Unknown

Basic rules untuk kuruskan badan ialah membakar kalori. Makin banyak kalori terbakar maka makin cepatlah kita boleh kurus. 

Betul ke betul? 

Dalam Shaklee, kita bukan saja fokus pada pembakaran kalori, tapi juga pada proses pembersihan (buang) dan membina semula otot supaya badan kita kurus dengan cantik dan tak menggelebeh. 

Jadi terbentuklah konsep BAKAR, BUANG dan BINA


                                                      

BAKAR  
Kombinasi Lecithin + Omega Guard memang TERBAIK untuk mengemulsi lemak dan kolesterol
Selain membuatkan lemak terrrrBAKAR, Lecithin + Omega memang diketahui baik untuk otak dan jantung
Selamat diambil oleh ibu menyusu. 



BUANG 
Alfalfa bagus untuk water retention dan membersihkan toksin dalam darah. Kalau sesiapa yang gemuk air tu akan experience kehilangan berat yang cepat bila ambil Alfalfa. 

HerbLax pula membersihkan usus dari segala toksin, lendir, kerak-kerak usus, najis2 lama yang melekat di dinding usus. Juga sangat membantu jika anda mengalami sembelit, buasir atau sistem pembuangan yang tak teratur. 

Pembersihan usus menggalakkan penyerapan nutrien yang optimum dari makanan sihat dan supplement yang kita ambil. 

Pernah ambil kolagen ke vitamin c ke tapi tak nampak apa2 kesan macam orang lain pun? Maksudnya itu adalah masa untuk Herblax.. :) 

Ibu menyusu yang nak ambil set ni tak digalakkan ambil Herblax sebaliknya digantikan dengan Ostematrix (kalsium) untuk susu dan tulang yang kuat. 



BINA
Pembinaan otot perlukan protin. Sebab tu bodybuilders makan protin yang banyak. 

ESP + Cinch shake bertujuan untuk membina otot bagi meningkatkan metabolisme dan yang paling penting untuk elakkan badan menggelebeh

Boleh menjadi meal replacement yang memberi rasa kenyang yang berpanjangan. 

Set slimming ni mempunyai cara makan yang spesifik. Kalau tak betul cara makan dan tak istiqamah, mintak maaf ya kalau tak turun banyak. Jadi belilah set ini dari SID yang boleh consult cara pengambilan yang betul. 

Kita menggabungkan pengambilan set slimming ni dengan program NECK yang sedang berjalan sekarang untuk pastikan peserta menggunakan segala bantuan yang ada untuk turunkan berat badan. Sebab tu lah kami ada banyak testimonial peserta yang berjaya turun dengan banyak dan cepat dalam NECK. 









Tengok diorang.. bila dah kurus nampak lebih muda dan cantik : ) 

Dengan setiap pembelian full set slimming Shaklee dengan saya, anda layak dapat 
+ free membership yang bernilai RM65 seumur hidup 
+ rebet tunai RM30++ pada bulan pembelian 
+ layak untuk sertai NECK dengan yuran sebanyak RM50 SAHAJA sebagai trainer fee 

Inilah abang ketak, trainer NECK :D 
                          
+ access ke secret FB group NECK untuk pelbagai TIPS mudah kurus dan ELMU serta coaching melalui TELEGRAM group 
+ access ke secret group MFMS Empire dimana di sini ada banyakkkkk ELMU untuk berjaya di dalam bisnes (jika anda pilih untuk buat bisnes satu hari nanti) 
Nota* Master Firdaus adalah anak murid Dr. Azizan Osman dan pakar dalam marketing
+ access ke ebookniaga di mana anda boleh access pelbagai ELMU di sini 

Setiap pembelian full set slimming dari saya anda akan dapat semua di atas. 

Best ke best? 

Hubungi saya di number di bawah jika anda nak kami bantu anda untuk kurus :) 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...
Unknown

Assalamualaikum,

NECK kini sudah pun masuk Batch ke-3 yang bermula pada 1 April yang lalu. Dijangkakan cabaran 100 hari batch ketiga ni habis ngam ngam sebelum raya. Seronoklah contestant semua bolehlah melaram sakan raya tahun ni dengan body baru!

Dalam NECK, semua peserta dibimbing cara turunkan berat dengan cara yang paling mudah. Bukankah mudah kalau kita follow saja MENTOR yang sudah BERJAYA, tak perlu berlanggar dinding dan tiang bagai hanya untuk turun 1 kg!

Semua peserta diajar dengan cara yang paling BERKESAN, SIHAT dan SELAMAT. Sebab tu lah kita menggabungkan kesemua teknik; WORKOUT, DIET, SUPPLEMENT dan DETOKS malah menggalakkan perubahan LIFESTYLE yang lebih SIHAT.

Di bawah ni ada beberapa material yang diguna dalam NECK untuk para peserta ambil sebagai rujukan. Dalam NECK, semua peserta WAJIB makan 5x sehari, malah nasi (read "carbo") pun wajib ambil hokay! Kita orang Asia, mana boleh tak makan nasi! Yang penting adalah pengiraan KALORI dan berapakah portion yang kita ambil untuk sesuatu jenis makanan.
















Harap dapat membantu anda2 yang masih struggle untuk turunkan berat badan. Kalau buat sendiri tak berjaya, inilah masanya anda datang pada kami. Kami bukan setakat ajar, tapi kami bimbing, monitor, dan berjalan bersama anda sampai ke garisan penamat. Kalau anda jatuh, kami tarik anda bangun. Kalau hilang semangat, kami dan rakan-rakan seperjuangan anda akan beri semangat supaya anda kuat semula.

Pendaftaran dibuka untuk BATCH ke-4. Anda boleh hubungi saya pada number di bawah :)


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara


Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Sekarang baby Amna sudah pun berumur 5 bulan. Alhamdulillah Amna membesar dengan sihat tanpa banyak masalah.

Untuk anak kedua ni, dari awal lagi saya dah decide untuk bersalin di hospital. Maklumlah, anak pertama bersalin di klinik bersalin saja. Baca sini untuk kisah anak pertama saya.

Tinggal di Kepala Batas, Penang, tempat bersalin swasta terdekat adalah sama ada Sg. Petani, Kulim atau Seberang Jaya. Kali ni teringin pulak bersalin dengan doktor perempuan, tapi di area Seberang Perai ni pilihan sangat-sangat terhad. Siapa tinggal di sini mesti tahu. Doktor perempuan yang ada pulak.. sama ada terlalu mahal, kurang kompeten, terlalu cerewet dan tak mesra pelanggan, ataupun charge hospitalnya pula yang mahal.

Hospital Kepala Batas bukan pilihan saya. Bukan menyombong, tapi di situ kalau tak bersalin secara normal, kita akan ditolak ke Hospital Seberang Jaya (juga bukan pilihan).

So saya pilih Hospital Metro Sg. Petani, bersalin dengan Dr. Vani.

Pada hujung-hujung kehamilan saya dah start buat check up di hospital. Rupanya hujung-hujung tu air ketuban terlalu banyak, jadi baby masih boleh pusing-pusing summersault dalam perut. Oh saya pernah tulis di sini.

Selepas tu walaupun saya berjaya kurangkan air ketuban, tapi kedudukan baby senget sikit ke belah kiri perut. Baby dalam keadaan posterior dengan sedikit menyenget ke kiri.


Selepas monitor 2-3 minggu pun begitu juga, akhirnya doktor decide untuk c-zer saja untuk kurangkan risiko.  

Tahu tak.. bila kita pilih doktor perempuan sebab niat untuk jaga aurat.. kita kena tanya doktor tu tau "krew2" doktor di OT ada lelaki ke tak? Saya agak terkejut juga bila ditolak masuk OT rupanya ada lelaki. 

Pada masa tu tudung kena tanggal dan ditutup dengan net saja. Saya tak terfikir nak bawak key untuk tutup rambut macam jiran katil sebelah wad saya buat. Niat nak lindung aurat tapi akhirnya orang lelaki nampak jugak..hmm.. ada sedikit perasaan tak best di situ. 

Masa anak pertama dulu saya bersalin normal. Lepas bersalin anak kedua saya terfikir-fikir bersalin czer lagi best rupanya sebab tak sakit. Lepas ditolak masuk wad ubat tahan sakit diberi sampai 3 hari thru IV. Sebaik saja abis operation saya terus start makan supplement Shaklee set berpantang. Alhamdulillah luka czer cepat baik dan sembuh dengan elok. Cuma yang tak bestnya bahagian pinggang ke bawah kebas sampai kita tak boleh rasa kaki. Rasa agak rimas. 

Pada hari kedua dalam tengahari macam tu, doktor akan mula stop ubat tahan sakit. Sikit demi sikit kita akan "dapat" kaki kita balik dan lepas tu kita kena bangun berjalan. Bangun berjalan ni penting sebab nak galakkan pengaliran darah bukan saja di kaki, tapi juga darah nifas dalam rahim. 

Masa hari pertama dan kedua, saya kena sakit rengat yang teruk. Sakit serupa nak bersalin. Keluar jugak air mata jantan ku haha. Orang kata kalau dua anak sakitnya dua hari. Memang kena dengan saya. Saya terpaksa panggil nurse datang, dia check perut agak keras, lepas tu ditekan2 perut mungkin untuk pecahkan darah beku di dalam rahim. Kemudian yang tak tahan nurse korek bahagian bawah untuk keluarkan darah-darah beku tu. Aiyooo memang ngeri la. Agak memalukan lah sebab lepas bersalin pun kena tunjuk kat orang lagi. hehehe. Lepas tu dapat suntikan epidural lagi. Baru laa hilang sakit. 

Nak start berjalan tu pun satu hal. Sokongan suami sangat penting sebab kita akan rasa sangat sakit. Saya bawa siap-siap bengkung moden dari rumah dan pakai sepanjang di wad. Bila nak berjalan terasa sikit sakit tapi ok saja tahap boleh tahan. Saya jalan-jalan keliling wad, ke nurse station dan lawat baby di nursery. Masa berjalan ni lah saya terasa darah beku keluar seketul di bawah sebesar telur ayam. Lepas tu terus lega sakit rengat tu. Nampak tak kenapa berjalan tu penting? haaa 

Jangan lupa bawa bengkung moden sama tau. Kalau tak ada bengkung moden tu saya pun tak leh jalan rasanya. Rasa macam terbongkok-bongkok sambil tahan perut tak nak bagi bertindih dengan luka jahit. 

Masa dalam wad, nurse datang dari semasa ke semasa bawa baby untuk disusukan. Makanan berpantang di Metro sedap jugak. Sampai minta nasi tambah. Mungkin sebab lapar sama sebab duduk dalam sejuk. Oh ya.. kalau ada tungku air panas tu.. sila bawah sekali. Biar pun beraircond, bila bertungku badan jadi panas dan berpeluh. Kita rasa lebih sihat. 

Nurse-nurse baik dan lembut. Panggil saja bila-bila masa diorang datang tanpa complain. 

Cuma saya minta bilik single bed tak dapat. Bukan apa, kalau bilik single bed, husband saya boleh terus "menetap" di situ. Anak sulung nak tidur situ pun boleh. Tapi apakan daya, sampai ke sudah tak ada bilik kosong, terpaksa menetap di bilik 3 beds. Malam pertama tak ada orang, jadi husband bolehla teman, tidur atas kerusi malas. Malam kedua dah ada pesakit lain masuk so dia kenala tinggalkan isterinya ni sorang-sorang. 

Hari ketiga pagi-pagi lagi saya bangun bersihkan diri (mentang-mentang dah kuat berjalan) tukar baju luar siap-siap. Kemudian tunggu husband datang jemput untuk balik rumah. Dalam tengahari juga lah baru boleh checkout sebab tunggu doktor datang round. 

Kali ni saya berpantang di rumah mak saja. Hari kelima saya dah boleh tonyoh lantai bilik air (sebab tak tahan tengok lantai kotor sangat) tanpa sakit di luka jahitan. Set berpantang Shaklee memang terbaik especially Zinc complex sebab luka memang cepat sembuh. Badan rasa sihat dan cergas walaupun tak cukup tidur, lepas 2 minggu saya dah start buka lappy bekerja walaupun mak bising. haha 

Hmmm.. satu lagi sebab saya suka czer ialah... nak menyusukan anak tak rasa sakit. Teringat lagi masa anak first tak reti lagi menyusukan sambil baring, bila duduk sambil menyusu tu ya ampun... sakitnya kat bawah tu... 

Cuma kalau czer, bila bersin, batuk dan gelak tu hazab la sikit. Macam nak terburai perut. Kalau nak bersin tu ada cara dia. Ambil bantal pekup kuat-kuat kat perut pas tu bersin. Baru tak rasa sakit. Tapi dun worry.. seminggu saja. Lepas tu nak tengok maharaja lawak dah boleh dahhh.. 

I guess itu saja lah kut tentang czer.. tak ada apa yang susah dan nak ditakutkan. Dun worry. 

Saya mandi macam biasa saja di rumah. Sebelum balik doktor lekatkan plaster atas jahitan. Lepas 2 minggu bukak dan doktor spray dengan aper ntah yang sejuk tu. Mandi macam biasa tak payah pekup dengan besen ke tupperware. Tapi lepas bukak plaster tu lepas mandi lap kawasan jahitan sampai kering betul kemudian sapu ubat yang doktor beri. 

Kalau berpantang makan betul-betul, memang takkan terbuka, bernanah, busuk dan sewaktu dengannya. Jangan makan ikan bisa-bisa dan gatal-gatal. Kalau boleh haruan pun jangan makan. Masa operation, saya terdengar doktor bersembang dia pernah nampak orang yang makan haruan secara berlebihan ni.. dalam perutnya rahim melekat-lekat dengan usus dan organ2 lain. Agaknya kalau nak makan juga, eloklah makan berselang hari. Luka jahitan pun sembuh dengan cantik sebab tak ada isi lebih yang tumbuh. 

Makcik-makcik sedara yang datang melawat bagitau, even sampai sekarang masih terasa sikit-sikit sengal di bekas operate czer tu. Saya hairan juga, sebab memang tak ada langsung rasa sengal atau sakit macam yg diorang cerita. Mungkin sebab saya amik Shaklee...hehehehe 

Oh baby Amna kuning beberapa hari saja. Saya istiqamah minum susu kambing kemudian susukan dia... kuning tu turunnn saja x naik2 dah. Lepas 3 hari dah tak payah cucuk darah di KK. Alhamdulillah... 

Tapi kalau minum susu kambing tak berkesan, cuba cara di sini pulak. Saya compile cara ni dari info di FB untuk rujukan saya akan datang :) 











Read more...
Unknown
Assalamualaikum,



Mommy-mommy yang menyusukan anak mesti sekali sekala akan mengalami zaman kemerosotan susu badan.

Ada mommy yang memang peka dan sedar sebab susu badan dia merudum, tapi banyak lagi mommy yang masih teraba-raba di dalam gelap kenapa susu mereka sentiasa sikit dah tak dapat menyusukan baby sepenuhnya tanpa "bantuan" susu formula.

Alasan yang paling common "susu tak ada..nak buat macamana?"

Cer mommy2 check ada tak kesilapan mommy buat seperti di bawah ni? Rugi tau tak nyusukan baby. Kalau tak dapat buat selama 2 tahun pun, usahakanlah untuk menyusukan selama 6 bulan. Baby anda akan jadi seperti di bawah.. Insya Allah :)


PUNCA 1
Ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi sedangkan keperluan bertambah. Ibu2 boleh perasan tentang hal ni bila jadual pam still dijaga tapi susu tetap drop. 



Semakin lama baby membesar maka zat yang lebih diperlukan untuk menghasilkan kuantiti susu yang sama banyak. 

Maka, kalau ibu nak hasilkan susu yang lebih banyak, maka kenalah makan dengan lebih banyak. 

Maka ibu-ibu janganlah berdiet pula waktu ini ya.. aktiviti menyusu itu sendiri membakar kalori yang banyak, berat badan anda akan turun sooner or later. 

Makanlah makanan yang berkalori tinggi. Banyakkan makan nasi, seimbangkan dengan protein, sayur dan buah-buahan. 

Kalau makan banyak tapi susu makin drop, check calcium intake anda. Kalau minum susu 1x sehari, tambahkan jadi 2x sehari. 

Cara ni berkesan untuk ibu2 yang jaga jadual pam ya.. kalau jadual pam ke laut bukan susu yang bertambah, tapi berat anda yang bertambah. hi hi hi

PUNCA 2
Punca kedua ialah bila ibu pam hanya bila breast penuh. 



Tahukah anda susu ibu mengandungi penghalang yang dipanggil FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION? 

Ia berfungsi seperti injap pelampung yang akan hentikan susu baru untuk masuk lagi ke dalam tempat takungan susu. 

Nak bagi faham lagi.. macam kita isi minyak kereta lah.. bila dah penuh penekan akan tertarik sendiri untuk elakkan minyak masuk lagi.

Cuba bayangkan kalau bahan penghalang ini tak ada. Kemudian kita tak sempat pergi pam, mesti mau pecah breast kita kan. Allah cipta bahan ini untuk elakkan ibu menderita lebih parah lagi. 
Makanya bila kita dok halang2 susu baru nak masuk tanpa kita sedar sebenarnya kita tengah hantar signal kat otak yang kita taknak dah susu lebihan tu.
Itu sebabnya bila dok ulang setiap hari susu makin drop sebab otak kita dapat signal yang kita tak nak dah susu baru tu. 
Jadi lepas ni jangan tunggu breast penuh baru pam ya.

PUNCA 3
Punca ketiga ni lebih kurang saja dengan punca kedua--> pam tunggu breast penuh. 

Tahukan anda hormon prolaktin terhasil pada waktu tertentu? 
Perasan tak bila baby kita tidur lama atau terpaksa skip waktu pam, tiba-tiba kita terasa automatik let down reflection?

Itu bermaksud susu dah terover supply tau. Bila mengepam memanglah kita akan dapat lebih banyak dari biasa, tapi perasan tak lepas 2 hari ibu skip pam susu mula merudum?
Haa... itu sebab otak ibu dah dapat signal yang kilang susu terover supply. Sebabnya hormon yang baru terhasil tak dapat masuk bila breast dah penuh. Tanpa sedar ibu dah hantar signal "please reduce production". 
Sebab tulah lepas 2 hari susu terus merudum. Jadi ibu betulkan balik jadual pam anda kalau tak nak susu drop banyak sangat naa... 

PUNCA 4
Punca keempat ialah disebabkan pengambilan ubat demam/selesema/batuk waktu tak sihat.

Ini adalah punca utama susu badan saya merudum bulan lepas sampai baby saya mengamuk sebab minum tak puas. Anda boleh baca kisah ni di sini.

Pengambilan ubat sebarangan akan mengganggu sistem dalaman badan kita. Bila sistem badan tak stabil macam mana hormon susu oksitosin dan prolaktin nak dirembeskan?

Walaupun doktor cakap ubat itu selamat untuk ibu menyusu, itu bermakna ubat tu selamat jika masuk ke dalam susu dan diminum oleh baby kita. 

TAPI

ia akan beri kesan pada production susu ibu ok! Bukan pada hari ibu ambil ubat saja, tapi hari berikut nya pun. Saya perlukan SEMINGGU untuk pulihkan semula supply saya hari tu!

Kalau boleh cuba untuk lebih berhati-hati waktu ambil ubat. Cuba amalkan natural remedy atau boleh saja ambil suplement seperti Garlic, Vitamin C, Nutriferon, Vita Lea dan Omega Guard.  

PUNCA 5
Punca kelima ialah ibu amalkan pam sekejap-sekejap.

Ada tak ibu buat bila dah pam 10 minit susu dah tak keluar ibu pun berhenti mengepam?
Ingatkan susu dah habis.. tapi sebenarnya salah tu ya ibu2...

Tahukan anda bila anda pam sekejap saja anda sedang menghantar signal ke otak yang anda perlukan sikit saja susu dalam satu masa?

Masa dalam pantang walaupun baby minum sekejap saja tapi kita susukan baby secara kerap. Sebab tu susu boleh banyak.

Tapi bila kita dah start kerja ibu mengepam tidak sekerap baby menyusu, dah lah gitu pam nya pulak sekejap saja, maka wajarlah susu tu makin merudum.

Jadi lepas ni cuba maintain mengepam selama 30 minit setiap kali. Mesti hasilnya berbeza.

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Credit to: Puan Asiah Maharam
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,

Saya pasti ramai yang kenal EPO (Evening Primrose Oil) yang biasa diambil oleh orang perempuan untuk stabilkan period dan betulkan kesuburan.


EPO sebenarnya mengandungi GLA (gamma linoleic acid) yang diekstrak daripada Evening Primrose Oil (hence the name). Tapi tahukah anda yang EPO hanya mengandungi 7% ke 10% GLA sahaja?

Shaklee juga ada keluarkan produk yang sama seperti EPO ini. Ia dipanggil GLA complex, diekstrak daripada borage yang mengandungi 2 kali ganda lebih GLA daripada EPO.  Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO. Borage yang digunakan oleh Shaklee ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan, Kanada.


Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik Omega-6. Ia digabungkan dengan minyak sunflower seed dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu.



Kebaikan GLA complex 

1. Herba tradisi yang dipercayai 
Orang barat menggunakan borage untuk merawat ulser, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina. 

2. Mengawal selia estrogen dan testesteron 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, perbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. 

3. Melambatkan menopaus 
Mengurangkan/menghilangkan hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan. 

4. Perbaiki prostatomegaly 
GLA perbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing. 

5. Menentang kanser 
Anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh,menghalang pertumbuhan sel kanser dan tumor. 

6. Perbaiki inflamasi kulit 
Mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, kurap. Juga mengurangkan sakit dan bengkak yang terjadi akibat rheumatisma, artritis. 

7. Menghalang komplikasi diabetes 
Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan akibat gula darah yang tinggi. 

8. Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan 
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper. 

9. Mengawal tekanan darah tinggi 
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, perbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction. 

10. Perbaiki tekstur rambut 
Perbaiki rambut kering dan gugur 

11. Hiperaktif dan Autisme, ADD/ADHD 
Dibuktikan secara klinikal GLA dan minyak ikan mampu perbaiki keadaan anak2 autisme, sukar fokus, dan hiperaktif. 

Cara makan
Untuk maintenance : 1 kapsul 2x sehari (selepas makan)
Menopaus, pelangsingan, hyperaktif : 2 kapsul 2x sehari (selepas makan) 

GLA bukanlah hanya untuk wanita. GLA sama penting seperti asid amino dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, hanya boleh diperoleh drp makanan. Boleh juga diambil oleh kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan wanita, selepas menopause dan andropause.

                      

GLA ni banyak sungguh healing propertiesnya. Nak subur, nak betulkan hormon, nak kulit cantik dan gebu, hilangkan jerawat, nak pregnant, nak langsing, nak improve simptom menopause dan andropause (jangan tak tahu orang lelaki pun ada menopause tau), serta baik untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis. 

Orang lelaki yang sudah berusia yang mula mengalami masalah prostat, tak boleh kontrol kencing atau banyak kencing pun patut ambil GLA complex ni. 

Anak-anak perempuan remaja yang mula datang haid, muka berjerawat setiap kali haid, yang ada simptom PMS sampai sakit berguling-guling, ada yang terpaksa ambil MC setiap bulan semasa haid lebih-lebih lagi kena ambil GLA complex ni. Emak-emak tolonglah belikan buat anak perempuan anda GLA ni. Kesian tau anak anda kalau terpaksa tanggung sakit setiap bulan. 

Saya dulu masa remaja pun begitu. Haid tak teratur langsung. Jerawat naik kerap juga. 10 tahun kemudian didiagnose ada PCOS. Terfikir juga kalaulah mak aku dulu belikan suplement untuk perbetulkan hormon, tentu tak jadi macam ni. Jadi sekarang saya bertekad kalau anak gadis saya ada masalah begini, saya akan terus berikan dia GLA complex. Supaya dia tak "menderita" seperti saya. :) 







Alhamdulillah ramai pengguna GLA Complex yang berpuas hati. Period stabil, kulit makin cantik, yang tak dapat zuriat Allah perkenankan untuk dapat zuriat, yang ada cyst dan fibroid di rahim dan breast mengecut sendiri. 

Yang menariknya, bulan April ni sekali lagi Shaklee buat promosi khusus bagi GLA complex, maka harganya jauh lebih rendah dari harga pasaran RM91.25 itu. Jika berminat untuk tahu berapakah harga promosi atau nak tanya lebih lanjut mengenai GLA Complex ni, jemput-jemput whatsapp/telegram saya di number di bawah ya :) 

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown
Assalamualaikum, 




Diekstrak daripada kacang soya ORGANIK non-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 

Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. 


Manfaat Lecithin 

  • Menyerap vitamin larut lemak - membantu tubuh menyerap vitamin A,D,E,K. 
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan hati. 
  • Pemecahan lemak dan kolesterol - bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid dalam tubuh. 
  • Pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. 
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan. 
  • Memperbaiki alergi - menghalang platlet darah dari menghasilkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya memperbaiki alergi  seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi 
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol. Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang. 
  • Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer danmengurangkan stress. Wanita hamil harus mengambil lecithin yang mencukupi untuk pembesaran janin yang sihat. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, melancarkan peredaran darah. 
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat dibaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak 
  • Mengurangkan sembelit - pelembut najis yang berkesan, melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus

Seorang jiran saya suami dan isteri mengambil Lecithin untuk kuruskan badan. Saya cadangkan beliau ambil Lecithin bersama-sama dengan Omega Guard untuk membantu cairkan lemak2 dan juga menurunkan paras kolesterol dalam darah. 

Dengan cara pengambilan yang saya sarankan, Alhamdulillah selepas sebulan beliau datang kembali ke rumah saya untuk repeat order kerana suaminya berjaya turun 2kg (!!) . Kali ni beliau tambah Herblax pula untuk flushing. Seronok rasanya dapat bantu orang lain untuk hidup dengan lebih sihat.. dan seronok juga dapat berkenal-kenalan dengan jiran yang selama ni tak kenal pun :) 

Kisah abah saya pula, seingat saya dari saya kecil sampailah sekarang beliau mengambil ubat darah tinggi. Saya beri pada abah Alfalfa Comp, Omega Guard, Lecithin dan Garlic untuk mengawal darah tinggi dan turunkan kolesterolnya dan sekarang alhamdulillah, beliau sudah berani kurangkan dos ubatnya dan tekanan darahnya kembali berada pada paras normal. Namun beliau perlu periksa tekanan darah beliau dari semasa ke semasa untuk pastikan ianya kekal pada paras normal. 

Saya pula sedang menyusukan anak kedua saya yang sekarang berumur 5 bulan. Walaupun saya kurus, tapi kandungan lemak dalam badan saya lebih tinggi dari otot. Paras kolesterol LDL saya juga tinggi. Tapi saya bernasib baik kerana belum mengidap darah tinggi. Jadi saya mengambil Lecithin untuk bantu cairkan lemak2 di badan saya sambil2 turunkan paras kolesterol. Rupanya Lecithin juga turun bantu lancarkan susu badan. 

Alhamdulillah.. :) 


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara

Read more...
Unknown


Read more...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Assalamualaikum,

Kajian menunjukkan ramuan utama dalam DTX complex Shaklee, iaitu ekstrak biji benih pokok milk thistle menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel hati.

DTX complex mengandungi bahan ektrak yang sangat penting dari biji benih pokok milk thistle yang menghasilkan 80% silymarin.

Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi dan ekstrak dandelion, kunyit, dan articok.


Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan untuk membina semula. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati, namun, ia mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan menapis toksin daripada memasuki semula aliran darah. 

Fungsi hati 

1. Rembesan hempedu 
Cecair rembesan ini disimpan dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu. 

Hempedu perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,K dan mengasimilasikan kalsium. 

Hempedu juga menukarkan beta karotena kepada vitamin A. 

2. Bertindak sebagai organ detoksifikasi 
Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoks oleh hati. 

Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoks ammonia, hati menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. 

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul. 

3. Mengawal paras gula dalam darah 
Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid kedalam bentuk yang lebih aktif. 

Penukaran yang tidak mencukupi boleh menyebabkan hipotiroidisme. 

Hati mewujudkan GTF Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. 

GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. 

Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin, dan insulin. 

4. Penting dalam metabolisma lemak
Penting didalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga di mana makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan. 


DTX Complex Shaklee mengandungi formulasi yang dipaten. 



Perbandingan DTX Complex Shaklee dengan brand lain yang mempunyai fungsi yang sama menunjukkan DTX Complex mengandungi formula yang lengkap dan lebih murah. 



Apa tanda-tanda anda perlu detoks hati? 

Bila anda mula mengalami simptom-simptom di bawah:


Mata 
Dark circles pada mata
Gatal, bengkak dan merah (sama seperti simptom alergi)
Putih mata kekuningan



Kulit
Gatal-gatal
Liver spot (bintik2 coklat pada kulit)
Ruam - rosacea, psoriasis
Berpeluh lebih dari biasa dengan bau badan yang kuat
Jerawat
Tapak tangan merah-merah dan gatal






Mulut
Mulut berbau
Lidah bersalut


Hormon tidak stabil 
Hipotiroidisme



Imun sistem yang rendah 
Alergi dan tindak balas pada makanan tertentu
Sensitif kepada bahan kimia, asap rokok, bau petrol
Infections yang berulang-ulang






Masalah gula dalam darah
Diabetes type 2

Gangguan nervous system 
Sakit kepala yang berulang-ulang
Hilang fokus
Depress
Rasa panas
Mood yang berubah-ubah (cepat marah)

Gangguan sistem pencernaan
Kembung
Sembelit
Muntah/loya
Mempunyai masalah pencernaan makanan - terutama makanan berlemak



Masalah berat
Berat badan bertambah tapi susah untuk turun
Metabolisme rendah
Buncit









Macam mana? Dah check ke keadaan diri anda?

Kalau ada simptom2 di atas tu, cepat-cepatlah detoks hati anda supaya ianya tak melarat jadi lebih teruk lagi. Bukankah mencegah tu lebih baik dari merawat? Mencegah juga lebih MURAH dari merawat.

Betul ke betul?

Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara


Credit to: http://www.return2health.net/articles/how-to-tell-if-your-liver-is-poorly/
Read more...
Unknown
Assalamualaikum,


Peppermint Ginger Plus merupakan kombinasi 4 herba dari Timur dan Barat yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan tekonologi yang terkini. 

Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk lautm sendawa dan masalah penghadaman. 

Manfaat Utama

Pudina 
Melegakan otot perut, mempunyai kesan penenang, membantu penghadaman, melegakan mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. 

Selain itu iamelegakan kesan-kesan sampingan kemoterapi seperti muntah-muntah dan kehilangan selera makan. 

Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mencegah demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. 

Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu pemikiran yang jelas dan fokus. 

Halia
Masyarakat Cina mengamalkan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang enzim Salvia untuk pencernaan makanan. 

Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit perut ketika haid, loya dan mual angin ketika mengandung, dan baik untuk ibu-ibu selepas melahirkan anak. 

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pada pesakit wanita.  Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi untuk mabuk laut. 

Laporan penyelidikan awal merumuskan bahawa halia berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan. 

Pokok adas (fennel) 
Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 

Ia melegakan sakit perut dan juga gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus. 

Cekur manis (anise) 
Digunakan oleh orang mesir purba untuk melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 

Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, merangsang pengaliran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut. 

Cara makan? 
Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan. 
Untuk mencuci perut dan usus : Larutkan 3 biji peppermint ginger plus bersama 10 biji alfalfa di dalam air panas dan minum suam-suam. 
Untuk merawat masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas dan dijadikan teh herba. 
Melegakan tekak, batuk, sendawa : Hisap 2 biji


Shaklee Independent Distributor 
Liyana (Id: 1144949)
012-3818004 (sms/whatsapp) 
COD di kawasan Bertam, Kepala Batas, Kulim, Bagan dan Seberang Perai Utara 
Juga penghantaran ke seluruh negara
Read more...