boleh merancang untuk mengandung atau untuk tidak mengandung, dan kita juga boleh tahu tahap kesihatan reproductive system kita.

Contohnya, selama ni saya ada period setiap bulan. Cuma problem saya, cycle saya tak tetap. Selalunya melebihi 35 hari. Ada cycle yang darah keluar sikit saja, ada cycle macam paip pecah. Saya ingat as long as ada period saya subur. Betul ke salah? Sebenarnya salah. Walaupun ada period, tak semestinya ada ovulation. Sebab itu yang jadi pada saya. BBT chart saya memang haywire. Rupanya tak ada ovulation. Macam mana nak pregnant?

Kemudian, Dr. Koh cadangkan saya buat ovarian drilling. Pembedahan ovarian drilling dibuat secara laparoscopic (3 lubang ditebuk pada pusat, ari2 kiri dan kanan) di mana doktor akan menebuk lubang pada ovari untuk bebaskan cyst2 (ovum kecik2 yang tidak matang) keluar. Selagi ada banyak cyst di dalam ovari tu, ia akan mewujudkan environment yang tidak sihat pada rahim dan ovari. Hormon memang akan ke laut. Dan selagi tu lah ovum yang sedang queue dalam ovari tidak akan berjaya matang dan keluar (ovulate).

Prosedur ovarian drilling ni minor saja, iaitu day care. Buat pagi, petang dah boleh balik. Yang syioknya MC 2 minggu. Penjagaan seperti penjagaan pantang bersalin untuk cepatkan penyembuhan luka pembedahan. Lepas operate pun tak ada rasa sakit. Jangan makan ikan yang bisa-bisa, makanan yang boleh sebabkan gatal2 dan bernanah pada luka, makan Zinc dari Shaklee (*wink wink).. hehe.. actually apa2 brand pun boleh. Tapi semestinya Shaklee yang terbaik. Nak makan ikan haruan pun boleh, tapi saya tak makan haruan sebab doktor cerita banyak kes penyembuhan luka jadi terlalu cepat sampai isi tumbuh lebih. Ada kes sampai rahim melekat pada usus.

Saya ingat lagi. Saya tunggu selama 6 bulan juga lepas prosedur ovarian drilling ni sebelum berjaya pregnant. Selama tu saya tak jemu jaga makan dan buat BBT setiap hari. Masa tu saya masih belum berjaya dapatkan BBT chart yang ideal. Selama tu juga saya belum berjaya detect ovulation.

One fine day, saya teman hasben main boling dengan kawan-kawannya di Sunshine Bayan Baru. Masa tu pukul 8 malam. Saya sedang jalan sorang2 di bawah sebab apa entah tak ingat. Yang penting bukan sebab gaduh or merajuk dengan hubby hehehe. Saya terjumpa seorang budak dalam lingkungan darjah 4 macam tu duduk sorang-sorang di kaki lima pasaraya, sambil jual something. Saya terdetik dalam hati apalah budak besar ni duk berniaga malam2 sorang2. Kesian sungguh.

Saya berhenti dan tanya, "Adik jual apa? Kenapa duduk sorang2 di sini?".
Adik tu jawab, "Saya tunggu mak balik rumah ambil nasik".. rasa-rasanya gitu lah. Belas sungguh saya. Budak local, bukan bangla bukan indon.

Saya keluarkan beberapa ringgit dan serah pada adik tu. Buat duit sekolah kata saya. Adik tu nampak gembira.

Saya pun berlalu nak naik ke bowling centre semula. Dalam hati saya berdoa, " Ya Allah, jika engkau redha dengan sedekahku, ku mohon kurniakanlah kepadaku zuriat dari sisiMu."

Kiranya saya bertawasul dengan amalan sedekah tu tadilah. Saya yakin tuhan makbulkan doa saya. Sebab perasaannya lain macam. Ada rasa sebak, sayu, tak tau macam mana nak describe. Tapi saya tahu doa saya sudah naik ke langit.

Memang betul. 5 hari selepas tu, saya detect ovulation pada BBT chart saya. Macam mana nak tau? Bila ada ovulation, suhu badan kita akan naik sikit. Pada BBT chart akan ada spike, suhu tu lebih tinggi dari hari-hari biasa. Saya check tanda-tanda ovulation, iaitu egg white cervical mucus. Mukus ni stretchy dan clear. Bergantung pada pemakanan kita, dia boleh jadi banyak boleh jadi sikit. Lagi banyak lagi baik sebab ia membantu sperm berenang masuk kedalam rahim. Minah2 saleh banyak amalkan minum ubat batuk, sebab ubat batuk boleh perbanyakkan mukus tu.

Long story short, lebih kurang sebulan lepas tu, saya disahkan pregnant! :)
===========================================================

Sambil-sambil saya berubat dengan doktor pakar, banyak juga benda lain yang kami laki bini buat sebagai ikhtiar.

- Pergi Darussyifa'
- Bagitau saja ustaz mana yang boleh merawat, kami pergi mengadap. Berbotol air dah minum.
- Saya import sendiri supplement Fertile Aid dari US. Masa tu tak ada orang jual locally.
- Ovulation test kit pun saya pernah try.
- Cara check ovulation pakai air liur tu pun saya pernah try. Rasa macam kurang accurate :)
- Banyak supplement yang saya try. Masa tu tak kenal Shaklee. Saya taram saja apa2 brand pun.
- Berurut
- Traditional chinese medicine (TCM), acupuncture, minum herbs cina
- Dll. banyak sangat benda yang pernah buat, sampai dah lupa :)

Akhirnya Alhamdulillah, Allah perkenankan juga doa kami.

Read more...
Labels: 7 comments | edit post
Unknown

Assalamualaikum, 

Suami saya, baru berusia 35 tahun, sehingga kini masih lagi seorang yang aktif bersukan. Beliau bermain bola sepak, sepak takraw, badminton dan yang terkini, golf. 


Sejak 3 tahun yang lalu, beliau mula mengalami sakit lutut pada sebelah kanan. Walaupun tak pernah berjumpa doktor untuk diagnosis yang sebenar-benarnya, saya yakin ini ada kaitan dengan kecederaan semasa bersukan. 


Saya boleh lihat kesakitannya ketika bersolat. Rukuk beliau agak canggung kerana tak boleh meluruskan lutut, dan cara beliau turun dari iktidal ke sujud agak "lain". 


Pada mulanya saya tak begitu berikan perhatian, tapi lama kelamaan saya rasa pelik dengan postur beliau semasa solat dan pada masa itu barulah saya tahu yang beliau mengalami kesakitan pada lutut kanannya. 



Set kesihatan sendi Shaklee
Beberapa bulan yang lepas, selepas saya mula berjinak dengan vitamin Shaklee, saya belikan beliau Set Sendi Shaklee yang terdiri daripada Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard dan Ostematrix. 




AJHT ini membantu menghilangkan sengal lutut dan bisa tumit. Disamping menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yang sihat dan meningkatkan kesan kusyen pada lutut.


Dan sikit lagi, saya nak kongsi dengan anda 10 Kebaikan AJHT:- 
(UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

1) Menyokong keselesaan sendi
2) Membantu kekalkan tulang rawan
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat
4) Melancarkan pergerakan harian
5) Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
6) Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7) Anti radang semulajadi





8) Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
9) Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan,

10) Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament


Mengapa anda perlu memilih produk Shaklee, ianya 100% dari tumbuhan semulajadi.

OmegaGuard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.

Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium yang terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.


Selepas sebulan pengambilan set ini, suami mula bertanyakan harga set sendi ini. Beliau pada mulanya memang sangat-sangat skeptikal dengan supplement, bagi beliau hanya pembedahan saja yang boleh bantu selesaikan masalah lutut beliau. 


Alhamdulillah, rupa-rupanya sakit lutut beliau sudah banyak berkurang. Sebab itu beliau mula menunjukkan minat, malah mencadangkan set ini pada kawan-kawan team bolanya yang turut sakit lutut. 


Saya harap dengan penggunaan yang berterusan, akhirnya sakit lutut suami saya hilang.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kita semua.

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 

Juga penghantaran ke seluruh negara


Read more...
Unknown


  

Vivix adalah supplement anti penuaan yang terbaik didunia dan terdiri daripada ramuan semulajadi Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry (Sambucus Nigra) dan Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun). 



Bagaimana Vivix berfungsi



4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular 


  • Kerosakan DNA 
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. 

Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA. 
  • Pengawalan Genetik 
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. 

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular. 



Mitochondria 

  • Pengeluaran Tenaga yang Kian Menurun oleh Sel 
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. 

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel. 


  • Penimbunan Protein AGE 

Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. 

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE. 

Mari kita lihat apa pula kebaikan VIVIX.

Q: APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.


                                

Q: APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Q: BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.


Q : WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum. 1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

Q : BOLEH KE AMBIL VIVIX LEBIH 1 SUDU TEH SEHARI?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

Selain membantu pesakit diabetes, Vivix juga sangat bermanfaat untuk :- 


Siapa lagi yang memerlukan Vivix? 
     
                                     

Kalau pembaca perasan, semua yang disenaraikan di atas adalah orang yang menghidap penyakit yang serius, yang susah untuk dijumpai penawarnya seperti 

- SLE 
- Kanser 
- Jantung 
- Diabetes
- Strok 
- Darah tinggi
- Ketagihan merokok 
- Masalah mata 
- Nyanyuk 

di mana doktor hanya mampu memberikan ubat dengan tujuan untuk mengawal sahaja, bukan untuk menyembuhkan. 


Sudah ramai yang mencuba, atau belikan Vivix untuk ibubapa mereka cuba.  

Pesakit strok

Kencing manis 


Luka kencing manis yang beransur-ansur pulih. Tengok gambar yang paling kanan... isi dah tumbuh semula dalam lubang luka sekaligus menyelamatkan kaki daripada dipotong. 

Anda ingin mencuba, atau hadiahkan untuk mereka yang tersayang? 

Hubungi saya! 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak blogkan cara-cara menurunkan jaundis (kuning) pada baby. Moga bermanfaat buat parents2 di luar sana.

1. Jus anggur hitam

2. Air zamzam dengan kurma

3. Jus sengkuang cina

4. Mandikan dengan air kucai

5. Susu kambing

6. Buah oren masam yang dimakan oleh si ibu dan disusukan pada bayi. Bila bayi buang air besar dengan banyak kuningnya akan turut turun. (sahabat saya buat ni! Memang berkesan!!)

7. Kalau umur baby 5 hari keatas, ambil ubat kuning di Klinik Hacaran di Petani Jaya, belakang Central Square (Sungai Petani). Ubat klinik ni dikatakan berkesan turunkan kuning baby.

8. Air kacang bendi

9. Air kundur

10. Ambil ubat homeopathy

11. Cuka nipah dicelup sedikit pada tisu, dan tisu tu dicalitkan pada dahi baby. Buat macam masa baby tersedu tu, secalit tisu saja. Buat sekali sehari.

12. Dedah baby pada cahaya ultra violet. Dalam rumah jugak dipasang lampu siang dan malam. Atau sewa saja lampu yang diguna untuk photherapy tu. Dalam RM400 untuk 3 hari 2 malam.

13. Mandikan baby dengan air taugeh.

14. Kerapkan menyusu supaya baby kerap kencing/berak.

15. Seorang sahabat saya kerap makan buah tin masa mengandung. Hasilnya, paras hb maintain tinggi dan baby langsung tak kena kuning.

16. Saya pula perbanyakkan minum susu kambing selepas bersalin dan sepanjang berpantang. Kemudian perbanyakkan menyusukan baby. Dalam 3 hari kuning turun dan terus turun.

17. Last resort, kalau semua cara di atas tak berkesan, cepat-cepatlah bawa baby anda ke hospital. Terutamanya kalau dah terlalu tinggi. Masukkan saja bawah lampu, insya Allah turunlah nanti... (ni apa yang saya buatlah masa first baby lepas usaha mandikan baby dgn semua jenis daun tak berhasil)
Kalau readers ada petua mujarab nak turunkan kuning, ringan2kanlah jari nak mengomen yer.. nanti saya tambah lagi dalam senarai :)

18. Tambahan pada *18/9/2015* Seorang sahabat saya yang baru bersalinkan baby G6PD alami masalah kuning babynya yang berpanjangan. Beliau gunakan air cap badak (supposedly kena bagi mandi saja dgn air cap badak ni..) tapi beliau titiskan air ni pada mulut baby. Kuning babynya turun!
Mungkin serasi dengan baby beliau. Saya nasihatkan lakukan dengan hati2, jgn overdose sebab sistem badan baby belum matang untuk makan/minum benda2 asing ni. Mandi lebih selamat.

19. Gunakan mandian kuning Nuraz. Saya cadangkan ibu2 yang sedang mengandung atau yang sedang alami masalah baby kuning untuk dapatkan mandian herba ni. Saya dapati kebanyakan parents hanya beli Nuraz bila kuning baby dah jadi sangat2 tinggi. Tapi resultnya cepat bila kuning baby turun agak banyak lepas beberapa kali mandian. Whatsapp saya di 012-3818004. Saya adalah agen berdaftar Nuraz yang sah untuk kawasan Kepala Batas dan Seberang Perai Selatan.

20. Gunakan daun belimbing buluh dalam mandian baby.

Selain dari semua ikhtiar di atas, pada masa yang sama ibu2 yang sedang berpantang amat dinasihatkan untuk elakkan buat sementara waktu untuk memakan benda yang panas seperti lada hitam, halia bara/halia muda, ubat periuk. dan jamu sehingga hilang kuning baby.

Susukan anak 2 jam sekali. Biasanya baby yang tinggi bacaan kuning sentiasa tidur dan kurang aktif. Buka kain bedung dan baju baby, lap2 kan dengan air Nuraz pada badan. Bila sejuk baby akan terbangun dan pada masa yang sama Nuraz boleh bantu turunkan kuning baby. Lepas tu susukan baby sebanyak2nya.

Pastikan baby kerap buang air besar dalam sehari. Sebab bilirubin boleh tersingkir melalui najis baby.

Benarkah susu ibu berkhasiat?

Ramai orang anggap secara automaticnya susu ibu tu berkhasiat buat baby kan?
Tapi kalau masa mengandung ibu tu banyak makan KFC, MacD, pizza, maggi, dan banyak makanan segera yang lain yang tak berkhasiat, kurang makan sayur dan buah, supplement pun tak ambil, mana nak datangnya khasiat pada susu ibu?

Dalam pantang pulak.. dah kononnya berpantang.. konon2 jaga sangat makan sebab takut bentan lah, gemuklah, sampai sanggup makan ikan kering saja sepanjang berpantang, sayur tak boleh makan konon sejuk. Buah tak boleh kononnya nanti kembang, nak mai mananya khasiat pada susu ibu?

Paling penting, ibu WAJIB makan makanan yang berkhasiat, tak perlulah nak dikisahkan dengan kalorilah, takut gemuklah dan sebagainya sebab bila menyusu insya Allah berat badan pasti akan turun. Air juga WAJIB banyak.

Cara untuk buatkan susu ibu lebih berkhasiat lemak berkrim... baca SINI.

Untuk dapatkan set berpantang yang membantu cepatkan penyembuhan luka, hubungi saya :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran di seluruh negara


Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Sekarang baby Amna sudahpun berusia 3 bulan. Alhamdulillah puteri kami ni membesar dengan sihat. Senang bela Amna ni kalau tak ada apa2 masalah. Asyik tidurrr saja.



Cuma beberapa hari ni Amna diserang selsema. Rasanya salah saya kut.. minggu lepas masa saya biarkan dia tidur dalam bilik, saya buka aircond. Takder lah sejuk pun, 26 degreeC saja. Sejuk2 nyaman gitu. Tapi rupanya Amna tak tahan. Berair hidung dia. Kesian..

Mulanya semua under control. Kalau rutin setiap kali lepas mandikan anak dibuat (berminyak, bervicks bagai) biasanya ok. Selsema dia pun ok.

Tapi masuk minggu ni hidung dia jadi tersumbat di dalam. Yang meleleh keluar tak adalah banyak pun. Tapi kesian lah masa dia nak menyusu dan tidur, mengamuk sampai 5 pagi tak tido!

So saya try buat petua2 nih. ada yang ok ada yang tak berkesan langsung.

1) Sapu vicks di tapak kaki (tak berkesan langsung)
2) Sapu balm kayu putih di tapak kaki (bolehla.. )
3) Untuk cairkan hingus pekat dalam hidung, saya stimkan dengan air panas yang diisi dalam mangkuk dan  dimasukkan beberapa bijik Peppermint Ginger Plus (agak berkesan. Amna tertidur masa rawatan sebab selesa boleh bernyawa) . Sayangnya stim tak tahan lama. Lebih baik guna bottle sterilizer atau rice cooker.
4) Tenyeh kunyit pada lesung dan sapu airnya di batang hidung Amna (berkesan)

Sambil-sambil tu, oleh sebab saya menyusukan dia, saya amalkan
1) Vitamin C - untuk kuatkan immune system baby
2) Omega Guard - membantu kuatkan immune system juga, selain bagus untuk ekzema dan otak baby
3) Garlic - bagi saya, ini adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus diambil semasa sakit.

Kalau orang dewasa yang selsema atau batuk, saya suggest untuk tambah

4) Peppermint Ginger Plus yang dilarutkan dalam air panas dan diminum sebagai teh herba. Kaedah ini juga membantu untuk orang yang mengalami gastrik, pedih ulu hati, kembung perut, angin, loya-loya (untuk ibu mengandung).

Ibu hamil dan menyusu jangan risau untuk ambil Peppermint Ginger Plus ni ya, ia hanya kombinasi daun pudina, halia, adas dan cekur manis. Sangat natural. Tak ada filler, additives, pengawet dan sebagainya.

Semasa sakit, stress, resah, atau pengambilan pil tahan sakit dan kontraseptif boleh menyebabkan penyusutan vitamin C yang banyak. Oleh sebab itu, instead of ambil sehari atau 2 biji sehari, saya suggest untuk increas dos vitamin C sebanyak 2 biji selepas makan, 2 kali sehari.

Oh ya.. berbalik pada cerita baby saya Amna, Alhamdulillah sekarang dah kering selsema nya. Demam langsung tak ada. Saya cuma berikhtiar dengan apa yang saya bagitau di atas tu.. hakikatnya yang menyembuhkan adalah Allah.

Terima kasih Allah.

Berminat? Boleh hubungi saya di bawah :)

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara


Read more...
Unknown
Assalamualaikum,



Akhirnya setelah 3 bulan berlalu selesailah kerja translation Japanese document ke English sebanyak 86 pages.

Ringan rasa kepala bila dah submit. Selagi tak habis selagi tu lah kepala ni asyik memikir pasal nak habiskan kerja translation ni.

Sebenarnya dalam kurang dari sebulan dah sepatutnya habis. Apa nak buat, dapat job bulan 11. Awal bulan 11 bersalin, berpantang sampai bulan 1. Bulan 1 pula masuk kerja seminggu. So lepas last day di office barulah boleh concentrate kerja translation di rumah secara full time.

Masa berpantang, saya mula buka laptop buat kerja start minggu ke-3 berpantang. I tell you, ianya tak mudah. Sebab walaupun luka czer dah baik, tapi internally masih belum sembuh sepenuhnya.

Contoh: saya fokus buat kerja translation di lappy selama beberapa jam saja sehari, tapi saya mengalami sakit mata/kepala yang amat sangat sampai 2 hari. Tidur bangun balik pun belum sembuh. Mak saya pun dah berleter katanya kalau ikutkan orang tua2 membaca pun tak boleh masa pantang tau. Kena baring rehat saja. Nak buat macam mana.. demi mencari rejeki yang halal mak.. huhu~  Tak kerja..tak adalah duit..

So masa dalam pantang, saya kerja sehari, cuti 2 hari, kerja sehari cuti 2 hari.. macam mana nak siap kerja?  Tapi lepas officially resign, saya pecutlah sebab company XXX tu pun dah asyik tanya bila nak siap.

Kalau ada sesiapa yang perlukan khidmat saya untuk translate dokumen Japanese - English, atau Japanese - BM, saya berbesar hati untuk membantu anda dengan bayaran yang berpatutan. Boleh pm saya untuk charge dia ya.. :)

Oleh kerana saya dulu pelajar jurusan Information Engineering di University of Niigata, Japan selama 4 tahun, pengalaman bekerja di Design House sebagai layout engineer, dan di wafer foundry sebagai Reliability engineer, juga sedikit pengetahuan tentang ISO 9000 dan TS16949, maka saya boleh translate technical document yang berkisar tentang manufacturing, design mahupun audit.

Hubungi saya jika perlukan perkhidmatan document translation ini ya. Kalau kena dengan background saya, Insya Allah saya terima. :)




Read more...
Unknown


Manfaat utama Carotomax

+ Lebih selamat dari vitamin A 
Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati pengambilan vitamin A berlebihan akan menyebabkan toksisiti. Walau bagaimanapun, saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan. 

+ Mempertingkatkan penglihatan 
Ia menghasilkan "visual ungu" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata. 

+ Meredakan penyakit kulit 
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan acne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, acne, ulser kulit. 

+ Melindungi epithelial
Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus. 

+ Melawan kanser dan oxidation 
Mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel2 kanser. Mengurangkan risiko kanser, terutama kanser paru2 dan payudara. 

+ Menghalang infection 
Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru2: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema. 

+ Menggalakkan perkembangan normal dan sihat 
Meransang perkembangan kanak2 dan remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi, gusi dan sistem reproduksi. Juga menghasilkan sperma yang sihat. 

Kandungan dalam Carotomax


Mengapa Corotomax? 

Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa. 

1) Alpha Carotene -  Untuk penglihatan malam, mata sihat, dan menghalang degenerasi penglihatan 

2) Beta carotene - memperbaiki kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat. 

3) Lycopene - Anti-oksidan, menghalang penuaan organ, untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun, mengurangkan penyakit kalenjar prostat. 

4) Astaxanthin - Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL. 

5) Lutein - menyekat katarak, AMD, glaukoma 

6) Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.  

Testimonial
Ramai yang cuba untuk masalah mata dan berjaya! 








Berminat? Boleh hubungi saya seperti di bawah.

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara


Read more...